Isnin, 30 Ogos 2010

.:: SELAMAT HARI JADI MALAYSIA ::.








Salam. Alhamdulillah bertemu lagi kita di ruangan ini. Untuk sekian kalinya, sudah lama tuan tanah ini tidak menjenguk ruangan miliknya sendiri kerana terbatasnya waktu di bulan yang penuh rahmat ini.

Pertama bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana masih sudi memberikan kesempatan buat kita semua terus bernafas dan menjalani ibdah puasa yang berbaki lebih kurang 9 hari lagi untuk kita menyambut hari kemenanganya nanti.




Dan bersyukur juga kepadaNYA, kerana setiap tahun sebaik saja tanggal 31 Ogos, maka negara kita yang tercinta ini akan menyambut ulangtahun kemerdekaan. Dan untuk tahun ini, tanggal 31 Ogos 2010, Malaysia akan menyambut ulangtahun untuk kali yang ke-53. Alhamdulillah...!! bersyukur kami ke hadratMU, kerana di berikan keamanan buat kami semua menikmati kehidupan yang tenang di muka bumiMU Ya ALLAH...!!




Oleh itu, sebaik saja berdetik jam tepat ke pukul 12 tengah malam, terlucut 30hb ke 31hb, sama-sama kita panjatkan doa moga di berikan berlindungan dan keaman buat Negara kita yang tercinta iaitu Malaysia.



Sebagai anak bangsa, saya sentiasa mendoakan yang terbaik dan aman dan makmur buat tempat tumpah darah Negaraku untuk kali yang ke-53. Laungkan semangat untuk kita sama-sama


 "1 MALAYSIA MENJANA TRANSFOMASI "



MERDEKA...!!! MERDEKA...!!! MERDEKA....!!!



Kata Hati : SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN BUAT KALI YANG KE-53.

Jumaat, 27 Ogos 2010

.:: Kotak Memori ::.









JIKA AKU BISA KIKIS

APA SAJA YANG AKU RASA TIKA INI

AKAN AKU PASTIKAN

TIADA SISA YANG TERTINGGAL

TIADA CELA YANG BISA

MENGINGATKAN AKU PADA

KISAH SILAM

WALAUPUN MASIH PUNYA

SEKELUMIT KENANGAN

ANTARA

AKU DAN DIA

JIKA AKU BISA

LAKUKAN SEMUA ITU

SUDAH PASTINYA

AKU

BAHAGIA.



 

Kata Hati : Sebuah puisi yang pernah aku keluarkan di awal pembabitan aku ke kancah ini. Puisi yang sering kali di baca aku sewaktu hati dan perasaan ini tidak stabil akibat memori yang belum terhakis dari kotaknya.

Isnin, 16 Ogos 2010

.:: Sibuk | Buzy ::.



Ehsan Abang Google.


Salam Ramadhan 1431H.


Alhamdulillah, sekali lagi di berikan kesempatan untuk kita bersua di ruangan ini untuk kali ini. Terima kasih padaNYA juga memberikan kita peluang untuk kita terus bernafas dan menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini.

Selamat berpuasa pada kalian ya..!!

Sudah lama rasanya blog kesayangan hamba ini di tinggalkan sepi. Al-maklumlah, sebelum ramadhan lagi tuan tanah ni sibuk memanjang. Nak pula bila masuk 1 Ramadhan. Lagi la sibuk tu bertambah-tambah. Nak menguruskan hal sendiri pun belum sempat lagi.

Pada kalian yang ternanti-nantikan entry baru, ( masalahnya, ada ke?? Hihihi… perasan lebih ke tuan tanah ni kan. tapi peduli apa aku? suka hati la..blog sendiri.hihihi. ) maaflah, buat kalian ternanti-nanti. Tak de masa weh, baju banyak yang belum siap di jahit. Tumpo kalau tak siap wehh..!! tak beraya la deme gara-gara aku. hihihi.


Ehsan Abang Google.

Dah tu, otak pula tak cukup oksigen untuk berfikir sacara waras. No idea nak keluarkan entry apa. Mana taknya, sibuknya sebaik saja celik mata bangun sahur jam 4.30 pagi, sampai la jam di dinding tepat menunjukkan pukul 12 tengah malam. Mana sempat otak nak berehat dan berfikir. Itu yang di biarkan tanah ni sepi tanpa entry.

Lepas entry ni, tak tahu lagi bila pulak boleh keluarkan entry baru. Harap-harapnya, lepas ni ada masa untuk diri sendiri pula. Mahu rehat secukupnya. Kira macam balas dendam la ni. Jahat..!!Hihihi.

Oklah. Rasanya sampai di sini saja untuk entry kali ini. Sekiranya ada salah dan silap harap di maafkan ya..! insyaALLAH, jika di berikan kesempatan dariNYA, pasti kita semua akan ketemu di lain waktu. insyaALLAH..!!

Salam…

Daaa..!!!


Kata Hati : Rindu Blog...!! Rindu Facebook...!! 

Jumaat, 13 Ogos 2010

.:: 3 RAMADHAN 1431H | SYUKRAN YA ALLAH..!!! ::.





Salam..

