Apa khabar semua. Rasa macam lama dah tak update blog.
Sekarang ni keadaan memang super duper sibuk. Masa amat mencemburui aku.
Buat kerja dah macam pencuri bersiri. Terkejar-kejar dan hasilnya super duper fenat gilerr...!
Jadi taknak biarkan blog ditinggalkan sepi bersawang, aku pun update je lah guna handphone cap ayam ni.
Cuma persoalannya di sini, ada ke yang rindu aku? Hahahaha...!
Kata Hati : Jika keadaan kembali stabil, insyaALLAH aku terjah blog kalian ye...!
Selasa, 29 Mei 2012
Ahad, 27 Mei 2012
.:: Aku Penyamun...??? ::.

Tajuk bikin panas daaaa....!!
Minggu ni asyik sibuk..sibuk..sibuk kan..?
Bosan pula rasakan.
Tapi apakan daya. Tak dapet den nak ngelak.
Esok ada kenduri dekat Ipoh.
Isnin pula kena submitkan segara urusan yang bikin aku serabut minggu ni.
Harapnya, semua berjalan lancar seperti dalam perbincangan.
Jadinya, minggu depan pun aku sibuk lagilah..!
Maaf pada kalian yang tak jemu berkunjung ke teratak ini.
Terutama buat GENG SEGAR FOLLOWER.
Mohon maaf sangat-sangat ye…!
InsyaALLAH , jika selesai semua urusan aku akan terjah teratak kalian pula.
Buat masa sekarang ni aku hanya boleh curi-curi masa je.
Bila tercuri-curi, aku terasa macam penyamun di blog sendiri pulokkk..! Hihihihih.
Rasa je, tapi tak naklah jadi penyamun..!
Tak tenteram hiduppp ooooo..!
Apapun, insyaALLAH…Keadaan akan kembali seperti biasa.
Tungguuuuu…! Tapi ada ke yang nak tungguuu...?
Hahahahaha...!
Kata Hati : Ada pengumuman peting mahu di buat, tapi belum sempatlahh..!
.
Jumaat, 25 Mei 2012
.:: Senyumlah...! ::.

Khamis, 24 Mei 2012
.:: Sibuk Lagi...! ::.

Alhamdulillah. Syukran YaALLAH..!
Masih berkesempatan aku keudara untuk hari ini.
Dan syukur juga bila urusan yang aku ceritakan di [ SINI ] telah pun selesai.
Alhamdulillah…!
Makanya, buat pertama kali pada tahun 2012
Dua pasang mata sudah pun bertemu.
Dan aku maintain boleh kawal ketaq tu.
Tapi dia, lagi jelas kelihatan ketaq tu..!
Releks bro…! Kalau jodoh tak kemana..! #hahahaha….gila kenyataan nihhh..!
Ingatkan hari ni aku tak sempat keluarkan entry.
Almaklumlah hari ni luar biasa sibuk sikit.
Nampak tak gambar di atas. Gambar lama.
Macam itulah cuaca sekarang ni. Cantik sungguh..!
Sangkakan mendung sampai ke petang,
Rupanya hadir mentari di tengah hari.
Sehangat perdebatan yang berlangsung sebentar tadi.
Dan sekarang baru je selesai. Hasilnya pening..susah hati..dannn letih…!
Lepas ni nak kena keluar lagi.
Ada kerja yang perlu di settlekan segera.
Kalau tertunda lagi, bertambah kepeninganlah lagi jawabnya.
Jadi mohon maaf jika aku tidak sempatan membalas kunjungan kalian ke sini.
InsyaALLAH jika kudrat masih berbaki, malam ni aku terjah ye..!
Kata Hati : siap-siap nak keluar ni…!
.
Rabu, 23 Mei 2012
.:: Segmen: Saya Blogger Awesome + Cool ::.

Selasa, 22 Mei 2012
.:: 2012 | Belum Pernah Ketemu ::.

