Khamis, 28 April 2011

.:: Selamat Ulang Tahun Sayang....!!! ::.

.




Assalamualaikum.

Syukran di berikan kesempatan untuk aku terus berada di ruangan ini.

SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG !!!!!!!!!! ( blog aku daaa...jangan fikir ke laut ya..! )

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik jatuh 17 April 2011 dah setahun dah blog aku ni. Di sebab tak ada masa yang cukup, tak sempat nak keluarkan ucapan ulangtahun untuk blog ini.  Bila aku usha balik di awal pembabitan aku dalam bidang ni, ketawa sendiri aku di buatnya.

Tapi apakan daya kan, time tu budak baru nak belajar. Lagipun main redah je. Kira-kira 2 atau 3 bulan, barulah aku buat muka tak malu tanya otai-otai yang mahir dalam berblogging ni. Dari situ aku belajar dapat belajar, walaupun tak banyak, tapi ia cukup untuk membantu aku terus berada di ruangan ini.

Walaupun blog ini tak sehebat blog yang lain, aku tetap sayangkan blog ini. InsyaALLAH aku tidak akan lupakan blog ini.  Untuk pergi jauh, aku belum bersedia. Lagipun banyak lagi benda yang aku kena belajar. Tak kan aku nak redah ikut suka je kan?

Di sini juga aku banyak membebel. Untuk kepuasan sendiri. Maaflah jika ada yang tidak senang dengan bebelan yang titipkan sepanjang setahun aku disini. Di sini juga aku banyak bercerita tentang KAMU. Dan di sini juga aku tidak megeluarkan entry yang tidak membawa maksud, kerana semua entry yang di keluarkan ada hubung kaitnya dengan kehidupan aku.

Aku tidak menulis sesuatu yang langsung tidak berkaitan dengan aku. Kerana menulis cerita yang bukan-bukan adalah bukan minat aku. Semuanya berhubung kait, cuma aku tidak terjemahkan secara terus, sebaliknya aku lebih banyak berkias.

Mungkin itu cara aku. InsyaALLAH aku cuba untuk bertahan bersama blog ini. walaupun kadangkalanya aku tidak selalu boleh menghabiskan masa sepanjang hari disini. tapi tidaklah bermakna aku mahu lupakan terus blog ini. Ia tetap di hati.

Dan insyaALLAH, dengan izinNYA aku akan terus di sini. Semoga Blog ini terus ceria-ceria selalu. InsyaALLAH.


Kata Hati : Aku juga sayangkan kamu-kamu..! :)


.
 

Selasa, 26 April 2011

.:: Untuk Kamu | Aku Tetap Di Sini ::.

.
PERHATIAN: Nukilan  " Aku Tetap Di sini " adalah hak milik blog
 http://www.cahayacita2.blogspot.com/
Sebarang penyalinan semula tanpa izin penulis akan diambil tindakan.


AKU TETAP DI SINI


Bila masa berganti hari

Hari berganti minggu

Minggu berganti bulan

Bulan berganti tahun

Kesetiaan ini

Tidak pernah berubah

Hanya pada kamu

Untuk kamu

Demi kamu

Gilakah aku?

Ikhlas

Setia pada kamu

Tanpa jemu

Dan

Tanpa ragu

Semua kerana kamu.

Sesungguhnya

Aku mahu

Kamu tahu

Aku tetap

Setia disini

Hanya

Untuk kamu

Hanya Kamu....!!


kata Hati : Aku mahu kamu tahu, kamu sentiasa di ingatan aku.


.
 

Rabu, 20 April 2011

.:: Cerita Sebabak Aku 3 | CSA 3 ::.

.
Didalam Cerita Sebabak Aku ( CSA ) nama , tarikh , masa dan tempat atau apa sahaja maklumat tidak akan dinyatakan untuk keselamatan bersama.


