Selasa, 31 Disember 2013

Yang Terakhir





Assalamualaikum.

31 Disember 2013. 


YANG TERAKHIR 2013....

InsyaAllah jika masih dipanjangkan usia, esok kita semua pasti akan bernafas seperti biasa, dengan udara yang sama, tempat yang sama juga dibumi yang sama..! InsyaAllah... Sebenarnya, ikutkan tahap kemalasan memang tak nak menaip entry ni. tapikan bila duk tengok masing-masing duk up entry jam-jam terakhir sebelum 2014, makanya aku pun macam tertarik jugaklah nak menaip entry ni.

Dari hari pertama 2013, aku tahun tahun ini sangat mencabar bagi aku. Aku bukan saja perlu kekuatan, malah aku juga perlu masa untuk hadap setelah apa yang terjadi. Dan sekarang rasanya semuanya berlalu seperti debu. Itu semua pengalamankan..! Jadi, ayuh yunkk..kita belajar dari pengalaman tu..! Oh ya..! tanpa rumahku, bulanku dan bintangku aku mungkin tak sehebat kini. Jadi, sangat sangat berterima kaseh pada teman-teman yang sentiasa ada! 

Dan bagi tahun 2014, aku nak mulakan hari dengan senyuman, dan sentiasa berfikiran positif. Tak nak main api dah..! Hahaha. Dan semalam, aku dah senaraikan apa yang patut aku buat untuk berganjak walaupun sedikit. Yang penting aku kena berani. Ya...BERANI.!

Errm...bila baca balik apa yang aku taip ni, memang nampaklah perbezaan antara awal 2013 dulu. Bila mana awal-awal 2013 entry aku kemain lelehnyakan..!Malu sendiri kot bila baca balik. Hahaha. Dan insyaAllah, bagi pembukaan tahun baru ni, aku nak semangat-semangat je. Sebab aku rasa banyak kerja yang perlu aku buat untuk tahun 2014.

Haishh...rasanya cukuplah sampai sini. Lagi panjang lain melalut entry ni. Akhir kata, ini entry penutup bagi tahun 2013. Selamat bercuti bagi meraka yang bercuti, dan selamat bersekolah pada adik-adik yang bersekolah dan selamat bertugas pada yang bekerja khas buat guru-guru...selamat semuanya..!



Kata Hati : Januari - Mac, aku bakal sibuk....!


.

Isnin, 30 Disember 2013

Cabang Dua




Sumber .
 
Nak lukis sendiri tak pandai..Hehehe.


Assalamualaikum.

Dihadapan kamu ada dua cabang jalan yang berbeda. Jadi disini aku beri perumpaan terhadap dua jalan yang jelas depan mata aku. 


Kategori Pertama : Jalan Singkat.

Tak perlu makan masa lama, kurang 5 minit dah boleh sampai destinasi. Tapi, dia punya kepayahan tu, memang mencabar. Penuh onak ranjau yang berduri. Kalau tak tahan boleh rebah beb..! Jadi, untuk kategori ni, keberanian, kekuatan bagi menghadapi segala kemungkinan perlu ada. Kalau tak bersedia, entahlahh..


Kategori Kedua : Jalan Normal.

Agak jauh, kalau jalan singkat cuma makan masa kurang dari 5 minit, tapi jalan normal ni anggaran masa diperlukan lebih dari 10 minit. Silap hari bulan kalau jammed, boleh makan masa 20 minit. Perjalanan dia tak ada liku bagai. Licin dan rata je. Memang tak akan ada sebarang kemungkinan.
 
Jika kalian sedang berhadapan dengan situasi ini, mana satu yang kalian pilih…??


Kata Hati : Manusia mula akan keliru bila punya lebih dari satu pilihan.

.

Sabtu, 28 Disember 2013

Kesan Alfalfa Kepada Pengguna





Keputihan bagi setiap manusia yang bergelar wanita adalah biasa. Cuma yang membezakan antara kita adalah, keputihan itu sendiri. Sesetengah wanita, mengalami keputihan yang terlampau banyak, hinggakan mengalami kegatalan yang terlampau pada bahagian sulit. Perkara sebegini tersangatlah tidak selesa untuk berada dimana-mana tempat awamkan..?

