Selasa, 29 Mei 2012

Apa khabar semua. Rasa macam lama dah tak update blog.
Sekarang ni keadaan memang super duper sibuk. Masa amat mencemburui aku.
Buat kerja dah macam pencuri bersiri. Terkejar-kejar dan hasilnya super duper fenat gilerr...!
Jadi taknak biarkan blog ditinggalkan sepi bersawang, aku pun update je lah guna handphone cap ayam ni.
Cuma persoalannya di sini, ada ke yang rindu aku? Hahahaha...!

Kata Hati : Jika keadaan kembali stabil, insyaALLAH aku terjah blog kalian ye...!

Ahad, 27 Mei 2012

.:: Aku Penyamun...??? ::.





Tajuk bikin panas daaaa....!!

Minggu ni asyik sibuk..sibuk..sibuk kan..?
Bosan pula rasakan.

Tapi apakan daya. Tak dapet den nak ngelak.
Esok ada kenduri dekat Ipoh.

Isnin pula kena submitkan segara urusan yang bikin aku serabut minggu ni.
Harapnya, semua berjalan lancar seperti dalam perbincangan.

Jadinya, minggu depan pun aku sibuk lagilah..!
Maaf pada kalian yang tak jemu berkunjung ke teratak ini.
Terutama buat GENG SEGAR FOLLOWER.

Mohon maaf sangat-sangat ye…!
InsyaALLAH , jika selesai semua urusan aku akan terjah teratak kalian pula.

Buat masa sekarang ni aku hanya boleh curi-curi masa je.
Bila tercuri-curi, aku terasa macam penyamun di blog sendiri pulokkk..! Hihihihih.

Rasa je, tapi tak naklah jadi penyamun..!
Tak tenteram hiduppp ooooo..!

Apapun, insyaALLAH…Keadaan akan kembali seperti biasa.

Tungguuuuu…! Tapi ada ke yang nak tungguuu...?
Hahahahaha...!



Kata Hati : Ada pengumuman peting mahu di buat, tapi belum sempatlahh..!

.

Jumaat, 25 Mei 2012

.:: Senyumlah...! ::.





Selamat Hari Jumaat...! Penghulu segala hari. 
Harap semuanya sihat dan ceria-ceria hendakNYA..!

Dan petang dah pun. Aku baru terhegeh-hegeh nak keluarkan entry.
Sebabnya hampir semua mood hari ni melayang tanpa di kesan..!
Tekanan bertubi-tubi menimpa kepala aku.

Semalam memang tiada langsung kudrat yang berbaki.
Jadi memang tak sempat nak berblogwalking.. #maaf sangat-sangat..!
Penat dan sangat penat..!

Dari pagi uruskan urusan kerja.
Malam pula aku gegas pulang ke kampung.

Dan pagi ni, masih uruskan benda yang sama di awal pagi semalam..!
Bertambah rumit bila ada percanggahan perndapat.

Aku cakap 'A'. Dia kata 'Z'.
Walaupun urusan ni luar bidang kuasa aku, 
Tapi aku masih ingat apa yang aku tahu.

Dan akhirnya sakit hati yang aku dapat.
Menyesal pula rasanya uruskan kes macam ni..!

Hingga satu tahap aku tidak boleh nak senyum dah..!
Tapi di paksa-paksa juga supaya senyum.

Jadinya senyuman aku nampak letih dan palsu gituww.
Jawab panggilan telefon pun malas tau..!

Sebab mood dah jauh sangat melayang....!
Kalian ada tak macam mana cara mahu mengembalikan mood..?



Kata Hati : Susah uruskan perkara yang luar kemahiran dan kuasa aku ni..!

.

Khamis, 24 Mei 2012

.:: Sibuk Lagi...! ::.





Alhamdulillah. Syukran YaALLAH..!
Masih berkesempatan aku keudara untuk hari ini.

Dan syukur juga bila urusan yang aku ceritakan di [ SINI ] telah pun selesai.

Alhamdulillah…!

Makanya, buat pertama kali pada tahun 2012
Dua pasang mata sudah pun bertemu.

Dan aku maintain boleh kawal ketaq tu.
Tapi dia, lagi jelas kelihatan ketaq tu..!

Releks bro…! Kalau jodoh tak kemana..! #hahahaha….gila kenyataan nihhh..!

Ingatkan hari ni aku tak sempat keluarkan entry.
Almaklumlah hari ni luar biasa sibuk sikit.

