Sabtu, 1 September 2012

.:: Untuk Penggemar Kerang ::.






14 Syawal 1433H persamaan dengan 1 September 2012.

Terasa pantas pula masa berlalukan..?
Dah masuk bulan yang ke sembilan dalam tahun 2012 ini.

Kurang dari 3 bulan, insyaALLAH tiba pula tahun 2013.
Siapa sangkakan..? makin cepat masa berlalu, 
makin hampir kita dengan garisan penamat.

Okeyh, rasanya adakan di antara kita yang singgah ke sini penggemar kerang.
Tak kiralah masak apapun, asal kerang je pasti sebat..!
Ada tak...cerr angkat kening.. Heeeeee.....

Aku..?
Aku nak kata gemar tidak, tak gemar pun tidak.
Tapi kalau dah ada depan mata tu, makanlah..

Lagipun bab-bab makan ni, aku tidaklah berapa CEREWET sangat.
Apa saja makanan HALAL yang orang hidang aku sebat.

Bagi PENGGEMAR ataupun BUKAN
PERINGATAN ini adalah PENTING untuk kita bersama.

Sekiranya kalian terjumpa ANAK KETAM dalam kerang yang di kopek. #Seperti gambar di atas.
Sila jangan makan anak ketam tersebut, walaupun ianya cuma seekor ketam.
Sekiranya kalian berdegil, kemungkinan besar kalian akan mengalami sakit perut.

Kadang-kadang mungkin kita tak sedar, sebenarnya anak ketam tu terletak di sebalik celahan-celahan kerang tu. 
Tapi bila kalian terasa macam tergigit sesuatu yang sedikit keras #macam tergigit udang bersama kulitnya.
Jangan terus telan, tapi cepat-cepatlah luahkan kembali. Sebab mungkin anda tergigit anak ketam tersebut.

Jadi lepas ni, kalau nak makan kerang tu, kenalah berhati-hati ye. Jangan laju je masuk mulut.

Kalau tergigit pula, jangan laju je terus telan.
Sebab nanti tak pasal sakit perut....!

Harap info ini dapat membantu.. :)


Kata Hati : Baru-baru ni, makan kerang jumpa banyak jugalah anak-anak ketam ni..!
.

46 ulasan:

  1. eyqa suka sangat makan kerang tapi tak perasan lak ada ke tak anak ketam . hihi

    BalasPadam
  2. My favorite...especially kerang bakar...tapi so far tak pernah jumpa ketam lagi..

    BalasPadam
  3. Nisa mmg tak makan kerang dari kecik..hehe..tak tahu kenapa..udang,ketam,kerang..tak boleh masuk tekak..huhu..

    BalasPadam
  4. Alamak, bila makan kerang main sebat je (>_________<) Next time kena hati-hati ni.

    BalasPadam
  5. memang best makan kerang.
    info yg sgt bagus ni.
    lain kali kene hati2.

    BalasPadam
  6. suke sngt mkn kerang.. hihihi :)

    BalasPadam
  7. hihi...ingatkan mutiara tadi...kalau mutiara kita makan je....biler kuar kat najis lebih berharga....haha...gurau je :)

    BalasPadam
  8. cam menarik jer kerang tu... akak suka mkn kerang bakar tuk tambah darah...

    BalasPadam
  9. untung apa beli kerang dapat ketam...hehe

    BalasPadam
  10. shu pon lebih kurg cik nur jgk. nk kte gemar tu x jgk, tp ad dpn mta sebat je. hehe. tpi xpenah lg jmpe ank ketam dlm kerang time mkn. lps ni nk g cari la. muehehe ^^

    thanks sharing cik nur. Maaf sgt da lma x singgah. U_U

    BalasPadam
  11. akak pun xla cerewetsgt,
    tp akak penggeli...

    akak penah beli kerang sekilo,
    kebanyakkan kerang tu ada anak ketam...
    mmg akak x makan la...sebab geli....

