Sabtu, 30 Jun 2012

.:: Jauh Perjalanan.... ::.




Assalamualaikum.
Dari Bandar Warisan Ke Kota Damansara.
Terus ke Bandar Putra Klang.
Sekarang ni dekat Putrajaya.
Lepas ni nak ke Nilai pula.
Aktiviti hari ni, jalan..jalan dan jalan...!
Yang syoknya,hari ni bukan aku yang memandu.
Tenang kaki...! Hehehe.
Kata Hati : Jauh perjalanan... Penat o..!

Jumaat, 29 Jun 2012

.:: Cuti Lagiiii....! ::.





Nampak tak tajuk di atas...?
Haa.. kali ni blog ni akan meyepi seketika tau..!

Sepi bukan sebab masalah kesihatan ye.
Tapi sepi sebab aku nak bercuti sekejap.

InsyaALLAH, lepas solat jumaat petang ni,
Aku akan drive terus ke Kota Damansara.

Pergi bukan seorang, tapi berempat.
Emak, abah , adik bongsu dan aku selaku ketua pemandu..! <---Ecehh...! inilah kerja aku selalunya kalau jalan jauh..!

Kalau ikut had laju di tetapkan 
Mungkin perjalanan ambil masa dalam 3 setengah jam gitu..!

Tapi aku tak naklah drive deret je kan.
Tentulah nak berhenti-henti sekejap.
Dan mungkin akan ambil masa 4 atau 5 jam ke sana.

Apa-apapun, doakan semuanya dalam keadaan selamat ye..!
InsyaALLAH, kalau tak sibuk, aku akan post entry melalui MMS.

Macam mana nak tahu itu post entry melalui MMS..?
Kalau kalian tengok entry aku yang tak bertajuk tu,
Haaaa...itulah entry dari MMS..!

Oklah, aku masih di opis lagi ni, siap-sipa nak balik..!
Selamat berhujung minggu semua...!


Kata Hati : Akan rindu kalian semua tau...!

.

.:: Hati Buta Sebab 10 Pekara....! ::.



KLIK UNTUK TUMBESARAN


Sumber : Mukabuku.

Kata Hati : Untuk renungan bersama di hari yang mulia ini...

.

Khamis, 28 Jun 2012

.:: Kalian Memang Terbaiklah...! ::.





Syukur pada ALLAH, kerana mengizinkan kita terus bersua di sini..!

Alhamdulillah, kesihatan diri kembali sihat seperti sedia kala.
Dengan izinNYA, daku pinta sihatlah seperti ini selalu hendakNYA..Amin..!

Terima kaseh yang tidak terhingga pada kalian yang sudi singgah di sini.
Bila buka je blog malam ni, membuntang mato tengok ulasan yang masih dalam tahanan.

Terima kaseh sangat-sangat ye.
Terutama ahli keluarga GSF.
Kalian memang terbaikkklah..!

InsyaALLAH...aku akan jejak teratak kalian felan-felan ye..!
Kenapa felan-felan...?
Supaya mood untuk kembali berblogging itu kembali
Dannnnn....tak fenin... #almaklumlah lama tak ngadap lappy..!

Tunggu tau,...!


Kata Hati : Siap sedia untuk blogjongging..!

.

.:: Berkurun....! ::.




3 angka je lagi pun.

Tapi menunggu macam 30 angka..!

Kata Hati: Vengangnya...!

.

Isnin, 25 Jun 2012

.:: Lagi.... ::.




Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rasa lebih baik berbanding pagi tadi.

Dan alhamdulillah dugaan kali ini,aku boleh tempuh dengan tenang,walaupun hakikatnya hanya DIA saja yang tahu.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Kata Hati : Aku sangat takutkan ubat...!

.

Ahad, 24 Jun 2012

.:: Jemu Dah....! ::.





Perghhhhh..! Tajuk entry aku kali ni. Kemain gempak...!
Mata dah mengantuk sebenornya ni..!

Tapi takut esok tak dapat nak keudara,
Maka gigih jugalah mengudarakan diri malam ni.

Jemu..! Apa yang aku dah jemu ...?

Haaa...Gempakkan..!
Tentulah gempak, atau aku je kot yang rasa jemu ni.

Nampak tak gambar di atas...?
Sedia maklum itu adalah iklan terbaru daripada Churp-churp.

Sekarang dah faham apa yang aku jemukan..?

Haaaa.......! Bijak...!
Jemu dah nak tukar iklan hari-hari...!

