Khamis, 27 September 2012

.:: Pet Grass Untuk Si Comel ::.






Salam 11 Zulkaedah 1433H.
Selamat hari khamis semua...!

Jujur, agak kekok sedikit bila mahu menaip entry setelah sekian lama menyepikan diri.
Terima kaseh tidak terhingga buat kalian semua yang tidak jemu-jemu doakan kesihatan aku.

Sayang kalian....!!

Nampak tajuk..?
Pet Grass atau bahasa melayunya, rumput binatang.

Dan AMARAN ini BUKAN ENTRY BERBAYAR.
Sekadar berkongsi dengan mereka yang belum tahu.

Kalau sesiapa ada bela kucing, pasti tahu kucing kadang-kalanya akan keluar mencari rumput untuk di makan.

Dan tentu ada yang cakap "Eh..kucing makan rumput ke..?"

Ye sayang, kucing memang makan rumput. Tapi tidaklah di jadikan makanan asasinya.

Cuma bila perlu sahaja.

Kenapa kucing perlu makan rumput...?

Dengan memakan rumput yang di anggap penawar,  kucing dapat memuntahkan kembali gumpalan bulu yang di jilatnya  itu.

Jadi, kucing yang bermain bebas di luar, senanglah nak mencari rumputkan.

Tapi kalau macam kucing aku Si Bulat tu, bunyi enjin motor pun dia takut, inikan pula nak biarkan dia keluar.

Jadi, kenalah tiap-tiap pagi aku carikan sedikit rumput untuk Si Bulat. Tapi bila tengok rumput-rumput bertukar kekuningan aku mula takut nak bagi.

Risau kalau-kalau rumput tu dah di sembur racun. Jadi, langkah mudah adalah menanam rumput itu sendiri. Tapi macam manakan?

Sampailah aku terjumpa halaman Pet Grass (Malaysia) di mukabuku.

Kali pertama pantang terus berminat..!
Keterujaan nak beli tu, membuak-buak nih..!

Al-maklumlah, kalau tanam rumput sendiri dah jamin rumput tu bersih dari racunkan..!

Bincang-bincang, dan aku terus buat keputusan untuk beli duluxe kit dengan harga RM17.50. ( Harga termasuk pos untuk di semenanjung)

Selesai pembayaran di buat, dan barang pun dah selamat sampai rumah,
Sesegera mungkin aku mula menuai rumput tu tau..!

Dan rumput itu hanya makan masa 6 atau 7 hari sahaja.
Lepas tu boleh bagi si bulat tu makan.

Pertama kali bagi, risau jugalah kalau-kalau Bulat tak nak.
Tapi kerisauan aku melesett..Bulat ragut rumput lebih rakus dari kambing...wakakakakaka..!

Jom...Layan gambar yang aku ambil, dari hari pertama aku tanam.


Bahan yang terdapat dalam Duluxe Kit.
Benih , Tanah , Tisu dan Kertas Arahan.


Letakkan tanah (tinggalkan sedikit) di dalam bekas yang telah di sediakan.
Semburkan sedikit air, bertujuan untuk basahkan tanah itu.
Tabur benih rumput itu secukup rasa dan semburkan sedikit air.


Ambil baki tanah yang ada, tutupkan benih yang di dalam bekas.
Dan kemudiannya sembur sedikit air.


Kemudian, tutupkan dengan tisu yang telah di sediakan.
Semburkan tisu tersebut dengan air hingga kelihatan lembab.
Dan mulalah proses penuaian.

Pastikan tisu sentiasa lembab. Kalau nampak tisu kering, segeralah semburkan dengan air.
Tisu boleh di buang sekiranya rumput sudah mula bercambah.


Hari ketiga, rumput sudah mula bercambah. 


Hari keenam, rumput berjaya tumbuh dengan suburnya...!
Dan sedia untuk di NGAP oleh Bulat..!


Tengok Bulat ragut rakus daripada kambing...! 
Heeee....!


Jom layan pula video Bulat makan rumput..Nyum..nyum..nyum..!


Rumput ni, bukan setakat untuk kucing je tau.
Hamster, anjing, arnab pun boleh juga.

Kalau siapa-siapa berminat nak dapatkan rumput ni, boleh terus ke laman mukabuku PET GRASS (MALAYSIA).


Kata Hati : Rasanya kucing Deqla pun takut keluar rumahkan...?
.

41 ulasan:

  1. kucing nisa mmg suke rumput camtu,daun serai lagi mereka suka..biasenye lps makan rumput kucing nisa akan muntah keluar cacing..rasenye perut dia tak sedap kot..huhu..

    BalasPadam
  2. info yang bagus nur untuk peminat kengkawan bulat=)org kata kalau bela kucing murah rezeki=)tapi nurul tak bela kucing sbb takut anak2 alah ngan bulu kucing=)

    BalasPadam
  3. nani pun nk beli jgk sbb dorang ckp bagus.. tp smue online.. agak2 kt pet shop ada ke?

    sungguh rakus si Bulat mkn. sedap agaknye. :)

    BalasPadam
  4. aik nur dah tukar profesion ke? hikhik.. oo patutla kalu kucing muntah ada keluar rumput2 eh. baru tau. ;)

    BalasPadam
  5. Ouh, baru tahu. Patutlah kadang-kadang kucing kat kampung tu selalu keluar. Rupanya nak makan rumput.

