
BINTANG sahabat maya yang jauh nun di sana. Memang kami belum
pernah berjumpa. Mungkin akan berjumpa suatu hari nanti…InsyaAllah. Dia sahabat
yang sentiasa ada untuk aku. selain bulan, dia juga selalu setia menghiasi
hari-hari aku. Walaupun BINTANG nun jauh diatas sana, tapi masih mampu
menerangi aku yang tenggelam dek cabaran dunia..
Siapa BINTANG..? biarlah
aku, bulan, bintang dan DIA saja tahu…
Bintang pernah tanya aku, aku pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki atau tidak.?
Reaksi spontan aku ketika baca soalan yang di ajukan bintang
ialah, mengaru kepala yang langsung tidak gatal. Sambil otak ligat berfikir,
siapakah kawan lelaki yang layak digelarkan BFF..? sebab setahu aku, sejak
tamat alam persekolahan, aku langsung tidak berkawan dengan mana-mana lelaki,
kecuali KAMU.
Selain KAMU, aku memang tidak berkawan dengan lelaki lain. Tiada, kosong.
Dan pagi tadi, tiba-tiba soalan bintang sekali lagi bermain
di fikiran. Seraya itu terus aku mengingati seseorang yang pernah kenal rapat
dengan aku lepas alam persekolahan. Walaupun umur aku 16 tahun lebih muda dari
dia, tapi langsung tak menghalang persahabatan kami. Dia lelaki yang baik,
sangat menjaga penampilan dan manja…! #adehh..kenyataan berani mati ni..!
Walaupun dia 16 tahun tua dari aku, aku tak pernah panggil
dia ‘ABANG’. Meskipun kadang-kala dia selalu bahasakan dirinya ‘ABANG’. Aku
lebih selesa panggil nama. Tapi tak bermaksud aku tak hormat dia. Aku terlalu hormati
dia bukan hanya kerana dia lebih tua,
tapi kerana gelaran yang di sandang oleh dia.
Seminggu, 3kali wajib dia datang ke tempat kerja aku. Pernah
sebulan penuh dia datang jumpa aku. dia
selalu bercerita segala aktiviti dan pengalaman sebagai pakar motivasi. Sebab itulah dia boleh jadi penasihat terbaik
buat aku ketika aku jatuh..! Tapi aku juga di anggap penasihat terbaik buat dia
tau. Ingat lagi, bergenang air mata dia menahan sebak bila bisnes yang
diuruskannya tersungkur akibat ditipu kawan sendiri.
Dikala itu, aku penting
buatnya. Bukan kerana duit, tapi kata-kata semangat untuk dia bina kekuatan
semula. Saban hari kami makin rapat dan segala apa yang dia mahu lakukan,
pasti akan di maklumkan pada aku. jadi segala jadual harian dia, aku boleh
hafal..! Serapat-rapat kami, dia lelaki yang sentiasa menjaga perbatasan dalam
pergaulan. Mungkin sebab itu aku selesa berkawan dengan dia. Dia faham cara
aku. aku faham cara dia. Itu yang penting. Dia jugalah yang selalu menceritakan
kisah-kisah hidup wanita terhebat pada aku. Dan salah satu cerita yang amat
terkesan dalam hati aku ialah kisah Rabiatul Adawiyah.
4 tahun dia menjadi BFF terbaik buat aku. Hinggalah dia
terjebak dengan bidang jualan hartanah. Terbang sana, terbang sini sampai tiada
masa lagi untuk bertemu seperti selalu. Hubungan jadi renggang bila dia tidak
lagi memaklumkan aku segala aktivitinya. Pernah sebulan tak jumpa, aku cuba
call tempat dia bekerja, jawapan yang diberi kakitangan kerajaan disitu,
membuatkan aku benar-benar sentap…!
“Encik I cuti tanpa gaji 3 bulan…”
3 bulan..?? kenapa aku langsung tak tahu..?? Yee..aku tahu itu hak peribadi dia, tapi
kenapa tak maklumkan pada aku seperti mana sebelum ini..? paling sakit hati,
bila panggilan aku langsung tidak dijawabnya.