Asyik-asyik kena tukar je. Naik busan dah haa..!
Kalau tenet laju oklah.
Cuba kalau tenet tenat.. #fikirlah sendiri yee...!

Adakah rasa jemu ini normal...?
Ataukah aku je yang rasa.
Atau kalian juga rasa...?

Ce kabo....


Kata Hati : BW sambil tengok cerita komedi seram di astro citra, Seram gak beb..!

.

Sabtu, 23 Jun 2012

.:: Mee Goreng My Mak ::.








Rasanya dah lamakan aku tak publish entry mengenai makanan.
Jadi hari sabtu yang cerah ni, meh aku publish apa yang masuk dalam perut aku tadi.

Alaaa..Tengok gambar pun kalian dah tahukan..!
Itulah sarapan aku pagi ni.

Mee goreng my mak. Bukan mamak yerr.
Tapi my mak. Dalam bahasa melayunya mak saya..!

Masakan mak, memang paling sedap di dunia..!
Lepas perah limau kasturi tu #Aku selalu perah sebiji, tak cukup sebelah..!
Gaul-gaul, lepas tu ngap..!
Perrgghhh.....!! Memang terbaeekkkk...!

Tak percaya..?
Nanti cubalah...!

Resepi mee goreng ni, sama je macam kalian buat.
Semua bergantung kepada kreativiti memasing.

Kalau tak tahu juga nak buat macam mana, 
Google je lohh..!

Alhamdulillah, aku dah kenyang. Kalian...?
Santap apa hari ni...?
 
 
#Tak sempat nak BW lagi pagi ni....nanti aku BW tau.. Tunggu....!


Kata Hati : Bila nafsu makan kembali, aku kerja nak makan jeeeeee..!

.

Jumaat, 22 Jun 2012

.:: Maybelline Clear Smooth | All In One ::.








Sebelum masuk kerja tadi, gigih singgah guardian.
Semata-mata nak mencari compact powder  untuk diri sendiri.

Kalaulah compact powder lama tu tak pecah..!
Tak adanya aku nak ke gurdian tengah-tengah bulan macam nih,..!

Bab compact powder lama tu pecah, sampai sekarang tak tahu macam mana boleh pecah.
Tapi rasanya aku tahu siapa yang bagi pecah compact powder tuuu.

Sebab bila aku tanya mak, aku tengok adik yang senyum dulu.
Jadi sah lah tuuu...!







Sedia maklum sampai sekarang aku setia dengan produk Datuk Siti, Simply5.
Tapi krim simply 5  Acne Solution tu je yang aku setia.  
#Tapi aku idok le cantik macam tok ti...!

Bedak aku pakai compact powder Rzac. 
Jadi bila bedak lama tu dah pecah, 
Ingatkan bolehlah cuba compact powder keluaran Simply Siti.

Tapi disebab bedak tu pecah tak betul waktu. #Lain kali pecahlah tengah gaji..!
Maka semua tu tinggal kenangan je..!

Compact powder simply siti, harganya cecah hampir RM60 tau.
Maybelline ni RM19.90 , lepas tolak diskaun dapat RM17.90.







Banyak beza tak...?
Jadi, fikir punya fikir punya fikir.
Aku nekad sambar compact powder Maybelline clear smooth all in one, #04 Honey

Dari siasatan aku, ramai yang cakap bedak ni ok.
Dan aku pun harap bedak ni ok dengan aku.

Tadi lepas zohor, cuba sikit, 
Setakat ni, memang bestlah..!
Dan harap seterusnya pun bestlah..heeeee..!

Kalian pakai compact powder  apa ye..?
Tengok cantik je...Meh la share..... :)


Kata Hati : Ada di antara kalian yang pernah pakai compact powder ni ke..?

UPDATE : Yeah..! Cuti aku approve..!

.

.:: Tazkirah Jumaat | Jangan Biar Sampai 40 Hari ::.






KLIK UNTUK TUMBESARAN



Sumber : MukaBuku.


Kata Hati : Fikir-fikirkanlah....!

.

Khamis, 21 Jun 2012

.:: Segmen BEN ASHAARI Dan Saya... ::.







Blog yang aku suka baca tentulah blog ringan downloadnya dan penuh dengan entry-entry yang menarik.

Dan yang paling penting, blog itu mestilah mengunakan ayat yang senang di fahami. 

Maksud aku, blog yang guna ayat singkatan yang terlalu singkat, 

Sampaikan nak baca pun tergagap nih..!
Acaner nak lepak lelame blog macam tu..?
Lagi lama lepak, migrain di buatnya..!

