Isnin, 1 Oktober 2012

.:: Bila M Dan N Bertemu... ::.




1 Oktober 2012.
Selamat hari isnin semua..!

Sekejap je masa berlalukan, kita sudah pun berada di bulan yang ke 10 pada tahun 2012.

Hujung minggu lalu, serius penat berjalan sampai tak tahu nak bayangkan macam mana penatnya.

Al-maklumlah, pertama kali ni, jejakkan kaki ke Pulau yang penuh dengan cerita-cerita lagenda. Mana lagi kalau bukan Pulau Langkawi.

Nama pun pertama kalikan, jadi satu hari memang jalan tanpa henti..!
Masa pula terlalu suntuk, jadi keadaan amatlah tergesa-gesa.

Tapi dalam keadaan tergesa-gesa tu kan, sempat juga aku jumpa blogger tau..!
Blogger ni juga adalah salah seorang Ahli Geng Segar Follower tau...!

Rasanya ahli GSF tahukan siapa blogger yang menetap di Langkawi.
Ya betulll..! Blogger yang aku jumpa itu ialah M. Pemilik blog "Mai Nak Cerita"


Yang Serba Ungu itulah Pemilik Blog "Mai Nak Cerita"


Walaupun pertemuan di rancang ni sudah di maklumkan.
Tapi pada hari kejadian aku tetap memaklumkannya sekali lagi.
Seawal 7 pagi lagi aku hantar SMS  pada beliau.

Cuaca hari tu baik walaupun sedikit redup. Risau juga kalau-kalau hujan. 
Sebab kalau hujan mungkin team aku tidak akan ke Oriental Village, Langkawi Cable Car.

Ini kerana kamu di maklumkan, kalau kedaan cuaca tidak baik, perkhimatan Cable Car akan di hentikan.
Kalau di hentikan, mungkin team aku akan ke lain destinasi yang lain.
Jika itu berlaku, harapan untuk berjumpa tu lagi tipislah jawabnya..!

Alhamdulillah Syukur...keadaan cuaca petang tu baik sekali.
Dan akhirnya, dalam pukul 4.25PM macam tu lah, baru aku dan blogger manis lagi cun tu dapat jumpa..!

Macam tak percaya je tau..!
Dalam keadaan tergesa-gesa tu, dapat juga kami ketemu.

Bila di maklumkan, keberadaan beliau dalam kawasan Oriental Village tu,
Aku lari-lari anak untuk ke tempat yang di maksudkan.

Langkah jadi perlahan bila sampai ke jambatan merah yang di maksudkan.
Terdengar juga telefon bimbit berbunyi dari dalam poket.
Tapi aku langsung tak peduli..!

Dan Akhirnyaaa...!
Tak sangka sekali lagi, aku dapat mengecam beliau..!
Memang tak berubahlah muka blogger ni dari dalam gambar dengan luar.

Bila aku tanya, "ini M ke?"
Dia terus mengaku..!

Katanya, baru dia baru hantar SMS untuk beritahu warna pakaian.
Tapi aku tak baca pun, aku boleh kenal orangnya..!

Memang cantik , putih gebu orangnya tau..!
Kalau sebelum ni, aku duk baca je cerita mengenai Khalish kan?

Tapi sabtu lepas, siap dapat jumpa lagi tau..Comel macam mak dia..!
Selain Khalish, aku jumpa dapat berkenalan dengan opah Khalish tau.!

Seronok sembang-sembang dengan M.
Memang macam dah kenal lama je.

Cuma yang tak seronoknya, masa tu terlalu mencemburi kami..!
Masa dah di tetapkan, bas akan gerak bila-bila masa saja lagi waktu tu,

Menjerit-jerit telefon dari dalam poket aku ni.
Panggilan dari Mak.

Memang terasa macam nak lepak lama je tau. Seronok sangat dapat jumpa M.
Tapi keadaan tak mengizinkan..Ralat jugalah rasa,
Sebab tak puas berborak..!

Sebelum gerak, kami adalah sesi bergambar, tapi tak banyak.
Cukup sekadar kenangan dan bukti kami pernah ketemu. #salah satunya di atas.

Dan sebaik saja aku mohon diri untuk gerak ke bas,
M ada hulurkan sesuatu cenderahati buat aku..!

Susah-susah je M ni..Segan tau di buatnya..!
Apapun, terima kaseh sangat-sangat atas cenderahati yang M berikan..!
#Maaf tak dapat tepek gambar di sini, sebab belum snap lagi..!

Dan terima kaseh juga pada Mak M dan Khalish, susah payah datang jumpa Nur.

InsyaALLAH ada masa kita jumpa lagi ye..!
Apapun, Langkawi memang best..!


M pun ada buat entry pasal pertemuan ini, 
Nak baca [KLIK SINI]


Kata Hati : Nanti aku ceritakan pengalaman pertama kali naik Cable Car..uuuuu..!
.

42 ulasan:

  1. wahh bestnya..dua2 comel!!hihi..mcm ada iras2 ja ni..hehe

    BalasPadam
  2. mmg dh baca kat entry m..tapi teruja nak baca lg kat cni...tentu best kan...

