Selasa, 16 April 2013

Review Novel | Lafazkan Kalimah Cintamu



811 Muka surat


SINOPSIS BELAKANG BUKU: 

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Zain sesuai la pegang watak Ku Ryan.

ULASAN AKU :

Tengku Ryan AmeerAtau lebih mesra di panggil Ku Ryan, Jejak kacukan Melayu – Inggeris. Berusia 28 tahun. Sikap egonya yang tinggi, membuatkan Ku Ryan sentiasa mempertahankan perasaan yang bersarang dalam hatinya.

Tetapi Ku Ryan tidak cepat melatah. Egonya tidak membuatkan beliau bertindak bodoh seperti Farish, yang sewenang-wenangnya menceraikan isteri dengan cara menvavi buta – faham kan vavi tu hape..? Hahaha.

Ku Ryan tidak begitu. Walaupun muda daripada Farish ( Watak dalam novel Cinta kau dan Aku), tapi fikirannya matang. Boleh berfikir mana baik dan mana buruk sebelum melafazkan sesuatu. Cuma tak faham kenapa perlu Ku Ryan menghukum seseorang atas kesalahfahaman yang terang lagi bersuluh. Ohhh…lupa..EGO…! Dan di sebabkan keegoaan itulah membuatkan Ku Ryan menyesal dengan tindakannya. 

Seriusly, Watak Ku Ryan memang sangat sweet dalam novel ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’. Walaupun diawal permulaan cerita ini agak sedih, belum sampai muka surat 30, hati mendung disertai hujan, amat memilukan.

Selebihnya banyak tersenyum dan ketawa dengan sikap Aqila, gadis yang tabah dan kuat merapu. Aqila juga selalu sangat bergaduh dengan musuh nombor satunya iaitu merangkap suaminya sendiri.

“Sham, I’m so sorry, I dah kecewakan you untuk kali kedua sham, tapi I dah buat yang terbaik. Percayalah, I dah buat yang terbaik Sham. Jantung Qila tak stabil, dia begitu kritikal sekarang ni, dia tak  kan boleh bertahan lama. Bila-bila masa dia akan pergi. I’m sorry, I’m so sorry Sham…”

Disaat-saat akhir cerita ini, disebabkan terlalu menghayati, tak pasal aku turut sama beremosi. Bermain dengan perasaan dan pengharapan teramatlah perit. Tiba-tiba terasa aku pemegang watak utama. Ecehh…terlebih menghayati ni..!Hahaha.

Pada aku, memang tak rugi beli Novel ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ buah tangan dari Siti Rosmizah ni. Tak hairanlah kenapa Novel ni laris dipasaran. Cerita yang ringan, santai, mudah di hayati dan difahami.

Okay, sesebuah bahan bacaan kalau kita baca tanpa berfikir, memang tak akan ada maknanyalah. Jadi, dalam Novel ni, pengajaran yang aku dapat ialah betapa pentingnya tolenransi dan komunikasi dalam sesebuah rumah tangga.

Kepercayaan dan kejujuran juga penting. Tapi yang paling mustahak sekali adalah komunikasi. Memang tak di nafikan seseorang itu akan berasa curiga sekiranya ada pihak ketiga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan yang sedang kita bina.

Tapi sebelum membuat apa-apa tindakan yang menvavi buta, lebih baik berbincang dan berterus terang. Itu yang sepatutnyalah.

Pada kalian yang Kaki Novel, cepat-cepat dapatkan buku ni dipasaran. Tapi setakat ini, ‘Andai Itu Takdirnya’ memang tak boleh kalah. Itu lagi best..! Ada masa aku akan review pasal Aizril pulak yea.





Kata Hati : Sekarang ni, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan karya Siti Rosmizah ni, hasut suruh beli Novel keempat pulak…Tapi tebal gila ‘vavi’ kott. Macam tak sanggup je nak hadap..! Hahaha.
.

38 ulasan:

  1. ehmm, boleh masuk dalam list kalau mcm ni :) tq awak..

    BalasPadam
  2. 2 kali akak ulang (chapter yg best2 aje) hehe...hmm Zain Saidin..bagus imaginasi amani..haha

    BalasPadam
  3. hahahahaha
    beli la..beli la..best wooo xkan rugi..caya lah den.hahaha
    even dia tebal tp pengolahan cite dia sgt best dan x mbosankan.u must buyyyy hokayy !!!

