Jumaat, 28 September 2012

.:: Tazkirah Jumaat | 20 Penyakit Hati Terhadap ALLAH ::.







SUMBER : MUKA BUKU.


Kata Hati : 
Moga kita semua dihindari dari segala penyakit di atas..Amin..!
.

Khamis, 27 September 2012

.:: Pet Grass Untuk Si Comel ::.






Salam 11 Zulkaedah 1433H.
Selamat hari khamis semua...!

Jujur, agak kekok sedikit bila mahu menaip entry setelah sekian lama menyepikan diri.
Terima kaseh tidak terhingga buat kalian semua yang tidak jemu-jemu doakan kesihatan aku.

Sayang kalian....!!

Nampak tajuk..?
Pet Grass atau bahasa melayunya, rumput binatang.

Dan AMARAN ini BUKAN ENTRY BERBAYAR.
Sekadar berkongsi dengan mereka yang belum tahu.

Kalau sesiapa ada bela kucing, pasti tahu kucing kadang-kalanya akan keluar mencari rumput untuk di makan.

Dan tentu ada yang cakap "Eh..kucing makan rumput ke..?"

Ye sayang, kucing memang makan rumput. Tapi tidaklah di jadikan makanan asasinya.

Cuma bila perlu sahaja.

Kenapa kucing perlu makan rumput...?

Dengan memakan rumput yang di anggap penawar,  kucing dapat memuntahkan kembali gumpalan bulu yang di jilatnya  itu.

Jadi, kucing yang bermain bebas di luar, senanglah nak mencari rumputkan.

Tapi kalau macam kucing aku Si Bulat tu, bunyi enjin motor pun dia takut, inikan pula nak biarkan dia keluar.

Jadi, kenalah tiap-tiap pagi aku carikan sedikit rumput untuk Si Bulat. Tapi bila tengok rumput-rumput bertukar kekuningan aku mula takut nak bagi.

Risau kalau-kalau rumput tu dah di sembur racun. Jadi, langkah mudah adalah menanam rumput itu sendiri. Tapi macam manakan?

Sampailah aku terjumpa halaman Pet Grass (Malaysia) di mukabuku.

Kali pertama pantang terus berminat..!
Keterujaan nak beli tu, membuak-buak nih..!

Al-maklumlah, kalau tanam rumput sendiri dah jamin rumput tu bersih dari racunkan..!

Bincang-bincang, dan aku terus buat keputusan untuk beli duluxe kit dengan harga RM17.50. ( Harga termasuk pos untuk di semenanjung)

Selesai pembayaran di buat, dan barang pun dah selamat sampai rumah,
Sesegera mungkin aku mula menuai rumput tu tau..!

Dan rumput itu hanya makan masa 6 atau 7 hari sahaja.
Lepas tu boleh bagi si bulat tu makan.

Pertama kali bagi, risau jugalah kalau-kalau Bulat tak nak.
Tapi kerisauan aku melesett..Bulat ragut rumput lebih rakus dari kambing...wakakakakaka..!

Jom...Layan gambar yang aku ambil, dari hari pertama aku tanam.


Bahan yang terdapat dalam Duluxe Kit.
Benih , Tanah , Tisu dan Kertas Arahan.


Letakkan tanah (tinggalkan sedikit) di dalam bekas yang telah di sediakan.
Semburkan sedikit air, bertujuan untuk basahkan tanah itu.
Tabur benih rumput itu secukup rasa dan semburkan sedikit air.


Ambil baki tanah yang ada, tutupkan benih yang di dalam bekas.
Dan kemudiannya sembur sedikit air.


Kemudian, tutupkan dengan tisu yang telah di sediakan.
Semburkan tisu tersebut dengan air hingga kelihatan lembab.
Dan mulalah proses penuaian.

Pastikan tisu sentiasa lembab. Kalau nampak tisu kering, segeralah semburkan dengan air.
Tisu boleh di buang sekiranya rumput sudah mula bercambah.


Hari ketiga, rumput sudah mula bercambah. 


Hari keenam, rumput berjaya tumbuh dengan suburnya...!
Dan sedia untuk di NGAP oleh Bulat..!


Tengok Bulat ragut rakus daripada kambing...! 
Heeee....!


Jom layan pula video Bulat makan rumput..Nyum..nyum..nyum..!


Rumput ni, bukan setakat untuk kucing je tau.
Hamster, anjing, arnab pun boleh juga.

Kalau siapa-siapa berminat nak dapatkan rumput ni, boleh terus ke laman mukabuku PET GRASS (MALAYSIA).


Kata Hati : Rasanya kucing Deqla pun takut keluar rumahkan...?
.

Rabu, 26 September 2012

.:: Wordless Wednesday #25 ::.