Tak kiralah blog tu cantik ke tidak, tapi kalau entrynya santai dan mudah di fahami, aku pasti singgah selalu..!

Okeyh..itu saja..!


Kata Hati : Nak join segmen ni..? Klik Banner ye..Tutup 11 malam nih..! Cepattt..!

.:: Rindu Kamu...! ::.










Terima kaseh tidak terhingga pada kalian yang sentiasa doakan kesihatan aku.

Sedia maklum,minggu lepas memang minggu cuti bagi aku.
Semua gara-gara kesihatan yang tidak mengizinkan untuk aku terus keudara di ruangan ini.

Ramai juga yang tanya, aku sakit apa..?

Pada mulanya aku cuma demam saja,
Lepas baik dari demam dan sakit tekak, 

Kesihatan yang pada mulanya di sangka cerah,
Mendung kembali..

Sakit apa, biarlah rahsia..!

Tapi rasanya sakit itu atas sebab mood aku yang sentiasa murung 
Sejak melepaskan seseorang yang paling rapat dalam hidup aku.

Boleh nak dikatakan, tiap saat aku pasti mengingatinya.
Sekejap-sekejap tengok telefon bimbit.

Kalau dulu, sehari saja hampir ratusan mesej yang masuk.
Kalau ada masa pula, call sekejap-sekejap.
Dan seminggu sekali wajib jumpa..!

Sekarang, nak mesej dia pun aku takut-takut.
Risau kalau mesej aku menganggu kesenangan dia bersama suami.

Kalau nak call pula, aku fikir banyak kali.
Betul-betul penting, baru aku berani call.
Jumpa...?  Sudah tak semudah dulu...

Mula-mula dulu, asal telefon bimbit aku menjerit mendendangkan lagu arab,
Aku gegas berlari macam tak cukup tanah
Dengan harapan itu mesej atau call dari dia...!

Tapi, hampa itu milik aku...!
Sia-sia aku kejar, padahal yang mesej dari hotlink...!
Sia-sia hati aku berbunga padahal yang call itu orang dari astro...!

Hampir dua minggu jugalah aku bersikap begini.

Bila aku demam, aku letak telefon bimbit jauh-jauh dari telinga aku..!
Bukan merajuk, cuma mahu ajar diri agar terima hakikat.

Dia sudah sah jadi isteri kepada seorang lelaki yang mampu menjaganya.
Dia sudah hilang masa untuk aku seperti dulu.
Dia juga tidak bebas seperti dulu..!

Aku tahu...Cuma nak terima hakikat aku sudah tiada teman rapat itu susah..!
Memang susah..!

Kalau dulu, apa yang aku nak buat, aku tanya dulu pandangan dia.
Tapi sekarang aku sedang belajar gerak sendiri, tanpa dia.

Kalau dulu, kalau aku ada masalah, dialah tempat aku bercerita.
Sekarang, aku lebih banyak termenung...

Aku masih lagi belajar, terima hakikat sebenar.
Susah sebenarnya mahu membiasakan diri.
Sebab dia dulunya sebahagian dari rutin harian hidup aku.

Tapi aku tetap akan cuba belajar.
Dan sentiasa mendoakan kebahagian dia bersama suami tercinta kekal hingga syurga..!
Amin....!

#Kalian pernah alami apa yang aku alami kini...?


Kata hati : Dia sepupu yang paling rapat dengan aku sejak dari kecil hingga dia sah bergelar isteri..!

.

Rabu, 20 Jun 2012

.:: Wordless Wednesday #15 ::.










Kata Hati :

Hadiah Istimewa daripada yang TERISTIMEWA...!

Set Mandian BodyShop.

Terima Kaseh Anty ...!

Maafkan Nur, Sebab lambat publish....

.

Selasa, 19 Jun 2012

.:: Terima Kaseh Audrra Blossom ::.







Sepatutnya entry ni di siarkan pada hari Jumaat minggu lalu.

Tapi memandangkan kesihatan pun tak berapa nak mengizinkan ketika itu, 
Maka di keluarkanlah hari ini entry ini.

Dalam duk menanggung kesakitan yang di alami hujung minggu lepas, 
Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus.

Buktinya bila blog ini di umumkan sebagai 
Pemenang "GiveAway Tersempoi" anjuran Audrra Blossom.

Nampak tak gambar di atas..? Cantikkan...?

Itulah yang aku terima daripada Kak Yana selaku pemilik Audrra blossom.