    BalasPadam
  4. waaahh...baju baru la....kikikikiiii

    BalasPadam
  5. dah pernah baca duluantara novel karangannya y best

    BalasPadam
  6. Rsanya nnt ada orang buat filem atau drama tak citer ni? Kalau santai2 boleh la layan kan Cik Nur, tapi nak tanya, baper kotak tisu habis masa baca ni? hehehe

    BalasPadam
  7. eh eh.. ingatkan salah masuk blog td. dah lain la. funky2 gitu. huhu.. comey.

    bermusuh dgn suami sendiri? mesti mula2 je pastu happy ending. kan kan? kemain feeling nur. huhu..

    BalasPadam
  8. Nampak menarik. Tp zaman akak dah berlalu. Bg pd yg muda2 pula ;)

    BalasPadam
  9. wah...cunnyer blog nur ?..nampak lebih matang dan best ler..very lembut jer caler..suka sangat !! sapa edit ??


    nur...novel nie,..akak baca... sehari semalam..pulun dok baca..sampai tak tido...sampai mata bengkak sebab dok nangis sama.... sebab nak tahu sangat endingnya..sanggup tak tido malam... huhuhu..mmg novel airmata... hahaahah..

    BalasPadam
  10. sedih novel ni kan...oh ya nur andai itu takdrinya akan didramakan di TV3 lakonan nelydia

    BalasPadam
  11. nmpk menarik..wah dah lain blog..cntik! kemas je tgk..makin kemas..

    BalasPadam
  12. Salam ciknur..selamat pagi…wah novel..dah lama x baca novel..eheh….nur, kak intan nak ucap terima kasih atas cadangan nama yg nur bg tu ..best jugak…kalau kak intan guna kak intan gtau nur ya

    BalasPadam
  13. Wah! Cantiknya rumah banglo Nur ni... Simple but nice.ltak serabut...

    BalasPadam
  14. wahhhhhhhh lawa giler blog..shuke2..nur nurul agak bz daa ti nurul komen lagi.datang paginie nak tgk blog berwajah baru=)

    BalasPadam
  15. konsep blog sesuai ngan nur n jiwa nur yang ala2 novel n sastera=)mcm gambar kat novel.serius.tuh komen nurul=)so mmg sesuai!

    BalasPadam
  16. eh blog dh berubah la..hehe...sinopsis dia punya lah pnjg dh blh tau sikit2..haha..

    BalasPadam
  17. ala...bestnya...tah bila nk rajin bace novel balik...

    eh, berseri2 blog...chanteksssssssss=)))))

    BalasPadam
  18. wahhh cun melecun la blog.. kalah blog i...kohkohkoh... mata kat header tu mengancam abis..haha... owhh.. novel siap dibalut eh.. rajinnyeee...

    BalasPadam
  19. ooo ni kisah tengku mengku, tapi best review novel ni..ada rasa ingin membacanya..nice nur :)

    BalasPadam
  20. Macam bestt je! hari tu masuk MPH ingat nak beli , pastu teringat yg kat rumah beli hari tu tak terbaca lg .huhu . Nur! cantik blog :)

    BalasPadam
  21. baca entry ni, tiba2 tingat aqilah sbb ada nama aqilah.. hihi

    BalasPadam
  22. fuh dasyat korang ni rajin sungguh bc novel

    BalasPadam
  23. Takdir itu milik aku dah ada dlm simpanan akak cuma tak baca lagi..simpan dulu sbb bnyk keje lain..baca benda ni tak jadi keje.

    BalasPadam
  24. takdir itu milik aku dah ada dlm simpanan tp tak baca lagi.nnti sng2 leh baca.

    BalasPadam
  25. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. comeinyeeee blog cik nur. :)

    BalasPadam
  26. dah komen ke belum...
    dah komen ke belum ekkk....
    hahaaaaa...lupa la nur!!

    Takpala..komen lagi

    Ya betul.
    setuju sgt2, komunikasi sgt2 penting dlm rumahtangga....pendam2 tu yg bahaya...!

    BalasPadam
  27. antara geng jemah miss Lis & miss Zeira je yg rajin bernovel. miss Niena tu ada jugak celom2.

    ♥ geng jemah follow sini...

    BalasPadam
  28. rajin baca novel;) dahlama xbaca novel.

    BalasPadam
  29. tak sempat lah nk lyn novel skrg ni.huhu

    BalasPadam
  30. shu bila pulak nak berkarya dengan alaf 21? heeee!

    BalasPadam
  31. Selalu dlm novel lelaki hensem mesti ala2 mat saleh.. Jrg2 novel ada lelaki mat soleh

    BalasPadam
  32. best2..karya siti rosmizah mmg semua best~ :)

    BalasPadam
  33. kaki novel la ko nih nur..rajin sguh mbaca.

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.