Rabu, 15 Februari 2012

.:: Gila Kasut ::.

.



Sedia maklum dengan perangai aku, tentulah mak dan abah. Kalau pergi supermarket atau mana-mana shopping mall, nampak je bahagian kasut mesti nak cuba. Hihihihi.

Dari kasut tak bertumit hingga kekasut bertumit 5 inci aku cuba. Kalau tak kena bebel, habis semua kasut aku cuba. Tapi belinya tak punggg...!!!!

Itulah aku, memang pantang tengok kasut. Orang yang akan bebel bila nampak aku menuju ke bahagian kasut adalah abah. Sebab abah tahu kasut aku dah belambak-lambak dalam almari nun..!

Kadang-kadang aku ni suka cuba kasut bertumit tinggi bagai ni. Nak belinya tidaklah, sebab aku memang tak suka kasut bertumit tinggi ni.




Dan aku rasa bukan aku sorang je kot yang gila kasut. Ramai lagikan gadis-gadis di luar sana suka tengok kasut macam aku. Tapi aku tidaklah tengok,cuba dan terus beli. Padahal aku sedar je, ada kasut yang aku beli sampai sekarang tak pakai.

Kadang-kadang tu sekadar cuci mata. Heeee...Boleh gitu..?




Dan minggu lepas, aku ke supermarket berhampiran dengan ofice aku. Macam biasa tengok kasut, cuba kasut dan....Aku terberkenan dengan kasut sarung di atas ni. Hati ni meronta-ronta minta di belikan. Tengok harga lepas di tolak diskaun pun masih lebih RM50.

Terhasut dengan pujukan hati, aku dengan yakinnya panggil salegirl yang jaga bahgian kasut tu. Minta saiz yang aku nak. 

Sekembalinya salegirl tu pada aku, dia cakap saiz yang aku nak tu dah habiss...!! Yang tinggal saiz 7 dan keatas sahaja. Selalu jadi macam ni, waktu betul-betul nak tiba-tiba dah habis...! Memang gaban.



Kata Hati : Perasaan hati waktu tu, Kecewa dalam lega...hehehehe. 


.

15 ulasan:

  1. Nasib baik xde..kalau ta dah melayang dah duit tu..hehe~~~

    BalasPadam
  2. yana, sebab tu hati kecewa dalam lega..hihihi

    BalasPadam
  3. Cik Nur,

    sama lah kita...suke tengok kasut..

    BalasPadam
  4. bila dah jatuh hati,,tiba2 tak de saiz kalau nak beli kan?sgt la kuciwa..ta pe sama kita rasa perasaan ni..

    BalasPadam
  5. bagus la xdak cik nur...dia tolong selamatkan awk pnya duit kan =p hahaha

    BalasPadam
  6. suka jgk tgk kasut.. tp jrg nak singgah kedai2 kasut ni..hehe

    BalasPadam
  7. kalau dya gila beg..memang tak boleh nak tengok mesti nk tengok..hehe.. bila dah tengok rasa nak beli plak.. bila beli kopem kena bebel ngn mama..berlambak beg kat rumah..hahha

    BalasPadam
  8. hehehe... sy pun suka tengok kasut... lepas tu cuba2...
    tp belinya tak...
    kalau beli pun... beli yg heel satu inci atau satu setengah inci jer..

    BalasPadam
  9. Suka jugak cuba, tapi selalunya memang tak beli sebab tau takkan pakai. Haha. Nanti dah kerja baru nak berkasut smart.

    BalasPadam
  10. eh! sama la kita! akak pun suka masuk kedai kasut..kalau gi mall, kalau boleh semua kedai akak nak masuk..

    BalasPadam
  11. kita boleh geng la..haha..ca pon suka cuba kasut lagi2 heels.sbb utama ca mmg takkan beli, so dpt cuba pon jadila..berangan2 jap kan..heh3..

    ca lebih prefer pakai wedges.. ^^

    BalasPadam
  12. amboi cik nur,, siap tangkap gambar gitu lagi,, alang2 tuh bawak lari terus lahh,,mehehe..
    wahaa,, tahniah meneke dengan betul,, ^_^

    BalasPadam
  13. biasalah macam tu... kalau kita betul2 nak... time tu lah tak ada...^^

    fes time dtg sini ^^

    BalasPadam
  14. saya pun suka main try try kasut . tapi tak beli pungg haha

    BalasPadam
  15. betul kan..suka cuba..tapi beli tak pun, sebab kalau beli bukan pakai pun..hehehe

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.