Pejam celik pejam celik tak lama lagi nak masuk bulan Jun kan.
Pasti ada yang kecutkan..!
Banyak kot benda yang belum selesai.
Bila di fikir-fikir bertambah kecut jadinya.
Yang akan di akad , lagilah kecut ye dak..?
Buat kamu, Tenang-tenang..!
Aku sentiasa ada di sisi kamu..InsyaALLAH.
Okeyh, berbalik pada tajuk.
Itulah realitinya. Nak masuk bulan ke enam tahun 2012,
Aku masih belum berkesempatan bertentang mata dengannya.
Percaya atau tidak..?
Silalah percaya, sebab inilah kenyataan..!
Di sebabkan perkara ini di amanahkan pada aku,
Maka rela terpaksalah untuk aku menguruskan pertemuan dua mata aku serta dua matanya.
Ermm..mengeluh panjang aku bila fikir perkara ni.
Sebenarnya ianya mudah, tapi bila di pandang remeh
Maka beratlah jadinya..!
Pernah terfikir mahu di layangkan saja kiriman.
Tapi di bantah keras…!
Alahai..lagi bertambah-tambah buntu aku dibuatnya.
Ini minggu akhir..minggu depan aku akan super duper sibuk.
Nak tak nak aku kena bertindak segera…
Kata Hati : Errrrr..ketaq lutut haihh..!
.
Isnin, 21 Mei 2012
.:: Air Mata Kucing Dan Khasiatnya ::.

Syukran YaALLAH..!
Cuaca sekarang ni memang tak menentukan.
Panas..hujan..panas terik balik..hujan lebat serta angin kencang.
Suhu dalam badan pun tak menentukan.
Jadinya, di sini aku ada resepi paling ringkas untuk turunkan suhu dalam badan.
Air mata kucing.
Selalunya kita lihat orang jual dekat pasar malamkan..?
Itu yang sejuk, tapi kalau kita buat sendiri kita boleh menikmatinya secara panas.
Minum ala-ala hirup sup..! memang sedap.
Mana nak dapat buah mata kucing ni..?
Mintalah berapa hengget yang kalian mahu. #semalam aku beli 3 hengget je.
Cara masak, rebus hingga mendidih. Lepas tu masukkan gula secukup rasa.
Dah siap..! Mudah,ringkas dan berkhasiat.
Kalian boleh nikmatinya ketika panas mahupun sejuk. Kalau nak sejuk boleh letak ais..!
Boleh juga nak letak bahan tambahan macam buah kundur, buah kembang semangkuk , biji selasih atau apa-apa sajalah ikut selera tekak kalian.
Macam aku semalam, letak buah kundur tu je. Sebab itu je yang ado..!hihihi
Tapi tak nak letak apa-apapun boleh. Lagi boleh rasa kesedapan air mata kucing tu..!
Jom kita usha khasiat air mata kucing ni :
- Menurunkan panas dalam
- Mengurangi batuk,
- Boleh juga menghasilkan tenaga
- Dan ia juga bagus untuk ibu yang hamil. (Untuk banyakkan susu)
- Merawat keputihan
Khasiat banyak, cara penyediaan pun mudah. Apa lagi cubalah...!
Kata Hati : Banyak lagi khasiatnya tauu....cari je..semuanya di hujung jari..!.
Ahad, 20 Mei 2012
.:: Sup Ayam ::.

Sabtu, 19 Mei 2012
.:: Jaga Diri Dan Kesihatan ::.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi.
Kerana di berikan kesempatan untuk kita bersua secara tidak langsung di sini.
Kalian semua apa khabar? Sekarang ni ramai yang demam ye..!
Kalau tak sihat tu, cepat-cepatlah bawa diri ke klinik berhampiran.
Jangan di lengahkan, penyakit sekarang ni bahaya…!
Bila dah jumpa doctor, mesti rasa segar sikitkan badan tu.
Tapi ingat..! Jangan lupa habiskan antibiotik tu..Penting tau..!
Silalah ambil berat atas kesihatan kalian semua.
Kalau boleh, biarlah kita ni pandai jaga diri.
Jaga kesihatan tu penting. Jangan jadi macam aku.
Akibat kedegilan yang teramat-amat sangat,
Pernah satu ketika dulu, aku langsung tak boleh minum ais. Huhuhu…!
Susah jugalah nak hindarkan diri daripada minuman berais.
Sebabnya aku ni memang hantu ais..!
Sikit-sikit ais…sikit-sikit ais..! Ais sikit-sikit..! Eh..boleh ke gituw..? hihihi.
Jadi bila ikut family makan luar pun.
Air minuman yang aku order semuanya kena suam-suam.
Contohnya macam gambar kat atas. Fresh oren suam..huhuhu..!
Padahal waktu tu punyalah dahaga gila. Memang tak puas minum suam-suam ni.
Apakan daya, demi kesihatan.
Tapi sekarang ni dah boleh dah minum ais.
Cuma dalam keadaan terkawal.
Nak minum tu memang kena beringat.
Contohnya kalau minum ais secawan,
Di cover balik dengan 2 cawan air suam atau air masak.
Macam tulah hari-hari sekarang ni.
Al-maklumlah, cuaca sekarang tak menentu.
Jadi kita kenalah pandai jaga diri.
Kalau ikutkan kehendak nafsu,
Sampai bilapun tidak akan puas kan..!
Dengan, jagalah kesihatan kalian ye.
Sebelum kesihatan kalian di jaga oleh orang. ß pepatah mende niiiii…?
Kata Hati : Sayangilah diri sendiri , sebelum kita menyayangi orang lain..!
.
Jumaat, 18 Mei 2012
.:: Matahari Terbit ::.

