Khamis, 2 Mei 2013

Pemilihan Wali Rakyat




Assalamualaikum.

Kalau di Indonesia, mereka panggil Pemilihan Wali Rakyat. Tapi Di Malaysia, kita panggil PILIHAN RAYA.  Bila sebut Pilihan Raya, rata-rata dah tahukan.  Ahad ini, 5 Mei 2013 persamaan dengan 24 Jamadil Akhir 1434H hari pembuangan undi bagi semua rakyat Malaysia yang layak. Rasanya ramai blogger yang dan keluarkan entry detail-detail mengenai PILIHAN RAYA  KE 13 ni kan.

Untuk entry aku kali ni, bukanlah entry berunsurkan politik ye.  Berunsurkan poligami lagilah bukan. Cuma sekadar ingin mengucap selamat mengundi buat para pengundi. InsyaAllah umur panjang, tahun ni buat pertama kalinya aku mengundi. Al-maklumlah, tahun lepas baru cukup 21. Hahaha.

Di tempat aku, wakil Parlimen dan Adun yang bertanding cuma dua parti sahaja. Jadi kawasan perumahan dan sama waktu dengannya memang penuhlah bendera lambang DACING dan juga BULAN. Dan bagi calon kedua-dua parti ni, aku cuma kenal sorang je. Itupun sebab adik iparnya pernah menjadi Kawan Baik aku suatu masa dulu. Yang sorang lagi tu, aku tak berapa nak kenal. Kalau kenalpun sebab tengok poster yang berlambak-lambak tergantung.

Perasaan aku..? Teruja tu adalah sikit-sikit. Biasalah benda pertama kali dalam sejarah nak pergi mengundi ni. Tapi aku lebih teruja lagi nak tengok gelagat-gelagat peraih undi yang pasti akan mengamatkan lagi suasana. Baik dari pihak Kerajaan mahu pun Pembangkang, masing-masing ada cara tersendiri. Yang lain-lain aku tak berapa teruja sangat.

Jadi, sesiapa yang boleh mengundi tu, selamat mengundi diucapkan. Pilihan di tangan kita. Dan undi anda adalah rahsia. Mari sama-sama kita jalankan tanggungjawab kita bersama. Eceehh..!

Oh yea…Jangan lupa bawa Kad Pengenalan ye..!



Kata Hati : Selamat memilih Wali Rakyat….. 

.

26 ulasan:

  1. Selamat memilih wali rakyat ya :)

    BalasPadam
  2. selamat memilih nur. buat pilihan yg tepat ok. ;)

    BalasPadam
  3. slmt mengundi nur
    yeah..undi adalah rahsia kan kan kan

    BalasPadam
  4. selamat mengundi, pangkah tanda suka, jangan tanda right!

    BalasPadam
  5. as-salam..

    ye ke baru tahu.
    betul tu teda kad pengenalan tak dapet ler nak ngundi..hihi

    BalasPadam
  6. selamat mengundi nur....bantu Perak dptkan pemimpin yg boleh bawa dunia hingga ke akhirat. Besar tanggungjawab nak pikul nih. hehe

    BalasPadam
  7. anak akak yg sulung jga akn mengundi bersama..selamat mengundi nur!

    BalasPadam
  8. Selamat mengundi..semoga yang menang akan memartabatkan islam, menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara...Amin

    BalasPadam
  9. selamat mnegundi ciknur :)
    pangkah yg betoi2 ye ..hihi

    BalasPadam
  10. selamat mengundi nur... pilihla pemimpin yg terbaik yaa

    BalasPadam
  11. nsib baik ingatkan tajuk tu typo, huh...

    BalasPadam
  12. Selamat membuang undi esok.. ;) :)

    Nani kena tnggu 5 thn lagi. Terkilan gile nih!! Nak nangis pun ada.. 1 undi sgt berharga.. Tp apakan daya ;(

    BalasPadam
  13. Selamat mengundi Nur...buat pilihan bijak tau..undilah kak M..muahahaha

    BalasPadam
  14. hari ni dh hari raya....hihii...pilihanraya :p

    BalasPadam
  15. alhamdulillah..dah settle kan...

    BalasPadam
  16. sudah pilih walaupun datang time pening2 lalat

    BalasPadam
  17. ermm nk ucpa slmt mgundi pon dah tamat dah..hahaa..alhmdulillah selesai smuanya kan.

    BalasPadam

Terima kaseh sudi meluangkan masa Kalian di blog ini. Dan terima kaseh juga kerana sudi meninggalkan komen atau kritikan Kalian di sini. Semuanya amat Nur hargai.