Isnin, 9 September 2013

Miang Kham | Resepi Miang Kham Paling Mudah





Assalamualaikum..

Pernah dengar Miang Kham? Sejenis makanan tradisional yang sangat popular di Thailand. Miang Kham adalah sejenis makanan ringan yang sangat sedap dan sihat. Bahan utama Miang Kham adalah daun Kaduk. Sesiapa yang pernah makan daun kaduk mesti tahu, rupa dan bau daun kaduk tu. Sejujurnya, kalau daun kaduk tu di rebus, aku memang tak boleh telan. Lain pula dengan Miang Kham ni, Daun kaduk dimakan mentah memang sedapp…!!




Macam yang aku cakap tadilah, bahan utamanya adalah daun kaduk. Kalau tak ada daun kaduk tak boleh nak nak buat Miang Kham ni. Bahan-bahan lain tu terpulang pada diri sendiri. Ada yang letak kelapa goreng, halia, bawang goreng, bawang putih dan macam-macam lagilah. Oh yea…! Ada juga yang panggil Miang Kham ni sireh Thailand. Sebab makannya ala-ala macam makan sirehkan..

Okay, dekat sini aku sertakan sekali Resepi Sos Miang Kham ni. Kalau kalian google, memang boleh nampaklah macam-macam resepi. Tapi yang aku nak beri ni, resepi paling mudah. Terima kaseh buat Sepupu aku yang sudi share resepi. Kalau sebelum ni, aku buat guna banyak bahan, tapi yang ni, simple je..Hehehe

Bahan untuk sos :
Air
Gula Merah
Udang Kering goreng – Di tumbuk Halus
Tepung Gandum – Untuk pekatkan sos
(Campurkan gula merah, air dan udang kering didalam kuali dan kemudiannya campurkan tepung untuk likatkan sos. Ingat kepekatan sos bergantung pada kalian)

Bahan –bahan lain :
Kacang
Limau kasturi
Cili padi
Bawang
Udang goreng
Pelam muda
(Boleh tambah bahan lain seperti kelapa goreng, halia, bawang putih. Terpulang pada kalian)

Cara Makan :
Calitkan sos pada daun kaduk, dan masukan sedikit semua bahan-bahan yang ada, balut dan ngapp..!!


Kata Hati : Aku lebih suka makan daun kaduk macam ni, berbanding rebus..

.

48 ulasan:

  1. sgt rare..haha..kalau luqman mmg xleh nak telan..

    BalasPadam
  2. Boleh try ni nnti. Xpenah makan daun kaduk. Dgr penah la.

    Tgh khusyuk baca bahan2 ada typo. Kepala goreng?? Mane nk cari nur.. Hehe.. Mau kena bahan ngn Cik Ai ni..

    BalasPadam
  3. erkkkkk
    sedap ke NUr..suma mentah lak tu,bkn daun kaduk tu pahit ke?

    eh lagi satu nk tanya..
    Ada yang letak kepala goreng...kepala goreng tu ape arrr?
    mmg ada ke ato pun typo tu?

    BalasPadam
  4. nampak sedap miang kham, daun kaduk banyak khasiat kan :)

    BalasPadam
  5. errk.. x penah try..serius ke sedap?? deqla tgk mcm nak kunyah sirih je ... hihihi...

    BalasPadam
  6. nmpak mcm sedap tp takut taboleh telan heee

    BalasPadam
  7. Nur seriusla 1stime dengar n x pnahla mkn....
    Macam ulam ke?mkn cmtu ke mkan ngan nasi....

    BalasPadam
  8. macam korean food yang depa makan dalam daun tu eh.

    eh kejap. limau tu makan macam tu je ke?

    BalasPadam
  9. uish ciknur...kak intan sambil taip ni sambil telan ayaq liuq..memang sedap dan healthy pulak tu

    BalasPadam
  10. sedap ke daun kadok tu..tak pernah makan pulak...

    BalasPadam
  11. err..sedap ke? salu gak tgk org kt thai restoran makan..

