Selasa, 31 Januari 2012

.:: Bersyukurlah Manusia..! ::.

.





Mengucap panjang bila aku dengar hamburan ayat di atas dari orang sebelah aku di sebuah gerai.

Perasaan aku? Mendidih bengang tahap apa pun tak tahu aku nak labelkan... #maknanya bengang sangatlah…!!

Berdesing lubang telinga aku bila dengar ayat ‘MELUAT’ di ulang-ulang bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali..!!  #pada yang tidak tahu perkataan “MELUAT” ianya sama macam “MENYAMPAH”.


Sepanas-panas cuaca, panas lagi dengar manusia itu membebel..!!

Kalau kalian di tempat aku, kalian bengang tak?

Ikutkan hati aku tadi, nak je sumbatkan dengan botol . Biar diam dari menghamburkan kata-kata yang tidak elok mengenai alam.

Bercakap seolah-olah baru sehari dua menetap di Bandar Warisan. Dalam buku geografi pun dah ada tertulis, Bandar Warisan kawasan lembab di Perak. Tak akan itu pun nak salahkan hujan.

Hujan itu rahmat ALLAH tahu. siapa kita nak memarahi atau menolak takdir DIA.

Sumpah..! ringan saja tangan aku ni. Dasar manusia tidak tahu bersyukur..! 



Kata Hati : Nak di lempangkan....dah tua...! 

.

.:: Raya Nanti Nak Main Mercun Macam Malam Ni Boleh? ::.

.



Sedang menaip entry ini, jam di skrin lappy tepat menunjukan pukul 1.15 pagi. 

Keriuhan mercun di luar masih menggalak. Tak pasti pula, malam ni mereka meraikan pesta apa. Berhimpun saja jarum ke angka 12 tadi, keriuhan mercun sudah pun bermula.

Aku keluar kejap tadi, menikmati cahaya bunga api bersama mak. Cantik betul mercun bunga api tadi. Agak-agak berapa ratus atau ribu yang diorang dah habiskan?

Bila setiap letupan bernilai puluhan ringgit mungkin. Uuuhh..!! macam membazir je kan.


 Raya 2011. Tahun Ni Nak Bunga Api Yang Lagi Cantik..!

Raya 2012, nak beli mercun cantik-cantiklah, nak letupkan betul-betul depan rumah. Nak mercun yang bunyik sampai 5 minit macam tadi, 

Dan yang paling penting nak mercun yang bunyinya paling kuat...! #itupun kalau polis tak tangkap aku laaa....hohohoh..!



Kata Hati : raya kita nanti boleh ke kita main mercun macam malam ni?


Isnin, 30 Januari 2012

.:: Seksa Bila Sesak ::.

.



Selamat petang isnin. Sudahkah kalian bersyukur hari ini? Sudah??

Alhamdulillah…. ^__^

Pagi tadi aku merempit ke tempat kerja. Selalunya naik kereta. Tapi bila dah lama tak naik motosikal, terasa gayat pula setiap kali di himpit kenderaan besar di bahu jalan.
Bila ada motosikal lain yang berdesup potong aku dengan lajunya, serentak dalam hati berkata,

“Gila laju pompuan tu…!”

Padahal dulu aku pernah laju dari itu..! Cuma aku je yang tak sedar. #mungkin orang lain juga pernah kata aku macam mana aku kata perempuan tadi.

Matahari terpacak tepat di atas kepala, aku keluar merempit untuk mengambil adik di sekolah. Dari tempat kerja ke sekolah adik aku, Cuma 10km sahaja. Dari sekolah ke rumah aku, 2km sahaja.

10km. vromm..! vromm..! 15 minit dah boleh sampai. Kalau naik kereta 30minit mungkin boleh sampai. Tapi kalau jalan raya sebiji serupa tadi, 45minit pun belum tentu sampai..huh..!

Pening bila tengok jalan bertentangan sesak dengan kereta. Padahal, lepas hantar adik ke rumah, aku perlu gegas ke tempat kerja semula. #Dalam fikiran mahu merempit ataupun tidak nanti.

Tengok awan, ada sedikit tompok hitam. Mungkin petanda hujan akan turun petang nanti. Dan aku ambil keputusan, tidak merempit petang ini.

Dan..dan…dan menyebabkan aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya…huh..!!


Kata Hati : Tengok ramai orang cina beli pokok tebu, malam ni cap go meh kah??? 

.

.:: " First Giveaway By Butik fiQ'Ra " ::.

.






Untuk GA kali ni, Cik Nur juga telah di TAG oleh HANI. Terima kaseh Hani, sudi TAG. 

Walaupun jam di dinding sudahpun  menunjukkan hampir ke pukul 1.30minit malam, Cik Nur masih gagah menyiapakn entry ini dan sebelum ini,.

