Isnin, 18 Mac 2013

Jangan Ingat Emak Tak Tahu...






Entah kenapa, minggu lepas emosi diri sedikit terjejas. Penangan hasil karya novel Siti Rosmizah gamaknya. Bila baca, sekaligus fikiran aku terus merewang kepada kamu.

Ya..keadaan jiwa masih belum pulih sepenuhnya, tapi sedang cuba untuk jadi hebat lebih dari sebelumnya. Dalam keadaan emosi yang tak berapa nak stabil, memang agak berat untuk lakukan apa-apa. Sampai nak suap air ke mulut pun terasa berat sangat.

Dan minggu lepas entah kenapa emak kerap pula buat kejutan. Sebenarnya bukan kejutan sangat pun, sebab sebelum tu memang emak ada mesej. Cuma aku je langsung tak jenguk telefon bimbit. Dan bila loceng office berbunyi, aku sendiri terasa macam satu kejutan bila tengok yang tercegat depan pintu itu adalah emak.

Bayangkan dalam keadaan aku beremosi, emak dah setia menunggu aku buka pintu. Errr…apa lagi yang boleh aku lakukan selain senyummmm. Ya…! Mungkin senyuman aku itu palsu. Tapi, ianya lebih baikkan daripada emak lihat aku muncung sedepa.

Bila dalam kereta, dari ekor mata, aku nampak emak kerap kali cuba intai air muka aku. Aku..? Sedaya upaya kekal gaya muka yang  selamba tahu! Walaupun kadang-kalanya bebola mata tertiba berkaca. Arrghhh..! Sangat tidak suka situasi itu.

Dalam hati, mohon emak jangan tanya apa-apa. Mohon emak tidak perasan perubahan anaknya. Sebab aku tak sanggup mahu bercerita. Sangat-sangat  tidak sanggup,tahu! Tapi bila lebih dari 5 kali emak curi-curi pandang, aku cuma hanya mampu berkata …

“Kaklong letih betul hari ni, dahlah tak cukup tidur”

Keadaan sunyi seketika, aku masih lagak seperti biasa. Dan suara emak terus menerpa gegendang telinga hingga buat daku terkedu…

“Kamu jangan ingat mak tak tahu…”

Errr.............................



Kata Hati : Sedikit pun perubahan kita, emak pasti tahu….!
.

45 ulasan:

  1. naluri hati yg sngt kuat, itulah emak..
    aissshh tetiba rindu kat mak :(

    BalasPadam
  2. emak adalah seorang ahli nujum yang berjaya. apa2 yg kita sembunyi lg lg yg melibatkan perasaan, emak senang jer nak menduga anak2nya...

    BalasPadam
  3. Jangan ingat mak tak tau.. huhuhuu terkedu kan.

    BalasPadam
  4. cik nur, jangan bagi muka kita sedih. mak kita mmg dapat baca. don't sedih2 tau.

    BalasPadam
  5. xbaik tipu kt emak tau..cian makcik.xpe,bila kongsi dgn mak,actually lagi bagus dari kongsi dengan 10org rakan baik.trust me bcoz my mom is my besties..hehehe :)


    BalasPadam
  6. salam perkenalan.... nanti jemput la singgah rumah saya yer....

    BalasPadam
  7. naluri seorang ibu itu kuat...sebab dia yang melahirkan kita kan... mama saya selalu cakap..esok2 kalau dah jadi seorang ibu kita taulah apa yang dimaksudkan...

    dear...kalau sudi, ada masa terluang dan ini tiada paksaan...dijemput untuk join...

    http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/03/segmen-featured-me-on-bubbly.html

    BalasPadam
  8. biasa la.. mak kita melahirkan kita.. sure la tahu.. ada gak mak bapak malas nak ambil port tentang anaknya.. hmm.. apa2 po.. wa suka n syg gila2 mak wa.. muehehehe..

    BalasPadam
  9. naluri mak,..nur....sll nya betol..nnt nur dh jadi mak...nur pun pasti akan tahu,...ehe...apa citer nie nur...suspen jer nur nie

    BalasPadam
  10. naluri seorang ibu sememangnya sgt kuat nur! dia tahu apa yg anak dia rasa kalau dia betul2 prihatin thadap anaknya. bertuah nur dapt mak memahami.

    BalasPadam
  11. errr.. mcm baca novel plak... hihihi

    BalasPadam
  12. Emak ni punya deria lain macam...
    Soiroklah macam mana pun..
    Naluri dia kuat... =D

    BalasPadam
  13. betul tu... mak la org yg paling mengenali diri kita..dia yg mengandungkan kita, melahirkan dan membesarkan .. masakan tak tahu...? huhu... (ayat skema mcm nur dah) hahahaa

    BalasPadam
  14. kite sedih,kite gembira, mak dapat rasa..pastu kalau dpt luah kat mak ape yg kite pendam kat hati ni,puas rasanya..lagi2 klau dpt nangis kat pangku mak... :)

    BalasPadam
  15. kdg2 mak sengaja tak nak tanya sebab dia nak kita cerita sendiri kan..tapi,dia memang tahu sebenarnya apa yg berlaku pada anak2 dia :)

    BalasPadam
  16. ibu mana yg tak tahu pasal anaknya..nur awat baca novel tue,...done british council

    BalasPadam
  17. yaaaa...btul tu. tak boleh sembunyi apa2 dgn mak kita.

    begitu jg CiM skang dah jd mak, psti akn tahu apa yg tak kena pd 2org bujang tu, sampaikn afik petnah cakap

    "mama ni....tau jer semua"

    BalasPadam
  18. Emak adalah insan yang paling istimewa....

    BalasPadam
  19. naluri ibu. memang kita tak boleh nak elak. berterus terang je nur. kekeke..

    BalasPadam
  20. kasihnya seorang ibu..memahami n mengetahui segala perubahan kita

    BalasPadam
  21. Naluri sorang ibu mmg camtu Nur..mesti dia perasaan setiap perubahan anaknya... Alahai Sabaq bebanyak Nur...

    BalasPadam
  22. IBU ORG YG MELAHIRKAN KITA..SO IBU ADALAH ORG YG PALING DEKAT DIHATI KITA..

    BalasPadam
  23. Promosi Rainbow Al-Quran & Ribbon Watch! Sehingga 23 Mac 2013, ready stock.

    http://bit.ly/cd2aQx

    BalasPadam
  24. hehehe kantoii sudah :)

    ibu kan dianugerahkn keistimewaan dr Allah..sekilas pndang pun dia dh tahu yg kita ni berbohong =)

    BalasPadam
  25. emak yg lahirkn kite mst lah dia tahu ^_^

    BalasPadam
  26. dia melahirkan kita Nur....9 bulan......ermm...

    BalasPadam
  27. naluri seorang ibu tu sangat kuat dik,dia sudah kenal kita lebih dari kita kenal diri sendiri :)

    BalasPadam
  28. Haaa...Nur..jgn ingt mak tak tahu.... :)

    BalasPadam
  29. dah namanye pon mak....mesti tau...

    BalasPadam
  30. tetiba rasa macam kak intan cbaca novel lak..pandai nur susun ayat..naluri seorang ibu memang akan tahu tau

    BalasPadam
  31. emakemak mmg gifted baca air muka anakanak hihi

    BalasPadam
  32. Encik H Rindukan, jgn lupa sedekahkan Al-fatihah yea.. :)

    BalasPadam
  33. betul2..naluri mak mmg kuat tau...rindu mak..huhu~ :'(

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.