Isnin, 8 April 2013

Insomnia





Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

-Tetiba keluar lagu ni kan..!-

Ehh...sejak akhir-akhir ni, penyakit lama aku datang balik. Dah banyak kali aku cuba elak daripada penyakit ini datang kembali, tapi entah kenapa dia datang juga. Bila keadaan ini terjadi, ianya sekali gus mengingatkan aku pada seseorang. 

Ya..seseorang…! seseorang yang pernah temani aku hampir setiap malam dikala penyakit ini melanda diri. Ini adalah salah satu perkara yang tidak dapat aku lupakan. Walaupun sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidup aku. Tapi bila dah terkebil-kebil bersendirian tu, mulalah nak punggah balik segala kenangan yang tersimpan.

Ingat lagi, ada tektik khas digunakan untuk kesan samada aku masih berjaga atau tidak. Semuanya bergantung pada respon. Kalau tiada respon, maknanya aku dah tidurlah tu. Tapi kalau ada respon, segeralah  tugas dijalankan sampai aku terlelap.  Ya.. ini adalah salah satu kenangan terindah yang aku ada..

Ketika aku menaip entry ni, sedikit rasa sedih pun tak ada. Malah aku masih mampu tersenyum. Dulu, mungkin perit untuk dikenang, tapi rasanya sekarang tidak lagi. Walhal terasa nak ucap terima kaseh pula sebab kenalkan aku dengan rasa manis dan pahitnya cinta.

Walaupun aku dah tak sedih atau marah, sebolehnya aku tak nak dahlah kenang pekara yang lepas. Dia dah ada keluarga sendiri. Lagipun dah tak maniskan kalau aku ingat-ingat balik semua ni. Sebaliknya aku haruslah doakan yang terbaik buat dia. Bahagia dia, bahagialah aku….. InsyaAllah…

Nahh..Sesiapa yang susah tidur malam macam aku ni, jom kita sama-sama amalkan tips yang ada ni, Cuma yang nombor 9 tu, susah sikit la aku nak buat..hekhekhek..

1. Lupakan semua urusan kerja dan jangan terlalu banyak berfikir

2. Elakkan meletak TV di bilik tidur 

3. Elakkan daripada mengambil kafein

4. Lakukan aktiviti sukan atau senaman di waktu petang

5. Jauhkan haiwan peliharaan dari tempat tidur

6. Pastikan bilik tidur anda dalam keadaan tenang, gelap, dan selesa

7. Elakkan tidur siang

8. Mandi air suam untuk kesegaran tubuh

9. Minum susu

10. Baca doa sebelum tidur



Kata Hati : Tengah tunggu mengantuk  datang....
.

42 ulasan:

  1. Tak mengantuk ke nak kerja. Akak kalau AI takde mmg susah nak tidur ;)

    BalasPadam
  2. tq for sharing nur.. lya pon pnh ada masalah ni..rekod paling teruk..pnh hmpir seminggu x tdo.. msa tu zaman kegelapan.. ssh nk trima hakikat lumpuh.. mmg, cekung & lebam mata.

    BalasPadam
  3. meh ai tepon smp Nur tertidur nak?
    kehkehkeh

    ingt yg ai cakap..sapa tidur lewat nti cepat tua..jgn nti org panggil Nur akak..Ai adik dah lah.hahahahahha larikkkkk

    BalasPadam
  4. not only you cik nur...am having the same kind of disease too...he he he...now trying to sleep...

    adehh...esok dah lah kerja... nak bangun pagi...

    BalasPadam
  5. lagi satu kan ciknur... layan radio.. jap je tido.. tak pon berangan kejap.. hihi

    itu ciksu la..

    BalasPadam
  6. meh tolong aku kerja malam kalau tak ngantok...

    hehe.

    BalasPadam
  7. xleh tido yer nur ?..akak pulak xleh tido sbb mia xnak tido..hadoi,..kalau dekat,...leh pos mia kat nur... hahah..dia mmg payah nak tido malam...


    cinta datang dan pergi nur,...cinta kekal akan dtg bila sampai waktunya...sabar nur... mg dh dapat cinta tu nnt,...ehe.. ssh lak nak tido..hok lg lain lak...wakakkaakaka

    BalasPadam
  8. deqla masa zaman skolah mmg ade penyakit insomnia..yg jadi peneman deqla masa tu hantu kot.. kohkoh.. mmg susah nk ubat... huhu..tp sejak dah berkeje ni senang jek nk tdo mlm cuma tahan ngantok ngan x je... hihi...maybe sbb penat bekeje tu lain mcm kot...