Dan suatu petang hening, tiba-tiba panggilan 3G dari dia
masuk ketalian telefon aku. Rupanya dia
berada di sabah, sedang menguruskan jualan hartanah disana. Dia akan jumpa aku
sebaik saja pulang ke semenanjung nanti.
Aku tak ingat bila kali terakhir kami berjumpa, tapi apa
yang membuatkan kami renggang dan bertambah renggang bila aku sedar, dia
mengharapkan hubungan yang lebih. Walaupun hakikatnya, dia tahu kedudukan
sebenar dia.
Dan akhirnya hubungan kami berlalu macam tu jee… dan bila
dah berbulan-bulan tak jumpa, aku dipaksa jumpa dia untuk mengundang ke jemputan perkawinan sepupu aku,serius
aku rasa takut. Manalah tahu kalau dia
tak nak jumpa aku dahhh…
Tapi sangkaan aku meleset, dia masih sudi jumpa aku. dan
reaksi yang tak dapat aku lupa bila aku hulurkan kad jemputan, terus dia soal dengan nada gusar “siapa kawin..?” sambil mata melirik
lihat dua belah jari manis aku. ohh..cari cincin rupanya…
“Bukan awakkann…”
“Eh..sayalahh…Jemput tau..!”
Cepat-cepat dia buka kad jemputan tu, sebaik je lihat nama
yang tertera..reaksi dia urut dada…
“Fuhh..ingatkan awak tadi…”
“Kalau saya pun kenapa…?”
“Err…”
Dia kelu, aku lagilah kelu. Aku tak mahu dia berharap pada
aku. Bukan tak sudi, tapi susahlah nak jelaskan…rasanya aku hanya selesa
menjadi kawan yang terbaik untuk dia.
Ermm…rasanya ada hikmahnya kenapa kami tidak serapat dulu. Tapi tak bermakna aku mahu terus jauhi dia. Tidak...dia tetap sahabat aku sampai mati..!
Errr..tak sedar, terpanjang pula entry..hehehehe…. itu
sajalah Bintang. Dan insyaAllah, Nur
akan cuba buat
seperti mana Bintang ajar
hari tu..heeeeee… J
P/s: BFF lelaki, tak bermakna kita curangkan....!
Kata Hati : Baik lelaki ataupun perempuan dua-dua Nur suka kawan, just kawan... :)
Kata Hati : Baik lelaki ataupun perempuan dua-dua Nur suka kawan, just kawan... :)
.
31 ulasan:
Menarik... doakan moga kamu dan bintang bahagia ;)
huhuhu.. best betul citer ni. bertuah bintang. ;)
Encik I tu dah kawen ke? nape nur tak boleh terima dia?
OWH,SASPEN BACA ENTRY NI..RSNYA LELAKI TU MMG SUKA DGN NUR KAN..CUMA ADA SESUATU YG MGHALANG..^_^
as-salam..
haa.. terkezut dia..hihi
ciknur tak da hati ke ka sidia...sikit pon tak da ke?
wahhh teman tp mesra.. gigih deqla baca smpai abis tau..bkn sng kan nur nk citer psl kwn lelaki ni kan..hihihi...kesian kat dia.. mesti dia frust jugak tu nur tolak cinta dia.. huhu.. tp nk wat camne kan.. hati dan cinta tak bole dipaksa2.. kdg2 teman akrab mcm tu serasa janggal utk kita jalinkan hbgn lebih dari tu..deqla phm.. :)
mcm novel..siyes!
kisah nur ka ni..hehe..mmg nice..ayu pn ada kwn rapat laki dulu..tp kdg2 btl kata org lki n prmpn xblh jd rpt msti ada 1 perasaan yg lain klu bkn kita mybe kt dia.huhu
fiza pun ramai kawan lelaki , tp lepas kawin , kawan lelaki fiza tu , semua jadi kawan abang pulak.hihihi. kalau jumpa pegi minum ke , mesti bersama hubby :)
bintang....oooo..bintang
wow...kalu sudah jodoh nur, xkemana..huhuh...sejauh mne nur lari, jika dh tertulis..pasti jadi..hehe..nyue doakan yg terbaik buat nur...