Nampak tak gambar di atas. Gambar lama.
Macam itulah cuaca sekarang ni. Cantik sungguh..!

Sangkakan mendung sampai ke petang,
Rupanya hadir mentari di tengah hari.

Sehangat perdebatan yang berlangsung sebentar tadi.
Dan sekarang baru je selesai.  Hasilnya pening..susah hati..dannn letih…!

Lepas ni nak kena keluar lagi.
Ada kerja yang perlu di settlekan segera.

Kalau tertunda lagi, bertambah kepeninganlah lagi jawabnya.
Jadi mohon maaf jika aku tidak sempatan membalas kunjungan kalian ke sini.

InsyaALLAH jika kudrat masih berbaki, malam ni aku terjah ye..!



Kata Hati : siap-siap nak keluar ni…!

.

Rabu, 23 Mei 2012

.:: Segmen: Saya Blogger Awesome + Cool ::.






Kena TAG dengan Bakal ibu, Iaitu Puan Bert.

Aku lak nak TAG Kalian semua..!

Jahat tak..? hihihihi.

Tarikh tutup : 30 MEI 2012.

Nak JOIN...?

KLIK BANNER..!



Kata Hati : Esok ( Khamis ) Mungkin Sibukkkkkkkk..!

.

.:: Wordless Wednesday #12 ::.






Kata Hati :  Lip..Lap..Lip..Lap...!

.

Selasa, 22 Mei 2012

.:: 2012 | Belum Pernah Ketemu ::.








Pejam celik pejam celik tak lama lagi nak masuk bulan Jun kan.

Pasti ada yang kecutkan..!

Banyak kot benda yang belum selesai.
Bila di fikir-fikir bertambah kecut jadinya.

Yang akan di akad , lagilah kecut ye dak..?

Buat kamu, Tenang-tenang..!
Aku sentiasa ada di sisi kamu..InsyaALLAH.

Okeyh, berbalik pada tajuk.

Itulah realitinya. Nak masuk bulan ke enam tahun 2012,

Aku masih belum berkesempatan bertentang mata dengannya.

Percaya atau tidak..?
Silalah percaya, sebab inilah kenyataan..!

Di sebabkan perkara ini di amanahkan pada aku,

Maka rela terpaksalah untuk aku menguruskan pertemuan dua mata aku serta dua matanya.

Ermm..mengeluh panjang aku bila fikir perkara ni.

Sebenarnya ianya mudah, tapi bila di pandang remeh
Maka beratlah jadinya..!

Pernah terfikir mahu di layangkan saja kiriman.
Tapi di bantah keras…!

Alahai..lagi bertambah-tambah buntu aku dibuatnya.
Ini minggu akhir..minggu depan aku akan super duper sibuk.

Nak tak nak aku kena bertindak segera…



Kata Hati : Errrrr..ketaq lutut haihh..!

.

Isnin, 21 Mei 2012

.:: Air Mata Kucing Dan Khasiatnya ::.







Alhamdulillah. Hari ini rasa lebih baik dari semalam.

Syukran YaALLAH..!

Cuaca sekarang ni memang tak menentukan.

Panas..hujan..panas terik balik..hujan lebat serta angin kencang.

Suhu dalam badan pun tak menentukan.

Jadinya, di sini aku ada resepi paling ringkas untuk turunkan suhu dalam badan.

Air mata kucing.

Selalunya kita lihat orang jual dekat pasar malamkan..?

Itu yang sejuk, tapi kalau kita buat sendiri kita boleh menikmatinya secara panas.

Minum ala-ala hirup sup..! memang sedap.

Mana nak dapat buah mata kucing ni..?

Senang je, kalian boleh dapat buah mata kucing kering ni di mana-mana kedai ubat.

Mintalah berapa hengget yang kalian mahu. #semalam aku beli 3 hengget je.

Cara masak, rebus hingga mendidih. Lepas tu masukkan gula secukup rasa.

Dah siap..! Mudah,ringkas dan berkhasiat.

Kalian boleh nikmatinya ketika panas mahupun sejuk. Kalau nak sejuk boleh letak ais..!

Boleh juga nak letak bahan tambahan macam buah kundur, buah kembang semangkuk , biji selasih atau apa-apa sajalah ikut selera tekak kalian.

Macam aku semalam, letak buah kundur tu je. Sebab itu je yang ado..!hihihi

Tapi tak nak letak apa-apapun boleh. Lagi boleh rasa kesedapan air mata kucing tu..!

