Isnin, 19 Ogos 2013

Aidilfitri 1434H





Assalamualaikum.

Harap semuanya dalam keadaan sihat-sihat belakalah hendakNya yea. Lama beno rasanya tak menaip, terkaku sekejap jari jemari dibuatnya. Almaklumlah, bila cuti lelama ni penyakit M mula naik tahta. Sekarang ni, mengkome mood raya lagi ke? Kalau masih mood raya, hebat bebenolah kome ni. Hehehe.

Okay, malas bebel panjang. Entry ni cuma nak bercerita ringkas pasal Aidilfitri 1434H baru-baru ni.
Kalau sebelum ni, baik dalam ni ataupun diruangan komen blog kalian, mesti aku ada cakapkan, mood raya aku belum datang. Dan percaya atau tidak, rabu, 7hb tu, masa dalam perjalanan pulang ke kampung pun mood aku ketika tu masih zero.

Dan sepanjang perjalanan, dalam fikiran aku duk berteka-teki harap-harap line phone adalah. Sebab malam tu aku nak buat perkara yang sama dekat someone seperti mana aku buat bulan lepas. Sekali sampai kampung, hancuss punah ranah harapan aku..! Coverage bukan lagi E tapi dah G…! Aiyokkk..

Ketiga-tiga phone aku naik turun tau bar dia. Haisssshhhh…! Makanya keberadaan aku di kampung dah jadi sebijik macam dalam iklan raya Maxis tu. Siang-siang aku main masak-masak. Malam – malam aku main mercun thunder clap. Hahaha.

Bila dah sampai kampung, mood raya still tak ada. Entah ngape terok beno aku tahun ni. Aku sendiri pun blur. Kenapa mood aku macam tu. Konon-konon bila dengar pengumuman raya, mungkin mood raya datang kot. Sekali aku terlepas daaa… semua gara-gara terleka main mercun kat luar. Hampehh..!

1 Syawal 1434H. tak salah aku seawal 6 pagi kot aku dah bersin hampir 100 kali. Tak pasal aku kena flu tiba-tiba.  Mood raya baru nak datang terus lari lintang pukang bila kena flu. Di sebabkan flu yang terlalu teruk tahun ni aku tak ke masjid pun. Lepas bermaaf-maafan dan peluk cium dipagi raya, kami semua makan-makan sikit. Lepas makan terus pergi kubur atok dan opah. Balik dari kubur terus pergi beraya .

Otw nak pergi beraya inilah baru aku terasa macam hari raya. 6 biji kereta konvoi ramai-ramai singgah rumah saudara mara. Bila dah berkumpul ramai-ramai, macam-macam cerita ada, gelak-gelak dan bergurau senda. Aku, memang tak boleh lari dari soalan cepuk cemas. Dalam keadaan tak sihat, aku Cuma jawab dengan senyuman ajelah..!

Paling syok bila masih ada yang sudi hulur duit raya pada aku. Mungkin orang tengok aku macam bebudak gamaknya.  Almaklumlah adik-adik sedara semua tinggi-tinggi belaka dari aku. Jadi tak hairanlah kenapa aku juga dapat duit raya. Kehkehkeh.

Sampai kepetang jugalah kami beraya. Lepas asar terus balik rumah atok. Letih jangan cakaplah. Ada yang terlena sampai ke magrib. Tapi aku dengan adik-adik lebih suka bakar daun-daun kering dekat luar. Best oo main api…! Kalau dekat rumah aku tak ada tempat nak main api. Jadi bila balik kampung jadi jakun sikitlah..Hahahah.

Malam pulak, lepas semua orang dah lena. Aku dengan dua orang adik aku keluar ke pekan. Kononnya nak cari burger. Tapi manalah ada orang nak jual raya-raya ni. Cuma yang hairannya kedai makan banyaklah. Last-last kitorang lajak terus ke Langkap. Singgah kepsi, beli zinger burger. Tudiaaa…punyalah melantak. Dekat pukul 1 jugaklah sampai rumah. Hahaha.