Dua hari sudah, aku terserempak dengan seorang perempuan di sebuah taman, membuntang mata kami bila mata bertentang mata. Mana taknya, nama pun T.E.R.S.E.R.E.M.P.A.K..!

Ermm…dari ekor matanya, macam ada pekara yang masih belum di selesaikan.

Huh..! Udah-udah le tu, kita buat hal masing-masing ya. Sebab aku pun dah lali dengan cerita-cerita yang tak betul tu. Jangan di sebabkan dengki atau apa saja yang telah merajai hati , awak nak jadi pengarah filem percuma.  Kalau laku takpe la, ini tak…!

Eh..! tapi kalau betul nak buat cerita, cuba cari yang betul-betul. Lagi best kalau cerita betul tu kita tanya terus dari tuan empunya badan, jangan melalui orang tengah. Kompom cerita cepat basi. Sebab banyak sangat rencah air liur sebelum nak sampai pada pengarah.

Apa kes guna orang tengah?  Nampak macam penakut adalah. Tak pun nampak sangat macam nak jaga tepi kain orang. Tak rock la beb..!  kalau nak tahu kisah sebenar lagi tulen yang ada cop sah dan halal, meh kita bersemuka. Baru rock..!!

Aku bukan ajak gaduh, lagipun aku ni tidaklah kejam sangat sampai nak ajak bertumbuk bagai. Cuma nak ajak bersembang cara baik. Apa saja soalan, insyaALLAH aku jawab. Baru boleh buat cerita yang best, sebab bukannya datang dari orang tengah.  

Lagipun kalau melalui orang tengah ni, dah sah-sah bukan yang terbaik dari ladangkan?

Al-maklumlah, dah tak segor…! Jadi meh datang berdepan dengan aku. Kompom terbaik dari ladang.

Kan? Kan? Kan? Kan?

Okeylah tu..!

.

Ahad, 17 April 2011

.:: Cerita Sebabak Aku 2 | CSA 2 ::.

.
Didalam Cerita Sebabak Aku ( CSA ) nama , tarikh , masa dan tempat atau apa sahaja maklumat tidak akan dinyatakan untuk keselamatan bersama.



Malam semalam sedang leka melayari blog rakan-rakan yang lain, tiba-tiba terlihat satu komen yang di tinggalkan di blog yang sedang aku lawati.

Laju saja jari aku membawa anak patah ni skrin komputer ke pemilik komen tersebut,. Maka terkeluarlah profil pemilik komentar tersebut. Di sini bukan nak bercakap mengenai apa yang terkandung di dalam komen yang di tulisnya, tetapi tentang tuan empunya komentar.

Bila mata tertumpu pada profil milik komentar tersebut, entah kenapa tiba-tiba hati aku di selaputi dengan rasa rindu.  Yang pasti rasa rindu itu hanya  sebagai sahabat tidak lebih dari itu. Walaupun di antara aku dan juga komentar tersebut tidak pernah bertemu, tetapi aku tahu dia seorang yang sangat baik. 

Sepinya komentar itu dari dunia alam maya memang tidak di duga. Masih segar lagi satu dua kenangan manis bersama komentar itu. memang aku tidak akan sesekali lupakannya. Memberi satu perluang yang sangat besar dan  cukup bermakna dalam hidup aku.

Yang pastinya aku merindui masa dulu kala. Bergurau senda di alam maya bersama rakan-rakan yang lain seangkatan dengan  komentar.

Apa-apapun, aku sentiasa berdoa buat  komentar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan  di lindungiNYA selalu.

InsyaALLAH, satu hari nanti mungkin kita akan berjumpa. Siapa tahu kan?

Kita hanya mampu merancang, yang menentukan segalanya ialah DIA Yang Esa.


.

Jumaat, 15 April 2011

.:: Cerita Sebabak Aku 1 | CSA 1 ::.

.
Didalam Cerita Sebabak Aku ( CSA ) nama , tarikh , masa dan tempat atau apa sahaja maklumat tidak akan dinyatakan untuk keselamatan bersama.