Dan ada sesetengah wanita pula mengalami keputihan serta bau yang kurang mengenangkan. Hal ini sekali gus boleh menjatuhkan mood seseorang. Jangan kata nak berada di tempat awam, nak berdepan dengan orang pun tak yakin disebabkan keputihan ni.

Pada yang tak pernah alami, mungkin susah nak faham. Tapi pada mereka yang pernah alami, mest tahu bukan betapa malunya, bila masalah ada masalah keputihan ni. Dan bertambah risau, bila kita lihat masalah keputihan ni tiada penghujungnya.

Sebenarnya, Alfalfa ni banyak khasiatnya tau. Bukan mampu merawat masalah keputihan je. Alfalfa ni juga mampu merawat masalah pencernaan, sembelit, kolestrol dalam darah, toksik dalam tubuh, sakit sendi dan otot.

Alfalfa ni  ditanam tanpa semburan bahan kimia. Disediakan dalam dua pek saiz ( 300 biji dan 700 biji ) Alfalfa Complex ini juga tiada perasa tiruan, pemanis perwarna dan pengawet tiruan. Kaya dengan vitamin dan mineral. Ianya juga mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. Serta Mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Complex Shaklee juga mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Asid lemak dan Antioksidan.  Alfalfa Complex ini juga bertindak sebagai pembersih darah.

Okay, sebagai bukti dalam entry ni, aku sertakan sekali testimoni yang telah mencuba dan berpuas hati dengan Alfalfa ni :

TESTIMONI PERTAMA :



TESTIMONI KEDUA :



Nampak! Bukan setakat keputihan je. Kulit muka, gastrik pun boleh. Kiranya setiap biji alfalfa yang ditelan, ada khasiat yang tersendiri..! Selagi tak mencuba kita tak tahukan. Dan sekarang ni, dengan ALFALFA inshaAllah tiada lagi untuk mereka yang ada masalah atau sedang di landa masalah keputihan ni tau. Alhamdulillah, Alfalfa terbukti berkesan buat mereka yang pernah alami masalah keputihan ni tau..!

Kalau ada yang berminat tu, boleh terus PM SINI atau whatsapp – 0124104401. InsyaAllah harga super duper kaseh sayang akan diberi..! Hehehe.




Kata Hati : Alfalfa ni antara produk yang terlaris dalam Shaklee…!

.

Rabu, 25 Disember 2013

Wordless Wednesday #89







Tak lama lagi sekolah dah nak bukakan..!
Moh le kita balut buku...Hehe


Kata Hati : Betul, tahun depan aku tingkatan 2...! Hahaha

.

Isnin, 23 Disember 2013

Tips Untuk Mereka Yang Baru Berkahwin





Assalamualaikum.

Sekarang ni, kita dah penghujung bulan Disember dah kan. Sekali gus bermakna kita ni dah sampai ke penghujung tahun 2013. Dan bila sebut hujung-hujung tahun, seperti mana kita tahu, ramai yang ambil kesempatan melangsungkan perkahwinankan. Makanya jemputan kahwin ibarat cendawan tumbuh dah haa..!

Jadi, atas kesempatan ini, aku ambil peluang ni mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat mereka yang sudah ataupun yang akan melangsungkan perkahwinan. Doa aku, moga kalian sentiasa berada dalam RahmatNya dan berbahagia sampai syurga..Amin..!

Okay, sini ada TIPS BUAT KALIAN YANG BARU SAJA MELANGKAH ALAM PERKAHWINAN ni tau. Tapi tips ni, idoklah dari aku, Lagipun aku sedar, aku dok layak lagi bagi tips. Cuma TIPS ni aku COPY & PASTE dari PAKAR MOTIVASI dan dikongsikan disini. Moga-moga tips ini, dapat beri manfaat buat kalian dan juga aku suatu hari nanti..InsyaAllah…


ANTARA TIPS UNTUK MEREKA YANG BARU BERKAHWIN :

