Selasa, 29 Januari 2013

Dear Kamu....





Dear kamu,

Sekiranya kamu tidak serah diri sebelum waktunya, jangan harap aku senyum jika kita berselisih bahu suatu hari nanti. FAHAM..! ohh..kejamnya aku…Dan lebih kejam lagi, sekiranya kamu jatuh disebelah aku, jangan harap aku nak bantu okay...! Hahaha..aku sememangnya kejam dengan KAMU..!

Aku tahu , kamu selalu ke teratak ini bukan..? kamu selalu baca apa yang selalu aku ceritakan disini. Senang cakap, kamu tahu keadaan dan segala aktiviti aku. Jika kamu fikir, aku tidak tahu kehadiran kamu ke sini, kamu silap. Sebaliknya aku sudah lama tahu….

Kamu terkejut..? sudah tentulah. Tapi hairanlah, kenapa kamu langsung tak menyedari apa yang selalu celotehkan disini adalah tentang kamu. Atau kamu sengaja tidak menyedari apa yang sedang kamu baca..? Ehemm…hanya kamu dan DIA saja yang tahukan..

Ini adalah jalan mudah untuk aku berhubung secara bisu dengan kamu. Mohon kamu baca setenang kamu melupakan aku untuk selamanya. Mohon buangkan rasa indah yang sedang bersarang dihati kamu, walaupun sekelumit.

Kamu, di atas kesempatan ini aku ingin mohon jutaan kemaafan dari kamu seandainya sepanjang perhubungan kita, aku pernah menyakiti hati kamu tanpa sedar. Halalkan segala bagai yang telah kamu hulurkan pada aku. halalkan kaseh dan sayang yang telah kamu curahkan pada aku…

Aku akur, sekiranya kamu mahu terus berhenti menyayangi aku seperti mana aku menyayangi kamu. Tapi, jangan susah hati, aku sedang belajar untuk cuba terus berdiri tanpa kamu. Walaupun sukar, tapi aku harus cuba.

Sebenarnya bukan senang nak lupakan apa yang kamu janjikan. Tapi, siapa aku mahu menidakkan takdir. Mahu atau tidak, aku kena akur bukan dipaksa, tapi seikhlas mungkin. Seperti mana yang kamu tahu, untuk ikhlas dengan apa yang terjadi susah okay…!

Tapi jangan risau dear, aku sedang cuba ikhlas seikhlasnya. Kalau sebelum ini mungkin perit untuk aku tempuh semua ini. Tapi aku tidak mahu jadi wanita lemah, mahu atau tidak, aku harus kuatkan..! Cuma sekuat-kuat aku, aku tidak kuat berdepan dengan kamu. Itu salah satu perkara yang tidak bisa aku atasi. Tapi aku harus atasi..! insyaAllah, suatu hari nanti mungkin.

Aku tahu, kamu rasa bersalah dengan aku. Aku pula risau seandainya rasa bersalah kamu itu berlarut hingga terjejas segala perancangan kamu nanti. Jadi dengan cara ini aku harap rasa bersalah yang membeku dalam hati kamu itu berkurangan hendakNYA. Tolong jangan malukan aku, cukup hanya sekali…jangan sampai dua..! Hahahahaha…

Berdasarkan ayat diawal warkah ini, kamu mungkin lihat aku kejamkan. Tapi sekejam-kejam aku, aku tak akan biarkan kamu, insan yang aku terlalu jaga kebajikannya dan insan yang pernah merajai hati aku tersungkur malu okay..! Kita ibarat cubit pipi kanan, pipi kiri pun terasa sakitnya. Jadi, malu kamu, malu jugalah aku. Jadi be cool dear…!

Tenang-tenang saja. Aku pemaaf orangnya, Cuma aku terkilan dengan sikap kamu je. Apa boleh buatkan, semuanya berlalu, nak menyesal pun tak ada faedah, makanya aku redho dan terima sajalah…itu lebih baikkan…

Cukup saja rasanya sampai disini, rasanya aku dah bebel panjang untuk kamu, walaupun dalam hati ni Tuhan saja yang tahu.

Buat kamu, aku izinkannn…..


p/s : Menaip warkah ini sambil dengar LAGU INI....



Kata Hati : Mesti ada yang muntah hijau baca warkah ini kan… 
.

38 ulasan:

  1. jiwang sehhh ciknur.hahaha..
    untuk kamu,moga kamu mengerti.hikhikhik ;)


    BalasPadam
  2. u 2, be strong dear. harap2 dia cepat2 serah diri. mau ketaq dia baca ni nur. hihihi..

