Isnin, 17 Februari 2014

Bernafas Kurang Dari 60 Hari





Assalamualaikum.

Apa perasaan pertama kalian rasa bila terbaca tajuk entry?

Sedih?

Terkejut?

Seram sejuk?

Itulah yang aku sedang alami..!

Tapiiiiiii…! Ianya SEKADAR TAJUK. Tak ada kena mengena dengan aku ataupun orang yang hidup mahupun yang sudah tiada. Diulang, SEKADAR TAJUK.

Dari semalam hidung aku ni tersumbat. Jadi, aku terus terang, memang tak ada mood nak menaip. Tapi, kalau nak cerita pasal mood ni, dari bulan lepas lagi dah mood aku ni duk pasang surut. Kejap okay kejap tak. Bila masuk bulan kedua, aku harap sangat keadaan aku okay. Tapi hampa. Aku makin TERTEKAN..!

Ingat lagi bila aku cakap pasal urusan kerja kawin dalam ENTRY NI? Aku cuba okay. Tapi hampessssss satu apa pun aku tak buat lagi. Mood aku memang kelaut beb..! Dalam masa yang sama aku rasa kepala aku padat dengan masalah. Dan bila aku cuba nak mula buat apa yang patut, tiba-tiba  kepala aku jadi kosong. Aku tak tahu nak mula dari mana. Serius aku stress..!

Okay. Kad jemputan dah siap minggu lepas lagi dah. Tapi aku punyalah malas nak pergi ambil. Punca tak nak ambil tu, pertama sebab jauh, dia sebab keadaan cuaca sekarangkan. Punyalah panaskan..! Malas nak drive pun sama. Heeee….!

Nak dipendekan cerita, sekarang ni aku terlalu penat. Penat fikir masalah yang sedang aku hadap dan bakal aku hadap. Perasaan aku, sama seperti tajuk kat atas nun..!  mungkin ramai yang tak faham. Pada yang mungkin faham, biarlah hanya kita saja yang tahu.

Okaylah, tadi kata malas nak menaipkan. Ni bila dah menaip tak reti nak sudah pulak..! Aku harap, mood aku kembali stabil. Semangat yang hilang kembali pulang, kekuatan yang lain datang kembali. Moga aku boleh terus bernafas dalam ritma yang normal..!

Panjang umur, jumpa lagi..!

Adiosss..



Kata Hati : Aku simpan semua sebak di dada…!

.

16 ulasan:

  1. Nur, agaknya la kan kalau dah diserahkan segala urusan kat kau, agak² nya la kan, dia nak serah tak pengantin lelaki nya kat kau jugak?



    BWA HAHAHAHA.

    BalasPadam
  2. sape nk kawin nur.... dik mkn ubt la.. insyaallah baik le nanti.....

    BalasPadam
  3. bz majlis kawen adik kan nur? releks2 eh.. jgn kalut2.. deqla pun bz gak nih.. utk kenduri abg bln dpn.. yelah, skng ni dia bergantung ngan kami jer la sejak arwah mak xde nih.. hukhuk.. masalah apa la yg nur hadapi tu? x sudi share ker?

    BalasPadam
  4. awat tu nur serabut ka?? hehehe... kad jemputan???? mau kwen kah???? wahwahwh

    BalasPadam
  5. laaaa siannye kat nur..moga cepat sembuh ye hidung tersumbat tu. yumida pun kurang gemar hidung sumbat, susah nak tdo, suara jd sengau

    moga dipermudahkan segala urusan nur

    BalasPadam
  6. Jangan la gitu CIk Nur.. moh hepi hepi, ei buat urusan nikah kawen ni mmg stress, tapi happy... kan. Bertabah yer, chaiyok.

    BalasPadam
  7. in shaa Allah ciknur u can do it.
    tarik napas, hembus. jgn stress stress k.
    pi la mandi manda kat ulu kenas, kuale. hihi. kasik sejuk sikit.

    BalasPadam
  8. akak dapt rasa yang idong tersumbat tu
    dengan telinga pun sumbat..hilang nikmat seketika
    take care yea nur
    kekadang sebab letih sangat tu

    BalasPadam
  9. salam nur, bru smpat jenguk sini.. lya bw pon slow2.. x smpat nk terjah skali gus..

    nur dh nak kawen ye??
    huhu.. jgn stress2 ye.. kna byk rileks & tarik nafas dlm2..setiap masalah ada pyelesaiannya

    BalasPadam
  10. mg semuanya ok lah nur... rindu entry nur yg ceria ceria..happy happy...

    BalasPadam
  11. Mcm parah je ni nur...moga sglanya slmt ye nur..doa byk2x smiga diberikan semangat trus....

    BalasPadam
  12. Mcm parah je ni nur...moga sglanya slmt ye nur..doa byk2x smiga diberikan semangat trus....

    BalasPadam
  13. bernafaslah selagi boleh bernafas.. rileks2 la nur.. inshaAllah everything's gonna be okay.. :)

    BalasPadam
  14. takmo nangis2.. meh2 atil peluk.. *hug..

    BalasPadam
  15. kekeke..rileksss la..Ai kan hado :)
    Allah itu maha adil..pasti ada ganjaran di sebaliknya :)

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.