  • Mengenal diri yang baru - Jangan bertindak macam orang yang masih bujang. Pasangan akan kecewa & stress
  • Mengenal pasangan - Perangai SEBENAR pasangan akan terserlah bila dah kahwin. Belajar untuk menerima dia seadanya.
  • Mencari keserasian dengan pasangan - Allah temukan anda untuk lengkap melengkapkan, imbang mengimbangi, didik mendidik.
  • Mengimbangi antara rumahtangga dan kerjaya - Kecemerlangan di tempat kerja bermula di rumah. Bahagiakan rumahtangga untuk cemerlang dalam kerjaya.
  • Memahami & rapatkan hubungan dengan Mertua dan ipar duai.
  • Belajar kaedah menangani konflik dalam rumahtangga. Minta nasihat pakar atau orang tua.
  • Belajar untuk menegur pasangan secara hikmah. Jika tak tegur sejak awal, amat sukar nak tegur di kemudian hari. Sentiasa carai masa & tempat yang sesuai, baca doa pelembut hati, puji dulu sebelum menegur. In sya Allah dpt di terima pasangan dengan hati terbuka.
  • Menjadi pelengkap (synergy) - Bantu pasangan untuk serlahkan kehebatan dirinya.
  • Belajar memainkan berbagai peranan - Sebagai pasangan, kawan, kekasih, pemimpin, pengikut, penasihat, pemujuk, pendorong, pendengar yang setia & pembela setiap masa.
  • Bentuk undang2 & peraturan dalam rumahtangga agar tak ulang kesalahan & tak perlu di tegur selalu.
  • Jaga ibadah dengan sempurna & sentiasa doa mendoakan.
  • Bentuk rutin2 romantik agar rumahtangga sentiasa ceria & sayang takkan sirna.
  • Belajar untuk tolak ansur & kawal EGO DIRI. Jika pasangan marah, yang sorang lagi WAJIB SENYAP. In sya Allah takkan gaduh. Mana boleh gaduh sorang2, kecuali gila!!!!
  • Berterusan belajar untuk cari ilmu tentang rumahtangga.
  • Cari mentor atau penasihat yang dapat di rujuk bila perlu.



Moga Allah rahmati & bahagiakan rumahtangga kita. Aameen.

Wassalam.



Kata Hati : Tak lupa SELAMAT PENGANTIN BARU buat Blogger Ayut…! Moga berbahagia sampai syurga..Amin..!!



.

Jumaat, 20 Disember 2013

Tazkirah Jumaat | Celik Famili



Sumber




Kata Hati : Ikhlaskan segala amalan dalam hidup kita kerana ALLAH...!

,

Rabu, 18 Disember 2013

Wordless Wednesday #88



Sebelum & Selepas



Update :
Oh yea..! Ini rumah mak abah tau, bukan rumah aku. ^_^

To T.a.t.a - Yea..lebar top tu 2feet.


Kata Hati : Sebelum & Selepas. Lepas selepas? Penuh laa barang atas& dalam kabinet tu...Hahaha



,

Isnin, 16 Disember 2013

Rawatan Untuk Ulser



klik untuk tumberasan yaw..!


Assalamualikum.

Okey, tengok tajuk entry. Ingat lagi tak entry INI? Ya entry petua untuk merawat ulser. Untuk pengetahuan semua, entry tu mendapat kutipan paling tinggi setakat ini. View untuk entry tu setakat ini hampir cecah 20k. mungkin bagi blogger-blogger pames ini perkara biasakan. Tapi tidak bagi aku.

Kalau dilihat komen-komen dalam entry tu, ramai jugaklah yang macam terkejut bila AIS KRIM adalah salah salah satu petua untuk hilangkan ulser. Pada yang sudah cuba mungkin dah rasa perubahannyakan. Lagipun petua tu mudah dan sedap. Tak susah nak ikut. Berbanding letak petua letak garam, YaAllah..meleleh-leleh air mata tahan pedih. Siapa pernah buat, pasti tahu! Heee.

Sesetengah orang, tersangatlah jarang kena ulserkan? Dan sesetengah orang lagi, kerap betul dapat ulser. Dan tu kalau dapat bukan satu dua je, tapi banyak. Lebih dari tiga ulser pun ada, yang paling kesian bila ada ulser pada lidah. Dapat bayangkan tak, kena tepi dinding mulut pun dah pedih, inikan pula atas lidah. Aduhhh….lagi bertambah-tambah pedih!

Kenapa seseorang itu kerap sangat dapat ulser? Sebenarnya, punca ulser ni pelbagai. Kadang-kadang ianya berpunca dari kecederaan yang berlaku di lapisan mulut. Ada juga yang kata disebabkan stress dan alahan pada makanan contohnya nenas. Perkara-perkara macam ni, memang kita boleh elak dari terkena ulser. Betul tak?