Alhamdulillah, Hari ini, Jumaat pertama di dalam bulan yang penuh kemuliaan ini, sekali lagi aku bersyukur kepadaNYA, di berikan kesempatan untuk kita semua terus menghirup udara segar di bumiNYA ini. Dan Terima ksaih kerana di berikan kesempatan untuk kita bersua di ruangan ini.

Syukran Ya ALLAH....!!!

Tanggal 11 Ogos 2010, bersamaan dengan 1 Ramadhan 1431H, sedia maklum seluruh umat islam di setiap pelusuk bumiNYA ini telah menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, iaitu bulan Ramadhan. Dan Alhamdullillah, hari ini sudah pun masuk hari yang ke tiga kita berpuasa.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun islam yang ketiga yang wajib di laksanakan. Berpuasa tidaklah bermaksud menahan dari lapar dan dahaga semata-mata. Tetapi lebih daripada itu. Bulan yang mulia ini, peluang untuk kita mendidik diri sendiri dari sikap sebelumnya.




Contonya, jika sebelum ini kita seorang yang panas baran, apa kata dalam bulan Ramadhan ini, kita sama-sama didik diri kita supaya menjadi orang yang paling sabar di antara yang paling sabar. Boleh?? InsyaALLAH, yakinlah bahawa kita boleh.  Chayok..chayok..!!




Bulan ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat, penuh berkat dan penuh keistimewaan. Tidak lupa juga bulan Ramadhan adalah bulan yang paling banyak ujian yang di turunkan olehNYA. Makanya, kita harusah menjalani ujianNYA dengan penuh kesabaran dan bersyukur kepadaNYA. InsyaALLAH, pasti ada ganjaran seperti mana yang telah di janjikanNYA.

Lepas ni, apa kata kita sama-sama mendidik diri kita menjadi yang terbaik di antara yang terbaik boleh?

Dan pastinya boleh...!!

Okeyh lah. Rasanya sampai di sini saja untuk kali ini. InsyaALLAH, jika di izinkan olehNYA, pasti kita akan bersua di lain entry...!!

InsyaALLAH...

Salam....


Da...!!!!!!


Kata Hati : Syukur di berikan kesempatan untuk meneruskan ibadah puasa ini. kepada kalian, Selamat menjalani ibadah puasa dengan sabar ya...!!

Isnin, 9 Ogos 2010

.:: CERPEN : CAHAYA IMAN ::.


PERHATIAN: Cerpen " Cahaya Iman " adalah hak milik blog http://www.cahayacita2.blogspot.com
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan
Sekadar cerita sahaja. Tidak berkaitan dengan sesiapa baik yang hidup ataupun yang telah tiada.




“Arrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..!!!!!!!!”


“Tak mahu..!!! aku mahu Iman…!!! Aku mahu iman banyak-banyak..!!!”

Sudah seminggu wanita itu begitu. Dari hari pertama, Tidak jemu terus menjerit dan melompat-lompat sesuka hatinya. Gamat Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan itu.

“Tenang puan Adibah..! tenang..! Doktor…!!!”

Cemas jururawat itu memanggil Doktor yang bertugas, apabila perempuan itunya tadi tidak henti-henti menjerit dan meraung.

“Heii..kau faham tak? Aku nak Iman..aku nak Iman banyak-banyak!! Bukan Doktor buncit tu..bodoh!!“

Di rentap tudung putih jururawat itu. Habis melopong segalanya.

Berlari-lari anak Doktor yang bertugas mendapatkan Adibah yang kian menjadi racaunya. Dengan segera picagari di isikan dengan bahan pelali untuk di suntik pada Adibah.

“Heii..tak mahu..!! aku tak mahu..!!tak mahu..!!”

Menepis-nepis Adibah bila jarum suntikkan itu di halakan ke arahnya.

“Arrgghhhhh…!!!”

Dengan perlahan jeritan bingit itu lenyap. Betapa kuatnya kesan ubat pelali yang di suntik pada tubuh Adibah.

Terkulai Adibah, terus lena.


**********



“Tak bolehlah..tak boleh..!!”

Bentak Nur Iman, setelah dari tadi dia di paksa sahabat baiknya supaya terima lamaran seorang lelaki yang di kenalinya sebagai ‘ADAM’ dari laman social ‘Twitter’.

“ Ala..cuba la. Mana tahu, kot-kot itu jodoh kau.”

Pujuk Adibah rakan Iman. Yang sudah dua minggu bermalam di rumahnya, kerana suami kesayanganya berkursus selama sebulan, di Negeri paling banyak, iaitu Negeri Sembilan.

Adibah memang terlalu akrab dengan Nur Iman. Sudah di anggap seperti saudara kandungnya sendiri . Mungkin sama usia yang membuatkan mereka boleh kekal dari zaman Universiti hingga usia menjangkau 35 tahun. Di zaman universiti kedua-dua gadis yang di labelkan cantik dan comel ini tinggal bersama dalam satu bilik , dan kini Iman menyewa di Taman Bersatu, Batu Gajah, Perak. Selalu jugalah Adibah datang melepak ke rumahnya. Tapi Entah kenapa, pelik benar dengan sikap Adibah malam itu kerana beriya-iya benar mahu Iman terus terima lamaran lelaki itu, tanpa mengenali latar belakangnya terlebih dahulu. Gila.

