Isnin, 3 Jun 2013

Sekadar Bebelan





Assalamualaikum.

Ehem-ehem. Testing satu dua tiga. Tiga dua satu. Testing-testing. -_-

Haa..nampak, inilah namanya ambil mood.Tengok gambar kat atas, boleh bayangkan tak tahap kemalasan aku? Hahaha. Terus teranglah weh, sejak selesai majlis pertunangan adik aku baru-baru ni, mood aku nunnn menjauh..! Tak larat nak kejar dah. Tetap menjauh. Segala mood entah kemana. Mula-mula ingat nak up review novel yang dah aku baca. Tapi tak ada moodlah nak bercerita. Sebab bagi aku, PERASAAN kena ada kalau kita nak review sesuatu. Sebab apa yang kita nak review tu adalah pengalaman dari kita. Dari sudut pandangan kita. Bukan orang lain. Jadi kalau menaip tak ada PERASAAN, baik tak payah review langsung.

Sebenarnya, mood malas ni, kalau dilayan memang akan menjadi-jadi. Silap hari bulan bungkus terus blog ni tahu…! Cuma, bila difikir-fikir betapa sayangnya aku pada blog ni, maka sekarang ni tengah merajin-rajinkan diri untuk menghasilkan entry bebelan merapu ni. YaAllah…aku tak main-main weh, memang blur kepala hotak aku sekarang ni. Ni pun jenuh nak susun ayat ni..! Nak siapkan satu perenggan pun payah..Haisshhh..Parahh…!

Ohh yeaa…! Disebabkan mood aku yang merewang entah kemana hala sekarang ni, aku terus jadi lupa nak buat entry susulan yang kebanyakkannya kalian tak faham. Salah satunya entry Percuma Yang Sia-Sia tu. Lupa terus nak jelaskan pada yang tak faham. Tapi insyaAllah, mungkin bulan depan kot aku up entry pasal percuma yang telah di sia-siakan. Itupun kalau mood aku rajinlahh…!

Ehh..bila sebut pasal mood ni, aku nak tanya kalian. Ada ke di antara kita yang BERBLOGGING TANPA MOOD…? Maksud aku walaupun tak ada mood tapi dia still boleh berblogging seperti biasa, up entry seperti biasa. Ada keee..?? Sebab bagi akulah kan, bila aku taip entry dikala mood aku tengah kelaut, hasilnya cengginilah. Terang lagi bersuluh yang entry ini sangat merapukan..! Kira nak hasilkan ayat yang berbunga-bunga tu tak ada. Elekk..!

Jadi jika betullah wujudnya manusia diantara kita yang boleh berblogging tak kira apapun mood yang sedang melanda, Serius wehh..aku salute..! Hebat gilalah kalau gitu. Sebab aku tak boleh buat apa yang kalian buat. Kalau aku nak hasilkan jugak entry waktu mood aku yang entah hapa-hapa, hasilnya memang  entah hapa-hapalah. Dan apa yang aku cuba sampaikan tu tak sampai. Sebab itu bagi aku mood itu penting. Itu akulah. Mungkin cara kalian lain.

Erm..okaylah. rasanya macam terpanjang pulalah entry ni. maaflah yea, entry ni cuma entry merapu je. Sekadar tak nak biarkan blog ni sunyi. Dan pada yang baca sampai habis, terima kaseh yea sebab sudi baca bebelan ni. Kunjungan kalian amat Nur hargai… ^_^




Kata Hati : Sesape ada mood lebih, bak la share sikitt..hehehe.
.

33 ulasan:

  1. haha.. panjangnya membebel.. tu cikna berblog tanpa mood la tu sampai semua tepek gambar je. tu cara paling senang. kakaka..

    BalasPadam
  2. panjang weeeyyy...aku x sempat baca pun ekekkekeee

    BalasPadam
  3. betul tu.kalau ima, xde mood memng takkan update entri.Tapi sebenarnya dalam melakukan apa jua, mood itu penting.boleh menentukan hala tuju sesuatu yg dilakukan.

