Khamis, 30 September 2010

.:: Berikan Aku KetenanganMU ::.


Salam. Entah kenapa minggu ini terlalu berat untuk aku lalui. Bagaikan setiap detik yang aku lalui sepanjang minggu ini amat seksa untuk aku lalui. Aku terlalu beremosi sepanjang minggu ini. Entah di mana silapnya? Aku sendiri tidak pasti.

Puas aku luahkan pada helaian bersih suci supaya aku tenang kembali. Tapi hasilnya tetap tidak memuaskan. Aku masih beremosi, tapi masih terkawal. Aku tidak beremosi tidak tentu pasal. Sebabnya emosi itu rasa peribadi aku. Tidak haruslah aku bermurung atas alasan peribadi. Tidak Pro di situ. Dan tidak adillah, aku yang beremosi, orang lain juga sama terasa tempiasnya.

Sedang aku menaip setiap butir abjad untuk entry kali ini, telinga aku di sogokkan dengan sebuah lagu yang membuat kau bertambah-tambah emosi. Purnama Merindu nyanyian Siti Nurhaliza. Bait-bait lirik yang di dendangkan  membuat aku luluh tidak terkata. beremosi kembali. Biar sampai aku menangis, jika itu bisa hilangkan segala beban.

Aku juga tidak jemu, menadah tangan mohon tenangkan rasa jiwa yang tidak tenteram ini padaNYA. Bersungguh aku meminta padaNYA. Jujur aku kepadaNYA. Ikhlas aku padaNYA. Moga rasa itu pergi dari jiwa aku. Hanya dia yang mampu menghindari segala apa yang aku rasa. Berserah aku padaMU. Tangan yang menadah seringkali di raup dengan titisan jernih. Ini ujianMu terhadapku. Aku Redha.


Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang. Tapi segalanya di tentukan pada yang Maha Kuasa. Perisai terhebat kita adalah doa. maka di galakan mohon petunjuk Yang Esa agar memakbulkan segala doa dan mempermudahkan segalanya. Mohon aku padanya, hindarilah segala yang bersarang di hatiku dan di berikan segala kekuatan untuk aku terus menjalani hari-hari yang indah dengan tabah.

Amin..!!


Kata Hati : Aku redha...!!!!



.

Rabu, 29 September 2010

.:: Untuk Dia ::.





Jangan biarkan amarah terus menyelubungi diriku. Benar..!! perit yang aku rasakan. Kerana Kenapa aku yang menjadi mangsa? Sedangkan aku tidak pernah kenal siapa dirinya. Cuma yang pasti dia tetap makhluk ALLAH yang hanya menumpang di muka bumiNYA.

Dia manusia yang tidak tahu mensyukuri setiap detik nikmat yang di berikan olehNYA. Manusia yang sentiasa mahu melihat manusia lain hanyut dengan kata-kata yang di lemparkannya. Manusia yang tidak pernah mahu melihat insan lain senang dengan kejayaan yang di kecapi.

Benar..!! mereka masih wujud. Masih lagi menganggap diri mereka hebat dan gagah mungkin. Sebelum ini aku terlalu memikirkan apa yang telah terjadi, sehingga setiap hela nafasku menjadi sesak dengan segala ungkapan keji yang telah di lontarkan.

Memaksa fikiranku berputar mencari penyelesaian yang jelas di depan mata. Cuma ketika fikiran sedang ligat berputar aku tidak dapat melihat dengan jelas setiap penyelesaian yang ada. Tiada kata kesat buat yang telah menghina aku. Tiada sumpah seranah untuk yang menjerat aku dengan pelbagai soalan.

Aku tidak mahu penat dengan manusia yang menyembunyikan tangannya setelah cebisan batu di lemparkan tepat ke arahku.tidak mahu lelah dengan manusia yang berjaya membuat aku muram dengan segala rasa. Biarkanlah. Aku sudah tidak peduli.

Cuma aku mahu senyum indah. Kerana itu ubat segala kusut di hati yang dijalari dengan tujahan kata-kata yang tidak bermoral dari manusia itu. Aku doakan agar manusia itu terbuka pintu hatinya kembali ke jalan benar. Dan sentiasa doakan yang terbaik untuk dia mengenali jalan yang lurus ini. Tidak akan aku menghina manusia itu.

Aku redha kepadaMU Ya ALLAH…!!

Berikanlah manusia itu peluang menuju ke jalanMU Ya ALLAH..!

Ubatilah hati manusia itu dengan kalam suciMU Ya ALLAH..!

Bebaskan manusia itu dari segala hasutan Syaitan Ya ALLAH..!