Kata Hati : 

Bila dah habis musim raya, teringin pula makan lemang...!
Huhuhuhuhu....
.

Sabtu, 22 September 2012

.:: Terima Kaseh Dan Maaf ::.



Terima kaseh kepada semua yang tak jemu-jemu singgah ke sini.

Dan
Mohon maaf buat kalian semua, sebab buat masa sekarang ni, memang tak dapat nak berkunjung balas...

InsyaALLAH akan kembali aktif...
InsyaALLAH....


Kata Hati : Keadaan kejap baik, kejap tak...sangat letih...!
.

Sabtu, 15 September 2012

.:: Kenapa Niiii....?? ::.



Ehsan Google. Harap Maklum..!


Adeh..! Kenapa niiii....??
Asal sabtu je aku jadi malas, asal malas je hari sabtu..!

Serius..!! 
Memang kemalasan sedang melanda ketika ini.

Di tambah pula dengan kekontangan idea untuk menghasilkan entry. Lagilah bertambah-tambah-tambah-tambah malassssssssssss..!

Dan bila hujung minggu je, aku macam terasa dunia blog ni sunyi sepi je.

Kalian rasa tak macam tu..?

Yelah, hujung minggukan hari untuk habiskan masa bersama keluarga tercinta. Takkan nak mengadap blog kotkan..!

Erkkk...bebel-bebel-bebel tak sangka jadi juga satu entry untuk hari sabtu yang very the malas ni kan..!

Okeyhlah ye... dah kekeringan perkataan untuk dibebelkan dah..heee...

Apapun, selamat berhujung minggu semua.... :)


Kata Hati : Ini entry bebel namanya....Heeeeeee.....!
.

Jumaat, 14 September 2012

.:: Tazkirah Jumaat | Wanita Solehah ::.



Sumber : MukaBuku



Kata Hati : 
Sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik...InsyaALLAH...
.

Khamis, 13 September 2012

.:: Bila Cincin EMAS Di Jari Si DARA ::.





Ini pandangan mereka. Bagaimana pula dengan pandangan kalian...?




"Bagi CikNa, No problem. Orang tak pandang dah kot semua tu zaman sekarang ni. So tak payah risau kalau nak pakai cincin" - ChicNA





"Bagi pendapat sendiri tak salah. Sebab Ayu pun pakai cincin emas mak bagi. Maybe kalau orang tersalah anggap dorang ingat dah berpunya,itu je kot."Ayu





"Bagi M tak salah la. Sebab M tak pernah lagi terbaca pasal hal ni. Cuma jangan sampai kita melebih-lebihkan. Pakai pun kat jari manis saja,tak boleh jari lain.Wallahualam"M





"Kalau pendapat saya, rasanye tak salah, tapi mungkin berlaku salah faham. Sebab orang akan ingat wanita bujang tu dah bertunang atau berkahwin"Mas






"Tak jadi kesalahan pun kan. Ramai je perempuan bujang pkai cincin. Deqla tak penah lagi dengar perempuan bujang salah pakai cincin emas"Deqla




"Takde salahnye, takde haram pun. Memang emas tu perhiasan bagi perempuan. Siapa-siapa je perempuan boleh pakai. Cendol pun pakai"Cendol






"Errah pakai je,siap dua sekali cincin emas pakai..Takde masalah kot" – Errah




"Tak salah pun. Sebab Eca sendiri pakai cincin emas. Takde dalil menyatakan wanita bujang Tak boleh guna cincin."  Eca




"Rasanya tak salah la. Itu cuma persepsi orang jer. Kawan saya ramai je pakai cincin, ada yang pakai cincin emas,cincin plastik pun ada. Takde masalah pun. Rasanya kalau nak pakai cincin tu just pakai je jangan pedulikan sangat apa yang orang fikir"Miss Banu


"Kalau bagi pendapat akak takde salahnya kalau nak sarung cincin emas waktu bujang. Sebab takde hukum haram pun yang menyatakan bahawa pemakaian cincin emas tu hanya pada orang-orang tetentu. Kecualilah pada lelaki. Abaikan saja pemikiran masyarat kita yang berfikiran macam tu,memang itu satu budaya pemikiran yang ditakuk lama dan dipengaruhi oleh adat budaya tu. Emas tu kan perhiasan untuk wanita"Mama Arina 


Kata Hati : 
Yang aku tanya ni, semuanya perempuan. 
Wahai LELAKI...Pendapat kalian macam mana pula...? 
.


Rabu, 12 September 2012

.:: Wordless Wednesday #24 ::.






Kata Hati :
 Fridge Magnet ini terjatuh. Cuma patah dua. 
Kalau berkecai..!
Huhuhuhu....
.