“ Kau ni kenapa Dibah? lain macam je aku tengok? Kalau kau nak sangat mamat tu, amik la. Aku tak kisah pun?"

Masih terkawal emosi Iman, apabila dari tadi dia asyik di desak dengan soalan yang sama.

Jangan kata dari tadi, masuk hari ni, sudah seminggu pun. Itu saja soalan yang di ajukan setiap kali Adibah bersua muka dengan Iman. Lemas rasanya.

“ Ewah-ewah, sedapnya mulut bercakap? Aku Cuma nak tolong kau je. Yang kau tu memandai-mandai nak suruh aku sebat mamat tu pe hal? Dah tu,laki aku tu, nak campak mana?”

Laju saja tutur kata Adibah bila aku menyuruh dia saja yang bercinta dengan kenalan dari twitter itu.

“ Ooo..kau pandai, tahu pula tak nak. Dah tu, kau desak aku takpe"

Terhenjut-henjut kepala dan bahu Iman kepada Adibah. Sesungguhnya Iman memang tidak suka di desak sedemikian rupa.

Rimas. Itu saja perkataan yang layak untuk di gambarkan.

“ Aku tak sangka pulak, kawan yang aku kenal dari universiti dulu ni memilih orangnya.”

Ada berbaur sinis setiap ungkapan yang dituturkan oleh Adibah.

Lain benar bunyinya, bergelora hati Iman untuk menelan segala yang telah di ungkapkan.

“Kes ni, kena settlekan malam ni juga ni”

Bisik Iman sekadar di dalam hati.

Terasa bahang panas yang membara di dalam hati Iman. Mahu saja dia meraung sekuat-kuatnya bila sahabat baik yang dulunya sentiasa memahami dirinya menjadi seorang pendesak sedemikian rupa. Segera di kumpulkan kurdat, untuk bersuara.

“ Dibah, aku ni bukan memilih. Kau bercakap, seolah-olah macam baru semalam je kau kenal aku.”

Menyeka airmata seketika. Kali ini, Iman benar-benar emosi.

Perasaan marahnya tadi, bertukar menjadi sedih bila sahabat baiknya sendiri sudah tidak megenalinya lagi.

“ Betulkan apa yang aku cakap. Kau tu yang memilih sangat. Kau mahu lelaki yang bagaimana lagi? Adam tu dah cukup hensem dah aku tengok. Kerjayanya bagus.apa lagi yang kau mahu?”

Lantang saja Adibah bersuara. Sikit pun tidak di jaga hati sahabatnya itu.

“ Bukan begitu Dibah, bukan itu yang aku cari,dan bukan itu yang aku mahu. Aku tidak boleh memaksa diri aku untuk menerima orang baru yang lain jantina secara tiba-tiba seperti yang kau mahukan. Aku tidak boleh terus-terusan menerima lamaran lelaki itu, yang entah dari mana asalnya. Aku sendiri pun tak tahu. Aku tak boleh..!! itu bukan cara aku. Bagi aku cinta tidak boleh di paksa.”

Kali ini tidak di tahan lagi, berguguran airmata Iman bila setiap ungkapan yang di hujah seikhlas dari lubuk hatinya.

Kerana itulah prinsip bagi Nur Iman. Dia sendiri tidak kisah jikalau sahabat baiknya itu mahu kenen-kenenkan dia dengan sesiapa saja. Tapi biarlah betul caranya. Biarlah tersusun adatnya. Biarlah berkawan dulu untuk mengenali keluarga masing-masing . Dan biar rasa cinta dan sayang itu hadir dengan sendirinya. Selebihnya, Iman akan berserah segalanya pada Sang Pencipta.

Inikan tidak, sahabatnya itu mahu Iman terus setuju untuk menerima lamaran lelaki itu. Sedangkan asal usul lelaki itupun Iman sendiri tidak tahu. Bila di Tanya pada Adibah, jawapan yang sering kali di beritahu ‘hensem,bekerjaya dan baik orangnya’ hanya itu . Pelik. Tapi itulah yang benar-benar terjadi kepada Iman.

“ Huh..cinta tidak boleh dipaksa konon.!! Kalau kau tidak membenarkan cinta itu hadir dalam hidup kau, bagaimana cinta itu mahu meresapi hati dan jiwa kau. Sedangkan kau..!! tuan empunya badan sendiri menghalang semua rasa itu hadir dalam hidup kau.”

Bentak Adibah.

Entah hantu malaun mana yang telah merasuknya malam ini. Berhujah seolah-olah dialah ketua yang mengatur segala benda di pelusuk bumi ini.

“ Tapi cara kau tu salah, bagi aku bukan itu caranya kalau kau mahu rasa cinta itu meresap di dalam hati dan jiwa aku ini. Tanpa mengenali latar belakang mamat yang kau suruh aku terima lamarannya, itu mustahil bagi aku. Itu bukan cara aku. Aku perlukan masa sebelum aku buat keputusan untuk terima lamaran siapa-siapa.”

Kali ini sedikit tenang ungkapan yang dituturkan oleh Iman.

“Sungguhpun mamat tu anak raja, aku tetap perlukan masa untuk mengenali siapa dia. Pilih ketua keluarga ni bukan macam pilih baju Dibah”

Sedikit tegas kata yang terucap di bibir Iman.

