Dear kamu,
Sekiranya kamu tidak serah diri sebelum waktunya, jangan
harap aku senyum jika kita berselisih bahu suatu hari nanti. FAHAM..! ohh..kejamnya
aku…Dan lebih kejam lagi, sekiranya kamu jatuh disebelah aku, jangan harap aku nak bantu okay...! Hahaha..aku sememangnya kejam dengan KAMU..!
Aku tahu , kamu selalu ke teratak ini bukan..? kamu selalu
baca apa yang selalu aku ceritakan disini. Senang cakap, kamu tahu keadaan dan
segala aktiviti aku. Jika kamu fikir, aku tidak tahu kehadiran kamu ke sini,
kamu silap. Sebaliknya aku sudah lama tahu….
Kamu terkejut..? sudah tentulah. Tapi hairanlah, kenapa kamu
langsung tak menyedari apa yang selalu celotehkan disini adalah tentang kamu. Atau
kamu sengaja tidak menyedari apa yang sedang kamu baca..? Ehemm…hanya kamu dan
DIA saja yang tahukan..
Ini adalah jalan mudah untuk aku berhubung secara bisu
dengan kamu. Mohon kamu baca setenang kamu melupakan aku untuk selamanya. Mohon
buangkan rasa indah yang sedang bersarang dihati kamu, walaupun sekelumit.
Kamu, di atas kesempatan ini aku ingin mohon jutaan kemaafan
dari kamu seandainya sepanjang perhubungan kita, aku pernah menyakiti hati kamu
tanpa sedar. Halalkan segala bagai yang telah kamu hulurkan pada aku. halalkan
kaseh dan sayang yang telah kamu curahkan pada aku…
Aku akur, sekiranya kamu mahu terus berhenti menyayangi aku
seperti mana aku menyayangi kamu. Tapi, jangan susah hati, aku sedang belajar
untuk cuba terus berdiri tanpa kamu. Walaupun sukar, tapi aku harus cuba.
Sebenarnya bukan senang nak lupakan apa yang kamu janjikan. Tapi,
siapa aku mahu menidakkan takdir. Mahu atau tidak, aku kena akur bukan dipaksa,
tapi seikhlas mungkin. Seperti mana yang kamu tahu, untuk ikhlas dengan apa
yang terjadi susah okay…!
Tapi jangan risau dear, aku sedang cuba ikhlas seikhlasnya. Kalau
sebelum ini mungkin perit untuk aku tempuh semua ini. Tapi aku tidak mahu jadi
wanita lemah, mahu atau tidak, aku harus kuatkan..! Cuma sekuat-kuat aku, aku
tidak kuat berdepan dengan kamu. Itu salah satu perkara yang tidak bisa aku
atasi. Tapi aku harus atasi..! insyaAllah, suatu hari nanti mungkin.
Aku tahu, kamu rasa bersalah dengan aku. Aku pula risau
seandainya rasa bersalah kamu itu berlarut hingga terjejas segala perancangan
kamu nanti. Jadi dengan cara ini aku harap rasa bersalah yang membeku dalam
hati kamu itu berkurangan hendakNYA. Tolong jangan malukan aku, cukup hanya
sekali…jangan sampai dua..! Hahahahaha…
Berdasarkan ayat diawal warkah ini, kamu mungkin lihat aku
kejamkan. Tapi sekejam-kejam aku, aku tak akan biarkan kamu, insan yang aku
terlalu jaga kebajikannya dan insan yang pernah merajai hati aku tersungkur
malu okay..! Kita ibarat cubit pipi kanan, pipi kiri pun terasa sakitnya. Jadi, malu kamu, malu jugalah aku. Jadi be cool dear…!
Tenang-tenang saja. Aku pemaaf orangnya, Cuma aku terkilan
dengan sikap kamu je. Apa boleh buatkan, semuanya berlalu, nak menyesal pun tak
ada faedah, makanya aku redho dan terima sajalah…itu lebih baikkan…
Cukup saja rasanya sampai disini, rasanya aku dah bebel
panjang untuk kamu, walaupun dalam hati ni Tuhan saja yang tahu.
Buat kamu, aku izinkannn…..
Kata Hati : Mesti ada yang muntah hijau baca warkah ini kan…
.
38 ulasan:
jiwang sehhh ciknur.hahaha..
untuk kamu,moga kamu mengerti.hikhikhik ;)
u 2, be strong dear. harap2 dia cepat2 serah diri. mau ketaq dia baca ni nur. hihihi..