Tapi salah satu sebab besar, kenapa kita senang diserang ulser. Adalah sebab daya tubuh badan kita lemah serta kekurangan zat dalam makanan yang di ambil. Dan penyebab ini dah sah-sahlah kita tak boleh elak, selain kita sendiri kena perbaiki atau tambah kekurangkan pada diri kita.




Haa..kenapa tiba-tiba ada gambar GLA Complex ni? inilah salah satu produk terbaik buat mereka yang sering di serang ulser. Kenapa aku cakap terbaik? Sebab GLA Complex ni mengandungi 2kali kandungan gamma libolenic acid lebih daripada EPO (Everning Primrose Oil) tambahan lagi digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E. INFO LANJUT.

Kebaikan GLA Complex :
Merawat ulser, melegakan  kelesuan, membersih kahak, meningkatkan stamina.
Mengawal hormone lelaki dan wanita untuk kesuburan
Melambatkan monopous
Menentang kanser
Mengurangi keradangan kulit/bengkak kulit
Sesuai untuk mengawal diabetis (masa hamil)
Menghalang tekanan darah tinggi
Membaiki tekstur rambut

Nampak, bukan setakat ulser je. macam – macam yang terkandung dalam GLA Complex ni. kiranya setiap satu butir GLA complex ni, ada bermacam-macam khasiat. Aku pasti, sesiapa yang sedang mengamalkan GLA ni, pasti tahu kesannyakan. Aku sendiri pun ada pengalaman manis tau dengan GLA ni. Tapi lain kalilah cerita, sebab entry ni pun dah panjangkan..!

Untuk tahu lebih lanjut mengenai GLA Shaklee ni, KLIK JE SINI. Jadi kalau ada sesiapa berminat atau sebarang pertanyaan, bolehlah PM SINI yaw..!




Kata Hati : Siapa yang pernah ambil GLA ni, pasti tahu kehebatnya...!

.

Jumaat, 13 Disember 2013

Kisah Pakcik Jual Laksa Beras





Kisah ini aku Copy & Paste dari SINI.
Moga kisah ini mampu buka mata dan minda kita.
InsyaAllah


Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motorsikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar,saya pun berhenti rehat. Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Baru kira-kira satu bulan saya dan keluarga berpindah ke kampung ini, bertugas sebagai inspektor menjaga parit dan saliran.

Saya melaung bertanya kepada isteri dan anak-anak, adakah mereka juga turut ingin makan laksa beras. Isteri dan anak-anak 4 orang juga inginkan laksa beras. Bermakna saya pesan 6 pinggan laksa beras. Dengan menggunakan ukuran mangkuk standardnya laksa dihidang dalam mangkuknya dahulu sebelum dituang ke pinggan yang pelanggan sediakan.

Zaman ini, kebanyakkan penjual laksa beras bermotorsikal tidak perlu bawa banyak mangkuk atau plastik bungkus. Cukup sebuah mangkuk yang dibawanya untuk jadi ukuran yang sama setiap pinggan yang dipesan pelanggan. Semua yang membeli laksa beras perlu membawa pinggan atau mangkuk sendiri ke motor pakcik jual laksa itu berhenti.

Setelah membeli laksa beras,pelanggan akan makan di dalam rumah masing-masing bersama keluarga. Cara ini telah menyelamatkan alam sekitar, tidak ada pelupusan bahan plastik atau pembaziran bekas.

Setelah membayar harga bagi 6 pinggan laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan. Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menajwap, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.

Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga. Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walaupun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan. Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah . Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga menggelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa kata si polan solat di surau ini.Dan seterusnya. Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan zakat atau wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.

Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan. Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaiatu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar.

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal menggelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.

Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini.

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan keenakkan laksa beras yang selalu saya beli dari seorang penjual laksa beras yang bermotosikal menggelilingi kampung. Tidak pasti adakah pakcik ini masih hidup atau telah meninggal dunia. Laksa berasnya memang enak.



Kata Hati : Bila apa saja yang kita lakukan adalah Kerana DIA, semuanya akan dipermudahkan...InsyaAllah..!


.

Rabu, 11 Disember 2013

Wordless Wednesday #87







Super ring lazat, super ring ria,
Super ring, super jom bergembira..!
Hehehe.


Kata Hati : Kopok ni fames kan dulu. Hehehe.


.

Isnin, 9 Disember 2013

Bina Daya Tubuh Badan Dengan Vita-C





Assalamualaikum.

