Isnin, 7 Oktober 2013

FITNAH..!



Kelakarkan Haha...!



“Kaklong, ada orang cakap kat abah nampak kaklong ponteng sekolah.”

Tenang abah bersuara. Aku yang sedikit menyandar akibat kekenyangan seraya tegak kembali posisi kedudukan aku bila dengar setiap butir ayat yang keluar dari mulut abah. Dalam kepala otak siapa pula buat cerita ni. dan yang paling penting siapa ‘ORANG’ tu. Kalau dapat memang lumat..!

“Orang tu nampak kaklong dekat bangunan HSBC dengan kawan-kawan hisap rokok.” 

Sambung abah lagi. Membuntang mata aku. jangan kata mata aku, mata mak pun sama. Tapi mak tak tengok muka aku, sebaliknya mak tengok muka abah. Aku faham, mak mungkin nak kan kepastian. Yelah, memang mak tak akan percaya aku buat semua tu.

Aku macam tu? memang taklah walaupun aku akui, aku ni nakal sikit. Tapi bukan perangai aku nak ponteng sekolah tanpa pengetahuan mak dan abah. Dan bab rokok tu, itu memang tak masuk akal..! sangat tidak masuk akal..! jelas betul semua tu FITNAH…!

Bila disoal siasat macam tu reaksi aku tenang je. Sebab aku tahu aku tak salah. Dan abah pula tak ada pun tunjuk gaya-gaya nak marah. Tapi sejujurnya aku rasa nak menangis jugalah hari tu. Bukan nak nangis kerana takut, tapi geram dan marah apa orang yang buat cerita tak betul tu. #habit aku, kalau marah tak lepas mesti nak nangis..huhuhu.

“Siapa yang buat cerita tu?”

Kali ini aku beranikan diri tanya soalan yang sedang bermain-main dalam kepala aku. aku sedar, mak pun nak tanya soalan yang sama. Tapi aku terlebih dulu mencelah. Benda tak betul, tak akan nak diam je.

“Tadi dekat pasar malam, terjumpa si polan yang duduk jalan sekian. Dialah yang bagitahu. Dia tanya, anak sulung pakcik sekolah SMDB kan? Abah iyekan je. Terus dia bagitahu dia nampak kamu dengan kawan-kawan lepask dekat HSBC sambil hisap rokok. Terkejut jugak abah. Dia siap suruh abah ajar anak bagi tak degil. Dan bila dia tanya anak pakcik nama AZIZI kan? Terus abah rasa dia buat cerita. Bila abah bagitahu yang anak sulung abah perempuan,memang berubah air muka si polan tu dan segera mungkin si polan tu minta diri.

Mak dah menarik nafas lega. Tapi dengar jugaklah sedikit keluhan bila mana ada yang cuba buat fitnah sewenang-wenangnya. Bayangkanlah kalau yang ditembak oleh si polan tepat , tapi tidak melakukan semua apa yang dia ceritakan, tak ke aku kena hempuk?

Si polan tu, aku kenal gitu-gitu je pun. Bukan sama umur. Tapi yang pasti aku tak pernah cari gaduh dengan dia. Nak bertegur sapa lagilah tak pernah. Entah kenapa dia boleh buat cerita sesuka hati dia je kan. Aku ingatkan orang perempuan je yang suka laga-lagakan orang. Rupanya orang lelaki pun ada. Haishh…dunia-dunia..!

Walaupun cerita dekat atas ni dah bertahun-tahun terjadi, tapi aku still tak dapat lupa. Di fitnah bukan pekara yang menyeronokkan tapi sebaliknya. Dan kena ingat, dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh. Jadi sebelum sebarkan cerita, cubalah tanya untuk kepastian. Tambah-tambah di bulan yang penuh barokah ni.  Jangan main tembak je.!

Kenapa aku cerita semua ni? Tadi aku merayau-rayau dalam mukabuku, lepas tu terjumpa pulak si polan tu punya muka buku, terus teringat FITNAH yang dia pernah buat dulu. Sampai sekarang dia tak pernah minta maaf dekat abah. Apatah lagi aku. Tapi tak apa, aku dah maafkan dah pun, aku anggap dia mamai je waktu buat cerita tu…



Kata Hati : Jangan sebarkan sesuatu pekara yang kita sendiri pun tak pasti, kalau tak tahu TANYA…


.

31 ulasan:

  1. huhu. tu la tak leh nk pejam kan mata. betul apa yg nur smpaikan ni. jgn main ckp ja kalo kita sendiri pown tak pasti. btw entri ni mnyedari kan busyra sebelum tido. tq nur!

    BalasPadam
  2. huhuhu... mmg x patot.... x patot... tp maybe dia salah org kot..boleh jadi dia betul2 nmpk ada budak ponteng skolah, hisap rokok tu tp dia ingatkan tu anak abah nur.. kalo ye pun, sepatutnya jgn main serkap jarang.. tanya dulu abah nur tu.. ada anak lelaki ke.. pompuan ke.. apa namanya.. ceh mcm nak dtg merisik plak hahahahaha.. ;p

    BalasPadam
  3. Memang besar dosanya memfitnah ni.. Sebab tu berani nak bercakap pasal sesuatu perkara yang belum pasti kesahihahnya.. Takut jadi fitnah..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    BalasPadam
  4. biasa la...mulut manusia mmg tak boleh ttp... nak pulak mmg manusia jenis mengumpat je kje die...
    sabo ye

    BalasPadam
  5. oiiii jahatnye beliau... dengki ke hape tu sampai fitnah2 org.. dosa besar tu.. moga beliau dpat hidayah...