Belum muntah, sebab tengah digest coretan ni. Dalam dukamu ada suka, I mean u tengah marah ker apa ni? Sebab macam marah2 sweet gitu.
Ehem,, Surat tanpa nama,
selamat pagi cik nur ,,
Sempat lagi cik nur gelak ;) kira dah oklah tu kan? akak faham perasaan cik nur. Teringat dulu ibu angkat akak buat pantun utk akak. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Org tak nak aku lg tak ingin. Bunyi mcm kasar tp itu lah hakikatnya. Buat apalah mengharap pada yg tak sudi. Insyaallah ada yg lebih baik menanti :)
warkah yg penuh maknanya..
Amboih Nur..
Mandalam betul ni....
adeh! siapakah kamu itu cik nur? berada betul dia menyakitkan hati cik nur saya! huhuhu.
panjangnya luahan perasaan hihihi bukan muntah hijau...muntah kelabu....
semoga semuanya berakhir dgn baik2 je Nur :)
alamakk.. kamu tu sape dear? deqla pun baca gak blog nur ni..hahahaha.. hurm.. takpela nur..moga 1 hari nnti dia bisa sedar.. alhamdulillah.. nur ni pemaaf orgnya.. tp kalo dah maaf usah diungkit lagi.. biar la kemaafan tu ikhlas lahir dari hati..dan dia.. biarlah jika msh x timbul keinsafan dlm diri tu.. hanya Allah yg tahu.. dan Dia yg berhak utk menghukum.. ok ? be cool.. hihi =)
Wah, surat putus cinta. Untuk siapa tu Cik Nur?
fuhhhh..mengelemang baca..hahaha
buat 'kamu' mg dia mengerti
uwekkkkkkkk
bkn muntah hijo dah..muntah pelangi dah oiii.hahahahaha
erkk..sebenarnya nk cakap 2 patah perkataan je :-
gud girl!
bace ye kamu... :)
ni kenapa ni?.. cuba ceritakan .. hihi.
wah.. mcm ayat novel pulak bile bc warkah ni... mesti ada terselit ayat ayat dari lirik lagu tu kan kan kan
sape buat nur terkilan ni...sabar ye nur..
Akk tumpang baca takpew kan
kenapakah????nur ceta lah ngan MV
semoga tabah dan sabar tempuhi hidup ni.
nice :)
rsa cm nk copy bg kat seseorng ja ni..haha
sabar ye cik nur. solehah tau cik nur seorang yang tabah. totally we same dear. dan sekarang solehah dah mampu untuk kehilangan si dia. solehah berasa gembira sekarang walaupun ketiadaan dia.
You know, Allah will give us better than what we get now. So don't worry if u not with someone that u love more and that person leave u. I know, u can get better than him. So cheers, my friend! :)
panjang pesanan ni..harap si dia tu fahamlah ye~ :)
smile always cik nur~ :)
Luahan ikhlas.. Tak mampu nk komen lbih.. Yg pasti nani doakan nur kuat !!!! =)
Kita hanya mampu merancang. Namun takdir jua penentu segalanya.. Ada hikmah di sebalik kepahitan hidup hari ini.. Allah telah sediakan hari esok yang lebih indah dan bermakna untuk kamu dear.. Semoga tabah menghadapi segala kepahitan ni..
kusyuk btul baca.. ehem2 gerangn sape warkah ini ditujukn............. ??
xtau nk komen pa warkah ni..hrap nur baik2 saja dan sabar banyak2
puitis sungguh dalam maknanya=)
sape ni.. ee akak yg baca pulak rs macam nak suruh org tu baca gak entry ni jgn terlepas.. hihuu
*akak lupa nama kedai tu la nur... tp kalau tak silap, dekat bank rakyat kot.. dekat bangunan baru....
eyh, akak dah ingat... kedai tu bersebelajhan dengan tutti frutti.. hehhe... tapi nama tempat + kedai, akak xtau sbb hubby je yg g beli.. akak bkn tau sgt psl tempat kat kg hubby ni.. hihii
untuk siapakah warkah ini?
semoga nur terus tabaH
a~ a~ tak tahu~
a~ a~ tak tahu~
sapa buat cik nur sedih..
kamu la tu kan?
hehehe..
alololo..meh sini dik akk hug..takmo sedih2 k..
kalau muntah telan balik boleh jadi kuat cam badang kan dik? so nak muntah sekarang leh tak? piring please...hahahaha.
kepada kamu tuh, sila baca cik nur punya luahan ni..
sapa la dia tu..mai no phone ciksu nak suruh dia baca..biar mengerti
Catat Ulasan