Kata Hati : Tiada guna jika aku terus membiarkan amarah menyelubungi diri yang lemah ini. Lepaskan..biarkan, itu yang terbaik.


.

Isnin, 27 September 2010

.:: Aizat | Sungai Lui ::.




SUNGAI LUI

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka mata biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini



Kata Hati : Suka Dengar Lagu Ini.

Sabtu, 25 September 2010

.:: Bila Perkataan Kian Kabur | Aku Rimas...!! ::.


Salam. Bertemu kembali sekali lagi kita bertemu di ruangan ini. Bersyukur kepadanya kerana di berikan kesempatan untuk semua ini. Alhamdulillah. Motif apa kali ni awal-awal aku dah tepek muka sendiri kat blog sendiri ni? ( Takkan nak letak kat blog orang lain kot..!! ) hehe..motifnya, tak ada apa-apa, sekadar bersahaja. Kalau bukan tuan tanah nak letak gambar sendiri, siapa lagi kan..??

Ermm...macam mana dengan raya? Masih memenuhi undangan 'Open house' ke?? Alhamdulillah, mencurah-curah rezeki kita pada bulan Syawal ni kan. Okeylah, kembali pada tajuk di atas. kalian mahu tahu perkara sebenar? Aku memang rabun jauh, tapi masalahnya aku tidak suka bercermin mata.  Haiss..!! Rimaslah. Macam-macam cara pujuk diri supaya kekal bercermin mata, tapi hampeh..!! Aku tetap tak mahu. ( Dasar degil..!! )


Sanggup berhabisan duit buat cermin mata supaya minat. Tapi hasilnya? Yaaaa..!!!! tetap sama, enggak mahu. Hehehe. Entah, nak buat macam mana lagi.  Mata yang di sahkan rabun sejak di bangku sekolah lagi tapi tidak langsung aku pedulikan. Janji aku masih mampu melihat jelas walaupun ada sedikit kesukaran. Di situ terjadinya penderaan yang tidak di sedari aku, iaitu mendera penglihatan secara memaksa melihat sesuatu yang tidak jelas di mata. Sehinggalah aku betul-betul rimas bila semua yang aku lihat menjadi kembang semacam. Maka, mahu tidak mahu, terpaksalah aku memakai kaca mata. Eee..! Rimas..!



Adehh...!! Aku tepekkan jugalah gambar aku bercermin mata. Hahaha...!! Sangat tidak sesuai kan? Haiss..! Rimas wehh...!! Macam mana la aku mahu biasakan eyh? Sesiapa punya tips? Kalian yang membaca punya tips? kalau boleh aku mahu tips bagi penglihatan mata ini jelas. Boleh?? Permintaan yang merapu di situ. Hehe.

Ermm..sejak itu, aku masih juga degil, tetap tidak lekat dengan cermin mata. Aku cuma pakai bila setiap butir huruf menjadi kembang dan masa rasa-rasa nak pakai je. Bukan tak sayang mata, tapi entahlah nak beritahu macam mana. Susah mahu gambarkan. Ececehh..!! ngado-ngado eyh,...!!!

Harapnya, lepas ni aku kena ambil berat tentang semua ini. Jangan ambil lewa. Sekarang walaupun aku sentiasa membawa cermin mata kemana sahaja ( kadang-kadang lupa juga..hehehe. ) Tapi aku tidaklah selalu memakainya. Cuma bila perlu sahaja. Sampai bila aku akan bergini? Aku tuan punya badan pun tidak tahu sampai bila. ( Teruk sungguh..! )

Erm...rasanya cukuplah sampai di sini untuk bebelan kali ini. Pada kalian yang sudi membaca di blog ini, ribuan terima kasih aku ucapkan. InsyaALLAH, jika di panjangkan usia dariNYA, kita pasti berjumpa lagi di lain entry.

Sekian....!!

Daa..!!

Wasallam...!



Kata Hati : Selamat berhujung minggu semua...!!! Aktiviti aku besok, mahu mendobi..!! Layannnn....!!!!!

Rabu, 22 September 2010

.:: Bila Kemalasan Melanda | Beginilah Jadinya...Hadoii.. ::.




Salam, ada lagi ke yang sudi menjenguk blog yang lama telah di tinggalkan ni?? Kalau ada, jutaan terima kasih di ucapkan kepada kalian semua yang masih sudi menjenguk ke blog yang usang ini. Terima kasih sekali lagi ya...!

Sebelum itu, bersyukur kepada Ilahi kerana di berikan kesempatan sekali lagi kepada diri ini unruk terus menulis di ruangan alam maya ini. Terima kasih Ya ALLAH, atas kesempatan yang telah Engkau berikan.