“ Iman, aku kenal Adam tu. Kau tak perlu risau tentang siapa dia. Yang aku pasti kau boleh bahagia dengannya, sampai bila-bila. Dia sungguh-sungguh mahu peristerikan kau.”

Perlahan suara Adibah sedaya upaya memujuk rayu Iman lagi.

“ Tak perlu risau kau kata?? Kau tahu perkhawinan ini ibarat perjudian paling besar dalam kehidupan manusia. Untung ruginya tak siapa pun tahu, semua itu rahsia ALLAH. Dan kau dengan yakin beritahu , aku boleh bahagia?? Apa jaminan kau, aku pasti bahagia bila aku bersamanya kelak!!?”

Cepat saja soalan yang meluncur laju dari bibir Iman.

Kehensemannya, kerjayanya. Sudah boleh membuatkan kau bahagia. Aku pasti. Yakinlah..!”

Tersenyum Adibah menerangkan segalanya. Seolah-olah lelaki itu yang terbaik di dalam hatinya.

“ Masya-ALLAH. Itu saja? Kau memang gila Dibah..!! “

Rasanya hati Iman benar-benar panas kali ini.

Mahu saja di hentaknya kepala sahabatnya itu ke dinding supaya sedar dari rasukan syaitan.

“ Ya..! kenapa ? “

Tinggi nada Adibah apabila tafsirannya di persenda sahabatnya.

“ Kau mahu tahu kenapa aku kata kau gila? Kerana kebodohan kau sendiri. Pada aku, kau bukan tuhan yang boleh menentukan kebahagiaan aku kelak. kerana pada aku, ALLAH saja yang dapat menentukan segalaNYA. Tapi bukan kau..!! kehenseman dan kerjaya yang kau maksudkannya dari tadi tidak akan pernah kekal untuk selamanya. Itu adalah satu bonos yang di berikan OlehNYA. Bila-bila masa saja bonos itu, boleh di rampas kembali olehNYA. Dan kau silap, bukan itu kunci sebenar kebahagian dalam rumahtangga”

Tegas saja yang di ucapkan. Entah kenapa hatinya mulai panas bila sahabatnya begitu yakin dengan keputusan bodohnya sendiri.

“ Hidup ini memerlukan duit, duit itu adalah kebahagiaan. Kalau kau khawin dengan orang miskin, macam mana kau nak bahagia. Kayap lagi adalah. Sekarang siapa bodoh? Aku atau kau ? haha..! “

Gelak Adibah tidak ubah seperti manusia di rasuki syaitan.

“ Bagi aku, kau yang bodoh. Sedangkan kau sendiri tahu, dari mana datangnya rezeki kalau tidak dari KeizinanNYA. ALLAH yang satu..!!”

Tegas tutur bicara Iman, mahu cepat-cepat Adibah kembali pada paksiNYA.

“ Sudahlah Iman, aku malas mahu layan sikap kau yang bodoh sombong itu. Kau sendiri pun menolak jodoh yang datang sendiri pada kau. Kata-kata kau, kosong semata-mata. Kau sendiri pun tidak percaya pada ketentuan DIA. Inikan pula kau mahu bermain kata dengan aku?simpan saja hujahan mengarut kau tu. “

 Berbisa kata-kata yang terucap dari bibir perempuan itu.Membuatkan Iman benar-benar buntu.

“Maksud kau??”

Soal Iman kehairanan.

“Lihat? Kau sendiri sudah terperangkap dengan kata-kata kau, hinggakan kau sudah tidak mampu mentafsir segala kata-kata aku. haha!!”

Kali ini, ketawanya seolah-olah kemenangan sudah berpihak padanya.

“ Kau juga kata, cinta itu tidak boleh di paksa. Sebelum apa-apa kau sudah pun menolak mentah-mentah cinta yang sudah siap sedianya untuk di semai. Kalau kau percaya pada ketentuanNYA, terimalah Adam menjadi suami kau, dan biarkan cinta itu sulam dengan sendirinya. Boleh?”

Lancar saja pebentangan yang dihujahkan Adibah.

“ Boleh. Tapi bukan ini caranya. Aku perlu kenali latar belakang lelaki yang mahu memimpin aku ke jalanNYA terlebih dahulu. Aku mahu lelaki itu menjadi kekasih yang pertama dan yang terakhir dalam hidup aku. Jika aku punyai dua pilihan jodoh yang berbeda, antara pilihan kau yang kaya raya dan juga pilihan kedua orang tuaku yang kaya raya agamanya. Aku rela memilih jodoh yang telah di pilih oleh kedua orang tuaku di kampung. Walaupun aku tidak pernah berjumpa dengannya. Aku rela. “

Bersungguh Iman mahu Adibah memahami isi hatinya.

“Ooo..kiranya kau ragu-ragu dengan pilihan aku? kalau begini sikap kau, sampai matilah kau tak akan berlaki!! Percayalah kata aku”

Pedas saja kata yang di lontarkan.

“ Kau bukan Tuhan yang boleh aku percayakan. Aku hanya percaya takdirNYA pada aku. Senjata aku kini adalah doa. Sungguh pun aku mati ketika aku masih bujang kini, biarlah aku pergi dalam aku sedang mencintai DIA yang satu. Dan aku percaya, ada jodoh untuk aku di Akhirat kelak. InsyaALLAH.”