Teman-teman yang kenal rapat dengan aku, pasti tahu keadaan aku yang dulu. Yea..aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Tapi kalau tak ada dulu, maka tak adalah sekarangkan. Senang cerita yang dulu pengalaman dulu banyak mengajar kita untuk jadi yang sekarang. Betul tak? Heeee..

Okay. Macam ni, sebenarnya dulu aku bukanlah kuat sangat pun. Maksud aku daya tahan tubuh. Tapi kalau bab lumba lari dulu aku kuatlah, sekarang ni tak berapa nak kuat. Kahkahkahkah. Err…berbalik pada cerita asal, yea..! dulu daya tahan tubuh aku ni tersangatlah rapuh tau. Sampai aku sendiri pun dah tak tahan sebab senang sangat berjangkit.

Bayangkan, aku boleh berjangkit walaupun aku berada 5 meter jauh dari orang yang tiba-tiba bersih. Apatah lagi kalau duk sebelah aku ataupun dalam satu bilik berhawa dingin. Pernah satu hari, tengah aku sibuk berbincang dengan Encik I, dan tiba-tiba je Encik I bersin tutup mulut dan hidung. Aku ingatkan, aku okaylah. Sebab Encik I tutup mulut dan hidung dia dengan sapu tangan. Rupanya sangkaan aku meleset..! esok pagi aku pulk yang tak berhenti bersin dan selsema seminggu. Padahal, encik I bukan selesema pun waktu dia bersih tu, dia just bersih je..!

Selalunya, bila mak tengok aku tiba-tiba di serang selesema, ayat wajib mak “Ada sesiapa bersin ke?” Ini memang ayat wajib mak, sebab mak memang dah masak sangat dengan aku ni. Dan disebabkan daya tubuh badan yang tak kuat ni jugalah buat aku kerap diserang selesema berkali-kali dalam sebulan. Jenis aku, kalau dah kena selesema tu, nak baik tu seksa beno..!

Daya ketahan tubuh badan aku yang lemah ni, memang di akui sepupu aku sendiri. Dia satu-satunya sahabat yang sentiasa tahu keadaan aku. Jadi, bila dah tahu diri sendiri kekurangan vitamin C, macam-macam caralah aku dengan sepupu aku ni merancang. Almaklumlah, dah tak larat kot nak selesema je.




Jadi, perancangan kami, nak amalkan minum jus oren setiap pagi. Yea..kami buat, tapi tak sampai seminggu pun, sebab malas kot nak buat jus oren pagi-pagi. Heee..! Bila dah malas, dan dah tak tahu apa lagi yang patut aku buat, jadi bila kena selesema tu, aku redho je. Orang tengok pun naik rimas, apatah lagi aku yang tangguh sendiri, lagilah rimas!

Sampailah satu hari, aku diperkenalkan dengan Vita-C Shaklee ni. Mula-mula tu, memang rasa kurang yakin, tapi bila diri sendiri alami, barulah tahu rasa best sangat. Dan, yang paling penting aku dah tak takut pada orang yang bersin tiba-tiba, sebab aku yakin, vita-c yang aku amik setiap hari tu, mampu menolong aku tingkatkan daya tahan tubuh badan.

Ingat lagi, disebabkan terlalu seronok main hujan, setelah sekian lamanya, ditakdirkan aku selesema. Dan bila aku mengadu pada sepupu aku, ayat yang dia reply Cuma..

“Rasanya kamu dah lama tak kena flu kan..!”

Nampak tak, beza dulu dan sekarang? Walaupun tengah selesema, bila baca ayat yang direply, masih buat aku tersenyum, sebab dia perasan perubahan kesiahatan aku. heee..!

Ohya..! Pada mereka-mereka yang nak tahu Khasiat atau info lanjut mengenai Vita-C ni, Boleh terjah SINI. InsyaAllah, apa yang berlaku semuanya atas izinNYA…! Kita sebagai manusia, hanya mampu  merancang, ikhtiar dan berdoa, selebihnya kita serah pada DIA..!




Kata Hati : Vita-C shaklee ni, paling laris tau. Dah tu boleh tahan 6 bulan tuu..! Pernah kehabisan stok. Memang cuak gilak la..!

.

Rabu, 4 Disember 2013

Wordless Wednesday #86






Pabila empunya badan minta tolong, macam aku pulak yang nak kahwin..!