Sudah terang lagi bersuluhkan. Dengan adanya gambar di atas, nampak menyeramkan..!! bagi kalian menyeramkan atau tidak ayat malas di atas?? Bagi aku, tuan punya blog ni, teramatlah menyeramkan bila rasa di atas sentiasa bertamu di hati ini WALAUPUN di saat aku sedang menaip untuk entry ini.

Wahh..!! Jelaskan kemalasan aku di tahap yang membimbangkan..! Adoiiyaa...!! Mahu buat bagaimana ni. Mahu seru kembali rajin yang telah menyepi? Tapi harapnya biarlah ia kembali tanpa di seru. Sentiasa harapkan mood itu kembali.


Harapnya, selepas keluarnya entry bertujuan menghalau malas ini, kerajinan akan bertandang mengantikan malas yang melekap lama di ruang hati. Moga segalanya okey-okey belaka.

Erm..rasanya sampai di sini saja untuk entry kali ini. InsyaALLAH, kita bertemu lagi di lain entry yang kan datang. Pada kalian yang setia dari awal enrty hingga ke akhir, terima kasih di ucapkan buat kalian kerana masih sudi bertamu di sini.

Sekian...!!

Daaa....!!

Salam....!!!!



Kata Hati :  Mahu pulih seperti sediakala....!!


.

Khamis, 9 September 2010

.:: Salam Lebaran ::.

.


DI ATAS KESEMPATAN INI, DAKU INGIN MOHON AMPUN DAN MAAF PADA KALIAN SEMUA SEANDAINYA DAKU PERNAH TERKASAR BAHASA SECARA SEDAR MAHUPUN TIDAK ATAUPUN DAKU  MENGELUARKAN ENTRY-ENTRY YANG MEMBUATKAN ANDA TIDAK SELESA SELAMA INI. SEANDAI PERKARA ITU TERJADI TANPA KESEDARAN DIRI INI, DAKU MOHON JUTAAN KEMAAFAN BUAT SEMUA.

PADA SAHABAT HANDAI YANG MENGENALI DIRI INI DARI  ALAM REALITI MAHUPUN DI ALAM MAYA, DAKU MOHON MAAF SEKIRANYA DAKU PERNAH MENGURISKAN HATI DAN PERASAAN KAMU SEMUA. MAAFKAN SEGALA KEKHILAFAN YANG PERNAH BERLAKU ANTARA KITA SEMUA. MENGERTILAH, SEGALA YANG BAIK, DATANGNYA DARI ALLAH S.W.T. MANAKALA SEBALIKNYA DATANG DARI DAKU.

OLEH ITU, DI KESEMPATAN INI JUGA DAKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SAHABAT YANG MENGENALI DIRI. TIDAK LUPA JUGA SAHABAT-SAHABAT DI LAMAN FACEBOOK, RAKAN-RAKAN DI BLOG DAN KEPADA KALIAN YANG TIDAK JEMU-JEMU MENGUNJUNGI BLOG YANG TIDAK SEBERAPA INI. SOKONGAN KALIAN AMAT DAKU HARGAI. TERIMA KASIH..!!


" SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN "



KATA HATI : SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN.



.

Selasa, 7 September 2010

.:: Bila Kesedihan Jadi Tetamu ::.



Salam... Alhamdullillah besyukur ke hadrat Ilahi, kerana di berikan kesempatan untuk kita bertemu di ruangan maya ini. Terima kasih Ya ALLAH atas semua kesempatan yang telah Engkau berikan.

Sebenarnya agak keberatan untuk daku menulis entry kali ini. Al-maklumlah, bila kesedihan mula bertamu di hati dan sanubari, hanya yang mampu daku lakukan, menahan sebak di dada sahaja. Tetapi kadang kalanya, di saat-saat diri ini sendirian, tumpah juga air mata mengenang segalanya. Seperti semua tahu, tidak lama lagi Ramadan akan meninggalkan kita semua. yang tinggal hanyalah kenangan-kenangan kita sepanjang melalui hari-hari indah di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.

Mahu tidak mahu, terpaksa jugalah kita menerima kenyataan bahawa bulan Ramadan bagi tahun 1431H akan berakhir beberapa hari sahaja lagi. Kemudiannya, kita akan menyambut hari kemenangan iaitu Syawal 1431H selepas perginya Ramadan.

