Khamis, 9 Ogos 2012

.:: Pengganti Diri Di Aidilfitri ::.





Salam 20 Ramadhan 1433H.

Sekejap je masa berlalukan.
Pejam celik, pejam celik
Tak sangka kita berada di penghujung ramadhan.

Okeyh, nampak tak gambar di atas...?
Itu wakil pengganti diri dari ibu Qhalief.
Sama lagi kalau tak bukan Puan Waniey.

Rasanya aku orang yang terawal terima kad raya dari Waniey. #ada maklumkan pada waniey. 
Dan rasanya jugalah aku orang terakhir nak pos entry pasal kad raya ni..!

Bukan apa, malas nak transfer gambar sebenarnya..!
Maafkan Nur sebab ye Waniey.




Haaaa....Yang kedua ni pula, kalau aku tak kenalkan pun kalian pasti kenalkan..!
Siapa lagi kalau bukan YayanMum

Tapi aku lebih suka panggil YM ni Ibu Tabah. 
Nak tahu kenapa, terjahlah sendiri blog Ibu yayan ni. #Jangan malu-malu..!

Wakil pengganti diri ni sampai selang sehari dari Waniey.
Memang tak sangka ada kad raya dalam sampul surat tu.

Bila buka-buka tengok ada lip butter dan juga kad raya .
Lip butter tu aku dapat bila nombor follower aku naik sebagai pemenang buat kali kedua. #kali pertama tak ada yang tuntut.

Tak sangka sebenarnya..tapi dah rezekikan..!
Boleh pakai raya. #YM , Nur janji tak akan buat perhiasan.. Heeeee..




Pengganti diri yang ketiga ni pula, dapat  hari sabtu lepas kalau tak salah.
Tapi bukan posmen yang hantar, tuannya sendiri yang bagi kat rumah.

Siapa tuannya, dia adik angkat dari Kelantan.
Tapi sekarang bekerja di Nilai.
Selain kad, ada benda lain yang dia bagi.

3 Helai kain pelikat, untuk abah dan 2 orang adik.
2 Helai tudung dan 2 brooch untuk mak dan aku.
1 sampul berisi duit raya buat adik bongsu aku.

Segan nak terima, sebab sebelum ni dia dah bagi kain pasang dan tudung.
Datang kali ni pun bagi lagi tudung siap ada brooch sekali..!

Susah-susah jee....hmmmmm...
Apa-apapun kaklong sekeluarga ucapkan terima kaseh banyak-banyak ye.

Dan terima kaseh juga buat Waniey dan YM.
Moga jalinan ukhwah yang kita sulam ini, 
Kekal sampai bila-bila..

Nur juga mohon maaf, jika sepenajang perkenalan ini
Ada salah silap yang sedar mahupun tanpa sedar Nur lakukan
Nur mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Maafkan Nur...!

Buat kalian, Terutama keluarga GSF yang di kasihi, 
Rakan-rakan blogger yang Nur hormati,

Nur juga mohon ampun dan maaf ye..!
Sampai di sini saja untuk warkah hari ini.

Sekian, Wassalam....# Haissshh...terasa macam karang kad  raya je.....Heeeeeee...!


Kata Hati : Tiada kata yang mampu di ucapkan selain TERIMA KASEH....!
.

36 ulasan:

  1. wahhh.. dah 3 kad raya!! bestnyee.. boleh gantung cantik2..untung la dpt hadiah sekali sempena raya..

    BalasPadam
  2. wahh beznya dapat hadiah nak raya tu..hehe,..tunggu kad ayu lak nur..hehe

    BalasPadam
  3. banyaknya dapat hadiah. jeles nih. huhu..

    baik adik angkat nur tu. siap bawak hadiah utk satu family. ;)

    BalasPadam
  4. hehe.. panjangnye karang kad raya :)

    Salam 20 Ramadhan Nur..
    Kejap je Ramadhan da nk pergi..

    BalasPadam
  5. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    BalasPadam
  6. bestnya dapat kad raya..iman da lama xdpt kad raya..huhu..sedeynya.

    BalasPadam
  7. syoknye dapat kad rayeee!!!!!!!

    BalasPadam
  8. sy pun nak mohon maaf nur...
    sekiranya ada silap dan salah...

    BalasPadam
  9. dya pun mohon ampun dan maaf juga..=)

    BalasPadam
  10. Seronok dpt kad saya dan hadiah... Tahniah

    BalasPadam
  11. wahwah. bestnyeeeee. bertambah rezeki cik nur. ;)

    BalasPadam
  12. Wahhh.. meriahnya Cik Nur dapat kad...

    BalasPadam
  13. sama2 nur :)...wah dpt hadiah lg bestnyer hihi

    BalasPadam
  14. kad raya gua dah 3 keping
    hehehehe

    BalasPadam
  15. wahhhhh..banyaknya dapat..

    tahniah dik :)

    BalasPadam
  16. alhamdulillah..
    rezeki lah tu Nur di bulan puasa ni:)


    **kalo rs tingin nk karang kad raya..meh la antar kat ai kad raya..ai sudi membacanya.hahaha

    BalasPadam
  17. wahh bnyk kad raya.plg special kad raye hantr sndiri kat rumah.haha

    BalasPadam
  18. hehe..dah macam karangab dalam kad raya pulak dah ye~~ hehe :)

    BalasPadam
  19. sronokkan dapat kad raya...=))))

    murah rezeki bulan ramdhan ye Nur...=))

    BalasPadam
  20. wah.. daripada YM pun ada ye??hehe.. bestnya

    BalasPadam
  21. banyaknya cik nur dapat kad raya...

    BalasPadam
  22. kad raya dari eca bakal menyusul masa syawal.hahaha.
    cepat2 send alamat ye

    BalasPadam
  23. salam ukhwah NUR...baru nak berkenalan nih

    BalasPadam
  24. akak dapat dapat gak kad raya dari waniey tapi tak ada wat pos pasal kad raya ni..hehehhee

    BalasPadam
  25. lya xdapt pon kad raya tahun ni..
    tba2 rindu zaman kemeriahan kad raya cam dulo2

    BalasPadam
  26. bestnyer dpt kad raya..errah da lama xdpt...mood sedih

    BalasPadam
  27. seronok jugakan dapat kad raya, etuza kalau dapat pasti happy..alala dan berumur x ada yg sudi...

    BalasPadam
  28. happy bila Nur suka!:) Maafkan YM jugak taw!:)

    BalasPadam
  29. Waniey GSFian yg paling awal hntr kad raya. Ngeee~~ lom wat n3 pasal kad lg.

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.