Bak kata adik;
 "Belajo-belajo la, time kaklong nak kawin esok senang"

Grrr..ayat tak boleh blah kan..!


Kata Hati : 2 in 1. Tolong sambil amik berkat. Boleh? Kahkahkahkah...



Isnin, 2 Disember 2013

November Di Disember





November 2013

GEDEGANGG!!

Terasa kenderaan yang dipandu aku terlajak sedikit kedepan. Hujan renyai yang sedang membasahi Bandar Warisan semakin lebat. Perlahan aku melangkah keluar. Sebelum lihat belakang kereta yang disodok lori, aku sempat pandang pakcik yang sedang mengemudi lori tersebut.

“Teruk ke?” 

Soal aku tanpa periksa belakang kereta. Walhal, dalam hati aku ni, penuh rasa debar yang teramat sangat. Apa yang aku gambarkan ketika itu Cuma kemekan yang teramat teruk. Serius, aku rasa nak nangis…!

“Tak teruk sangat, pecah bumber sikit je.”

SIKIT? Yea, sedikit lega bila ayat tu keluar dari mulut pakcik tu. Seraya aku memberanikan diri menoleh kea rah belakang kereta. Ohh…memang tiada langsung kemekan pada bonet kereta. Lega..! Dan bila aku lihat pecah lebih kurang sebesar tapak tangan kanak-kanak, rasa lega makin bertambah. Sekurang-kurangnya tidak ada kecederaan yang serius.

“Kenapa berhenti mengejut?” Soal pakcik tu tiba-tiba.

“Kereta depan saya tadi, dia pun tiba-tiba berhenti mengejut”

“Ini pun pakcik sempat tekan brek. Pakcik pun tak sangka terkena juga. Kalau pakcik tak tekan brek tadi, entahlah” 

Lancar pertuturan pakcik tu, sampai membuatkan aku gerun bila fikir seandainya dia tidak langsung tekan brek..! Yea..pasti bahagian belakang kereta akan hancur.!!


September 2009

PRANGGG.!!

Bunyi hentakkan dan kaca berderai dari sisi kanan belakang kereta mengejutkan aku yang sedang minum didalam kereta. Satu badan rasa panas..! Rasanya kereta aku berada dalam keadaan yang betul. Berhenti di simpang tiga sambil menunggu kereta dari kata lepas. Yea..kereta aku betul2 berhenti.

“Hoii..!! Buta kee??”

Jerkah aku pada lelaki yang masih terduduk di sisi kereta, sambil aku periksa apa yang pecah tadi. Bukan lampu kereta aku yang pecah, tapi lampu motor dia.

“Pekak ke!!” kali ni, lebih tinggi dari sebelum tadi.

“Bukan salah saya cik, salah kereta tu, tiba-tiba nak masuk kiri..saya nak elak tak sangka ada kereta”

Pelahan suara lelaki itu,sambil menunding jari kea rah kereta yang hampir melanggar dia. Yea aku tahu, dia sedang menahan kesakitan. Tapi entah kenapa, waktu tu, aku langsung tak ada rasa kasihan. Mungkin aku sangat-sangat terkejut kot.

“Ko ni dari mana nak ke mana!!” 

Soal aku dalam nada yang teramat marah. Yea, aku yang banyak menengking berbanding lelaki tu.

“Nak ke Tapah..”

“Dah tu, belajar mana potong kiri!!”

Sebelum keadaan bertambah panas, dan sebelum aku naik berang, mak tarik aku masuk kereta. Abah pula berurusan dengan pemandu kereta yang tiba-tiba bagi isyarat ke kiri dan lelaki yang bermotorsikal.

**********

Berbeza bukan? Yea..dulu aku dalam kategori panas baran. pantang silap sikit, dengarlah suara aku. bukan sekadar usia memantangkan kita, malah keadaan sekeliling juga mendidik kita secara tidak langsung sebenarnyakan..!

Bila diingat kejadian 4 tahun sudah, sampai sekarang aku malu sendiri. Malu bagaimana aku boleh bertubi-tubi menengking lelaki yang sedang dalam kesakitan. Haishh..kalau ade rezeki jumpa lelaki tu, aku nak minta maaf banyak-banyak ke dia…huhuh.

Erm..oklah, malas nak ingat..! Daaa….



Kata Hati : Bontot kereta dah okay, melayang $$$…!

.