Selasa, 11 September 2012

.:: BE Dari Nuffnang | Rezeki Syawal...! ::.





24 Syawal 1433H.
Alhamdulillah, kita masih bersiaran secara tidak langsung di sini.

Tengok tajuk, tengok tajuk..!
Alhamdulillah, bermurah hati betullah Nuffnang ni..!

Tak sangka sungguh ada BE baru singgah.
Tengok tanda merah tu, itulah BE baru..!

Dan menjadikan 3 BE berlangsung secara serentak.
Kira memang impian aku nak BE berganda-gandakan.

Akhirnya dapat juga tau..!
Tapi tak kiralah berapapun, aku tetap bersyukur.

BE sunsilk tu dah di creditkan dah. Jadi tinggallan 3 BE.
Dan harap BE tu kekal lelama sikit ye.

Terima Nuffnang....!!


Lagi mengenai BE :

: Terima Kaseh NUFFNANG :
: Oh..NUFFNANG..Nak BE..! :
: Ada BE Baru..! Terima Kaseh NUFFNANG :


Kata Hati : Sambil berblogging, boleh juga MENJANA PENDAPATAN di [ SINI ]...! 
.

Isnin, 10 September 2012

.:: Salad Kentang ::.





Selamat hari isnin semua..!
Pejam celik  dan celik pejam dah 23 Syawal 1433H kan.

Berbaki lagi 6 hari saja lagi dalam bulan syawal ni.
Kira minggu terakhirlah kalau siapa-siapa nak buat rumah terbuka kan..

Rumah aku..? masih berantakkan...huhuhuh.
Memang buat tak nampak je kalau tiba-tiba periuk belanga de tengah rumah.

Dan dikala rumah berantakkan ni jugalah keinginan aku mencuba pelbagai masakan membuak-buak.
Tapi nak buat macam mana, tahannnnn je lah..!

Dan pastinya, kalau dan selesai semua nanti tentu keinginan tu pun dah tak ada..huh.! #selalunya macam tu lah kan..!

Ikutkan hati memang nak masak berat-berat. Tapi pergerakkan dan keadaan amatlah terbatas.
Tapi di sebabkan teringin juga nak masak sesuatu, jadi aku masak yang ringkas sajalah..!

Resepi ni, aku ambil dari blog Nanie. Memang semudah ABC je tau..!
Senang sangat-sangat..!




Dari resepi Nanie, aku cuma olah sikit je. Bukan olah apa, cuma ada penambahan bahan je.
Aku tambah lobak merah , kobis , sedikit daun sup dan daun bawang.

Bila dah siap gaulkan semua bahan bersama mayonis dan sedikit serbuk lada hitam,
Hidangkan dan siap sedia di NGAP bersama sos cili kegemaran..!

Wallawey.. Memang sedaplah.. dan memang kenyang.
Dan sedap juga kalau di makan bersama roti.

Nak cuba..? Terjah resepi ke blog Nanie di [SINI]
Selamat mencuba..!

p/s : Maaf gambar dari kamera cap ayam ni kurang jelas, sebab kamera canggih aku tertinggal dekat opisss..! #canggihlah sangat...wekkkk..!


Kata Hati : Lepas ni teringin nak cuba BAKSO...! Tapi tak tahu bilaaa..huhuhuh..
.

Ahad, 9 September 2012

.:: Akuarium Terkecil Di Dunia ::.





Seorang rakyat Russia, Anatoly Konenko telah mencipta rekod akuarium terkecil di dunia yang
 hanya bersaiz 30 x 24 x 14mm. 




Akuarium yang di perbuat dari fiberglass ini lengkap dengan rumpai laut dan ikan yang hidup.




Bila dah kecil, jadi perkakas berkaitan dengannya pun mestilah kecilkan. Comei-comei gitu..!



Comeikan..? Serius nampak macam mainan..!
Sumber : Lepak.my


Kata Hati : Tiada yang mustahilkan, sebab semuanya datang dari ALLAH.
.

Sabtu, 8 September 2012

.:: Pengganti Diri Di Aidilfitri | Part 7 ::.





21 Syawal 1433H.
Salam sabtu semua...!

Tiba-tiba aura Aidilfitri kembali.
Al-maklumlah, kita masih dalam bulan syawalkan..!

Syukur pada DIA kerana berikan kesempatan untuk kita semua..Alhamdulillah..!

Kalian masih ingatkan episod 'PENGGANTI DIRI DI AIDILFITRI' ?
Dalam 'Pengganti Diri Di Aidilfitri | Part 6' ada diberitahu itu adalah episod yang terakhir di tahun 1433H ni.