Rasa kejap benar masa berlalu. Daku percaya, ramai yang belum puas bermanja dengan bulan mulia ini. Mungkin ada di kalangan kita ketika ini sedang sibuk menyiapkan persiapan yang terakhir di kala menjelangnya hari lebaran sehingga lupa Ramadan beransur pergi.

Setiap tahun, inilah saat-saat yang paling sedih. Bagi tahun ini, kita bertuah kerana dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Tapi masihkah ada peluang buat kita untuk tahun hadapan? Dan jika ini adalah Ramadan yang terakhir untukku, harapan segala apa yang ikhlas aku lakukan di terima olehNYA. Dan sejuta harapan juga, daku masih mengharapkan punya peluang untuk menyambut Ramadan pada masa akan datang. InsyaALLAH.



Di atas kesempatan ini, Daku NUR AMANI, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini. Tidak di lupakan juga, rakan-rakan di FACEBOOK, FRIENDSTER dan buat BLOGGER-BLOGGER yang mengenali diri ini.

Ampun maaf di pinta seandainya, daku pernah terkasar bahasa atau pernah menyusahkan kalian sepanjang perkenalan ini. Daku dengan Ikhlas menyusun sepuluh jari memohon segala kekhilafan yang pernah daku lakukan terhadap kalian.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Akhir kata, jika di panjangkan usia olehNYA, insyaALLAH ada rezeki, kita pasti ketemu lagi. InsyaALLAH.

Salam..!!




Kata Hati :
>  SALAM LEBARAN BUAT SEMUA....!!!
>  PADA YANG MAHU PULANG KE KAMPUNG, PANDU BERHATI-HATI. BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT SAMPAI. ( BEGITU JUGA UNTUK DAKU )

**BOS BARU JE BALIK...DI SURUH CUTI ESOK, TAPI DAKU TOLAK BAIK...! KHAMIS BARU START CUTI..! MASUK KEJA? TAK PULA DI BERITAHU..!
*** TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK PADA BOSS..!!

Sabtu, 4 September 2010

.:: Geng Surau | Terbaik..!! ::.


salam.


Alhamdulillah sekali lagi kita bertemu di ruangan maya ini. Bersyukur kepadanya kerana masih di beri kesempatan olehnya untuk kita sama-sama menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Alhamdulillah..!!

Okeyh, berbalik pada tajuk entry di atas. Entry kali ini ialah mengenai sebuah drama bersiri yang di tayangkan di Astro Oasis. Drama yang di maksudkan ialah drama “GENG SURAU”.

Drama ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Razif a.k.a 'mayat' lakonan mantap Beto Kusyairy bekas samseng yang baru keluar dari pusat pemulihan akhlak pulang ke kampung halamannya. Samseng si ‘mayat’ ni memang tak ingat dunia. Habis kambing Pak Abu lakonan slamba Azhan Rani jadi korban gara-gara si mayat ni.


Beto Kusyairy Sebagai Razif A.K.A Mayat

Kepulangan dia ke kampung mahu menebus semula kesalahan yang pernah dia lakukan dulu. Kecoh jugalah waktu mula-mula dia balik ke kampungnya tu. Ramai yang takut, mana tak nya, satu kampung dah tahu mayat tu samseng besar. Tapi mayat ni dah betul-betul berubah jadi baik. Malahan dia sama-sama mengajak orang berbuat baik. Lama-kelamaan orang kampung dapat menerima dia. Sejak itu dia bukan mayat, tapi Razif.


Daku suka Uddy, lakonan hebat Intan Nor Saina. Watak dia yang setia menanti Razif memang menjadi. Uddy ni, memang minat dekat Razif sejak dari kecil lagi. Macam-macamlah dia lakukan. Bila lihat aksi dia waktu kecil cuba mengorat si Razif ni, ketawa sorang-sorang aku di buatnya. Haiss..!! kecik-kecik dah pandai..! hehe.

Intan Nor Saina Sebagai Uddy

Si Uddy ni, sangat setia menanti Razif. Kemana ada Razif, di situ ada Uddy. Tapi dia tak mengaku yang dia sukakan Razif. Uddy pendam dalam diam. Kesian lihat Uddy bila dia dapat tahu, Razif kembali kepada bekas kekasihnya Azreen watak yang di lakonkan Anita Baharom. Tentu hati dia bagai di hiris-hiris. Waktu Razif kembali pada Azreen, uddy dah jarang ikut kemana Razif pergi. Dan pada masa yang sama Razif tercari-cari juga si Uddy ni. Macam tulah manusiakan? Bila dah tak ada di depan mata, baru sedar rasa kehilangan. Dan baru terhegeh-hegeh mahu menghargai.
Azhan Rani Sebagai Pak Abu

