Ahad, 5 Februari 2012

.:: Entry Bergambar | Pernah Makan tak ? ::.

.

Buah apa ni? Kalian Tahu tak?


Alhamdulillah, kita masih bersua secara tidak langsung di sini. Syukran Ya ALLAH..! 

Okeyh..! aku tahu, mungkin ramai yang dah tahu buah apa yang aku pegang di atas tu kan. Aku percaya, pada yang tahu bagaimana rasa buah di atas tu, pasti akan terliur sebaik sahaja lihat buah tu...kan?

Pada yang tidak tahu, mungkin tertanya-tanya apa nama buah tu dan apa rasa buah tu, maniskah, masinkah, masamkah, payaukah, pahitkah, dan apa-apa sajakah? heeeee... #Haisshh....banyak beno 'kah'..!!

Tungguuu...!!!!! Jom layan gambar dulu. InsyaALLAH Akhir entry nanti aku beritahu, okeyh..!


Ini Pokoknya.

Usha Dekat Sikitt..

Hasil Kutipan |^__^|

Bila Dibelah Tengah

Hiris Dan Hidangkan. Sedap Bila Di Cicah Bersama Garam.

Macam mana? Dah tahu buah apa? Buah ni aku petik dekat kampung aku. Pokoknya tak besar, tak kecik. Sedang-sedang saja. 

Okeyh..! inilah buah 'nam-nam' kalau nama panjang 'enam-enam'. Mungkin kalian tak pernah dengar. sebab buah ni juga turun di kenali dengan nama 'katak puru'. 

Apa..?? " KATAK PURU "..? Serius weh...!! Haaaa..Pernah dengar tak?

Pada yang baru pertama kali dengar, buah nam-nam ni, kalau di makan muda rasanya...pergghhh...!! punya masam....! Tapi kalau di makan buahnya sudah pun masak, rasa masam tu tetap ada, tapi ada sedikit manis.

Aku tak pasti sama ada buah ni ada jual di mana-mana ataupun tidak. Sebab tak pernah aku jumpa pula sebelum ni. Tapi kalau kalian ada jumpa di mana-mana, cubalah rasa ye. Jangan takut-takut. Gerenti tak pahit...!! Masam jeww..heehehehe.

Selamat mencuba..! ^____^



Kata Hati : Pertama kali makan buah 'nam-nam' yang dah masak, memang sedapp..!!

.

14 ulasan:

  1. buah katak puru! dulu penah mkn, masam2 manis rsnya..

    BalasPadam
  2. chic na, yup..bentuk dia mcm peria..tapi yg ni warnanya coklat...peria hijau..buah ni tak pahit..jgn takut.. :)

    BalasPadam
  3. belakang umah akak kt kg pun ada..dulu la.baru2 ni dh kena tebang..ada 2 3pokok..tp ktorg jarang petik sbb ktorg jarang mkn bnda2 masam..time terliur je baru petik..hehe

    BalasPadam
  4. dya first time tengok buah tu..tu pun kat blog ni..hehe... teringin lah nak rasa..post lah satu..hehe

    BalasPadam
  5. tak pernah jumpa pun,tak pernah dengar pun pasal buah ni. nanti nak tanya mak la :)

    BalasPadam
  6. hahaha..lawak nama dia..kat blog sya ader cerita pasal buah kote dlm entry lama..

    panduan jerawat ada di sini!
    http://pulsowanie.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Errmmm sedapnya dah lama dila x makan ....

    BalasPadam
  8. oooo..tak pernah tgk dan makan..hehe~~

    BalasPadam
  9. pertama kali sy dengar dan tangok rupa buah ni...

    BalasPadam
  10. peliknya.
    tak penah jumpa pun.
    first time tgok :)

    BalasPadam
  11. Saya panggil ni buah nam nam..Sedap...masam2...Dah tak ada dah pokok ni..

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.