Jom kita usha khasiat air mata kucing ni :
  • Menurunkan panas dalam
  • Mengurangi batuk,
  • Boleh juga menghasilkan tenaga
  • Dan ia juga bagus untuk ibu yang hamil. (Untuk banyakkan susu)
  • Merawat keputihan

Khasiat banyak, cara penyediaan pun mudah. Apa lagi cubalah...!


Kata Hati : Banyak lagi khasiatnya tauu....cari je..semuanya di hujung jari..!.


Ahad, 20 Mei 2012

.:: GA Tersempoi..! ::.






Tarikh Tutup : 10 JUN 2012.


Kata Hati :

Sangat-sangat sempoiii...!

Nak JOIN..?

Klik BANNER...!

.

.:: Sup Ayam ::.







Selamat hari Ahad semua..!

Apa khabar semua..? Harap sihat sentiasa hendakNya ye.

Kita kalau tak sedap badan, mesti selera makan pun tak sedapkan.

Mulut rasa payau je bila makan apa-apa.

Bila selesema pula, makan pun tak rasa apa-apakan.

Kalian rasa macam tu tak..? #Ke aku sorang je yang rasa...?

Jadi, pilihan aku ketika badan tak berapa nak sihat,

Adalah sup..!

Tak kiralah sup ayam ke, daging ke janji ianya sup.

Bukan kata waktu tak sihat je, 
Waktu tengah sihat pun aku memang penggemar sup.

Sedap tau hirup sup panas-panas.
Cuba bayangkan..!Heeeeeeeeeeeee...

Gambar kat atas tu, sup yang aku masak.
Alaaa....sup je, semua orang boleh buatkan.

Aku kalau buat sup, suka letak ubi kentang yang di potong dadu.
Lepas dah empuk semua,

Akhir sekali baru masukkan daun sup dan daun bawang
Tak lupa juga masukkan bawang goreng.

Campak semua bahan, dah siappp...!
Senangkan...!



Kata Hati : Kalian kalau tak sihat suka makan apa ya...?

.

Sabtu, 19 Mei 2012

.:: Jaga Diri Dan Kesihatan ::.





Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi.
Kerana di berikan kesempatan untuk kita bersua secara tidak langsung di sini.

Kalian semua apa khabar? Sekarang ni ramai yang demam ye..!

Kalau  tak sihat tu, cepat-cepatlah bawa diri ke klinik berhampiran.
Jangan di lengahkan, penyakit sekarang ni bahaya…!

Bila dah jumpa doctor, mesti rasa segar sikitkan badan tu.
Tapi ingat..! Jangan lupa habiskan antibiotik tu..Penting tau..!

Silalah ambil berat atas kesihatan kalian semua.
Kalau boleh, biarlah kita ni pandai jaga diri.

Jaga kesihatan tu penting. Jangan jadi macam aku.
Akibat kedegilan yang teramat-amat sangat, 

Pernah satu ketika dulu, aku langsung tak boleh minum ais. Huhuhu…!
Susah jugalah nak hindarkan diri daripada minuman berais.
Sebabnya aku ni memang hantu ais..!

Sikit-sikit ais…sikit-sikit ais..! Ais sikit-sikit..! Eh..boleh ke gituw..? hihihi.

Jadi bila ikut family makan luar pun. 
Air minuman yang aku order semuanya kena suam-suam.

Contohnya macam gambar kat atas. Fresh oren suam..huhuhu..!
Padahal waktu tu punyalah dahaga gila. Memang tak puas minum suam-suam ni.

Apakan daya, demi kesihatan.
Tapi sekarang ni dah boleh dah minum ais. 
Cuma dalam keadaan terkawal.

Nak minum tu memang kena beringat.
Contohnya kalau minum ais secawan, 
Di cover balik dengan 2 cawan air suam atau air masak.
Macam tulah hari-hari sekarang ni.

Al-maklumlah, cuaca sekarang tak menentu. 
Jadi kita kenalah pandai jaga diri.

Kalau ikutkan kehendak nafsu, 
Sampai bilapun tidak akan puas kan..!

Dengan, jagalah kesihatan kalian ye. 
Sebelum kesihatan kalian di jaga oleh orang. ß pepatah mende niiiii…?


Kata Hati : Sayangilah diri sendiri , sebelum kita menyayangi orang lain..!

