Sabtu, 13 Julai 2013

Ramadhan Vs Blogwalking





Assalamualaikum.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya”
(QS Al Baqarah [2] : 286)

4 Ramadhan 1434H. Alhamdulillah, pejam celik – pejam celik dah masuk hari keempat kita semua menjalani ibadah puasa yea. insyaAllah, jika dipanjangkan usia, 3 kali jumaat lagi kita semua bakal meraikan hari kemenangan. Untuk entry kali ni, idok le aku nak bercerita pasal raya. Tak…

Dan insyaAllah juga, hari ni hari ke-5 kita semua berterawihkan. Pada kalian yang buat sampai 21 rakaat tu, tahniah diucapkan. Sejujurnya aku dari hari pertama, hanya buat 8 rakaat je, lepas tu 3 rakaat witir. Dan betapa kagumnya, bila mana aku sendiri lihat makcik-makcik yang sudah berusia gagah menghabiskan terawih. Terbaiklahh…!

Entah kenapa, Ramadhan kali ini aku rasakan auranya begitu berbeda. Ya, aku tahu ramadhan kali ini tidak sama seperti tahun – tahun sebelumnya bila mana aku sentiasa…errr…. Ok. TITIK..! #aku malas ingat apatah lagi menaip.

Sebenornya aku cuma nak kabo, kalaulah kome perasan, sejak kita puasa ni aku dah macam jarang up entry kan. Kalau sebelum ni, sehari satu tu insyaAllah mesti ada. Tapi sejak puasa ni, entah kenapa aku rasa macam malas tu lebih dari rajin. Hahaha. Serius weh, aku tak tipu..! Aku cuma blogwalking je, itupun kalau aku laratlah. Buatnya aku penat macam semalam, nak habiskan 8 rakaat pun tersengguk-sengguk, memang balik masjid cari bantal laa…!

Tapi kalau aku blogwalking pula, paling cepat aku tidur pukul 2 pagi. Itu paling cepatlah. Kadang-kadang terlajak sampai ke 3 pagi. Dah tu pukul 4.30 nak kena bangun sahur lagi. Nak tidur lepas subuh, alamatnya bertimbun kerja rumah yang tak siap kot. Silap hari bulan bahan-bahan nak masak tak ada, sebab aku tak bawa mak pergi pasar. Hahaha.

Jadi, bila fikir-fikirkan balik, faham sangatlah kenapa aku cepat letih bulan puasa ni. Semuanya sebab masa tidur aku yang tak menentu. Kira pendek cerita dalam bulan yang mulia ni, aku mungkin akan blogwalking ikut tahap kerajinan. Ya..semuanya bergantung kepada kerajinan. Hehehe. Ohyaa…! Tahun ni macam tahun lepas, aku dah tak ambil upah menjahit dah. Errm..kalaulah aku menjahit, rasanya risiko tak siap tu berkemungkinan ada. Al-maklumlah terlebih malas dari rajin. Hahaha.

Okay, sampai disini sajalah. Bila entry seterusnya? Semuanya bergantung tahap kerajinan. Hehehe.



Kata Hati : Aku sentiasa doakan kalian…InsyaAllah. Dan terima kaseh buat orang jauh, yang saban malam tidak jemu kejutkan aku, sesungguhnya hanya DIA yang mampu membalas jasa baik kamu itu...

.

36 ulasan:

  1. tu la..kalau dah depan lappy, nak tido pon dah tak ingat dah :D

    BalasPadam
  2. sjak lappy lama sy ni mcm meragam, aktiviti bW & update blog mcm ke laut, huh.. bayangkan bila on9 jaa tiba2 bole kuar error blue screen.. terpaksa laa off lappy ;p

    BalasPadam
  3. err siapa yang jauh tapi slll kejutkan nur sahur tuu, ehe

    BalasPadam
  4. kan..sama lah kita.malas lebih dr rajin.tp rs nya malas Ai lg dr Nur.kahkahkah apa pun tima kasih lah pd pak KERO yg jauh yg saban hari x jemu mngejutkan mak KERO di sini.kehkehkeh terbaek lah :)

    BalasPadam
  5. selamat berpuasa.. :)


    Nak Kad Raya FREE? Meh singgah sini kalau belum join k ^_^ "GA Kad Raya 2013 by EJulz"

    BalasPadam
  6. Bulan puasa ni, lepas sahur dn subuh mmg mengantukkan. Lebih2 lg kalau tidur lewat. Kena tidur awal tau cik nur. Mesti rajin lps tu.. ;)

    BalasPadam
  7. mesti dh ade org 1st komen ni. hihihi. sape yg rajin kejutkan kan nur tu? hehehe.