Bergenang air mata untuk keberapa kalinya entah. Terlalu rapuh dirinya bila soal jodohnya di perkotak-katikkan sahabatnya sendiri.

“ Iman. Aku Cuma kesiankan kau, aku mahu kau bahagia, seperti teman-teman yang lain. Bahagia mereka bersama pasangan masing-masing. Terimalah Adam jika kau mahu bahagia seperti kami.”

Perlahan suara Adibah kali ini.

“ Jangan kasihankan aku. lambat cepat jodoh aku tiada kaitannya dengan kau. Manusia mana yang tidak mahu berkhawin? Beritahu aku!. Aku terima takdirNYA, DIA maha mengetahui. DIA tahu yang mana yang terbaik untuk diri aku. Dibah, janganlah kau nak bersusah hati kerana aku masih membujang. “

Lembut saja ayat yang keluar dari bibir Iman. Sememangnya, Iman sudah jelak melayan perangai pelik sahabatnya itu.

“ Suka hati kau la Iman. Bukan aku tidak tolong kau. Kau sendiri yang tidak mahu menolong diri kau sendiri. Apa boleh buat. Dah nasib kau selalunya malang”

Sekali lagi, hamburan pedas di lemparkan.

“ Terima kasih banyak-banyaklah Dibah, kalau niat murni kau tu, mahu menolong aku yang malang ini. Cuma satu yang aku mahu kau tahu, Aku percaya ketentuan ALLAH pada hambaNYA.”

Kata ikhlas dari lubuk hati Iman.

Perbincangan antara Iman dan adibah malam itu boleh di katakan panas sekali. Kata-kata yang di lontar dan di hujahkan memang tidak pernah di ungkapkan sepanjang perkenalan mereka. Entah kenapa, malam itu tercetus segalanya. Luluh hati Iman bila sahabat baik yang sudah di anggap seperti saudara kandung mempelekehkan status bujangnya di usia awal 30 an.

Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 3.30 pagi. Sudah lewat bagi Iman , selalunya seawal 10 malam sudah pun berangan-angan di atas katil sehingga terlelap sendirinya. Tapi lain pula malam ini. Semua gara-gara Adibah dan kawan alam mayanya. Adam.

Iman masih termanggu di ruang tamu, fikirannya masih ligat memikirkan hal yang tidak patut terjadi di di antara dia dan Adibah. Tersentak Iman bila melihat kelibat Adibah cuba meloloskan diri apabila pintu kayu itu segera di buka.

“ Dibah, kau nak kemana malam-malam ni? Dah lewat ni Dibah.”

Bingkas Iman mendapatkan Adibah dengan beg pakaiannya. Tidak ubah seperti mahu lari dari rumah.

“ Kau peduli apa?ada kau kisah”

Maki Adibah pada sahabatnya.

“ Aku kisahlah yang aku Tanya ni Dibah. Sungguhpun kau marahkan aku sebab aku tolak pertolongan kau, tapi janganlah sampai macam ni.”

Sambil cuba menarik beg pakaian milik Adibah.

Kuat Iman di tepis. Hampir terjatuh gara-gara kudrat Adibah tadi.

“Kalau ya pun kau nak balik, tunggulah siang esok.”

Pujuk Iman lagi.

“ Sudah, mulai saat ini. Kau bukan sahabat yang aku kenal 15 tahun yang lalu. Dan mulai hari ini juga. Kau jangan cari aku lagi. Dan untuk pengetahuan kau. Aku juga tidak akan mencari kau sampai bila-bila. Titik.”

Tegas benar kata-kata Adibah saat itu.

Kaku Iman mendengar segala hujahan yang di lemparkan. Hanya kerana jodoh. Persahabatan Iman dengan Adibah yang terbina hampir 15 tahun musnah sekelip mata. Apa salahnya, sampai Adibah berani berkata begitu. Apa yang mendorong Adibah terus buangnya dari menjadi sahabat setianya. Bertubi-tubi soalan yang muncul dalam fikiran Iman. Bagai di hempap batu sebesar alam di atas kepalanya.

“ Dibah..!! kau sedar tak apa yang kau katakan ini. Aku mohon maaf jika aku telah melukai hati dan perasaan kau. Tapi jangan sampai putuskan persahabatan ini. “

Bergegar bahu adibah di goncang oleh Iman.

“ Sudah..!! sudah..!! aku dah benci duduk di rumah kau. Jangan cari aku lagi.”

Hanya itu butir bicara yang sempat Iman dengari sebelum Adibah memasuki keretanya.

“ Dibah..!! Dibah..!! maafkan aku Dibah..!!”

Meraung Iman sambil mengetuk tingkap kereta itu.

Tanpa mempedulikan rayuan Nur Iman, Segera adibah mengundur laju keretanya keluar dari perkarangan rumah Iman. Terpelanting Iman apabila bahagian hadapan kereta yang di undur Adibah membidas tepat kearah sahabatnya. Tergamam Adibah bila menyaksikan sendiri sahabatnya itu di hentam kuat olehnya . Iman rebah.

Membuak pekat darah merah mengalir dari mulut dan juga hidung sahabatnya itu. Segera Adibah keluar dari kereta mendapatkan Iman. Adibah cemas.

