Memuatkan ...

Rabu, 22 Mei 2013

Wordless Wednesday #58



Sumber Google



Kata Hati :
Atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan,
Maka blog terpaksa diabaikan sementara...
Maafkan Nur yea...
T_T


.

Jumaat, 17 Mei 2013

Padah Tersalah Hantar Mesej..!





"Assalammualaikum, saya minta maaf banyak-banyak. Tak sepatutnya saya tipu awak. Dan lebih perit tak sepatutnya saya kata awak macam tu. Maafkan saya. Saya akui apa yang terjadi semuanya salah saya. Tak berniatpun nak memainkan awak. Apapun terjadi puncanya adalah saya, bukan dari kedua ibubapa saya. Maafkan saya..."

Lebih kurang begitulah bunyi mesej terakhir yang di hantar pada tahun 2006 setelah berpuluh-puluh panggilan tidak dilayannya. Akibat tersalah hantar mesej sajalah punca putusnya persahabatan aku dan dia. Mesej yang sepatutnya dihantar kepada sepupu aku dihantar kepada dia.

Ya…Cuma TERSALAH HANTAR MESEJ…! Padahnya, 7 tahun yang lalu terakhir kalinya dua pasang mata bertentang mata……

******************

MEI 2013. Kelmarin, aku dikejutkan dengan perkhabaran yang agak terangsang hati aku mendengarnya. Iyalah, satu nama dan kenangan yang kian lupus dari ingatan tetiba je muncul kembali. Berkali-kali jugaklah aku ajukan soalan yang sama pada abah, bukan teruja cuma sekadar inginkan kepastian.

“Kan dia dah jemput melalui telefon, tak payahlah datang dahhh..!”

Bentak aku secara perlahan dan sesegera aku mendail nombor untuk dihubungi. Selesai berbicara dengan sepupu aku, hati yang resahnya tadi kembali sedikit tenang. Sedikit je…! Aku nekad, berapa lama dia bertandang ke rumah orang tua aku malam tu, jangan haraplah aku nak keluar.

Aku tak berapa faham sebenarnya, kenapa dia beriya-riya mahu datang kerumah. Dan tak berapa faham kenapa family aku suka sangat dengan lelaki tu. Sedangkan aku dengan dia macam musuh dalam selimut okay..! Dan sejak dari tahun 2006, ini bukan pertama kali dia datang kerumah. Tapi berkali-kali. Bezanya dia datang ketika ketiadaan aku dirumah. Kira okaylah sekurang-kurangnya aku tak perlu berdepan dengan dia.

Sungguh apa yang terjadi antara aku dengan dia tak siapapun tahu kecuali sepupu aku. Dan aku respek dia tidak memutuskan hubungan antara dia dan kedua ibubapa aku. Dan aku harap dia pun simpan seperti mana aku simpan segala sengketa aku dengan dia. Aku tahu mesej yang tersalah hantar tu perit untuk dia, malah lebih perit untuk aku. Tapi nak buat macam mana, aku tersalah hantar. Bodohnya akuu…!

Esok, 18 Mei 2013. InsyaAllah majlis ijabkabul antara dia dan bakal isteri akan berlangsung di Johor. Manakala kenduri disebelah pihak lelaki pula akan di adakan pada 25 Mei 2013. Pada 25 Mei nanti, mungkin rumah aku dipenuhi dengan saudara mara. Al-maklumlah satu majlis akan berlangsung pada 26 Mei nanti.

Jadi, mungkin ada alasan untuk aku mengelak daripada pergi kenduri lelaki itu. Kalau sebelum ni aku lebih rela ditinggalkan di rumah makcik atau ditepi jalan semata-mata tak mahu bertentang mata dengan lelaki itu. Bukan sombong, tidak...! Cuma bila ingat apa yang terjadi, aku masih tidak dapat bertentang mata dengannya. Tapi kemaafkan aku untuk dia, lama dah aku maafkan. Cuma dia, dah maafkan aku atau belum Allahualam..!

Pejam celik-pejam celik dah 7 tahun berlalu. Tapi aku masih belum punya keberanian bertentang mata dengannya. Tapi tak bererti aku terus membenci dia. Tidak..aku tidak pernah benci dia, Cuma aku takut je..Hehehe.

Dan di atas kesempatan ini, walaupun aku tahu dia tidak mungkin akan baca atau dia sememangnya tak pernah tahu akan kewujudan blog ini tapi aku masih ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat dia dan bakal isterinya. Berbahagia hingga syurga hendakNYA….Amin..!




Kata Hati : Sejak kejadian tu, aku lebih berhati-hati nak hantar mesej tau..!
.