    BalasPadam
  8. samala dgn akak..update pun jarang2..malas betul.

    BalasPadam
  9. nape lambat tido tu..p la tido awal cikit..kan best tido..hehehe

    BalasPadam
  10. alhamdulillah.
    ciksu tgh traffic light merah.hihi
    tapi dapat bygkan kepenatan tu.
    ye la blik niaga dah sampai rumah deakt2 jam 815. nk maghrib pastu ke surau pulak.
    tapi sib baik surau dekat.
    semoga urusan kita dipermudahkan hendakNya

    jaga kesihatan ye ciknur

    selamat berterawih

    BalasPadam
  11. Betul tue....sambil berwalking dalam bulan ramadhan tak sedar pukul berapa...hihihi

    BalasPadam
  12. dh x menjahit dh...aiseyman..aku naru igt nk buat tempahan :)

    BalasPadam
  13. akak pun dah takde aura nk bblog bulan pose ni..
    kena plak line k.o dh brp hari dh tp gagahkan diri bw..salam ramadhan:)

    BalasPadam
  14. Hehe.. Standardlah kalau pegi terawih.. Perut dah kenyang, mata pun asyik nak terkatup jer.. Gugugu..

    BalasPadam
  15. puasa2 takleh ada sifat malas :)

    BalasPadam
  16. utamakan yg lebih penting okeh.. ;)

    BalasPadam
  17. beznye nur pandai menjahit
    raya tahun ni yumida xde baju raya..huhu
    x sempat nak hantar
    moga dipermudahkan segala urusan nur
    yumida pun sama...bulan puasa ni singkat nak reply komen kawan2
    cuma weekend je byk masa free

    BalasPadam
  18. salam ramadhan nur.... :)

    BalasPadam
  19. mohon dirajin-rajinkan diri tu.hahahaha

    BalasPadam
  20. suka quote yang atas sekali tue. Loike!

    BalasPadam
  21. bulan puasa ni saya pun asyik BW je bila kat rumah. dah tak tau nak buat apa. dahla sorang2. hmmmm...

    BalasPadam
  22. wahh ada bkat nur mnjahit eh..xpla psni msti mood rjin plk.hihi

    BalasPadam
  23. be tengah rajin tu kene rajin la update blog hihihi

    BalasPadam
  24. its ok cik nur.. deqla pahammm... biasa la tu.. mood puase kan... hihi.. deqla pun kekdg letih juga.. yela.. org yg bekeje mcm kite ni kan blk tu nk kejar waktu berbuka pulak.. dgn nk siapkan menu lagi.. tu pun byk beli je sbb x dan masa tu.. bulan puase ni jln jammed! smua nk blk cpt..huhu

    BalasPadam
  25. alhamdulillah, zaza pula kurang letih bulan puasa ni..xpe lah, yg penting bulan puasa jaga kesihatan ya =)

    BalasPadam
  26. saya skang ni leh la nak bw sikit sbb tgh ABC..hehe~ :p

    (paham ke?)

    BalasPadam
  27. masa tidur mmg penting.. sebab kite ni perlukan rehat yang secukupnya.. takpe.. bile rajin tu da dtg singgahla rumah kengkawan ek... apepun, malas mmg susah nak diubati. hihi... btul tak?

    BalasPadam
  28. Kita org pompuan ni mmg bertambah bz bila time puasa ni kan Nur...

    BalasPadam
  29. salam singgah.. ramai nyer komen.. kalah redmummy..hehe..

    BalasPadam
  30. Nani pun ssh sgt nk cri time nk bw. Kononnye cuti balik kg ari tu leh la bw hari2 tp xsmpt jgk..

    BalasPadam
  31. ayut skrg BW pon mmg pyah jgkla nk dpt masa yer..

    BalasPadam
  32. tingin nak jd mcm dulu rajin bw haha..hope lepas ni dpt jd mcm dulu2 blk

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.