    BalasPadam
  6. cik nur ni mmg syg kucing...baru tahu ada rumput mcm ni..cubit2 sini

    BalasPadam
  7. betul tu. kucing mmg akan makan rumput or sayur hijau. dulu saya pernah bela kucing. semua daun n rumput yg kitorg bagi, dia makan. yg plg menjadi kegemaran diorg ialah daun misai kucing. sampai akar2 diorg makan. hehehehe

    http://suriaqistina.blogspot.com/2012/09/shila-amzah-terima-dana-rm5-juta.html

    BalasPadam
  8. tau xpe.. memey dan momon mmg takot kuar umah.. yg lain2 ok jew...huhu..kucing mmg mkn rumput jugak..setahu deqla, ibu kucing akn mkn rumput utk ubatkan sakit bila lepas branak..hihi.. err betol kan?

    BalasPadam
  9. eh baru tau rumput ni boleh beli..sebab selalunya tumbuh liar je kan?

    BalasPadam
  10. wahhhhhhhhhhhhh cik nur tengsss untuk info neh yer!!! saya memang suka snagat kucing neh. kiranya amat mencintai kucing laaa huhuhu.

    BalasPadam
  11. cantik rumput tu cik nur..gambar2 tu nampak cantik lah..

    BalasPadam
  12. oh..xperlu cahaya matahari ke cik nur?? senangla kalo mcm ne kan..bole tanam rumput dlm rumah..(^_^)

    BalasPadam
  13. eh, akak br tau la pasal ni.. mcm best je... hihii thanks ek kongsi ilmu ni dgn akak :-)

    BalasPadam
  14. yang saya dengar juga, rumput ni penawar penyakit untuk kucing..

    BalasPadam
  15. bulat..makin bulat lah engko,..bulat...

    BalasPadam
  16. TQ info ye sis.. Ida nak beli tuk Mushang lah... heeee~

    BalasPadam
  17. Seriusssss....? Kucing CiM tak sesuai kowt bg dia rumput sebegitu, tak sampi berapa hari dah bertaburan. Bayangkan kalau 8 ekor tue berkuntau...hehehe

    Biarkan saja mereka makan rumput kat luar :)

    BalasPadam
  18. laaaaa. kucing pun mkn rumput rupenyeeee. baru tahu. hee.

    BalasPadam
  19. ptut lm x on9.. x sht rupenye.. skg ok dh kn..

    tak tau plk ade pet grass ni.. sbb x bela kucing hihi

    BalasPadam
  20. hahahaha , rakusnya dye makan rumput , comel3 !!! since CP duk kg , masalah rumput nih takde masalah tapi baru2 nih , sekor kitten CP dah mati mgkin termakan rmput beracun , sian dye , semalam baru je tgk dye lincah , lompat sane lompat sini , nakal jerr , tgk2 esok petang dye jalan lembik , baring ats katil , mlm tuh bile pgg , dah takde nyawa, sob3~~~sedeh larrr

    BalasPadam
  21. oh...patut la selalu tgok kucing makan rumput....Ohhh enam hari dah tumbuh dah rumputnye...bagus la info ni Nur..

    BalasPadam
  22. kucing saya suka makan plastik hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kucing kalo dia suka makan plastik, itu tandanya dia desperate nak kuarkan bulu dalam usus..so better bg dia makan rumput n in sha Allah dia akan muntahkan bulu2 tu nnt.

      Padam
  23. zmn moden kan...rumput tuk kucing pun boleh tanam dlm umah..kira x pyh kuar mlm la si bulat tu kan.hehehe

    BalasPadam
  24. ehh, sesuai ka rumput tu utk arnab? bahan utama rumput tu diorg guna apa?

    BalasPadam
  25. First time M tau Pasal benda ni...kiranya khas untuk kucing yg tak keluaq umah la ni...ha ha..

    BalasPadam
  26. wow! bagusnya.. alternatif untuk kucing makan..bgs3..suke3.. :)

    BalasPadam
  27. kak fieda baru tau kucing mkn rumput ada sebab..mmg pernah nmpk..

    BalasPadam
  28. eheee comelnya kucen,tingin jgk nak bela kucen tp asyik bz je,nt tak pepasal kucen tuh kesepian hihi

    BalasPadam
  29. wah baru solehah tau kucing makan rumput.patutla kdg2 tu kucing2 solehah g ske kt dlm semak... nk cuba la nt

    BalasPadam
  30. owh ni wani baru tau mklum la kt umah xbela kucing...nk pgg kucing pn tkt eheee

    BalasPadam
  31. baguslah cik nur ni..mmg betul2 jaga kebajikan bulat~ :)

    BalasPadam
  32. dya nak bagi comel dya mkn lah..hihih

    BalasPadam
  33. sonok bulat dapat tuan macam nur. hehe

    BalasPadam
  34. Sy da cuba tanam rumput ni. Tp xberhasil. Sy menanam sama cara mcm dlm kertas arahan. Da enam hari. Knp ye? Boleh bg cara ?

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.