    P/s: macam tu ek rupa org malas.mula2 tgk doodle tu td ingatkan terjatuh. hahaha

    BalasPadam
  4. pjgnya bebelan dia..hehee hye cik nur..windu gan korang la..maaf lama kite myepi..hehee

    BalasPadam
  5. dalam pada payah tu, banyak juga perenggan nya cik nur..hihiks :)

    BalasPadam
  6. cik nur ni kena babab sket baru rajin semula... ;-)

    BalasPadam
  7. salam nur..kak intan faham baca blog nur n..ehhe..x merapu pon..entry ni nur meluahkan rasa kemalasan yg ke laut utk berblogging..kira ada mood la..mood itu mood kemalasan..hehehehe

    BalasPadam
  8. dok bebel2 sipa gak entri ye..kiranya ada idea la jugak kann..so, lps ni x pyh nk bebel sgt eh.. taip je entri yg mana dok peram tu..hihi.. kesian mood tu ditinggalkan kat tgh2 laut.. mood yg jadi mangsa..alahaiiii....deqla kalo tgh bersedih je mood agk kureng.. tp mood idok ler sampai ke tgh laut..baru nak terjun laut je kot..hahahaha... ehh deqla pulak yg terbebel kat sini.. ish jangkit ngan nur la nii...

    psstt... mood itu sdn bhd ye.. tak bole sharing2.. kohkohkohkohkohkoh.. ;p

    BalasPadam
  9. hi-5 kita geng! aku byk benda nak share tp malas menguasai ditambah lg dgn mood yg meragam. berblogging pun rasa hambar

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum nur...lama sungguh xsinggah sini...rindu nur..hope semuanya baik2 jer yer...malas2 pun panjang n3 tu hehe

    BalasPadam
  11. kalah lah orang alahan dia ni.. dah jangan malas2... bangun bangun

    jemput singgah yer RAHSIA ANAK SIHAT PINTAR

    BalasPadam
  12. Yela nur
    MOod tu pnting....
    Saya kalo xde moodpn x update la

    BalasPadam
  13. yumida klo xde mood susah nak karang ayat
    bila de mood je baru berbw..
    tp klo asyik nk tggu mood baik datang pon susah gak
    nanti x terkomen kita kat blog rakan..hehe

    BalasPadam
  14. mood bekerja saya mari...

    phew phew...

    BalasPadam
  15. sama lah kita.. masih mencari mood >_<

    BalasPadam
  16. Idea banyak ni, tapi tak reti pulak nak mula dari mana.. Masalah jugak nih.. Huhu~~

    BalasPadam
  17. aik....mana komen aku td huhuhuu

    BalasPadam
  18. err.. baru perasan deqla typo di situ.. hahahaha.. sipa pulak peginya.. siap daaa... ish.. jangkit ngan tuan blog la nii... ;p

    BalasPadam
  19. lya pon x bape cara blog kebelakangan ni..tp bila xtvt harian tlalu padat & keletihan mguasai diri..mmg mood pon merudum..effect la jgk kat blog kt kan

    BalasPadam
  20. hahaha...memang panjang membebel...perempuan memang cepat bad mood..lagi2 yg belum kawin kikiki

    BalasPadam
  21. sampai habis I baca tau... sebab walau rapuan, itu la yg saya alami kadang2. Berpuluh entry dalam draf, tapi nak publish pun malas hahaha. Ada a few I nampak mantain jer blogging come rain or shine, mmg tabik dorang ni.

    BalasPadam
  22. Susah jgk nk cri mood kan nur. Nani mood update tu ok la cume nk bw tu kena curi masa tido cenggini, :)

    BalasPadam
  23. Mood dya dh lama tenggelam sejak putus cinta. Huhu

    BalasPadam
  24. macam atil ni hah.. ilang terus tak timbul2

    BalasPadam
  25. Puas nak iejar miod tu balaik kan Nur.....
    AJ dah kene dah...
    Teruk... Hehehehh...

    BalasPadam
  26. hahaha.gelak dulu.boleh.
    kata tak da mood.
    last2 habis juga ditaip..hihi

    amik masa k ;)

    BalasPadam
  27. dapat juga up n3 ..hihi
    amik masa k

    BalasPadam
  28. xde mood pun panjang tulis tu..hehe~

    BalasPadam
  29. CiM kurang suka membebel tak tentu pasal. tp....CiM suka bercerita & menasihat.
    mood utk berblogging....? tkde ikut mood kot, CiM berbloging ikut kesempatan, klau BW pown ikut kesempatan. almaklumlaaa byk sgt hal yg nk dibuat spnjg hari, klau ada hari2 gi balik kerja ada driver tu, okey laaaa klau blogging & BW. tp bila kena drive sndiri tu yg payah.

    BalasPadam
  30. Mood akak pun asyik ke laut dalam ja skang ni

    BalasPadam
  31. oklah2 takder mood siapgak 1 entri.hihi kalau nurul takda mood berabadlah takder entri

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.