.

Jumaat, 18 Mei 2012

.:: Matahari Terbit ::.





Tengah kusyuk mencuci segala folder yang ada di dalam lappy ni,
Terjumpa pula satu gambar Di atas.

Tak silap, gambar ni tahun lepas punya.
Saja nak tepek kat sini.
Supaya  kita dapat lihat kebesaran ALLAH bersama.

Gambar di atas bebas daripada di edit.
Ianya memang semula jadi.

Setiap isnin-jumaat, seawal 7 pagi aku dah keluar rumah.
Memang berpotensi tinggi dapat melihat matahari terbit.
Tapi tak lah hari-hari tangkap gambar.

Dalam banyak-banyak gambar matahari terbit,
Ini salah satunya cantik di mata aku.

Nampak pancaran cahaya matahari di sebalik Bukit Maxwell a.k.a Bukit Larut tu.
Sangat jelas kelihatankan..?

Ada di antara kalian di sini suka tengok matahari terbit..?
Mesti ada kan.

Kalau suka, jom kita amalkan satu doa mudah, 
Setiap kali kita melihat sambil menghayati matahari terbit.


DOA APABILA MATAHARI TERBIT

Ya Allah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan hari dan Allah yang melepaskan segala kesilapan kami.


InsyaALLAH , Sepanjang hari kita akan di berkati ALLAH... Amin...!



Kata Hati : Moga kita sentiasa basahkan lidah kita dengan kalam ALLAH. 

.

.:: Garang ::.







Selamat hari jumaat..!

Alhamdulillah..! 
Kita semua masih bersua secara tidak langsung di sini.

Syukran YaALLAH...!

Untuk artikel di atas.
Siapa garang dekat sini..?

Walaupun aku belum berumahtangga
Tapi Aku..

Setuju....!

Kalian...?

Setuju tak...?


Sumber : MukaBuku.



Kata Hati : Aku garang banyakkk..!

.

Khamis, 17 Mei 2012

.:: Laju...Laju Lagiiii...! ::.





Laju...Laju lagi...!!
Tapi jangan sampai terbabas sudah.

Nampak tak gambar di atas..? 
Macam tulah aku kalau naik moto ke tempat kerja.

Kalau hari cerah elok tak perlulah bawa laju bagai nak giler..!

Ni kalau macam hujan di sebelah bandar, 
Terpaksalah lari dari hujan.

Bukan tak suka hujan, 
Tapi risau lappy kesayangan turut sama di basahi hujan.

Kalau tuannya saja basah tak apa...!
Sebab tuannya memang suka mandi hujan..Hiiii... :)

Alhamdulillah, Semalam Bandar Warisan memang di limpahi hujan.
Memang selebat-lebatnya.

Dan malam tadi pun hujan lagi , angin pun kuat.
Tersedar pukul 2.30 pagi pun, kedengaran masih lagi hujan.

Memang sekarang ni musim hujan kot.
Tak pun Bandar Warisan je yang hujan.
Al-maklumlah, memang dah tercatat sini kawasan lembab.

Macam mana pun cuaca di muka bumi ni, 
Sebagai hambaNYA kenalah redha dan bersyukur.

Kalau tak nak bersyukur , pergi cari  bumi sendiri, udara sendiri, cahaya sendiri.
Bualah apa yang rasa nak buat.

Masalahnya, mampu ke..?
Rasanya kalian pun dah tahu jawapannya kan.

Maka, bersyukur adalah sebaik-baik perkara daripada merungut... 
Betul dak..?


Kata Hati : Dah bersyukur untuk hari ni...? Kalau belum sama-sama kita bersyukur ya..!

.

Rabu, 16 Mei 2012

.:: Wordless Wednesday #11 ::.






Kata Hati : Jemput makan..! Heeeee... ^____^


.

Selasa, 15 Mei 2012

.:: Sibuk Datang Lagi.... ::.





Mohan jutaan kemaafan buat kalian yang singgah ke sini hari ni.
Sibuk terus menerus menghurungi aku.

Sibuk apa..?
Sibuk menyiapkan dekorasi di atas.

InsyaALLAH, kalau malam ni tak pengsan awal,
Bolehlah aku terjah ke teratak kalian.

Tapi kalau malam ni pengsan awal,
Maka esoklah aku terjah eyh..!

Jangan  marah yeeee..  ^___^


Kata Hati : Sesekali sibuk macam ni, seronok juga.. Heee..!