“ Iman..!!!!!!!!!! maafkan aku iman…! “

Jerit Adibah cemas.

“ Diii…bah..! Maa..af..kann..aa..ku..!”

Hanya itu kata terakhir yang sempat Iman ucapkan.

“ Nurrrrrrrrrrrr imaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnn….!!!!!!!!!”

Berkali-kali dipanggil Adibah, tetapi Iman tetap kaku. Menjerit-jerit tidak ubah seperti orang siuman Adibah meminta pertolongan. Kesal. Hanya itu yang dirasakan.

**********

“ Imaannnnnnn…….!!!!!!!!!!”

Terbangun Adibah dari lena panjangnya. Terpinga-pinga dia mencari sahabatnya yang telah pergi.

Sudah menjadi kebiasaan, Adibah akan meracau-racau setiap kali dia terjaga dari lena panjang akibat suntikan bahan pelali itu.

Seminggu sudah berlalu. Jenazah Nur Iman selamat di kebumikan di perkuburan islam Batu gajah. Segalanya sudah selesai. Sudah janji Sang Pencipta dengan hambanya. Cepat sesaat pun tidak, lewat sesaat pun tidak. Tepat itulah janjiNYA pada semua.

Sudahlah Adibah kehilangan sahabatnya yang pergi kerana sikap bodohnya. Dan kini Adibah hilang tempat berharap apabila dia di ceraikan dengan talak satu. Suami yang dulunya di sangka setia, tidak betah untuk bertahan bersamanya. Begitulah nasib Adibah. Di sangkanya panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Selepas kejadian itu, Adibah mengalami tekanan perasaan yang teramat sangat.sehinggah menyebabkan dia terpaksa di masukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan . Kerana iman yang tipis di dadanya, Adibah tidak boleh menerima kenyataan bahawa sahabat dan suami kesayangannya itu sudah tiada.

Dia terus-terusan menyalahkan dirinya, atas semua kejadiaan yang menimpa sahabatnya. Saban hari Adibah akan memanggil-manggil nama Nur Iman. Kadang-kalanya dia meraung, dan tiba-tiba dia akan ketawa terbahak-bahak. kerana lemahnya iman di dadanya. Adibah kini sudah tidak siuman lagi.

Sekian..!

 
 
Kata  Hati : Terima kasih pada kalian yang sudi membaca. Karya bersahaja, tiada kaitannya dengan sesiapan ataupun pengalaman kisah hidup penulis itu sendiri. Terima kasih sekali lagi..!! Salam Ramadhan  buat kalian semua..!!

Sabtu, 7 Ogos 2010

.:: SALAM RAMADHAN ::.





Salam kalian….!! Alhamdulillah, bersua kembali kita diruangan ini. Bersyukur kita kepada Ilahi, di berikan kesempatan untuk semua ini. Terima Kasih Ya ALLAH…!!


Seperti mana yang kalian tahu, tidak lama lagi, seluruh umat islam di pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang penuh kemuliaan iaitu Ramadhan. Seperti mana yang kalian tahu juga, bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan kemuliaan. Bulan yang penuh dengan pahala-pahala yang di beri olehNYA. Oleh itu, di kesempatan ini, sama-samalah kita, merebut peluang yang ada dengan rahmatNYA. InsyaALLAH.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan salam Ramadhan buat kalian yang tidak jemu-jemu berkunjung di ruangan ini. Terima kasih buat kalian semua ya..!! mari kita sama-sama pasang azam Ramadhan kali ini bersama nak? Azam untuk kita semua puasa penuh jika di IzinkanNYA. insyaALLAH..!! dan juga penuhi Ramadhan kali ini dengan amal ibadah dari perkara yang wajib hinggalah ke pekara yang sunnat boleh?? Pasti boleh kan..insyaALLAH..!

 

 
HarapNYA, Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. InsyaALLAH.


Okeyh lah..harapnya ini bukan entry yang terakhir dari aku. dan aku juga sentiasa menggunung harapan agar di berikan kesempatan untuk terus setia di sini selamaNYA. insyaALLAH.

Dan InsyaALLAH, Dengan izinNYA,jika di berikan kesempatan, kita pasti ketemu di lain entry. InsyaALLAH.



Salam..



Daa…!!





Kata Hati : Andai ini Ramadhan yang terakhir bagiku, aku akan pastikan Ramadhan ini yang terbaik buatku. Dan Maafkan segala salah dan dosaku pada kalian semua. .!!



 
Ikhlas:


 

Rabu, 4 Ogos 2010

.:: Cerewet ::.

Salam. Sekali lagi kita bertemu di ruangan alam maya ini. Seperti biasa, penuh dengan rasa kesyukuran di titipkan padaNYA, kerana masih lagi memberikan kesempatan buat aku dan kita semua berceloteh dan bertemu di ruangan ini. Alhamdulillah..!! Syukur padaMU Ya ALLAH..!!

Okeyh..! tajuk entry kali ini, mungkin sudah sinonim dengan kaum hawa. Sebabnya, kebanyakan, ( tidak semua ya..! ) kaum hawa adalah cerewet. Aku akui, aku salah seorang kaum hawa yang cerewet. Tapi cerewet aku dengan perkara yang betul. Tidaklah aku mahu cerewet dengan perkara yang tidak tentu pasal. Itu bukan cerewet namanya, selayaknya di gelar ‘ banyak songeh ‘.