Suka sangat-sangat..! Bangle tu, aku simpan sebagai kenangan. Sayang nak pakai.
Manakal FM tu, dah selamat di tepekkan ke peti sejuk kat rumah.
Punya tak sabooo..!

Apa-apapun jutaan terima kaseh tidak terhingga buat Kak Yana, penganjur GA tersempoi...!
Memang sempoilah GA ni...!



Kata Hati : Pada kalian yang nak shopping untuk anak-anak, bolehlah pilih-pilih di blog Audrra Blossom ataupun Facebook Audrra Blossom . Semuanya cun-cun belako...! Tak caya, terjah cepat.....!


.

Isnin, 18 Jun 2012

.:: Terima Kaseh YaALLAH....! ::.





Alhamdulillah......!

Syukran YaALLAH...!

Pertama sekali, syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Pencipta, kerana telah mengembalikan kudrat untuk terus teguh berdiri.

Tidak lupa kepada kedua ibubapa yang tidak pernah jemu untuk berdoa PadaNYA agar diri anakda mereka sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa.

Buat saudara juga, terima kaseh atas doa yang di utuskan buat diri ini. 

Dan Jutaan terima kaseh yang tidak terhingga buat sahabat blogger terutama dari keluarga GSF yang juga tidak jemu mendoakan kesihatan diri ini juga..!

Hanya ALLAH saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian teradap diri ini.

Alhamdulillah, Sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana kesihatan diri semakin baik. 

InsyaALLAH dengan kudrat yang ada, aku akan berkunjung ke teratak kalian sesegera mungkin.

Sebenarnya rasa janggal malu mahu mengudarakan diri. Sebab macam dah lama tidak menaip sebegini. 

Bercampur pula dengan rasa malas, Bertambah-tambah rasa janggal di buatnya..! Heeeeee.....

InsyaALLAH, akan cuba membiasakan diri kembali...!

Dan Terima kaseh yang tidak terhingga sekali lagiii..!


Kata Hati : Aku sayangkan kalian.....!

.

Sabtu, 16 Jun 2012

Assalamualaikum....

Mohon maaf buat semua, terutama keluarga GSF kerana keadaan tidak mengizinkan Nur utk terus berkunjung ke teratak kalian.

Sekarang masih lagi terlantar di kamar tanpa sebarang aktiviti.
Entry ini ditaip melalui phone,dan di MMS kan ke blog.

Tiada kudrat terkumpul lagi untuk duduk teguh dihadapan lappy. InsyaALLAH, Jika aku sembuh seperti sediakala, akan kembali jejaki kalian yang singgah ke teratak ini.

Cuma satu, doakanlah Nur sembuh seperti sedia kala..
Jasa baik kalian,amat dihargai...!

Kata Hati : Kuatkanlah imanku YaALLAH....!

Khamis, 14 Jun 2012

.:: Novel Boss garang ::.





Pelik tak..?
Inilah hasil dari keyword yang aku semak tadi.
Hehehehe..

Pada yang nak ketawa, silakan.
Jangan malu-malu.

Aku akui, aku dah lama tak baca novel.
Dan aku juga akui, langsung tak tahu novel-novel baru yang ada di pasaran sekarang.

Jadi, aku nak tanya pada kalian yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia novel.
Ada ke tajuk novel "BOSS GARANG" sekarang..?

Kalau ada sila beritahu aku ya..!
Teringin juga aku nak membacanya.

Yang resepi brokoli tu pula,
Memang sedia ada dalam blog ini.

Pada yang ingin mencuba,
Bolehlah search je resepi tu di blog ni.
Selamat mencuba..!

Sejak semalam, kesihatan aku kembali terumbang ambing.
Dugaan apa pula yang ALLAH berikan pada aku kali ini,
Aku pasrah dan redha....!

Jika masih gagah perkasa, InsyaALLAH sampailah aku ke blog kalian.
Jika tidak, aku mohon jutaan kemaafan ye..!

InsyaALLAH nanti kita jumpa lagi...!


Kata Hati : Jaga kesihatan ye semua....!


.

Rabu, 13 Jun 2012

.:: Wordless Wednesday #14 ::.






Kata Hati : Slurrrppp.....! Terliur tak....?

.

Selasa, 12 Jun 2012

.:: Ada BE Baru..! Terima Kaseh Nuffnang..! ::.





Alhamdulillah, tekak kian pulih.
Dah tak berkerut-kerut dah muka bila telan air suam.

Lega sikit rasa.
Kalau tidak tu, susah hati jugalah sebab dah berhari-hari sakit tekak ni.