    BalasPadam
  3. Belum muntah, sebab tengah digest coretan ni. Dalam dukamu ada suka, I mean u tengah marah ker apa ni? Sebab macam marah2 sweet gitu.

    BalasPadam
  4. Sempat lagi cik nur gelak ;) kira dah oklah tu kan? akak faham perasaan cik nur. Teringat dulu ibu angkat akak buat pantun utk akak. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Org tak nak aku lg tak ingin. Bunyi mcm kasar tp itu lah hakikatnya. Buat apalah mengharap pada yg tak sudi. Insyaallah ada yg lebih baik menanti :)

    BalasPadam
  5. adeh! siapakah kamu itu cik nur? berada betul dia menyakitkan hati cik nur saya! huhuhu.

    BalasPadam
  6. panjangnya luahan perasaan hihihi bukan muntah hijau...muntah kelabu....

    BalasPadam
  7. semoga semuanya berakhir dgn baik2 je Nur :)

    BalasPadam
  8. alamakk.. kamu tu sape dear? deqla pun baca gak blog nur ni..hahahaha.. hurm.. takpela nur..moga 1 hari nnti dia bisa sedar.. alhamdulillah.. nur ni pemaaf orgnya.. tp kalo dah maaf usah diungkit lagi.. biar la kemaafan tu ikhlas lahir dari hati..dan dia.. biarlah jika msh x timbul keinsafan dlm diri tu.. hanya Allah yg tahu.. dan Dia yg berhak utk menghukum.. ok ? be cool.. hihi =)

    BalasPadam
  9. Wah, surat putus cinta. Untuk siapa tu Cik Nur?

    BalasPadam
  10. uwekkkkkkkk
    bkn muntah hijo dah..muntah pelangi dah oiii.hahahahaha

    erkk..sebenarnya nk cakap 2 patah perkataan je :-

    gud girl!

    BalasPadam
  11. ni kenapa ni?.. cuba ceritakan .. hihi.

    BalasPadam
  12. wah.. mcm ayat novel pulak bile bc warkah ni... mesti ada terselit ayat ayat dari lirik lagu tu kan kan kan

    BalasPadam
  13. sape buat nur terkilan ni...sabar ye nur..

    BalasPadam
  14. semoga tabah dan sabar tempuhi hidup ni.

    BalasPadam
  15. rsa cm nk copy bg kat seseorng ja ni..haha

    BalasPadam
  16. sabar ye cik nur. solehah tau cik nur seorang yang tabah. totally we same dear. dan sekarang solehah dah mampu untuk kehilangan si dia. solehah berasa gembira sekarang walaupun ketiadaan dia.

    You know, Allah will give us better than what we get now. So don't worry if u not with someone that u love more and that person leave u. I know, u can get better than him. So cheers, my friend! :)

    BalasPadam
  17. panjang pesanan ni..harap si dia tu fahamlah ye~ :)

    smile always cik nur~ :)

    BalasPadam
  18. Luahan ikhlas.. Tak mampu nk komen lbih.. Yg pasti nani doakan nur kuat !!!! =)

    BalasPadam
  19. Kita hanya mampu merancang. Namun takdir jua penentu segalanya.. Ada hikmah di sebalik kepahitan hidup hari ini.. Allah telah sediakan hari esok yang lebih indah dan bermakna untuk kamu dear.. Semoga tabah menghadapi segala kepahitan ni..

    BalasPadam
  20. kusyuk btul baca.. ehem2 gerangn sape warkah ini ditujukn............. ??

    BalasPadam
  21. xtau nk komen pa warkah ni..hrap nur baik2 saja dan sabar banyak2

    BalasPadam
  22. sape ni.. ee akak yg baca pulak rs macam nak suruh org tu baca gak entry ni jgn terlepas.. hihuu

    *akak lupa nama kedai tu la nur... tp kalau tak silap, dekat bank rakyat kot.. dekat bangunan baru....

    eyh, akak dah ingat... kedai tu bersebelajhan dengan tutti frutti.. hehhe... tapi nama tempat + kedai, akak xtau sbb hubby je yg g beli.. akak bkn tau sgt psl tempat kat kg hubby ni.. hihii

    BalasPadam
  23. a~ a~ tak tahu~
    a~ a~ tak tahu~
    sapa buat cik nur sedih..

    kamu la tu kan?

    hehehe..

    alololo..meh sini dik akk hug..takmo sedih2 k..

    kalau muntah telan balik boleh jadi kuat cam badang kan dik? so nak muntah sekarang leh tak? piring please...hahahaha.

    BalasPadam
  24. kepada kamu tuh, sila baca cik nur punya luahan ni..

    BalasPadam
  25. sapa la dia tu..mai no phone ciksu nak suruh dia baca..biar mengerti

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.