Dan hari ini, episod terakhir 'Geng Surau' bila terbongkar segala rahsia tentang Azreen, barulah si Razif ni sedar siapa selama ini yang setia menanti dia. Dan tang part ni lah yang paling daku tunggu-tunggu. Tapi malangnya baru saja Razif mahu beritahu Uddy yang dia sudah sedar tentang apa yang dia rasa, tiba-tiba datang tiga ekor hantu pocong iaitu, Pak Abu, Tok Imam lakonan Razak Ahmad dan Cikgu Suradi lakonan Mat Over terlompat-lompat ke arah mereka. Maka tak sempat Razif mahu berbicara. Dah tu, terus habiss.. Adoii..!! bengang jugalah. Tapi nak buat macam mana. Mungkin sambungannya Ramadhan akan datang barangkali. "GENG SURAU" musim kedua..!! Mungkin..!

Apa-apapun, tahniah kepada pengarah kerana buat kami sebagai penonton terhibur. Geng Surau, memang mantop...!!!

Okeyh lah, sampai di sini saja untuk kali ini. InsyaALLAH, di izin yang Maha Esa, harapnya kita ketemu lagi di ruangan maya ini ya..! Ucapan tulus ikhlas pada kalian yang sudi menjenguk ke blog ini. Terima Kasih semua..!!



Kata Hati : Mahu join?? Klik saja "PEMINAT GENG SURAU".

.:: Berbaki Lagi 5 Hari | Bagaimana Persiapan Raya Anda? ::.


Salam.

Alhamdulillah bersyukur kita kepadaNYA kerana di beri peluang buat kita semua terus bernafas di bumi bertuah ini. Kita juga di berikan kesempatan untuk menjalani ibadah puasa yang masih berbaki lima hari sahaja lagi untuk kita meraikan hari kemenangan.

Alhamdulillah Ya ALLAH..!!

Bersyukurku padaMU..!!



Bagaimana dengan persiapan raya kalian?? Harapnya tahun ini kita tidaklah membazir seperti tahun-tahun sebelumnya. Moga tahun ini biarlah sambutan kita sederhana tetapi meriah. Itukan lebih baik daripada sambutan beriya tetapi hati tidak meriah.



Eh..!!

“Beriya tetapi hati tidak meriah.”

 Maksud tuan tanah??

Iyalah, sebelum raya persiapan yang di sediakan beriya-iya. Kalau boleh semua mahu di ganti dengan yang baru. Sofa baru, langsir baru, meja baru, tv baru, handphone baru, kereta baru, balang kuih baru. Boleh nak di katakan semuanya mahu serba baru..! beriyakan?


 
Tidak meriahnya pula lepas rayalah. Bila semua duit sudah habis di keluarkan. Waktu ni memang sakit pada yang beriya-iya tadi. nak tunggu gaji? Hujung bulan baru masuk. Nak-nak pula bayaran bulanan kereta dan sewa rumah belum di jelaskan lagi. Adoii..!! bertambah-tambah sakitlah.


Ish..!! takut mahu daku bayangkan. Jadi, kalau tidak mahu perkara sebegitu terjadi pada kita, apa kata kita sambut Aidilfitri kali ini secara sederhana. Tidak payahlah kita mahu bertukar segala bagai kepada yang baru. Jika yang lama masih elok, apa salahnya kita pakai lagikan? Dan InsyaALLAH ianya pasti meriah.

Yang penting lepas raya kita tidak susah hati atau sakit kepala. Betul tak??

jadi, sama-samalah kita renung-renung dan fikir-fikirkan ya. Kalau ada rezeki lebih, tak salah mahu berbelanja. Tapi kena jugalah berpada-pada. Pada kalian yang belum buat persiapan raya lagi tu, cepat-cepat ya..! tinggal lagi lima hari je ni.

Ermm…rasanya sudah puas daku berleter di sini. Tiba masa untuk mengundurkan diri. Dan insyaALLAH, jika di izinkan ALLAH, kita semua pasti ketemu lagi di ruangan ini. Terima kasih pada kalian yang tidak jemu-jemu bertandang ke blog yang kejap-kejap ada, kejap-kejap takde ni eyh..hehe.

Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa..!
Salam..!!

Daa…!!


 
Kata Hati :

* Hati-hati memandu pada mereka yang mahu pulang ke kampung halaman. Al-maklumlah, cuti sekolah dah mula.
* Dah boleh nak buat kuih raya ni. ( Pstt..!! rindu kueh batang buruk inti kacang tanah )
* Yang terima tempahan kueh dan baju raya, cepat-cepat siapkan.