Disuatu sudut cuma ada aku yang kaku berdiri sambil
menteliti kemasan paku-paku tanpa biar sesiapa tahu wujudnya aku diwaktu itu.
Disuatu sudut yang lain pula aku lihat kamu sedang tersenyum
dan berborak mesra bersama dengan tiga lelaki lain sambil mata aku mencari
susuk tubuh yang sepatutnya ada bersama ketika itu.
Dan disudut lain pula aku mula dapat lihat salah seorang
dari mereka bertiga mula bertindak berani keatas kamu. Kamu tidak menepis tapi
kamu hanya biarkan.
Dari sudut aku berkali-kali menjerit agar kamu sedar apa
yang kamu biarkan salah. Kamu sudah ada dia. Namun jeritan aku tidak lepas,
seperti tersekat kesat.
Aku cuba bergerak, kalau boleh aku mahu belasah kamu dan
tanya apa yang sedang kamu lakukan. Mana dia dan mengapa dia tiada disisi kamu.
Seperti jeritan tadi, kaki aku tidak mampu melangkah walaupun seinci.
Aku gagal untuk sedarkan kamu. Dan satu sudut itu juga aku
hanya mampu merintih atas segala perbuatan yang telah kamu lakukan. Kenapa
harus rebut dia dari aku seandainya kamu tidak mahu untuk setia.
Dengan melihat segala perangai kamu di sudut itu jugalah ada
satu perasaan yang membuak-buak dalam hati aku. Cuma satu rasa, Aku BENCI
kamu..! Aku BENCI kamu..! Aku BENCI kamu..!
Dan di satu sudut, aku buka mata terasa beratnya kepala dan terasa
tersangat kering tekak. Minda aku sedang mencerna apa yang terjadi. Mata aku
mencari kamu. Tapi tiada. Hilang. Lenyap. Lesap..!
Aku pejam dan buka
mata kembali, dan aku pandang sekeliling mencari kepastian. Ya..tadi aku hanya
bermimpi. Bermimpi kamu menduakan lelaki yang pernah aku suka satu ketika
dahulu….
Tapi rasa BENCI itu tidak pula lenyap bersama igauan yang
tersarat dalam mimpi aku….
Kata Hati : Mimpi itu buat pegangan prinsip aku TERBELAH DUA….!
.
emm?
BalasPadamadooi... bukan hal kamu lagi ni...
mohon sabar ye
:)
first tak?
BalasPadamdari satu sudut yg lain,mungkin mimpi itu tidak seperti yg kamu mimpikan..
dan mimpi itu perlu kamu hentikan agar prinsip kamu teguh kembali seperti sedia kala..
peace T__T
selalunya kalau tidur dalam dendam nanti mimpi ngeri. :D
BalasPadamalahaiii.. puitis sungguh bahasa sastera nur ni.. smpai nk paham pun tak berapa nk paham jugak.. kohkohkohkoh...kalo dah terbelah dua cpt2 kasi cantum nur..seblm terbelah pulak 3,4 atau 5.. lg parah..hihi..
BalasPadampnuh makna mndalam ni.
BalasPadamBuang rasa benci dari sudut hati pasti ketenangan dan bahagia akan menanti ^_^
BalasPadamya, ada chance.. hehehe
BalasPadamwow....dalamnya makna.....moga segalanya baek baek sahaja....
BalasPadamwaduh berpuitis sungguh
BalasPadamwahh, bombastik betul ayat. hehe
BalasPadamni nur karang eh..mmg mpi btl kan..ayat mcm penulis dh ni nur.hihi
BalasPadamsampai termimpi2..myb nur rindu kat dia kot :) hikhik
BalasPadamcuba nak fahamkan tapi tak dpat nak faham semuanya, atau sebenarnya memnag tak faham disebalik kata yang ada rahsia ni..=), dan penuh rahsia...
BalasPadamsila cerciter Cuk Nur...=)
belah pakai pisau ke kapak? errr..
BalasPadammy thought >> mungkin org yg nur benci tu tak tau pun kewujudan nur.. tak adil utk nur membenci dia.. open your heart and see the beautiful things..
-from Scotland with love-
best la baca bait bait ayat cik nur.... sebijik terasa mcm baca novel....
BalasPadamjiwang betul cik nur...
BalasPadamsbelum nur tidur,pejmkan mata.
BalasPadamkemdian cuba seikhlas yg mungkin maafkan dia.
in shaa Allah
ini tidak adil tidak adil bagi......... :)
BalasPadammimpi hanya mainan tidur..mungkin sebab hati yang terlampau nakkan benda tu jadi~~ :)
BalasPadamkdg kdg belah due tu bagus nur. bagai pinang dibelah due? hee.
BalasPadamTersirat tersirat tersirat maknenye
BalasPadamSetuju ngan Ai...Xmo belah dua la...satukan kembali prinsip tu..
BalasPadam