Errkk..ini jelah cerita raya aku yang tak seberapa. Bila dah masuk raya kedua, ketiga dan seterusnya. Aku tengok ramainya kawan-kawan upload gambar raya. Jeless betul aku rasa. Mana gambar raya aku? Err..percaya tak satu pun tak ada.. aku duk usung tisu je sepanjang hari tu.. Tak gagah aku nak usung phone… Hahaha



Kata Hati : Rugi pulak tak ada pic raya…Hurmmm… -_-
.

28 ulasan:

  1. selamat hari raya daripada
    www.sunshinekelly.com

    BalasPadam
  2. akak xde mood nk upload pic raya lg hehe..entah bila dtg mood tu tak tau la.

    BalasPadam
  3. hehe, akak nikmatilah setiap saat berharga yang umat islam ini nanti-nantikan :)

    BalasPadam
  4. alolo..siannnye nur kena flu lak time2 nak raya.. flu nk beraya ngan nur la tu kot..hihi.. err.. xde mood raya tp dok main mercun ye nur... hahahhaa..mmg rugi la xde pic raya..kalo deqla bkn kata rugi dah, melalak meraung dah kot xde pic raya..al-maklum ler deqla kan hantu gambo..kehkehkeh.. ;p

    BalasPadam
  5. errr dah main mercun dum dum dam pun mood raya tak mari jugak.. ini seriusss.. heheh..

    selamat hari raya!

    BalasPadam
  6. nur kat depan umah mak akak banyak daun kering ..datang le rumah tolong sapukan n bakar sekali...hahahhhaa

    BalasPadam
  7. alaaaaa ciyannye dia tak sihat di hari rraya,.. dapat flu plak ye...

    BalasPadam
  8. takpelah... nanti amek gambo sebab rayakan sebulan.. hihih.. selamat hari raya cik nur..

    * kalau org tanya soklan cepukmas,, cepuk je die tuh...

    BalasPadam
  9. sian nur raya kna flu plk.huhu..slmt hari raya maaf zahir batin nur

    BalasPadam
  10. Slmt hari raya cik nur.. Sempat lg kalau nak ambil gambar raya :)

    BalasPadam
  11. hai...selamat hari raya...
    alaa raya kali ni saya pun macam kelam-kelam je..kalau biase kemain rancak beraya dengan kawan..tahun ni haromm..

    salam kenalan..follow you =)

    BalasPadam
  12. selamat hari raya ciknur
    blk ke kg mana?

    BalasPadam
  13. sama la kita.teda pic raya ;)

    langkap kat mana ye?mmmm..

    BalasPadam
  14. selamat hr raya nur....cian kn flu pulaok...
    akak pun xdok gambar raya bz sampai sudah
    mmg rugi sungguh rasanya

    BalasPadam
  15. kenapa mood raya tak ada?? hurm, kena paksa diri juga untuk datangkan mood raya tu tau.. sebab raya ni sekali je setahun..

    BalasPadam
  16. nape takde gmbr raye nye cik nurrrr. hehehe. aritu akak balik jelebu, mantop sgt line. ;)

    BalasPadam
  17. ala...gmbr raya yer takde ke nur...cian dia.raya2x kena flu..akak bru je kena ni ha...slmt tak truk mana...

    BalasPadam
  18. salam,cik nur..cendol nak ucap selamat hari raya dan minta maaf bnyk..hee :) dah lambatkan nak ucap..cik nur, u r not alone, cendol dari sebelum raya sampai skrg, tak de mood raya..sekarang jgn ckp lah..nak termuntah dgr lagu raya kat mydin tu..haha cik nur satu gambar raya pun takde??jahat betul tisu tak bagi peluang kpd handphone utk diusung oleh cik nur..dapat juga duit rayaa kannn awet muda kot cik nur ..hihi :)

    BalasPadam
  19. selamat hari raya :) bila umr dah makin meningkat ni raya pun rasa biasa2 je

    BalasPadam
  20. nk usung tepon dah xde line tu la usung tisu.kekekee

    selamat ari raya Nur

    BalasPadam
  21. selamat hri rye cik nur..hihi.. dya 1syawal bru smpai mood rye..hahaha

    BalasPadam
  22. salam raya, mcm mana raya tahun ni =)

    BalasPadam
  23. Selamat Hari Raya cik nur...datanglah beraya...

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.