    BalasPadam
  9. Barang yang lepas jangan dikenang.....
    AJ dulu penahlah insomnia...
    Sekarang dah takde dah KOT.... =D

    BalasPadam
  10. selalu kalau ada masalah, sy prefer tidur dgn harapan semua masalah pergi. tapi sebenarnya, bila terjaga, tiada apa pun yg selesai.. ;)

    BalasPadam
  11. Semalam sy bru tgk rancangan d tv al hijrah yang berbincang menganai penyakit ini...

    BalasPadam
  12. ika pulak tido je mesti sedar pukul 3 lebih :(

    BalasPadam
  13. dulu masa studi selalu kena penyakit nie tapi skang start kawen dah ilang,..letakjer kepala terus tido...huhuhu ngantok..

    so kena kawen kot nur.hehehe

    BalasPadam
  14. Akak pernah juga..mengalami situasi sebegini...hihihi

    BalasPadam
  15. Susah jugak kan kalau kena penyakit xleh tdo malam ni.. Huhu~~

    BalasPadam
  16. acu jemur tilam n bantal tu.. insya allah boleh lelap nnt...

    BalasPadam
  17. kak intan minum kopi malam pon leh lagi bobok (tidur) ehhee

    BalasPadam
  18. saya kalo senang nak bagi tido, membaca dulu sebelum tido...=)

    yela Nur, doakan dia bahagia///=)

    pasti ada yg lebih baik pasni=)

    BalasPadam
  19. bace doa byk byk sampai terlelap nur. tak pun bace buku sejarah. haha.

    BalasPadam
  20. Mieya sedang mengalami penyakit ini sekarang nie. tsk tsk

    BalasPadam
  21. akak pun kekadang susah nak tidur nur..

    BalasPadam
  22. Hehe. If hari2 ni mau sembab mata :)

    BalasPadam
  23. blog walking pun boleh dear..

    jngn lupa support contest saya :)

    http://tsukinano.blogspot.com/2013/04/cuticuti-giveaway-diari-aima.html

    BalasPadam
  24. zaza pun susah nak tdr malam..thanks cnur sharing..kena cuba2 lah sebab zaza kerap tdur lewat n ada mata panda dah..hukhuk

    BalasPadam
  25. Alahai Nur Awat la dok ingat lagi kat org yg tak hargai Nur tu...Lupakan ja la dik...

    BalasPadam
  26. kalau utk dya punya kes ada tips x?? hmmm.. :(

    BalasPadam
  27. karaoke ke nur? hehe.. cikna selalu minum susu pun kdg2 susah gak nak lelap. huhu..

    BalasPadam
  28. selamat cik nur ;)

    cer minum horlick campur susu pekat..
    susu pekat minum tak?

    BalasPadam
  29. eh sama lah nur, smlm jaa pun x leh nk tido, nak tahu kenapa? sbb jaa layan blog lyafrina smpai ke 2 pagi, jaa ralit baca kisah dia, sbb first time rasanya jaa singgah blog dia kot, lepas tu sampai ke pukul 3 jaa duk termenung dan teringt kan kisah lya, hingga xleh tido.

    BalasPadam
  30. takpe ade hikmahnya semua tu..

    *alhamdulillah sy takde masalh untuk tidur malam. pantang letak kepala lelap la hihi

    BalasPadam
  31. akak slalu tdo lewat tp klu terjaga mmng susah nk tdo balik.

    BalasPadam
  32. kira kambing biri2 cik nur..huhu~ :P

    BalasPadam
  33. H takde petua sebab H ni kan pemuda..hehehe

    kalau xleh tido, H cuma pejamkan mata jer, pastu set dlm kepala yg mata tu nak berehat..xyah tidur pun takpe, cuma pejamkan mata sebab mata tu dah seharian penat..

    BalasPadam
  34. klau btul2 nantok baru sy bole tido, huh...

    BalasPadam
  35. cik nur tengok blog sebab tulah tak boleh tidur

    BalasPadam
  36. ooo nur jnis susah tidur yer.. patutlah bw mlm2...

    BalasPadam
  37. wani pantang jumpa bantal kira kejap jer tido hahaha

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.