    BalasPadam
  6. dan juga jangan sebarkan sesuatu yang boleh memalukan orang lain. simpan sendiri aje.

    bila kita simpan aib orang lain, nanti Allah tutup aib kita di akhirat kelak.

    BalasPadam
  7. fitnah dosa lebih besar daripada membunuh....fitnah ni ibarat memakan daging saudara sendiri..nauzubillah...minta simpang dr membuat fitnah dan difitnah

    BalasPadam
  8. itu sebaiknya tindakan abah cik nur, tanya dlu si anak.. jgn terus percaya org2/polan2 yg bercakap.. so duk berbincang itu lebih baik

    BalasPadam
  9. Betul tue Cik Nur..."Fitnah tue lebih teruk dripada membunuh...

    BalasPadam
  10. erana mulut badan binasa..nilah bisanyer mulut manusia y menabur fitnah.. aduyaii...

    BalasPadam
  11. kan dah terkena batang hidong dye! cissss! memg bedebah betui...meh sini biar cik misi pelempang je....haha

    BalasPadam
  12. so, sejak bila Nur merokok? since zaman sekolah ke? O.o

    BalasPadam
  13. eh,

    dh kenape die tu?

    BalasPadam
  14. penah kena Nur...
    lebih kurang cite Nur ni...

    penah ngadu kat cikgu pasal budakponteng,
    die balas dendam bagitau mak kita, kita ponteng sekolah...
    kita tak la nakal sgt sampai nak ponteng sekolah kan...
    apapun tu semua kenangan =)

    BalasPadam
  15. itulah bahayanya fitnah..naya je kan
    selamat ptg ciknur..buat apa tu

    BalasPadam
  16. betul tu nur
    berita yg x pasti blh jd ianya menjd fitnah
    kesian pd mereka yg menjd mangsa
    pic haha tu..hihi..mmg expert bab jd pengkhianat..geng ngan girin

    BalasPadam
  17. Berat juga fitnahnya tu. Ibubapa kenal anak mereka. Mujurlah mereka jenis yg tak mudah percaya... ada juga yg cepat melatah, kesian anak yg tak bersalah. Mcm dlm drama tu ;)

    BalasPadam
  18. haish, laki pmpuan pn xtau nk beza ka... sedap je bwk citer,, pelik org camni,,huhu

    BalasPadam
  19. hui..bengang nye kalau jadi cam tu..sesuka hati dia aje burukkan org..pastu boleh suruh ayak cik nur ajar anak jgn degil? huhu..sabar je lah..


    p/s:saya kalau marah tak lepas pun akan rasa nak menangis..huhu~~

    BalasPadam
  20. btul tu.. fitnah tu lagi dahsyat dosanya daripada membunuh tau

    BalasPadam
  21. plg xska org yg ska buat2 crit ni..grm btl

    BalasPadam
  22. mulut orang memang susah nak jage kan...huuuu..sesuke ati je buat cite yg tak betui...

    BalasPadam
  23. Dosa memfitnah lebih kurang sama dengan dosa membunuh. Seelok-eloknya, hindarkanlah perbuatan fitnah nie. Bukannya dapat apa pon

    BalasPadam
  24. dasyattt nya Nur..siap merokok bagai..Azizi tu klon ke kwn baek..kekekeke

    len kali kalo xnak tnya..jgn amik tau.kekekeke

    BalasPadam
  25. sgt x patut!!! grrr..
    lelaki zmn skang boleh thn jugak bawak mulut.. kalah mami jarum..

    BalasPadam
  26. Sbb tu lah yg dikata, fitnah tu lebih dasyat dr membunuh.. sbb bila fitnah berleluasa, banyak jiwa2 yg akan mati akibat fitnah. Thanks mengingatkan saya tentang ni

    BalasPadam
  27. dh maafkan biasanya takkan ingt nur...apa pon org klu nk fitnah tu ad je cerita dia nk buat...doakan jela yg terbaik utk si polan tu ye dear :)

    BalasPadam
  28. fitnah itu lebih besar dosa dari membunuh..kan ciknur..akak pon ada juga yg fitnah..tp akak dah maafkan pon..biarlah ciknur..yg tu urusan mereka dengan Allah saja....

    BalasPadam
  29. fitnah berat ni camni.. kalo tuduh ponteng sekolah ok lagi.. siap merokok.. wuwuwuw.. kalo cikna dah jumpa orang tu tumbuk2 muka dia.. hahaha..

    BalasPadam
  30. ssh juga kalo jmpa org yg lbh cpt dr reporter ni lps tu salah info lak..haihh..mmg nk kena hihii..

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.