Selasa, 28 Februari 2012

.:: Kemana Haluan Selepas Itu....? ::.







“KEMANA  HALUAN SELEPAS ITU…?”

Wahh..ayat..! macam budak lepasan SPM. Yelah, sibuk mencari arah tuju untuk mencorak dan mewarnai kehidupan yang akan datang.

Kalau lepasan SPM cabangnya banyak jugalah kan..? 

Kalau buat keputusan nak sambung belajar, jurusan apa yang patut di ambil, kolej apa, di mana dan sebagainya.

Kalau buat keputusan untuk bekerja pula, banyak juga cabangnya ye dak..?

Tapi kalau kehidupan lepas khawin pula macam mana ya..?

Dimana pula haluan kita akan menetap selepas di ijabkabulkan..?

Setahu aku cabang UTAMAnya Cuma tiga. Kenapa tiga..?

Rumah ibu sendiri.
Rumah ibu mertuaku
Dan rumah sendiri  (menyewa atau rumah sendiri )

Bila entry aku seakan-akan berbau nasi minyak, kalian jangan salah faham pula ye. Aku belum pun nak berumah dan tangga lagi.

InsyaALLAH akan datang. Mohon doa dari kalian semua ye. Cuma entry kali ni, saja aku nak tanya pendapat orang ramai.

Dan aku percaya pandangan kita berbeza. Dan setiap pandangan kita tentu ada baik dan buruknya.

Jadi jika di tanya pada aku haluan sepatutnya selepas berumahtangga, sudah tentulah aku memilih untuk hidup bersama pasangan secara sendiri.

Kiranya, tinggal di rumah emak sendiri pun tak mahu, rumah mertua pun tak mahu. Tinggal di rumah sendiri. 

Kalau tak ada rumah sendiri, menyewa rumah yang kecil pun tak apa. Janji aku dan pasangan boleh hidup berdikari sendiri.

Sesekali kita balik jenguk keluarga kita dan mertua. Tinggal berasingan tak bermakna lupa keluarga teruskan. Ibubapa, tetap nombor 1.. setuju..?

Itu pendapatan aku. Pendapat kalian..?




Kata Hati : Benda-benda macam ni patut bincang sebelum khawin ye..!!

.

28 ulasan:

  1. Setuju sangat dengan pendapat cik nur tu.. kalau tinggal ngan family takut ada yang tak puas ati kan?

    Kita ni bukannya sempurna, pasti ada sesetengah benda yang kita buat tanpa kita sedari akan tu salah ke, kalau tak salah pun mungkin dia tak suka ke. Entahlah kan~~

    BalasPadam
  2. Bg akak yg dah kawen ni, mmg stay sndri is the best, nur.lbh byk kebaikan.bak kata org, yg dkt ni berbau hamis sikit, kalo jauh2 ni wangi ngkooo, ekeke....yg dh kawin sure fhm apa yg akak try nk smpikn,ekeke

    BalasPadam
  3. akak setuju...dok umh sndri le best...umh fmly & mertua tu jenguk2 la jgk jgn di abaikan...

    BalasPadam
  4. Better duduk sendiri nur.
    Tp kalo keadaan terpaksa jasa mak@ayah x sihat, duduk la ngan diorang..

    Tapi...
    Selagi boleh, duk umah sendiri, n lebih berdikari,,,

    BalasPadam
  5. pendapat sy sama dgn nur... kalau tak nak dok rumah mak sendiri atau dok dgn metua... baik dok rumah sendiri...

    BalasPadam
  6. hihi...skng nih deqla kat umah ibu...x lama lg umah sendri di gombak... =)

    BalasPadam
  7. yes dear! saya setuju dengan pendapat kamu,tingal sendiri dan berdikari sendiri yang terbaik.

    walaubagaimanapun baiknya hubungan kita dengan keluarga suami mahupun keluarga sendiri pastinya ada sedikit perselisihan faham antara kita..terutamanya dengan emak-emak..almaklum emak kan selalu banyak nasihat..hihihi.

    saya pun sekarang memilih tinggal sendiri,namun keluarga juga jangan sesekali diabaikan..:)

    tanpa mereka siapa kita kan?ehhee..

    mudah2an ALLAH berikan jodoh yang terbaik buat Cik Nur :) jodoh yang soleh dan hensem lagi baik hati..amin~..ngeeee..


    hambek ko CN! komen saya macam sebuah entri dah..hahahaha..sapa suruh minta pendapat..kekeke..

    BalasPadam
  8. tinggal dirumah sendiri lebih baik n ada privasi.. ^^'

    BalasPadam
  9. Setuju sangat dengan entry ni.. ;)

    BalasPadam
  10. Saya pun rasa lebih baik berasingan. Payah kalau sekali. Lebih mudah tersinggung hati nanti. tapi, kena rajin la balik kampung.

    BalasPadam
  11. setuju sgt2.... duduk asing tak semestinya lupa ibu bapakan..hihihi

    BalasPadam
  12. betul.... ibubapa jangan dilupakan.. banyak jasa mereka..
    tapi haluan saya ada 2 je... heee

    BalasPadam
  13. Lady Milo, saya tahu kenapa haluan awak mnjadi dua..hihih

    BalasPadam
  14. ya...stju..tgl berasingan lebih baik..

    BalasPadam
  15. Actually,mana2 pon xpe..i dont care.haha janji bahagia. kat mana2 pon xpa..

    BalasPadam
  16. Btul...setuju sgt
    duduk sdiri,susah senang kat rumah sdiri...senang cakap,berdikari lah =p

    BalasPadam
  17. betul betul..biar menyewa je,yg pntg bljr berdikari..klu tgl uma parent atau in-laws buat sementara ok lah.

    BalasPadam
  18. mstilah nak hidup bdua di rumah sndri kan..baru romantik..xde org kacau..haha..

    tggl di umah sndri byk yg kita boleh belajar..belajar mengurus rumahtangga sndri :)

    BalasPadam
  19. semestinya rumah sendiri. tak best la dok ngan family kalau dah kawen.segan.takleh ngada2.hehehe

    BalasPadam
  20. aReLaN, nak ngada2 xboleh..nak gaduh2 pun xboleh..

    takut mak atau mertua dengarkan..

    simpan dalam hati je..lama2 ttekan...huhuh

    BalasPadam
  21. tinggal rumah sendiri adalah terbaik! tak kisah nak tunggang terbalik ker..hehehe..kalo rajin buat apa yg perlu kalo malas, tido ajer..kalo duk rumah mak mentua ke rumah mak takkan nak wat gitu ye tak?

    BalasPadam
  22. i nak ddk umah sendiri.. tp every week , balik umah mak sendiri or mak mertua.. glir2 laa.. hee :D

    BalasPadam
  23. setuju dengan pendapat awak. lebih baik hidup berdikari. sekali sekala ziarah rumah parents. :)

    BalasPadam
  24. kalau dya pun nk tinggl sendiri..baru adil.. hehe

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.