.

.:: Bahaya Ada Di Mana - Mana ::.







Maaf gambar sedikit gegar..!
Rasa menyesal pula terima kunjungan seorang lelaki yang tak di kenali semalam.

Ingatkan dia macam customer yang lain.
Sekali dia pun jurujual daa..!

Jenuh pula aku nak menjawab soalan merapu meraban dari dia.
Dalam hati aku ni, Tuhan saja yang tahu.

Banyak kali berdoa dalam hati, 
Moga cepat-cepat blahh..!

Bukan niat nak menghalau, tapi rasa tidak selesa.
Menjelajah satu kedai sesuka hati.
Haishh..Geramnyaaaa...!

Keadaan ni, betul-betul mengajar aku.
Lepas ni kena beringat, Jangan buka pintu kalau customer tu seorang lelaki.

Kalau datang dengan family, bolehlah buka.
Tapi kalau seorang diri saja, alamatnya aku kena menyorok.
Dan kena memekakkan telinga.

Peringatan ni bukan untuk aku je tau.
Tapi untuk semua wanita diluar sana.

Tolong hati-hati dengan lelaki yang tidak di kenali.
Bahaya...!

Ingat, menjerit sekuat hati jika kita di apa-apakan.
Dan kalau boleh lari ke tempat awam yang ramai orang.

Jangan sesekali menyerah sebelum berjuang..!
Ingatttt...!

Bahaya ada di mana-mana...!


Kata Hati : Aku memang bersedia nak lari je waktu lelaki tu ada..hahaha..!

.

Isnin, 14 Mei 2012

.:: Menghitung Hari ::.





Hamboiiii tajuk entry..!
Boleh bikin orang meluat nak ke sini lagi tau..!

Menghitung hari bagai meroyan apa kes..?

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa.
Fikir punya fikir, letak jelah tajuk lagu keriss ni..!

Lagipun, itu salah satu “fevered song” aku.
Syahdu je dengar lagu tu.

Tapi nak feeling lelebih idok le pulokk..!
Walaupun, bakal menjadi SEBAHAGIAN daripada orang penting tak lama lagi.

Buat cool sudah. Nanti kalau aku gelabah, dia lagilah gelabah..!
Jadi kita tenang-tenang saja ye...!

InsyaALLAH, aku sentiasa di sisi kamu..!

Jangan nak jadi macam ayam.
Baru sebiji nak riuh sekampung.

Itupun belum tentu elok, kalau jadi telur tembelang.
Buat malu jew..!

Yolah, riuhnya bagai nak rak..! Alih-alih jadi telur tembelang.
Tak ke malu..?

Makanya, jangan terlalu riuh ye.

Tapi..Tapi..Tapi……

Jangan pula menjadi terlalu berahsia,
Kerana akan menyebabkan hati orang lain terluka.

Sekali dah terkilan, sampai bila pun aku ingat..!



Kata Hati : Buat kamu , Ada masa lagi nak berterus terang ni.. cepatlah, aku bersedia..!

.

Ahad, 13 Mei 2012

.:: Suatu Ketika Dulu... ::.



PERHATIAN: Nukilan  " SUATU KETIKA DULU... " adalah hak milik blog
 http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.


.:: SUATU KETIKA DULU... ::.


Hijau keindahan alam

Terbentang kuas di pandangan mata hati

Kesegaran jelas terzahir

Di setiap sudut pandangan

Apa saja yang terlahir darinya

Bisa meruntunkan jiwa rapuh ini

Terukir senyum indah

Bila segala kenangan terimbas

Jelas di minda ini

Segala rasa lelah masih terpalit di jiwa

Ternyata setiap titis keringat yang menitis

Membuatkan aku berasa puas dan leka

Berasa di bumi itu

Deru angin masih terasa

Disaat kaki kaku berdiri

Di tepian pondok usang itu

Jika di izinkanNya

Mahu saja aku kekal disitu

Bersamamu selamanya…

Semuanya , suatu ketika dulu..!


Kata Hati : Semuanya masih segar di ingatan...!

.

Sabtu, 12 Mei 2012

.:: Mee Bandung Mudah Gilerrrr...! ::.





Tengok tajuk..! Tengok tajuk..!

Tak payah tunggu nak ke Bandung,
Sendiri pun dah boleh buat.
Sebab ianya terlalu mudah..!