Dan aku juga tahu, kebanyakan, ( tidak semua ya..! ) kaum Adam, tidak cerewet. Selalunya lelaki ni, senang cakap main sebat je. Tapi tidaklah semua. Ada juga yang cerewet. Aku tipu?? Oh..tidak, aku tidak menipu. Lelaki cerewet benar-benar wujud. Mungkin andakah orangnya? Hehehe..tepuk dada, tanyalah diri sendiri.

Sepanjang aku berkhimat di Syarikat yang memerlukan aku berdepan dengan setiap pelanggan , tidak kira apalah jantinanya dan kaumnya. Aku dapati. Terdapat ramai jugalah lelaki dalam golongan cerewet. Tidak kita bangsa dan agama. Masing-masing ada cerewetnya. Tapi aku tahu, ramai juga yang tidak cerewet. Aduhai..!!! seksanya bila berdepan dengan lelaki cerewet. Lebih-lebih lagi lelaki yang cerewet daripada orang rumahnya. Lagilah letih mahu berhujah.

Perempuan cerewet, bagi aku manis juga la. Tapi lelaki cerewet, bagi aku, boleh-boleh saja. Kalau cerewetnya lebih-lebih , bagi aku boleh belah lah. Haha..! nak pula yang cerewetnya tak tercapai dek akal. Lagi la panas di buatnya.

Okeyh..! ini cerita benar, aku pernah berdepan dengan seorang pasangan suami isteri yang datang ke bilik pameran perabot di kawasan aku. pertama kali aku lihat mereka datang ke sini. Dan pertama terlintas di fikiran aku, murah rezeki mereka hendakNYA. Kalian pernah dengar tak, orang kata, kalau isteri lebih tinggi dari suami, insyaALLAH, murah rezeki. ( orang kata la, sebetulnya, semua rezeki akan datang dengan izin ALLAH)

Pada mulanya, pasangan ini hanya berbisik-bisik sesama sendiri. Mungkin sedang membayangkan bagaimana contoh perabot yang ada jika di padankan dengan ruangan dapur rumah mereka. Tiba-tiba si suami, mengajukan soalan cepu emasnya pada aku yang sudah sedia memberi penjelasan.





Si suami : Design memang macam ni je ke?

Aku : Banyak pilihan. Sebab di sini semua tempah. Bergantung pada ruangan dapur rumah encik.

Si suami : Boleh tak kalau kabinet atas dan bawah ni, rendahkan sikit? ( sambil mengayakan tahap level yang dia mahu.)

Aku : Boleh, tak de masalah. ( sambil menganggukan kepala )


Si suami terus membuka pintu-pintu kabinet yang ada. Si isteri tiba-tiba bersuara.


Si isteri : Kenapa pula nak buat rendah. Kalau boleh saya nak tinggikan sikit kabinet atas dan bawah ni. Bolehkan dik? ( sambil mengayakan tahap level yang dia mahu, sepertimana si suaminya buat tadi.)

Aku : Boleh kak..! tak jadi masalah.

Si suami : Kenapa nak tinggikan pulak??

Si isteri : kalau rendah nak masak susah. Lama-lama jadi lenguh. Lagipun ok la tinggi yang saya nak tadi tu? Boleh buatkan dik??

Aku : Boleh-boleh. ( sambil senyum tanda memahami kehendak si isteri.)

Si suami : Tinggi-tinggi, nanti susah nak ambil barang. ( nada yang agak keras )

Si isteri : Susah apanya..saya yang masak kat dapur, bukan abang..!!

Si suami : kalau saya nak buat, saya nak buat rendah. Tak mahu tinggi-tinggi. ( nada yang agak marah )

Si isteri : bukan abang yang nak masak. Saya yang nak masak. Rendah-rendah buat apa?


Gambar Hiasan.

Adehh..!!! , tak pasal-pasal aku menyaksikan pertengkaran secara langsung pasangan tersebut. selamber badak je diorang gaduh-gaduh depan aku. Aku yang masih di bawah 18 tahun ni ( cehh..!! perasan muda la konon..!!), terpinga-pinga mendengar setiap butir perkataan di keluarkan dari bibir mereka. Adehh..!! memang tidak sesuai untuk aku dan kita semua dengar. Mahu meleraikannya, tidak tahu pula aku mahu menyampuk dari mana. Tersalah sampuk, takut pula aku di labelkan kurang ajar. Ye lah, pelanggan kan selalunya betul. Aku jauhkan sedikit diri aku dari mereka. Tak manis jika aku ada di situ. Dalam hati aku, sabo je la..!!

Lebih 5 minit bertikam lidah. Azab benar rasanya. Tapi ada benarnya juga permintaan si isteri. Ketinggiannya akan membuatkan dia berasa lenguh pabila memasak kelak. Tapi tidak pula aku membela si isteri. Takut nanti kena marah. Dan akhirnya mereka keluar dengan muka yang masam mencuka. Si isteri sempat bersuara sebelum keluar .

Si isteri : maaf ya dik..! laki akak tu memang cerewet. Macam dia yang nak masak untuk anak bini.