Perit tu, jangan di kenanglah. 
Jika kalian pernah hadapi, Pasti tahu...!

Okay..!
Nampak tak tajuk dan gambar untuk kat atas...?

Alhamdulillah.
Dapat BE baru..!
Rezeki orang sakit ni.

Sebelum ni memang ada satu BE je dalam entry ni .
Tapi di sebabkan kesibukkan minggu lalu,
Aku tak sedarpun sejak bila BE tu dah di kreditkan.

Tapi semalam sajalah gedik-gedik semak akaun Nuffnang .
Tengok-tengok ada BE baru..!

Wahhh.....! Memang rezekilah...!
Ingatkan Nuffnang tak sudi bagi BE dekat blog aku dah..!

Apa-apapun, terima kaseh banyak-banyak 
pada Pihak Nuffnang .
Sebab sudi bagi BE dekat blog ni.

Walaupun tak pernah dapat BE berganda-ganda macam blogger otai yang lain,
Tapi aku tetap bersyukur dan berterima kaseh...!



Kata Hati : Terima kaseh sekali lagi Nuffnang ...!

.

.:: Dugaan...Dugaan..! ::.





Selamat hari Selasa....!

Apa khabar kalian hari ni..? 
Ingat...kalau tak sihat, cepat-cepat jumpa doktor ya..!

Mula-mula baca tajuk entry,
Lepas tu tengok pula gambar ais jus oren tu.
Pasti kalian tahu dugaan apa untuk aku kali ni kan..?

Al-maklonglah cuaca panas sekarang ni,
Asal terpandang ais je, tergodalah jawabnya.

Asal tergoda je, terpandang aislah tu. ekekekeh..
Dugaan tu, memang luar biasa hebat..!

Kalau tekak ni dah sihat seratus lima puluh peratus,
Dah lama dah aku teguk laju-laju apa-apa ais pun.

Tapi bila memandangkan nak teguk air suam pun perit kemain,
Maka terbatal terus niat nak teguk segala jenis air yang berais..!

Cuaca sekarang ni memang luar biasa panaskan.
Bandar warisan dulunya dikenali sebagai kawasan lembab pun
Dah jarang hujan.

Fuhhhh...semua ni dugaankan....

Sekarang ni aku sedang hirup Air Mata Kucing .
Sampai ke tempat kerja aku bawa air ni.
Dengan harapan tekak segera pulih..!

Ada dia antara kalian yang sakit tekak juga ke..?
Cubalah air mata kucing.... InsyaALLAH ok.

Tak cuba, tak tahukan...?


Kata Hati : Kalau nak cepat baik, kenalah berkorban sikitkan..kan..kan...


.

Isnin, 11 Jun 2012

.:: Masih Di sini ..! ::.





Alhamdulillah...!

Syukran YaALLAH..! 

Kerana masih di beri kesempatan keudara di sini. 

Terima kaseh pada kalian yang tanpa jemu terus sudi berkunjung ke sini. 

Dan mohon jutaan kemaafan juga, 
kerana aku tidak dapat membalas jejak kalian sejak hari khamis yang lalu.

Bukan kerana kesibukan masa, tapi kerana aku tiba-tibanya di serang demam..!
Dan setelah 4 hari rehat secukupnya di rumah, 

Demam beransur pulih. Dan Alhamdulillah, hari ini sudah mula berkerja seperti biasa..!
Syukran YaALLAH..!

Di sebabkan cuaca sekarang ni tak menentu,
Tambahan pula jaga kesihatan diri pun sekadar yang ado je..
Memang mudah sangatlah untuk kita jatuh sakitkan..!

Jadi, Pengajaran yang aku dapat tika demam tempoh hari,
Adalah jangan abaikan kesihatan diri sewenang-wenangnya..!

Kerap minum air masak berbanding air manis,
Kerap mandi, jangan stress

Jangan main panas, dan yang penting jangan main hujan..!
Kalau kena hujan, cepat-cepatlah mandi ye..

Hujan sekarang tak macam hujan dulu..

Ingat...kalau tak mahu sakit, Jangan lupa jaga kesihatan ya..!

Jumpa lagi di lain entry...InsyaALLAH...!




Kata Hati : Jadikan air kosong sebagai sahabat istimewa kalian...!
.

Rabu, 6 Jun 2012

.:: Wordless Wednesday #13 ::.








Kata Hati :
Ini bukan buku tulis, Tapi kad undangan perkhawinan sahabat aku...kreatifkan..!

