Rabu, 4 Julai 2012

.:: Duit Lama ::.





Entry ini mengenai Wordless Wednesday #16 hari ini.
Nampaknya, ramaikan yang tak pernah guna yang aku tunjukkan dalam Wordless Wednesday  #16 tadi kan.?

Kalau ada yang pernah guna pun, mungkin waktu tu, kalian masih kecil lagi.
Sebab duit ni memang duit lama.

Aku sendiri pun tak pernah guna, melainkan koleksi duit yang satu lagi tu aku pernahlah guna.
Dan rasanya ramai juga yang pernah guna...!

Ingat tak...?
Ala....duit yang ada tugu negara tuuu...
Kalau raya dulu, siapa bagi duit satu ringgit tu, dah kira orang kaya habis..!

Tak ingat lagi..?
Rujuk gambar di awal entry ini ya...!
Duit itu kedudukan di nombor tiga dan empat.

Haaaa...ingat lagi tak...?
Ingatkan....Heeeee.... ^___^

Okeyh, berbalik pada duit yang aku tunjukkan dalam WW #16 tadi.
Duit tu aku dapat ketika aku berkerja di stesen minyak tau.

Tengah tunggu keputusan SPM, jadi dari duduk rumah, tak dapat apa
Baik aku kerja dekat stesen minyak yang dekat dengan rumah aku.

Nak di jadikan cerita, pada suatu hari datanglah seorang apek ni.
Nak isi minyak motor, tapi duit tak ada katanya.
Lepas tu dia bising-bising bagitahu dia cuma ada duit lama. 

Aku partner shif ni pun macam binggung je bila apek tu kata "Itu luit lama, wa ala maa"
Bila partner aku tanya apek ada berapa..? "empat linggit loo"

Jadi aku sepakat dengan kawan aku, tukar duit kami dengan duit apek tu.
Bila apek tu bagi je duit tu dekat kami, kami saling permandangan.

Mana taknya, duit kertas tu masih kelihatan baru dan yang paling penting, 
Kami langsung tak pernah tengok duit tu...!

Tapi yang pasti, duit tu memang lama.
Tahun bila punya keluaran aku tak pasti, rasanya aku belum lahir lagi kot..!



Sebab apa aku kata lama...?
Tengok gambar atas ni, 
Di belakang duit tersebut ada tulis :

"BRADBURY, WILKINSON & Co Lo NEW MALDEN, SURREY, ENGLAND"

Tak percaya, klik gambar untuk tumbesaran ya..!
Cuma, tahun bila di keluarkan, sampai sekarang aku tak tahu.

Dan akhir cerita apek tadi, dia dapat isi minyak motornya sebanyak RM4.
Duit yang di tukarkan tu, aku simpan 2 keping, kawan aku ambil 2 keping.
Tapi dekat aku tinggal sekeping je, sekeping lagi aku bagi pakcik aku.

Duit itu masih lagi elok dan baik dalam jagaan aku.
Aku simpankan dalam album gambar lama-lama.

Cuba baru2 ni aku keluarkan untuk di scan dan di kongsikan bersama kalian.
Dan ternyata, ramai di antara kita tak pernah tengok apatah lagi guna duit tu kan...



Kata Hati : 

1. Selain duit tu, duit yang ada tugu juga masih elok dalam simpanan aku. Serta duit syiling emas satu ringgit juga ada dalam koleksi aku...!

2. Sekarang tengah mencari duit kertas RM2 dan RM20 lama....

.

41 ulasan:

  1. x pernah tgk juga...smpn baik2 jd kan kngn Nur..

    BalasPadam
  2. yg num 3 dan 4 pernah lah guna..yg num 4 tu dya masih simpan tpi koyak duit tu..huhuhu

    BalasPadam
  3. untung la ada duit lama.. betol2 punye lama tuh...deqla pernah tengok jugak..nnti nk cari kat mana la arwah ayah simpan...maybe selit2 kat dalam wallet dia dulu...kena tanya mak niii...

    BalasPadam
  4. FIL suka kumpul...dulu dia pernah bg tengok koleksi dia...

    BalasPadam
  5. kalau yg atas tu mmg tak pernah tgk la. tp yg bawah tu pernah tgk. simpan leklok tau nur. berharga tu. :)

    BalasPadam
  6. perghh
    caya lah ciknur.mmg ai pun x penah nengok nih
    nasib ada apek tu kan,kalo x mmg x tgk smp skrg la jwbnya =p

    tima kasih la apek ye..hehehe

    BalasPadam
  7. bestkan kumpul duit lama..NAL masih simpan lagi syiling RM1 yang dah tak digunakan tu..