Aku, Cuma mengangguk senyum. Alahai..!! kesian pun ada. Sebenarnya banyak lagi permintaan cerewet yang tidak tercapai dek akal yang pernah aku lalui sendiri. Baik dari lelaki, baik dari perempuan. Kedua-duanya, sama saja. Cuma manisnya cerewet lebih pada perempuan la. Hehehe..!!Tapi dalam kes tadi, tentu kalian dapat tafsir sendirikan. ? so..sama-sama lah kita renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah!

Hampir 3 tahun kejadian di atas berlalu. Tetapi ia masih segar di ingatan aku. Mana tidaknya, secara langsung tu..!! mana boleh aku lupa sewenangnya. Pengalaman hidupkan.

Harapnya, entry kali ini tidak menguris mana-mana pihak yang membaca, hanya secebis pengalaman aku yang mahu di kongsi bersama. Tiada di tujukan khas pada sesiapa. Sekadar renungan kita semua.

Dan rasanya sampai di sini saja untuk bebelan untuk kali ini. insyaALLAH, panjang umur kita pasti bersua di lain entry. InsyaALLAH.

Salam..


Daaa….!!!

Kata Hati : Maaf jika ada yang terasa hati. sekadar berkongsi pengalaman suka dan duka di sini. Tidak ada niat mahu menjatuhkan sesiapa.



Ikhlas

Isnin, 2 Ogos 2010

.:: Syukur ::.





Salam. Alhamdulillah, panjat rasa kesyukuran kepada Ilahi, kerana di berikan kesempatan kepada kita semua untuk terus bernafas di bumiNYA kini. Syukran Ya ALLAH…!!


Bersyukur juga, di berikan masa dan ruang untuk hambaMU ini terus berceloteh di sini. Tanpa izin dariNYA, pasti semua ini tidak akan tercipta. Alhamdulillah.

Syukur..!, hanya itu tajuk entry kali ini. Hanya sepatah, bukan dua mahupun tiga. Hanya satu, iaitu bersyukur, perkataan yang saban hari di sebut oleh aku setiap kali entry baru di keluarkan.

Menikmati atau mensyukuri setiap apa yang di berikan OlehNYA adalah patut. Tapi sebagai manusia biasa, kita kadang-kadang terpesong atau lebih manis jika aku gunakan ayat terlupa untuk mahu bersyukur dengan apa yang ada.

Maaf ya..!! titipan untuk entry kali ini tiada kaitannya dengan sesiapa. Ini Cuma peringat untuk diri aku yang kadang-kadangnya alpa dengan nikmat di dunia ini . Sekali gus, entry untuk kali ini, dapat munasabahkan diri aku kepadaNYA dengan lebih bermakna. InsyaALLAH.

Sebagai manusia biasa, kita kadang-kadangnya alpa, dengan nikmat yang ada di sekeliling kita. Mungkin secara normal kita tidak sedar yang kita tidak bersyukuri dengan apa yang ada, kita lihat tiga contoh mudah yang aku titipkan di sini :

> kita sudah pun memiliki telefon bimbit . Dan secara tidak langsung kita masih lagi tidak berpuas hati . merungut pabila talefon bimbit kita tidak sehebat yang lain. Nampak?? Tiada rasa bersyukur di situ.

> sudah punya pakwe/makwe/tunang/isteri/suami/anak/adik/abang/kakak/ibubapa/kawan-kawan DLL.. dan rungut yang kita selalu dengar, kenapa la pakwe/ makwe/ tunang/ isteri/ suami/ anak/ adik/ abang/ kakak/ ibubapa/ kawan-kawan DLL, tidak sehebat si polan tu. Nampak, tiada tanda bersyukur di situ. *aku tidak kata semua ya..segelintir saja. Renung-renungkanlah..

> sudah ada basikal/motosikal/kereta/van/lori apa-apa sajalah, tapi ada juga yang tidak bersyukur. Sekali lagi, tiada sekelumit syukur di situ.

Kalau mahu di huraikan memang bila-bila pun tak akan habis. Marilah kita, sama-sama berfikir dan renung-renungkanlah adakah kita tergolong di dalam kumpulan tidak bersyukur?

Aku akui, kadang-kadang aku begitu, terlalu alpa dengan dunia yang fana ini. Sepatutnya kita kena lebih bersyukur dengan semua yang telah diberikan. Fikirlah, jika semua yang kita miliki di tarik nikmat olehNYA? Bagaimana kita ?

Maka marilah kita panjatkan jutaan rasa kesyukuran yang telah di beri olehNYA. Jangan sia-siakan rezeki yang telah di limpahkan dariNYA untuk kita semua. Ingatlah , setiap apa yang di beri ada hikmah di sebalikNYA.

Ayuh..sama-sama kita bersyukur…!!

Rasanya, baik sampai di sini saja untuk bebelan kali ini. Takut nanti kalau-kalau terlajak membebel lain pula jadinya.

InsyaALLAH, jika di berikan kesempatan OlehNYa, kita pasti bersua lagi di lain entry. Semua atas keizinanNYA…InsyaALLAH..!!

Salam…

Daaa…!!!


Kata Hati : Terima Kasih Ya ALLAH, Aku bersyukur ke hadratMU...Amin..!!



Ikhlas