Sila percaya okeyh..! 
Memang sangat mudah nak sediakan.
Kalau tak tahu masak pun boleh buat.

Cuma perlu ikut arahan je.
Main campak-campak pun dah boleh siap tau.

Tak percaya lagi...?
Lepas ni, cepat cari bahan buat mee bandung ni dekat kedai tau..!

Bahan apa yang perlu di cari..?
Jom usha bawah ni.


Gambar Dari Abang Google


Haaaa..kan..!
Mudah dan cepat.

Sekarang percaya tak?
Percayalah, yang tak pandai masak pun boleh buat.

Cuma perlu ikut arahan jee..!
Bahan-bahan yang lain, macam udang, tomato, bawang bawang dan daun sup tu,
Semuanya tambahan sendiri.

Kalau nak rendam saja macam maggi tu pun boleh je.
Cuma yang aku masak ni, guna kaedah menumis.

Macam mana cara pun tak apa. 
Semuanya bergantung pada kreativiti sendiri.

Jadi, kalau tak tahu nak makan apa untuk menu petang ni,
Bolehlah cuba Mee Bandung segera keluargan AgroMas..!


Kata Hati : Memang sedap..! Terasa macam makan dekat kedai je tau..!

.

.:: Segmen : Blogwalking Sampai Lebam ::.





Setelah sekian lama tidak menjoinkan diri dari segmen yang perlu mengeTAG orang.
Dan untuk kali ini, aku join sebab nak support teman seperjuangan dalam dunia blogging ini.

Dan terima kaseh juga buat Mas Sidek , sebab sudi TAG Nur.

Okeyh..!!

Kenapa Kalian perlu BlogWalking ( BW ) blog aku..?

Sebab segala yang ada dalam blog ni, boleh nak dikatakan 99% adalah kejadian yang benar-benar belake..!
Tak kiralah jadi kat diri aku ataupun sekeliling aku.
Maknanya, tak ado tipu-tipuloh..!

Cumanya.. aku tak adalah terlalu terbuka sangat.
Contohnya, nama , tempat kejadian aku terpaksa tukar-tukar.
Sebab tujuan aku bukan nak mengaibkan sesiapa.
Tapi untuk peringatan bersama..!

Yang baik semuanya datang Dari DIA.
Manakala yang tak baik, semuanya datang daripada kealpaan aku.


Jadi mangsa aku kali ini adalah....!

Kamu , Kamu , Kamu dan Kamu...!



Kata Hati : 
Hadiah menarik tahu...! Rugi tak join....! 
Kalau nak join... KLIK HEADER COMEL DI ENTRY ni..!

.

Jumaat, 11 Mei 2012

.:: Bakal Sibuk...! ::.







Alhamdulillah.
Selamat hari Jumaat Semua..!
Syukran...! Kita masih di sini.

Di saat kemalasan melanda,
Sedaya upaya cuba menyeru MOOD yang hampir menjunam.

Tapi mood tak datang pun.
Sebaliknya kesibukkan pula bakal menerjah.

Berbaki kurang 20 hari saja lagi.
Makin hari makin mendebarkan.
Dan makin bertimbun-timbun ke'bizi'an.

Banyak lagi yang belum selesai.
Tapi tak boleh kalut.
Sebab nanti banyak yang tercicir.

Jadi kena perlahan-lahan.
Agar apa yang di rancang, terlaksana dengan saksamanya.

Buat masa sekarang aku masih mampu mengudarakan diri.
Mungkin pertengahan bulan ini, 
Sibuk bakal menjadi tetamu aku.

Dengan itu, aku mohon maaf kepada semua ya..! 
Terutama buat  GENG SEGAR FOLLOWER
Jika aku tidak sempat terjah ke teratak kalian.

Maafkan aku...!


Kata Hati : Percaya tak, Aku yang lebih-lebih takutnya... Tahape-hape..!

.

Khamis, 10 Mei 2012

.:: Seru Mood..! ::.





Hamboiiii tajukk..! Kemain eyh...!

Jangan takut ye, aku bukan seru hantu pun. 
Cuma nak seru mood untuk berblogging.
Sebab perasaan aku ni sentap dengan video perderaan bayi tu..!

Walaupun video tu dah lama, dan hukuman pun telah di jatuhkan. 
Tapi aku masih rasa geram dan marah..!

Sebab kenapa tak tangkap je sekali dengan orang yang tukang ambik video tu..?
Elok dua-dua masuk penjara, puas hatikan..?

