Assalamualaikum.
Okay, entry ini hanya sekadar cerita dari mata aku. Jadi
memang tidak akan ada sebarang bukti untuk dikemukan untuk kesahihan entry ini.
TIDAK AKAN ADA. kenapa? Sebab aku langsung tak teringat pun nak snap apa-apa
untuk dijadikan bukti. KALAU ADA pun mungkin aku akan blurkan bukti yang ada tu.
Ingat lagi tak Entry Jumaat lepas tu? Kita hanya mampu
merancang, tapi semuanya DIA yang tentukan. Aku sampai kampung lambat jugaklah
hari tu. Mana taknya, aku mengantuk tahap gaban kot time memandu tu. Jadi, demi
keselamatan, aku buat keputusan singgah kawasan Rehat & Rawat Simpang Pulai.
Dan itulah pertama kalinya aku singgah kawasan Rehat &
Rawat Simpang Pulai setelah diubahsuai. Kalau dulu kawasan rehat tu tak ada
food court. Sekarang ni dah ada. Semua makanan sedap-sedap belaka. Nasi lemak
boleh tahan sedaplah. Burger tak kedekut sos, memang sedap. Pau kelapa pun gebu
dan sedap, yang paling penting tak kedekut inti. Kueh karipap sebesar tapak
tangan pun, murah dan sedap…seriuss. Jadi lama jugaklah kami melepak dekat
Simpang Pulai. Hehehe.
Errr…aku rasa entry ni dah melalut kelain. Okay, kita
sambung. Sabtu, hari berlangsungnya kenduri. Seawal pagi, semua orang sibuk dan
aku pun turut sama sibuk siapkan juadah untuk pengantin. Bila dah selesai semua,
lebih kurang 11:00 pagi ada majlis doa selamat dan tahlil. Lepas habis je
bacaan doa, bermulalah kenduri.
Dan ketika berlangsungnya kenduri inilah aku terperasan
kelibat seorang yang pada mata aku dia
nampak sebijik macam sorang blogger perempuan yang aku kenal. Memang sebiji
wehh…! Tambah-tambah bahagian mata. Disebabkan orang yang aku nampak tu kira
macam adik beradik dengan atuk sedara aku, jadi lamalah orang tu ada dekat
kenduri tu. Dan sepanjang dia ada tu, aku dua tiga empat kali jugalah duk usha.
Sebab memang saling tak tumpah..!
Tapi dalam masa yang sama, aku tak berniat pun nak pergi
tanya orang tu yang betul ke dia ni blogger *****. Langsung tak terfikir pun
nak tanya. Sebabnya aku tahu, dia bukan blogger yang aku maksudkan tu. Sebabnya
perempuan yang aku nampak tu, tak bertudung. Tapi blogger yang sebiji macam
muka dia tu bertudung. Tapi kalaulah
dipakaikan tudung dekat perempuan tu, pastu bandingkan dengan blogger perempuan
yang aku maksudkan tu, aku percaya mungkin orang akan kata kembar..Seriuss…!!
Akhir kata, memang tak akan ada bukti atau sebarang gambar
pun yang aku nak tunjukkan. Jadinya, jangan minta aku letakkan gambar mahupun
beritahu siapa blogger perempuan tu yea. Biarlah aku bercerita dalam keadaan
begini. Motif entry ni Cuma nak kabo yang aku jumpa orang yang macam muka
blogger ***** . Itu je…Kekekekeh..!
Kata Hati : Aku berani kata 95% seiras, tapi aku memang yakin 110% itu bukan blogger *****..!
.









