Isnin, 30 Ogos 2010

.:: SELAMAT HARI JADI MALAYSIA ::.








Salam. Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruangan ini. Untuk sekian kalinya, sudah lama tuan tanah ini tidak menjenguk ruangan miliknya sendiri kerana terbatasnya waktu di bulan yang penuh rahmat ini.

Pertama bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih sudi memberikan kesempatan buat kita semua terus bernafas dan menjalani ibdah puasa yang berbaki lebih kurang 9 hari lagi untuk kita menyambut hari kemenanganya nanti.




Dan bersyukur juga kepadaNYA, kerana setiap tahun sebaik saja tanggal 31 Ogos, maka negara kita yang tercinta ini akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Dan untuk tahun ini, tanggal 31 Ogos 2010, Malaysia akan menyambut ulangtahun untuk kali yang ke-53. Alhamdulillah...!! bersyukur kami ke hadratMU, kerana di berikan keamanan buat kami semua menikmati kehidupan yang tenang di muka bumiMU Ya ALLAH...!!




Oleh itu, sebaik saja berdetik jam tepat ke pukul 12 tengah malam, terlucut 30hb ke 31hb, sama-sama kita panjatkan doa moga di berikan berlindungan dan keaman buat Negara kita yang tercinta iaitu Malaysia.



Sebagai anak bangsa, saya sentiasa mendoakan yang terbaik dan aman dan makmur buat tempat tumpah darah Negaraku untuk kali yang ke-53. Laungkan semangat untuk kita sama-sama


 "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFOMASI "



MERDEKA...!!! MERDEKA...!!! MERDEKA....!!!



Kata Hati : SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN BUAT KALI YANG KE-53.

3 ulasan:

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.