Isnin, 6 Jun 2011

.:: Suatu Ketika Dulu ::.

.
 

Assalamualaikum.


Syukran..!

Alhamdulillah bersyukur pada yang Esa kerana di beri peluang untuk terus berada di ruangan ini. Dan jutaan terima kasih buat kalian yang sudi singgah di ruangan blog serba serdehana ini. Al-maklumlah, sebelum ini blog  sunyi sepi dan di biarkan bersawang berminggu-minggu. Huhuhu.

Semasa blog ini di biarkan sunyi seketika dulu, aku tidaklah pula terus melupakan blog ini. walaupun hubungan di antara kami belum pun cukup setahun. Tapi yang pasti aku pasti tidak akan lupakan blog ini. Satu-satunya tempat aku menulis dan bercerita. Mana boleh lupa. Sentiasa ingat oo… tapi nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan.

Kalau dah blog yang baru setahun pun aku sukar untuk lupakan, inikan pula hubungan dengan manusia yang hampir cecah puluhan tahun. Lagilah aku tak mudah lupa, baik yang di sayangi mahupun yang tidak di senangi. Bukan mudah untuk kita lupakan sesuatu perkara lagilah pula untuk melupakan silaturahim di antara manusia. 

Betul tak?

Tapi kadang-kadang terasa juga bila kita saja yang tahu menghargai setiap yang ada di depan mata, walhal yang berada di depan mata pula langsung tidak mempedulikan kita. Yang pastinya bukan rasa oren yang kita dapat. Tapi rasa sakit hatilah yang kita kompom dapat. Ye dak?

Perlu di ingatkan, insyaALLAH dengan izinNYA, aku bukanlah seorang yang pelupa tentang sesuatu perkara. Dengan izinNYA jugalah aku akan sentiasa ingat setiap perkara yang penting dalam hidup aku. walaupun perkara itu amat pahit untuk di kenang, aku tetap ingat apatah lagi yang masam manis segala. Lagilah aku ingat beb…!

Dan untuk kali ini, mohon jutaan kemaafan kerana aku bukannya tidak sengaja, tapi AKU MEMANG SENGAJA untuk lupa dan SENGAJA tidak bertindak apa yang patut aku lakukan. Tapi tak keseluruhan, sebaliknya aku dah get ready apa yang patut ( Hanya DIA saja yang Tahu). Manalah tahukan..huhuhu (Cehh..! ada pengharapan di situ )

Dan setiap apa yang akan terjadi hari ini aku redha atas kehendakNYA. Dan janganlah kalian ingat aku kejam sangat ( Cuma kejam sikit je..hihihi..) Sebab apa yang aku lakukan untuk mengajar diri sendiri tentang menghargai dan pengharapan.

Jadi,ayuh  kita sama-sama  hargai apa saja yang wajib kita hargai dan barulah tanam pengharapan yang sudah pasti. Barulah betul…!

Chayokkk…!!


Kata Hati : Sepanjang hari itu aku menyanyi-nyanyi lagu keramat…dan keputusannya, sangat seronok..dua ronok..tiga ronok..empat ronok..memang banyak sangat ronok..hehe… (sahabat sejati jadi saksi ketika itu..yeahh..! ) 


.