    BalasPadam
  12. kenapa ye boleh sakit perut? selama ni saya tak perasan pulak ada termakan anak ketam. sebab main belasah je makan.hehehe

    BalasPadam
  13. Nice sharing sis. Lama dah tak makan kerang. Tetiba nak makan kerang pulak. hehe :D

    BalasPadam
  14. is bukan penggemar kerang..hehe..
    ^,^

    BalasPadam
  15. saya takkk boleh makan seafood! :(

    BalasPadam
  16. besarnye kerang~ hahaha. makan kerang yg ada ketam or tak, sama je sakit perut.

    BalasPadam
  17. baru tau pasal ni cik nur..sebelum ni rasenye macam tak pernah lagi jumpa anak ketam dalam kerang ni..

    BalasPadam
  18. uishh x pernah pula akk buka kerang ada anak ketam macam tuu
    pelik nie
    hurmmm TQ sharing dikk
    lepas nie kena tgk betul2 lah kan ;)

    BalasPadam
  19. dya baru tahu...selalu terus telan..haha

    BalasPadam
  20. dalam kerang pun ader anak ketam..bru taw..thnks sbb share

    BalasPadam
  21. iman selalu buang anak ketam 2 mkn kerang je

    BalasPadam
  22. Saya biasa kalau tengok org masak kerang tak kira la masak apa...klu ada anak ketam tu..terus saya cop org tu sebagai tak bersih dlm menyediakan makanan.

    BalasPadam
  23. ketam tu klu besar sikit baru sedap...

    BalasPadam
  24. cik na tak makan segala jenis seafood termasuk ikan. selamat. huhu.. good info, anyway. ;)

    BalasPadam
  25. Suka jg makan ..tapi dah lama tak makan...

    BalasPadam
  26. thanks utk info ni ye cik nur.huh bahaye jgk anak ketam!kecik2 anak ketam!haha
    cendol takde la suke sgt kerang,tp bolehhh laaa

    BalasPadam
  27. eh2.. bru tahu.. slma ni tak pernah tahu pun.. xpernah lagi jumpe.. :)
    singgah jenguk entri ni.. selongkar entri yg lain esok plak xpun lusa. :)

    BalasPadam
  28. saya penggemar kerang tp blom pernah lg jumpa baby ketam ni..ngeri lah pula hu hu hu..saya selalunya belek2 dulu makanan baru masukkan dlm mulut

    BalasPadam
  29. Wa memang suka gila kerang... tambah2 kerang bakaqqq... Huiiyooo Sedapp!

    BalasPadam
  30. biasa jumpa anak ketam ni... tpi buang je... huhu

    BalasPadam
  31. memang lau kopek kerang ada je ank ketam ni terselit...

    BalasPadam
  32. owh pernah jugak kdg2 mase mkn kerang mcm tergigit somting tapi bantai kunyah terus. hihi

    BalasPadam
  33. Tq untuk peringatan ni Nur..Lps ni akak Akan lebih berhati-hati.

    BalasPadam
  34. family sy pun pnah pesan cmni.. jgn makan anak ketam tu nanti sakit perut, erkk...

    BalasPadam
  35. oowhhh!akak tak penah jumpa lagi Nur!ke akak dah tertelan erk?haha...

    BalasPadam
  36. deqla suka gak mkn kerang..elok bole tmbh darah..pas ni kena hati2 la erk..

    BalasPadam
  37. jarang makan kerang nur....
    terima kasih atas info nur... :D

    BalasPadam
  38. suke benor kerang ni. hee. kalau tergigit batu/ketam kecik ni mmg spoil. ;)

    BalasPadam
  39. nice info..slalu mkn je..tak tau ape..hehe

    BalasPadam
  40. aahlah selalu ada anak ketamnie tapi mmg akan ludah semula sbb rasa tak sedap mulut bila kunyah.huhu

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.