Dan malam memang langsung tak ada mood nak blogging.
Tambahan kerja sampingan pula banyak kena siapkan.

Ada sepuluh zon perlu di selesaikan.
Mula-mula dengar memang macam sikitkan.

Sepuluh jeeeeeeeee...!
 
Rupanyaaaaa..! Setiap satu zon ada lebih kurang sepuluh helai yang perlu di semak..!
Kerja menjadi lagi lambat bila sambil menyelam tengok kuch-kuch hotak heyy..!

Aiyakk.! Kenapa kuch-kuch hotak heyy..!
Sebab leka tengok cerita tulah, aku tersalah satu angka.
Dan selamatlah perasan, kalau tak rugi berjuta..! <---- Pergghhhh jangkit dengan sapa main juta-juta ni...!

Dan semalam, pukul 2 baru settle semuanya.
Nak on lappy pun macam dah malas.
Jadi aku meroloh jelah lepas siap semua tu.
Heeeee....!


Kata Hati : Datanglahhh wahai mooddd..! 
.


Rabu, 9 Mei 2012

.:: Perempuan Celaka...!! ::.



Malas nak bebel panjang, yang pasti aku sangat marah..! Ketika menaip entry ini pun, jari jemari aku mengeletar semacam..!

Andai perempuan itu ada di hadapa aku, pasti LUMAT..! Kalian yang melihat pun pasti akan marah...!

Nak di labelkan apa lagi dengan perempuan macam tu..? 

Maaf, aku tak mahu upload video tu di sini, kalian boleh terus pergi ke AmazingNara atau KLIK SINI .

Kredit kepada AmazingNara


Kata Hati : Aku tak sanggup tengok sampai habis, yang aku tahu kedua-dua perempuan dalam video tu lebih teruk daripada CELAKA....!!

.

.:: Wordless Wednesday #10 ::.






Kata Hati : Nyenyaknya si bulat tidoooo....!!

.

Selasa, 8 Mei 2012

.:: Jom Join GA Love Do It ::.





SYARATNYE MUDAH SANGAT :

1) PROMOTE my blog melalui ape jua cara..samada share,Ceritakan Giveaway kat blog korang ataupun Follow my Blog

2) Nyatakan kenapa anda berminat dngn GA INI

3) Komen yang terbaik untuk update blog LOVE DO IT .

SENANGKAN...CUBA LA MANE TAU ANDA BERTUAAHH.


Nur berminat dengan GA ni kerana mahukan Piramid Pouch yang comel tu...Boleh...? Hehehe..!


Kata Hati : Nak Join..? Klik aje gambar Piramid Pouch di atas..!

.

.:: Alahai....!!!! ::.








Kalau diberitahu aku awal-awal,
Mungkin barang yang nak di poskan kepada follower ke 1000 dah selamat sampai dah agaknya..!

Semuanya atas kesilapan kecil yang telah aku lakukan.
Al-maklumlah, jarang sangat guna perkhimatan pos ni...!

Kalau dulu mungkin rajin la pos surat atau sebagainya. 
Tapi bila kemudahan makin canggih, 

Bila perkhimatan pos seakan-akan di anak tirikan.
Orang boleh lupa cara-cara nak pos surat atau barang. #Ke aku sorang jeee...? 

Salah satu contohnya akulah..!
Nak pos dekat orang lain, alih-alih barang tu kembali pada aku..!
Grrrr....Geram gila..!

Berdebat juga aku di pejabat pos tengahari semalam.
Kenapa sewaktu aku serahkan bungkusan, kerani tu tak beritahu apa-apapun

Selalunya bila waktu getir-getir macam ni, alasan merapu akan spontan keluar dari mulut.

Ok....Fine...!
Salah aku juga, sebab tak baca habis syarat-syarat yang ada.
Tapi sepatutnya, kerani tu kena bagitahulah aku sewaktu dia sambut dan belek sampul tu..!
Ini tidak, dia senyum dan sambung berborak..!







Nahh syaratnya..! 
Memang jelas sabit kesalahan aku.
Hahahaha....!

Haisshh....! Very the ngoii...!
Lepas ni kena hengattt...!
Hengatttt..............!!!


UPDATE : ALHAMDULLILLAH....HADIAH TU SELAMAT SAMPAI KETUANNYA...!



Kata Hati : Buat Iza Zaty , Maafkan Cik Nur ye....!

.