ad bff xsalah...yg salah kalu bff pun ad hati dgn kita n bf kita dpt merasai..itu situasi nyue...
ermmm..boleh buat novel ni..
bila baca entry ni MV seakan merasai apa yg nur rasa
pernah dengar lagu Satu Bintang?
salam pagi selasa nur=)datang jenguk nur
Sebab tu ada yang kata....
Kita susah nak berBFF dengan lain gender..
Walau mulanya hanya sekadar biasa...
Bila dah lama2 pasti timbul rasa....
BFF cik nur sumpan hati kat ciknur ke? hihihihi...
klu berkawan bek cmpur semua...tak slh..tp kena tahu batas la kan :)
complicated cerita ni kih3x..
wah nur, org tu mcm ada hati pada nur je.hehe :)
betul..xsemestinya just frend right..kena paham tu..hehe
Ciee... Nur punya "Bintang" sendiri nih rupa-rupanya...? special bgt ya? heheheh.....
Maaf yaa lama tak mampir ke blog Nur yg cantikkk ini :)
Bff lelaki boleh asal tak melampaui batas hingga mengganggu hubungan org lain. Tapi tak semua jejaka dpt terima bila si gadis hati punya teman rapat lelaki :)
bagi saya, bff laki tak pernah wujud..bg sayalah..hehe..lelaki & perempuan sgt mustahil boleh jadi kawan baik tanpa ada perasaan apa2~
p/s:lagipun kalau leonerz ada bff perempuan, sy pun tak suka..dah dia jugak macam tu..hehe..jeles nanti~~~ :P
Dri atas sampai bawah nani baca nani senyum jeeeee.. :) Nani xde BFF.. Baik lelaki mahupun perempuan.. Tak thu mcm mne nk definisikan BFF tu mcm mne.. >,<
ada maksud disebaliknyer..
adakah si dia myimpan perasaan..
baca tajuk entri ni tetiba teringat. cikna suka sgt lagu tentang seseorang. someone selalu nyanyikan dulu. :)
bintang....
kamoo jauh kan bintang..sy jagakan cahaya tuk kamoo ye..biar cahaya trs hidup dgn sinaran bulan dab bintang :)
erkk memula td ingt incik I tu ustaz tu.muahhhaha silap la rupanya.kehkehkeh
wahhhh n3 inilah yg brkait dgn n3 selepasnya... Nur sndiri tahu isi hati nur dn nur sndiri tahu apa mkna hubungan utk kedua2nya. hati & perasaan nur hanya nur boleh rasa.
walaupun begitu, bekwn begitu lama tk smstinya akn diakhiri dgn prkhwinan, jarak usia pula tk smstinyaa mnjadi musabab utk tdk meneruskn hubungan ke arah yg lbh serius, manakala tinggal brjauhan bkn alasan utk segala2nya.
kamu dn bintang dipisahkn oleh jarak
kamu dn lelaki 16thn kedepan dipisahkn oleh masa
nur yg kena fikirkan apa yg trbaik utk diri nur di masa hadaapan.
goodlluck utk sebuah perhubungan
bkwn dgn lelaki ni mmg best tapi kne jage hati yg tersyg juge. :)
datang jenguk nur di pagi jumaat=)
Nur, saya ketinggalan baca n3 ni...
Nur, mesti Nur pun ada hati kat dia kan..=)betul tak??
Nur, apapun yang berlaku,'
kalau dia jodoh Nur, pasti akan bersatu..=)
Usia...atau apa2 ja bukan halangan kalo telah ditetapkan dia jodoh Nur..
Erm...tak kira la sapapun, kalo dah sampai masanya, jangan lupa jemput ya...=))))
saya doakan nur bertemu jodoh dengan lelaki yang baik n soleh..aminnnn
Catat Ulasan