    BalasPadam
  12. bab daun kaduk tuu yg tak tahan bau..huhu

    BalasPadam
  13. pestaim tengok... tak penah dengar n tengok miang kham? makanan darimanaaa? thailand ye?? bila baca resipi ape semua macam senang je n nampak sedapppp.... blh cube ni

    BalasPadam
  14. first time dengar makanan ni.. dan daun tu.. ingtkn sireh.. limau tu masuk sekali kulit? mkn camtu je? wuhuuu.. mencabar ni.. hikhik..

    BalasPadam
  15. Miang kau..opss miang kham. I mmg suka bau daun kaduk, kalau my mom masak kadang2 dengna siput sedut tu, sedap sangat ok. Tak sure la sini ada jual tak pak kaduk ni.

    BalasPadam
  16. ala2 makanan korea yg running man slalu makan tu
    x pernah yumida merasanya
    nampak mcm sedap

    BalasPadam
  17. Daun kaduk tu sirih ke?

    BalasPadam
  18. Ramai pulak yang duk post pasal Miang Kam nih.. Tengah musim Miang Kam ke skang ni Cik Nur? Hehe.. Daun kaduk tu mana nak dapat? Tak pernah pulak makan.. Sireh pernah le.. Huhu..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    BalasPadam
  19. salam perkenalan cik nur :D
    aah, cr kn mcm sirih, tp sirih moden.. hehehe..
    kalau daun sirih dikunyah2 diluahkan.. kalau mknn ni dimakan terus ke diludah balik hampasnye?

    p/s : jemputlah ke blog lady di : http://sweet-ladybird.blogspot.com

    BalasPadam
  20. oic, nice sharing.. kali pertama ni sy dgr miang kham, huh...

    BalasPadam
  21. penah try mkn sekali sedap jg tu pun beli jer hihihi....

    BalasPadam
  22. pertama kali akak dengar dan tengok makanan ni.. :) sedap ke cik nur?

    BalasPadam
  23. pnh mkn tp tak pernah buat.hehe..

    p/s:sory nur lma tak sggah..bz mmnjang skrg.huhu

    BalasPadam
  24. dapnya.dah lama la tak makan ciknur
    ciksu belajar buat dgn wife sepupu ciksu. org narathiwart..hihi

    ada lagi tak, nak sikit, :)

    BalasPadam
  25. macam tak berani nak try...kina tak makan sayur...

    BalasPadam
  26. wow, unik makanannya..tapi daun kaduk..erkkk...

    BalasPadam
  27. nyue first time dgr nm mknan ni..dah xthu nyue boleh telan ke tidak mknan ni... daun kaduk tu yg lemah tuu..aihhh.. mmg nyue xleh nk mkn kot..aihh.... cmnr rasanya nur??

    BalasPadam
  28. daun kaduk pun cek tak pernah makan....hihihi...tapi yang atas daun kaduk tu siyes sedap!

    BalasPadam
  29. Tak pernah rasa lagi..cam sedap gak tu...

    BalasPadam
  30. tak pernah makan. ni lah baru ku tau. heheheehe

    BalasPadam
  31. eeei baru tau..aneh betul ye..teringin pulak nak try

    BalasPadam
  32. erkkkk...dah macam makan sirih yea.
    Nur, kalau buat bubur, masuk daun kaduk ni lagi best

    BalasPadam
  33. nur x letak kelapa greng ke? buh kelapa lagi sedap. mkn mieng kam ni bgus, penuh khasiat utk awet muda...hihi..

    BalasPadam
  34. pelik tgk..daun kaduk macam susah nak jumpa je kan?

    BalasPadam
  35. ohh mcm tu ke cara mkn dia ..baru tau ^_^

    BalasPadam
  36. Sedap ni..pernah buat paling smple sbb malas nk cr bhn2 lain. Daun kaduk letak bwg hiris, letak ikan bls n kacang...xde sos..mcm gitu jek..sedap

    BalasPadam
  37. Saya dah try byk kali, inti sirih bawang putih, bawang merah, cili padi, kelapa goreng, limau kasturi, kacang dan sos gula melaka ditambah dengan udang kering

    BalasPadam
  38. Mak saya banyak kali buat sedap miang kham ni ... bahannya, cili padi, bawang merah dan bawang putih, limau kasturi, kacang, kelapa goreng, bersama sos gula melaka bercampur dengan udang goreng tumbuk halus + tepung gandum utk pekatkan sos ... sedap

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.