Tapi rancangan aku meleset sama sekali. Yalah, aku hanya mampu merancangkan.
Tapi Yang Maha Kuasa menentukan segalanya.

Khamis lalu, dengan hati terbuka aku masih lagi menerima kad raya lagi..!
Datang nun...jauh dari Sabah bah..!

Pengirimnya comel sentiasa bah..pandai bergaya juga bah..
Walaupun anak dua bah, tapi kelihatannya seperti remaja-remaja tau.

Kalian yang datang dari GSF tentu tahu siapakah gerangannyakan..?
Siapa lagi kalau bukan Aima...!

Buat Aima. Alhamdulillah, pengganti diri yang aima kirimkan buat Nur selamat sampai dengan jayanya..!
Apapun, jutaan terima kaseh yang tidak terhingga di ucapkan buat Aima ye...




Dan pada hari yang sama juga aku dapat cenderahati dari kiriman GSF juga tau..!
YaALLAH...baiknya ahli-ahli kumpulan ni..! 
Terharu betul rasanya...!

Siap dapat keychain , Frigde Magnet dan kad comel lagi tau..!
Senyum lebar bila buka sampul coklat tu.

Al-maklumlah, aku dapat keychain Perlis.
Sebab aku belum pernah ke Perlis...!
Jadi ini salah satu kenangan yang harus di simpan..!

Terima kaseh tidak terhingga jugalah buat Si Cantik ni, Siapa lagi kalau buat Ayu.
Susah-susah je tau..!

Dan dengan ini, Kiriman ayu juga telah selamat sampai dengan jayanya juga ke tangan Nur...!
Alhamdulillah...!

Lepas ni, mungkin adakah part seterusnya...?
Kita hanya mampu merancangkan, Yang pasti DIA yang menentukan.

Jadi, kalau ada, adalah....
Kalau tidak, berakhir sampai di sini sajalah....

Mungkin kalian terlepas :

: Pengganti Diri Di Aidilfitri | Part 1 : [KLIK SINI]
: Pengganti Diri Di Aidilfitri | Part 2 : [KLIK SINI]
: Pengganti Diri Di Aidilfitri | Part 3 : [KLIK SINI]
: Pengganti Diri Di Aidilfitri | Part 4 : [KLIK SINI]
: Pengganti Diri Di Aidilfitri | Part 5 : [KLIK SINI]
: Pengganti Diri Di Aidilfitri | Part 6 : [KLIK SINI]



Kata Hati :
Yeahhh...Cik Manis sudah kembali...!
Jadi nak juga beritahu Cik Manis, Pengganti diri Cik Manis juga selamat sampai tau..! 
Tengok [SINI] yeee... 
Dan lepas ni jangan hilang lelama dah tau..!
.

Jumaat, 7 September 2012

.:: Kebaikan Solat Untuk Kesihatan ::.



KLIK UNTUK TUMBESARAN.


Sumber : MUKABUKU.


Kata Hati : 
Ayuh kita istiqomah untuk solat sunat...InsyaALLAH....
.

Khamis, 6 September 2012

.:: Jawapan Wordless Wednesday #23 ::.





Haishh...! Senyum sesorang aku baca komen-komen entry 
[ Wordless Wednesday #23 ] semalam.

Bila dah bersalut dengan kulit putih tu, Memang ianya seakan-akan nampak macam KACANG PISTACIO kan..?
Selain kacang pistacio, ada juga yang kata KUIH BAHULU.

Manakala Eca  Dan Caliph Shuriken teka KUACI.
Mungkin sekali pandang memang nampak macam kuaci putihkan..?

Boni Kacak pula teka KALUMPANG. Puas google, kalumpang itu apa, tapi tak jumpa.
Jadi KALUMPANG tu macam mana bentuknya Boni...?

Dan yang selebihnya, tekaan kalian tepat sekali..!
Tahniah ye sahabat-sahabat..! #Jangan lupa tepuk tangan untuk diri sendiri....!

Apa yang ada dalam balang itu sebenarnya PETAI yang telah di JERUKkan.

Eh..PETAI..?
Kenapa putih...? kenapa tidak hijau..?

Sebab PETAI itu masih lagi bersalut dengan kulit putihnya..!
Mana ada PETAI yang di jerukkan berwarna hijaukan..?

Rasanya siapa yang pernah buat JERUK PETAI atau lihat sendiri macam mana PETAI mahu diJERUKkan, pasti tahukan..?

PETAI selain diJERUKkan, makan MENTAH pun sedap juga tau.
REBUS atau BAKAR pun sodap..!

Siapa HANTU PETAI pasti tahu keenakkan PETAI...! Heeeeee... :)


Kata Hati : Selain TEMPOYAK , PETAI juga salah satu makanan kegemaran aku..! 
.