Isnin, 3 Februari 2014

Permulaan February





Assalamualaikum.

Nahh… Kita dah pun masuk bulan kedua bagi tahun 2014 ni. Mana kenangan-kenangan bulan lepas tu simpan elok-elok yea. Yang Manis jadikanalah kenangan terindah. Yang pahit pulak, jangan dibuang macam tu je tau, sebaliknya jadikanlah ianya sebagai pengalaman paling berharga.

Bila masuk je bulan Februari ni kan, aku Cuma nak maklumkan yang aku mungkin akan sibuk mengalahkan menteri tau. Hehehe. Jadinya lepas ni, mungkin aku jarang-jarang ke teratak kalian. Tapi aku akan cuba usahakan jugalah. Kalau boleh…

Pasal ‘Sibuk’ ni, dari bulan lepas lagikan aku ada bagitahu. Tapi Cuma bagitahu gitu-gitu je tak detail. Dan dari situ ramai jugaklah yang tanya, aku sibuk kenapa. Meh rapat meh, nak kabokan ni. Aku bakal sibuk dengan kerja-kerja kawin. Macam mana majlis bertunang tahun lepas, untuk majlis perkahwinan ni pun adik aku serah bulat-bulat ke aku. Boleh nak dikatakan segala bendalah semuanya bergantung pada aku..!

Benda-benda ginilah yang buat aku bakalan sibuk tak tentu masa. Apa ingat kerja kawin senang? Kalau yang tak kisah bab kos tentu tak kisah. Tapi pada aku, biarlah bersederhana. Sebab dalam perkahwinan ni, yang penting, lepas kawin itu tau..! Jadi sejumlah wang adik berikan pada aku tu, aku kena control sebaik mungkin.. InsyaAllah…

Rasanya dah melarat-larat dah entry ni. Point entry ni cuma nak bagitahu aku sibuk ajekan..! Jadinya sampai sini sajalah yea. InsyaAllah ada masa, punya kesempatan kita berjumpa dilain entry. InsyaAllah…




Kata Hati : Aku sebenarnya tak tahu nak mulakan mana dulu….

.

22 ulasan:

  1. Alhamdulillah
    mudahan dipermudahkan semuanya Nur... ;)
    Bila majlisnya ;)

    BalasPadam
  2. byasela klu keje kawin, mana penah senang..byk kne buat

    BalasPadam
  3. tak apa pelan2 kayuh, one step at a time, dahulukan yang mana patut didahulukan... ^_*

    BalasPadam
  4. Esok turn kau Nur kiranya dah ada pengalaman la. Hehehe.

    Ini adik kau yang minta kau isikan borang nikah itu hari? Wah semuanya kau yang buat. Jangan sok-sok nak nikah tertukar pengantin sudah la.



    Hahahah.

    BalasPadam
  5. senarai penting kalo bab nak urus kawen ni.. ^^

    BalasPadam
  6. semuga mudah segala
    urusannya nur :)

    BalasPadam
  7. Betul. Bukan mudah. Lebih2 lg kena ikut budget. Good luck. Moga lancar semuanya

    BalasPadam
  8. hihihi kita lbh kurang sibuknya nur..urusan majlis adik.haha

    BalasPadam
  9. sibuk eh... takpe2.. kalau sibuk lambat gemuk tau

    BalasPadam
  10. moga dipermudahkan buat nur
    sure makin busy...

    BalasPadam
  11. Alalaalaa. Sabar ehh. Bagus nie sibuk sbb bnda2 yg berfaedah bukan yg buang masa.

    BalasPadam
  12. jap je masa berlalu skng.. tup2 dah bln 2.. rasa mcm baru semlm bersama dgn arwah mak..hukhuk..

    tentulah dia bergantung hrp pd kaklong dia.. nama pun kakak yg sulung kan.. heee..moga dipermudahkan segalanya yer. :)

    BalasPadam
  13. Sibuk uruskn mjlis yer..bila adik nur langsung?untung dpt kakak yg tlg uruskn byk bnda...moga dipermudahkn utk nur sekeluarga ye :)

    BalasPadam
  14. semoga berjaya laksanakan tugasan yg diberi. chaiyok ciknur :-)

    BalasPadam
  15. org nak kawen nur yg busy kan.. takpe, banyak pahala nur dapat tau..

    BalasPadam
  16. kalo nur xtahu nk mula dr mana..ai pulak x tahu nk mula bila..huhu chaiyok2..sian blog ai :)

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.