    BalasPadam
  3. wahhh bestnye.. xsbr nk tunggu entri seterusnye.. :)

    BalasPadam
  4. bestnye nur dpt jumpa M dan khalish... :D

    BalasPadam
  5. wahhh, beznya cik nur g langkawi.. dah lama xg.. lama sgt

    BalasPadam
  6. bestnye dapat jmpa blogger jauh..
    walaupon tak berapa kenal tapi dah mesra kan...

    BalasPadam
  7. Memang best sgt jumpa Nur..Kalau mai Langkawi nnt kita jumpa lg tau...
    p/s: Nur tak susahkan M pun..semuanya dah settle ari Jumaat. Kita janji ari Sabtu...so mmg takdak masalah la Nur...kim Salam kat Mak Nur yek...

    BalasPadam
  8. wahhh jelesnyeeee.. cik nur ngan cik ai dah jmpe 2 org geng GSF kan.. kalo x silap deqla la.. bile lak nk jmpe deqla ni? hihi.. ehh.. ada iras2 la korang ni...kalo org kata adek bradek pun mmg boleh percaye la!!

    BalasPadam
  9. beshnyer=)nnt datang putrajaya jgn lupa sms nurul.num hp ada kat blog tau.blehlah knl nur plak.huhu

    BalasPadam
  10. seronoknya dapat jumpa kak M. jeles jeles. huhu.. ;)

    BalasPadam
  11. wahhh bestnya dpt jumpa akak M..cayalah..

    BalasPadam
  12. waweee..bestnya dapat jumpa geng blog kan..lagi2 gsf tuh..hehehehe.. mana gmba lainn??? nak tenggookkkkkkkk!!!!

    BalasPadam
  13. akak ada baca smlm dkt blog M...

    seronokkan jumpa kwn2 blogger.. peramah :-)

    BalasPadam
  14. bestnya kamu dik :)

    bila pulak turn kita bertemu ye ..mudah2an ada rezeki ye dik ..amin~

    kak pun teringin nak jumpa Ahli2 gsf..yang lain..:)

    BalasPadam
  15. wah beshnyerr nur dpt jumpa kak m...wani yg dok kdh ni pun xp jumpa dia lg psl x p lg langkawi muahahaha :p...ala dpt hadiah apa nk tgk la...nanti tunjuk eh kak m kasi apa kat nur hehee

    BalasPadam
  16. wah..seronoknyer.. lpas ni bertambah eratlah psahabtan maya ni kan

    BalasPadam
  17. woiiii
    seyes...jeles giler hokay..hahahaha
    mesti best kan Nur..
    x aci betul lah.hahaha

    BalasPadam
  18. sis dah baca kat blog m tadi....seronok dapat jumpa geng alam maya....

    BalasPadam
  19. seronoknya dapat jumpa blogger lain..walaupun tak pernah sua muka..sbb dah rapat sgt dlm blog :)

    ain dah masukan sis dalm bloglist..dah lama follow sni:)
    keeping blogging :)

    BalasPadam
  20. bila kita nak bjumpa pulak...ekekeke?

    BalasPadam
  21. tak pernah pergi langkawi dan nak sgt pergi... =)

    BalasPadam
  22. wah, cik nur dah jumpa ramailah gsf~~ huhu..

    BalasPadam
  23. huhuhuhu jumpa blogger!!! bestnyaaaa huhuhuhu

    BalasPadam
  24. Wah, seronoknya kan... Msti sama seronoknya mcm wktu CiM jumpa CuteMama a.k.a lelamaisara

    BalasPadam
  25. Salam kenal :)

    Seronok ye dapat jumpa rakan blogger :)

    Dan yg bestnya entry ni ialah Langkawi.. waaa..dah lama tak p Langkawi ...

    BalasPadam
  26. jelesnya..bila nk jumpa dya ni.haha

    BalasPadam
  27. sonoknya bercuti ye nur.. siap blh jmpa kwn blogger lg

    BalasPadam
  28. jelessss....huhuuu...bile nur nak jumpe akak ni..hehehhe

    dua2 kiut miut aje...

    BalasPadam
  29. rasa seronok jumpa sesama blogger. bestnya tu dapat abadikan kenangan cik nur.

    BalasPadam
  30. bestnya korang!! bila lah saya berkesempatan jumpa geng GSF niii

    BalasPadam
  31. waa, untungnye kak M. jauh2 pon dah jmpe cik nur. shu yg dekat ni pon x jmpe nur lagi. hehe. bila ye nur? :D

    BalasPadam
  32. wahhhhhhhhhh. tak aci mcm ni. hee. muke u all mcm adek dgn kakak. ;)

    BalasPadam
  33. seronoknya dpt jmpa blogger lain...=)

    BalasPadam
  34. bestnya jumpa blogger..smoga ukhwah yg dibina d alam maya brkekalan di alam realiti

    BalasPadam
  35. Senang sekali yaa pastinya, bisa bertemu secara langsung dengan sahabat blogger yang awalnya haya sering bersua di dunia maya saja... semmoga nanti kita bisa bertemu juha ya Nur, Amin...

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.