.

Selasa, 5 Jun 2012

.:: Betul Ke...? ::.





Alhamdulillah..!
Dapat juga keluarkan entry hari ni.

Al-maklumlah, lama dah tak mengadap lappy ni.
Jadi bila dah lama bercuti, nak mulakan satu kerja yang di tinggalkan tu, punyalah malas...!

Mood hilang entah kemana.
Pujuk punya pujuk, maka terhasillah entry ini.

Cuba tengok tajuk entry sekali lagi.
Nampakkan, ada sedikit kemusykilan di situkan?

Mana taknya, soalan tak ada, tiba-tiba je "BETUL KE?"
Pelik...pelikkk...Ye dak..!

Tapi jangan pelik lelama, sebab soalannya ada ni. Heeeee.... 

Ingat...! Entry ini tiada niat lain, melainkan sekadar suka-suka.
Jangan pula ada yang tersalah faham pula nanti ye..!

Betul ke orang kata kalau kita ambil sirih senyap-senyap dalam satu  perkhawinan atau pertunangan seseorang, lepas tu kita akan kawin...?

Betul ke kalau kita minum lebihan air minuman pengantin juga kita akan bertemu jodoh...?

Persoalannya..betul ke...?

Atau kalian semua ada dengan petua yang pelik-pelik lagi pasal jodoh...?
Kongsikanlah..... 



Kata Hati : 
Hakikat sebenarnya, ALLAH Maha Mengetahuikan...! 
Untuk entry ni, baca boleh..Percaya jangan...!

.

Isnin, 4 Jun 2012

.:: "Selamat Pengantin Baru Baiti Dan Asri" ::.







Alhamdulillah... Syukran YaALLAH...!

Lega rasa hati apabila segala tanggungjawab yang di amanahkan pada aku telahpun selesai dengan IzinNYA..!

Bila dah alaminya sendiri, baru tahu betapa berdebar , risau , susah hati , penat 
Dan macam-macam rasalah ada bila menjadi salah seorang orang kuat bakal pengantin.

Semua urusan di urusakan seawal mungkin.
Cuma aku dan pengantin saja yang tahu seawal mana persiapan mula di buat.

Oleh itu, dengan kesempatan ini, Aku ingin mengucapkan,






"SELAMAT PENGANTIN BARU"
Buat Baiti Dan Asri....!


Semoga jalinan kaseh dan sayang kalian berdua kekal hingga syurga...! Amin...!

Dan mohon jutaan kemaafan buat sahabat Geng Segar Follower yang tertanya-tanya kemana hilangnya aku sejak dari minggu lepas lagi.

Tak kurang juga ada di antara kita ni, peramal yang hebat..! Tersenyum bila baca komen-komen yang di tinggalkan..! Jum usha sikit....


Klik Untuk Tumbesaran


Klik Untuk Tumbesaran


Ramai yang tanya, tangan ini kepunyaan akukah di entry [ ini ] .

Dan hint-hint yang aku berikan di [ sini ] [ sini ] [ sini ] 
[ sini ] [ sini ] [ sini ] dan  [ sini ]  ni pun ramai yang tanya.

Perancangan aku tak menjadi bila aku mahu menceritakan segala-galanya pada kalian sehari sebelum majlis berlangsung...!

Di sebabkan super duper bz, makanya aku kepenatan..!
Dan langsung tiada tenaga berbaki untuk aku mengudarakan diri.

Tapi aku ada keluarkan dua entry melalui MMS.
Nak kirim banyak-banyak tak boleh, 
Sebab coverge Maxis di sana tenggelam timbul..!

Jadi, harap dalam entry kali ini, aku harap segala persoalan terjawab sudah ya..!
Bukan aku yang khawin, tapi sahabat merangkap sepupu aku yang khawin..!
Aku jadi pegepit jeee...! Hahahahahah...!

Bila tiba masanya aku nanti, aku pasti jemput kalian....!

Cuma sekarang mohon jasa baik kalian, doakan aku ye.... 


Kata Hati : Baru mula kerja hari ini...Aku cuti aku yang khawin..!

.

Jumaat, 1 Jun 2012

.:: Sebak..! ::.




Sebak...!
Hanya itu saja yang sedang menguasai perasaan aku.

Entah..!
Memang tiada kata-kata zahir yang boleh menterjemahkan perasaan aku ketika ini.

Cuma yang aku perlu tahu adalah belajar melepas ianya pergi dengan rela hati....!


Kata Hati : Berdebar tunggu pukul 5.


.