DOA APABILA MATAHARI TERBIT
Ya Allah, segala puji bagi Allah yang mengurniakan hari dan Allah yang melepaskan segala kesilapan kami.
InsyaALLAH , Sepanjang hari kita akan di berkati ALLAH... Amin...!
Kata Hati : Moga kita sentiasa basahkan lidah kita dengan kalam ALLAH.
.
.:: Garang ::.

Khamis, 17 Mei 2012
.:: Laju...Laju Lagiiii...! ::.

Rabu, 16 Mei 2012
Selasa, 15 Mei 2012
.:: Sibuk Datang Lagi.... ::.

.:: Bahaya Ada Di Mana - Mana ::.

Isnin, 14 Mei 2012
.:: Menghitung Hari ::.

Hamboiiii tajuk entry..!
Boleh bikin orang meluat nak ke sini lagi tau..!
Menghitung hari bagai meroyan apa kes..?
Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa.
Fikir punya fikir, letak jelah tajuk lagu keriss ni..!
Lagipun, itu salah satu “fevered song” aku.
Syahdu je dengar lagu tu.
Tapi nak feeling lelebih idok le pulokk..!
Walaupun, bakal menjadi SEBAHAGIAN daripada orang penting tak lama lagi.
Buat cool sudah. Nanti kalau aku gelabah, dia lagilah gelabah..!
Jadi kita tenang-tenang saja ye...!
InsyaALLAH, aku sentiasa di sisi kamu..!
Jangan nak jadi macam ayam.
Baru sebiji nak riuh sekampung.
Itupun belum tentu elok, kalau jadi telur tembelang.
Buat malu jew..!
Yolah, riuhnya bagai nak rak..! Alih-alih jadi telur tembelang.
Tak ke malu..?
Makanya, jangan terlalu riuh ye.
Tapi..Tapi..Tapi……
Jangan pula menjadi terlalu berahsia,
Kerana akan menyebabkan hati orang lain terluka.
Sekali dah terkilan, sampai bila pun aku ingat..!
Kata Hati : Buat kamu , Ada masa lagi nak berterus terang ni.. cepatlah, aku bersedia..!
.
Ahad, 13 Mei 2012
.:: Suatu Ketika Dulu... ::.
PERHATIAN: Nukilan " SUATU KETIKA DULU... " adalah hak milik blog
http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.
Hijau keindahan alam
Terbentang kuas di pandangan mata hati
Kesegaran jelas terzahir
Di setiap sudut pandangan
Apa saja yang terlahir darinya
Bisa meruntunkan jiwa rapuh ini
Terukir senyum indah
Bila segala kenangan terimbas
Jelas di minda ini
Segala rasa lelah masih terpalit di jiwa
Ternyata setiap titis keringat yang menitis
Membuatkan aku berasa puas dan leka
Berasa di bumi itu
Deru angin masih terasa
Disaat kaki kaku berdiri
Di tepian pondok usang itu
Jika di izinkanNya
Mahu saja aku kekal disitu
Bersamamu selamanya…
Semuanya , suatu ketika dulu..!
Kata Hati : Semuanya masih segar di ingatan...!
.
Sabtu, 12 Mei 2012
.:: Mee Bandung Mudah Gilerrrr...! ::.

![]() |
Gambar Dari Abang Google |
.:: Segmen : Blogwalking Sampai Lebam ::.

Jumaat, 11 Mei 2012
.:: Bakal Sibuk...! ::.

Khamis, 10 Mei 2012
.:: Seru Mood..! ::.

Rabu, 9 Mei 2012
.:: Perempuan Celaka...!! ::.

Selasa, 8 Mei 2012
.:: Jom Join GA Love Do It ::.

1) PROMOTE my blog melalui ape jua cara..samada share,Ceritakan Giveaway kat blog korang ataupun Follow my Blog
2) Nyatakan kenapa anda berminat dngn GA INI
.:: Alahai....!!!! ::.
