Khamis, 31 Oktober 2013

Lima Hari Lagi...



Credit : ILuvIslam


Assalamualaikum.

Pasti ramai yang tahu, InsyaAllah, panjang umur minggu depan kita akan menyambut kedatangan tahun 1435H kan. Berbaki lagi 5 hari je lagi. Kejap je rasanya. Masa sekarang ni, betul-betul pantas. Bila dah setahun rasakan sebulan, sebulan rasakan seminggu, seminggu rasakan sehari, sehari rasakan sejam, sejam rasakan seminit dan seminit pula rasakan sesaat, maka ini adalah salah satu tanda dunia kita makin ke penghujungnya.

Untuk tema Maal Hijrah pada tahun 1435H, tak salah "Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Kalau tak silap, tema ni, sama macam tahun lepas. Rasanyalah..kalau salah maafkan hamba...

Dan bila sebut pasal tahun baru ni, baik tahun baru hijrah mahupun masihi, pasti dikalangan kita ada AZAM masing-masing yea dak..? Okay, apa azam tahun baru kalian? Kalau sebelum ni, aku selalu jugaklah war-warkan azam aku dengan orang tau. Kiranya bersemangat la nak berazam ni. Konon-konon boleh istiqomah la kan, sekali sekerat jalan jee...! Malu pada manusia tu tidaklah, tapi malu pada Allah..

Jadi, tahun baru akan datang ni, biarlah hanya DIA dan hambanya saja yang tahu apa azamnya. Mungkin aku cuma akan beritahu hambaNya yang tertentu saja. bukan bertujuan untuk menunjuk, tapi untuk mengingati aku untuk terus istiqomah. InsyaAllah...



Kata hati : Audit diri itu pentingkann...!

.

21 ulasan:

  1. Besar azam tahun 1435H ni.. Jom istiqomah audit diri.. Semoga dipermudahkan jalannya.. Amin.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    BalasPadam
  2. smoga kita dpt sama2 berhijrah kepada yg lebih baik...

    BalasPadam
  3. yup.. selasa ni dah masok tahun baru dalam islam.. cpt betol masa berlalu...moga segala azam kita kan tercapai.. aamiin. ;)

    BalasPadam
  4. Betul. Kdg nafsu lebih tinggi dari azam :(. Selagi tk berjaya perangi nafsu selagi tu rasanya belum cukup jd insan yg sempurna di mata Allah.

    Salam Maal Hijrah cik Nur. Semoga azam tertunai.

    BalasPadam
  5. Salam ciknur..da x lama da kan nak maal hijrah...:)

    Tahun ini azam baru kak intan ialah start new life...new job...Alhamdulillah...

    BalasPadam
  6. awal muharam cuti hihi..

    sama2 la kita istiqamah dengan azam baru kita nanti ye Nur

    BalasPadam
  7. ye, kita kena sentiasa audit diri. bukan akaun aje kena audit.

    BalasPadam
  8. azam baru nak jadi lebih baik..nak berubah supaya jadi lebih sabar, lebih husnozon..insha Allah

    BalasPadam
  9. audit diri....semoga kedatangan tahun baru memberi kita lebih ketabahan utk harungi segala ujian dan cabaran.

    BalasPadam
  10. hehe, ada jugak yang sependapat dengan syuk nak buat entri ini nanti :)

    BalasPadam
  11. semangat baru..
    azam baru..
    ubah diri jd baru..
    moga xtertangguh lg tuk tahun ini..

    **azam Nur ape ??
    meh la sharing2 :)

    BalasPadam
  12. 5 hari lg kan nur..alhamdulillah
    tringat ms sekolah rendah dahulu, sellau join nasyid tema maal hijrah

    BalasPadam
  13. moga kita lebih baik dari semalam kan..

    BalasPadam
  14. azam zaza terlalu byk, moga2 salah satu akan tercapai dan dimudahkan ALLAH..

    BalasPadam
  15. Wah, sekejap je kan masa berlalu. Banyak yang Mieya rancangkan masih belum tercapai lagi

    BalasPadam
  16. dah masuk pun tahun baru.. permulaan yg baik harap2 nya.. sama2 kita jd yg terbaik k.. ;)

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.