Sabtu, 5 Mei 2012

.:: Jom Buat Begedil ::.






Pernah buat begedil..? Mesti fikir remehkan..! Sebab kena rebus lama lepas tu bila nak masak kena celup dalam telur, lepas tu goreng. Memang leceh dan merenyahkan..!

Tapi yang aku selalu buat ni, mudah je. Memang memerlukan telur, tapi perlu celup-celup..! 

Apa celup, kena celup...! Heheheh.

Cuma bila malas tu je yang kata benda tu susah. padahal senang je. 

Nak cuba buat..? Jom usha resepi dulu.


Bahan-bahannya:

Ubi kentang
Telur
Daun Sup 
Daun Bawang
Bawang goreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng.




Kupas dan basuh ubi kentang sebersih-bersihnya. Dan potong ( ikut suka hati nak potong macam mana).




Goreng ubi yang di basuh tadi sehingga empuk.




Lenyekkan ubi yang di goreng tadi bersama sedikit garam sehinggah lumat.




Masukan 2 biji telur . Ikut kesesuaian. Doh Jangan terlalu lembik atau keras.




Masukan daun bawang dan sup.




Kemudian masukan bawang goreng.




Gaul hingga sebati.




Bulat-bulatkan doh tadi.




Kemudian bentukan seperti ini. Bila dah siap, makanya boleh di goreng.




Goreng sehingga garing.




Dan siap untuk di makan bersama sos kegemaran anda..!




Yang lebih, kalian boleh letakkan di dalam bekas, dan simpan di dalam peti sejuk.
Nak makan goreng je.

Senangkan..? Begedil yang aku buat ni, begedil kosong je. Tapi kalau kalian nak tambah dengan isi ayam atau daging , boleh juga. 

Esok hari minggu, kalau tak ada aktiviti apa-apa , boleh cuba buat begedil ni. Mudah , ringkas dan sedap...!



Kata Hati : Serius, aku lapar bila taip entry ni..huhuhuu..!

.

33 ulasan:

  1. wahhh sedapnya makan dgn nasi..rupanya senang je cara nk buat..nak cubalah masak

    BalasPadam
  2. mohon hantar kan kat hostel sy sket.. lapor ni..heeee

    BalasPadam
  3. Suka makan begedil ni. Tau makan je :)

    BalasPadam
  4. cik lynn pn pnah wat...ltak dging...=)

    BalasPadam
  5. wah..cam sedap je..
    nak sikit..! hehe.. :)

    BalasPadam
  6. bergedil memang sedap dimakan eh!!!SUKA2!!!

    BalasPadam
  7. ehem3x....sedapp nyaaaa....
    daa bleh kawin tuuuu...he3

    BalasPadam
  8. rajin nye cik nur ! cik nur, hari ni cendol buat pau coklat ! nak satu ? =D

    BalasPadam
  9. comel2 begedil nur. sedap je nampak. mmg favret cikna tu. ooo kentang tu goreng je ek. kalau rajin nnti nak try. kalau la. hehe.. :)

    BalasPadam
  10. tak pernah wat begedil..tapi tgk resepi tu xde la susah sangat eh~~

    BalasPadam
  11. ooo resepi sangat baik hati dari cik nur, nanti saya bagitau orang rumah resipi ni ya. Macam sedap ja..

    BalasPadam
  12. Salam,
    Beberapa hari yang lepas saya ada buat begedil ni. Tapi caranya agak berlainan skit. hehe. Yang ni nampak mcm sdap..rangup2 gitu.. :)

    BalasPadam
  13. ni kat umah mesti slalu masak kan??
    heheh da lehhh jd isteri owg nie huhu

    BalasPadam
  14. Alahai Nur...kebetulan....

    akak buat soto hari ni, sure ade bergedil...
    Nampaknya cara kita berbeza sikit..
    nanti akak nak cuba cara Nur plak..=)

    Akak x campur telur dalam kentang tu, tp...masa nk goreng, celurkan ngan telur..

    BalasPadam
  15. wah sedap sangat nih begedil buat di santap..

    BalasPadam
  16. Sedapnya...feveret akak ni.Selalu makan dengan soto.

    BalasPadam
  17. sedapnya! leh try ni heheh kalau kt kedai slalu ada tepung.. xsuka.. ni ubi bnyak hehe

    BalasPadam
  18. yg ni kentang je rupanya...mama yana letak daging dgn jintan manis, lg kick

    BalasPadam
  19. Cik Nur,nampak sedap je bergedil ni.alahai lapar la pulak tengok bergedil ni.solehah suka sgt bergedil.klu da dpn mata,msti beli. hehe

    BalasPadam
  20. wahh.. nampak sedap laa. mugmerah nak rasepi ni boleh? hehe

    BalasPadam
  21. Warghhhhhhhhh...sedapnyer! Syabasss mere beteee...hehehe

    BalasPadam
  22. series..dya pun lapar bila baca entry ni.haha

    BalasPadam
  23. perghh
    sodap kan bagedil =p
    campur ckit dgn kiub ayam cik nur,sedapppp

    tp selalunya ai x masukkan telur sbb sblm grg nti ai celup dgn telur br grg..nti nk try resepi cik nur la plak :)

    BalasPadam
  24. sedapnya tengok begedil cik nur ni..

    BalasPadam
  25. bgsnya resepi bergmbr cam ni... x suka buat, suka mkn je..boleh ? haha.. :p

    BalasPadam
  26. cik nur suka buat org lapar:(
    btw, dila dah tag cik nur tau, hehehe

    BalasPadam
  27. oooooooooo. kene goreng due kali la ye. tak tahu pulak. hee.

    BalasPadam
  28. ooooooooooooooo...senang nye..hahaha.

    dulu kak pernah join lecture buat bergedil ni,tapi banyak tul ramuan dan stepnya dik..tu yang kak taknak buat2 dah tu.ngeee.akak ingat leceh sangat..rupanya bergedil cik nur mmg simpe je..tapi dah terbayang kesedapannya kena pulak tambah ayam..perghh..

    pas ni nak try la..insyaallah :)

    BalasPadam
  29. mmg senang kan :)
    suka juga buat.ikut mood ;)
    bagus nur buat step by step.

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.