Pejam celik, pejam celik tak sangka hari yang di nanti-nantikan akan tiba. Sebelum ni punyalah rasa tak sabar. Rasa lambat sangat-sangat. Alih-alih bila tarikh yang di tunggu-tunggu itu hampir tiba, hati pula rasa tak tenteram. Ish..ngada..! (haipp…! Nama pun Cerita Sebabak Aku - CSA)

Bila dah tinggal sehari saja lagi menjelang hari esok ( bukan debaran mengundi di Sarawak ya..! ), Macam-macam persoalan yang muncul dalam kepala ni.  Samada ini adalah pilihan yang tepat atau tidak.serasi atau tidak. Haissh..! macam-macam lagilah. Sebab sebelum ni pun adalah satu dua yang tak serasi. Last-last di tinggalkan begitu je. Kasihankan?

Oh..Kasihan…!

Kali ini  dari segi luarannya aku lihat dia ok, segak dan kemas. Tapi cuma dalamannya je yang aku tak tahu lagi. Lagipun aku  bukan pandai sangat nak menilik bagai ni. Asalkan sedap mata memandang, selesa dan serasi bersama sudah memadai bagi aku.

Tapi kalau tak serasi macam mana?

 Aduhh…!

Pening-pening. Terus terang cakap, memang jiwa aku tengah kacau ni. Mungkin di sebabkan pengalaman lalu hati ini jadi gundah gulana. Takut laa..! takut untuk kali ini, jadi macam yang lepas-lepas juga. Macam mana?

Sebab tu aku kena buat keputusan sebelum hari  itu muncul. Kalau boleh tak nak tersalah langkah seperti sebelum ni. Cukup-cukuplah dengan pengalaman dulu. kalau boleh tak nak di ulang lagi.

Serik...!!!

Apa-apapun, aku akan terus berdoa moga itu  yang terbaik buat aku.InsyaALLAH.

 Hakikatnya, debaran esok jelas terasa...!
Sangat terasa...huhuhu..

.

.:: Mulanya Cerita Sebabak Aku ( CSA ) .... ::.

.





Assalamualaikum.
Sekali lagi di berikan kesempatan dari Ilahi untuk terus bertemu di ruangan ini. Tanpa keizinan darinya, pasti kita semua tidak dapat melaksanakan apa yang telah terlaksana untuk hari ini.

Syukran Ya ALLAH..!

Alhamdulillah, Sudah lama tidak mengeluarkan entry, tapi untuk entry kali ini adalah entry pemberitahuan tentang kemunculan “Cerita Sebabak Aku” ( CSA ) di blog ini tidak lama lagi. CSA akan menceritakan apa yang terjadi bukan saja pada diri aku, malah apa saja yang ada di sekeliling aku baik yang lama mahupun baru.

Akan tetapi, di dalam  CSA tidak akan mengeluarkan sebarang nama , tempat , masa, tarikh atau apa saja maklumat yang berkaitan dengan sesiapa yang berkaitan dengan cerita. Ini adalah  kerana CSA bukanlah bertujuan mahu mengaibkan sesiapa. Malah CSA  sekadar mengimbau dan mencatat segala kenangan suka duka dalam diri aku di ruangan ini.

InsyaALLAH, jika tiada apa-apa halangan CSA untuk pertama kalinya akan di muat turunkan pada malam ini. Harapnya moga kalian terhibur dengan karya merapu aku nanti. Huhuhu.

Dan berharap CSA ini tidak menguris hati mana-mana pihak.  Aku Mohon ampun dan maaf jika sekiranya CSA menguris hati dan perasan mereka.

Ribuan terima kasih juga pada kalian yang sudi dan tidak jemu-jemu singgah di blog ini. insyaALLAH, panjang umur kita bersua kembali.

Mu’asallammah…! 




Kata Hati : Sekadar Bercerita......