    BalasPadam
  8. M pun suka simpan koleksi duit... Banyak dr luar negara..

    BalasPadam
  9. wah mmg duit lm la.. lm sgt. 1st jugk tgk ni.. :)

    BalasPadam
  10. BGSNYA..NK DTG UMAH SIS LA CAMNI...HEHE...

    BalasPadam
  11. wah duit lama..teringin gak nk kumpul..tpi mmg susah kan nk dpt duit2 lama nih..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Nur..

    Menarik hobi Nur itu. Teruskan. :)

    BalasPadam
  13. broadband akak dah hbs limit... xdpt nak tgk gambo... so, lnkali akak dah nampak gambo duit tu, br akak komen yer... :-)

    BalasPadam
  14. bagus la CN nih .. duit2 ni , cube simpan dalam 20 ke 30 tahun nanti , muzium negara pun mesti nak .

    BalasPadam
  15. perghh lamenya duit tu ada smpan lagi?? bagus2.. simpan buat kenangan.. akan datang duit tu jadi sangat berharga :))

    BalasPadam
  16. nyue mayb bukan yg suka myimpan duit lama..tp mak nyue mmg suka simpan...ad bermacam2 duit lama dgn dia..ad yg petak..nty balik kampung nyue snap gambar yea..

    BalasPadam
  17. si dia ade duet 2 hengget lame itu! ;)

    BalasPadam
  18. memang lama ni..simpan elk2 cik nur..nanti mahal ni..hehe

    BalasPadam
  19. ohh duit lame..mmg lame la..cendol pn kumpul duit lame..tapi duit syiling2 la..kertas tak dak :p

    BalasPadam
  20. cik nur, ni klu duitnya ditukar nilai, sme je ke harganya?

    BalasPadam
  21. kalu duit singgit yg lagi satu tu akak pernah guna...wah bagus la nur...simpan la elok2 eh...nanti boleh klogsikan dengan genarasi akan datang..:)

    p/s kat pasar karat BP akak selalu nampak orang jual duit lama ni...nanti akak tgok2 kan untuk Nur eh..:)

    BalasPadam
  22. rindunya duit lama...mana cik nur dapat hihihi

    BalasPadam
  23. Yang singgit lama bawah tu, adalah merasa guna...
    Heheheheh..

    BalasPadam
  24. wahhh..cik nur mmg pengumpul duit lama yea..sweety ada duit lama seringgit syiling yg besarnya dua kali ganda syiling 50sen..nnt sweety share kalo ada masa okehh..(^_^)

    BalasPadam
  25. duit rm1 y ke-2 tu..pnh la guna kecik2 dulu.. y ptama tu..mmg 1st time tgk ni

    BalasPadam
  26. singgit yang bawah sekali jer penah guna dan simpan.. duit rm2 sy dalah.. rm2o tada.. =)

    BalasPadam
  27. menarik juga wang lama kita ni kan Cik Nur..

    BalasPadam
  28. ini belom lama... lagi lama pakai kulit kerang...

    haha

    BalasPadam
  29. duit lama susah nak cari dah tu...untung cik nur ada simpan lg duit lama :))

    BalasPadam
  30. bestnya dia dapat kumpul duit lama..kalau kak tak sempat2 nak kimpul tu dulu,sebab asyik nak beli makanan je...hahaha.

    yang dua dari bawah tu sempat lagi kak guna dan pegang dulu dik....hehe.

    BalasPadam
  31. wah..akak cuma ade yang bawah tu je...

    bertuah nur dapat simpan...

    BalasPadam
  32. hubby akak pun sk kumpul duit lama2 ni... dia ckp lama2 nanti harga dia mahai.. hihii

    BalasPadam
  33. ei...bestla cik nur ada...
    masha pun suka simpan wang2 lama :)

    BalasPadam
  34. ehh, simpan leklok duit lama ni.. ada org cari, agak mahal offer utk sekeping ni tau ^^

    BalasPadam
  35. Salam.
    Bradbury Wilkinson tu nama printer untuk duit ni. tahniah.., selamat menjadi pengumpul duit lama. Kalau boleh tambah koleksi lagi, kasi mantap. ;)

    BalasPadam
  36. wahhh sukalah tgk koleksi.nnt cik nur tunjuklah lagi koleksi2 duit lamanie nak tengok..bukan senangkn nak kumpul?

    BalasPadam
  37. cik nur suka kumpul duit lamake?
    Ada byak tak,?
    Negara mana?
    Nak alamat cik nur?
    tiranaaduka@gmail.com

    BalasPadam
  38. ciksu ada duit yg rm1 bawah.atas tak da.

    skrg simpan duit RM1, RM2, RM5, RM10, RM50

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.