Bukan apa, takut esok tak sempat nak join. Al-maklumlah, takut esok sibuk dengan tuntutan kerja. Kalau yang lain nak join pun boleh juga. Klik je banner di atas. tak pun KLIK SINI

Cik Nur perlu TAg tiga orang sahabt blogger. Jadi, Cik Nur TAG :

MISS ZUE

GincoMerahJambu

WANNI


Semoga berjaya ye semua... ^__^



Kata Hati : Mengantukkk nak tidoo..! Huwaaaaa...!! #buruk punya menguap..!

.

.:: Jom Blogwalking Bersama Sufai.Com ::.

.




Untuk segmen ni, Cik Nur di TAG oleh MAK USU. Takut esok Cik Nur tak ada masa, maka Cik Nur ambil keputusan nak siapkan segmen ni, malam n juga, walaupun jam di dinding kaku tepat menunjukkan pukul 1pagi..! Heee..... :)

Kalau kalian nak join pun boleh juga. Klik je Banner di atas. Syaratnya, sangat mudah...tak caya? klik dan lihatlah sendiri.

Okeyh..! Cik Nur seorang blogger yang berasal dari Perak. Dan untuk segmen ni, Cik Nur nak TAG : 

HANI

TYNA

MAKWE

FARRAAIN

IMA



Kata Hati : Ayuh memeriahkan majlis..!

.

Ahad, 29 Januari 2012

.:: Doakanlah Aku ::.

.






Memilih sangat kot…!

Aku akui, bukan senang untuk kita puaskan hati orang. Mana ada orang yang akan berpuas hati dengan satu ayat yang telah kita lontarkan.

Kalian tentu faham, ayat di awal entry ini berkait dengan apakan?

Bukan mahu jadi sombong. Tapi kalau ada saja yang tebas luahan rasa aku., bikin hati jadi panas bila ketemu beb..!

Jadi lebih baik aku duduk diam-diam di rumah, keluar hanya dengan mak dan abah ataupun sahabat yang sentiasa memahami aku.

Jadi, jika mahu lihat aku melangkah setapak seperti kamu. Sentiasalah doakan yang terbaik untuk sahabatmu ini ya..!



Kata Hati : Tidak pernah putus doa..!

.

.:: Rasa Itu.... ::.

.






Pernah tak kalian terserempak dengan seseorang secara tidak sengaja. Dan tiba-tiba, sesuatu rasa menyelubungi diri kalian?

Pernah?

Ya..! itu yang aku rasa pagi tadi. Entah macam mana aku nak jelaskan rasa yang menyelubungi aku ketika itu. Yang pastinya ianya terlalu sukar untuk di tafsirkan dengan kata-kata.

Di saat hati bergetar dek rasa itu, dan mengerakkan hati kecil supaya aku buka mata serta yakin pada DIA.  Aku mula terfikir mungkin ada sesuatu yang cuba Pencipta ingin tunjukkan pada aku, selaku hambaNYA.



Kata Hati : Keliru.... =_=

.

.:: Gempar..!! Bunyi Menakutkan Dari Langit..! ::.

.


Kecoh baru-baru ini tentang bunyi pelik di Kota Samarahan, Sarawak. Sumpah..! aku mula-mula memang takut nak dengar. Bila fikir macam mana aku nak ambil iktibar dari kejadian yang benar-benar berlaku, aku nekad diri untuk dengar sendiri. Kalian nak dengar? Silakan...





Menyeramkan bukan?? Bunyi pelik ini bukan hanya dapat di dengar di Sarawak. Malah, boleh di dengar di negara-negara lain. Bunyi yang sama...!





Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemurkaan Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ini.

“Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat Islam dan mungkin ia adalah amaran kepada kita.Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman. Banyak petanda yang sudah berlaku.”

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman, Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.

“Anak-anak zina pun makin ramai, dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin ‘sar-sar’, angin ‘sar-sar’ ni ialah angin batu, sekarang ni pun dah ada dah berlaku bencana ni.angin ‘sar-sar’ ni dulu diturunkan Allah kepada umat Nabi Luth,” ulasnya lagi.

Mufti Perak itujuga turut menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

SUMBER : MELVISTER.COM



Kata Hati : YaALLAH..Ampunilah Dosa Kami...!

.

Sabtu, 28 Januari 2012

.:: "Mak Usu Tanya, Cik Nur Jawab" ::.

.




       Alhamdulillah, masih berkesempatan mengudarakan diri di sini. Syukran yaALLAH..!

Sebaik saja buka belog, perkara pertama yang aku buat ialah chek ruangan ‘bisik-bisik’. Macam biasalah, yang tinggalkan jejak di ruangan ‘bisik-bisik’ tu, insyaALLAH pasti aku akan buat kunjungan balas.

Dan dari ruangan itu jugalah kita dapat tahu, telah di TAG oleh seseorang. Dan kali ini aku telah pun di TAG oleh MAK USU

Jom kita tengok apa yang Mak Usu Tanya, dan apa yang Cik Nur jawab :

 Idola anda dalam dunia blog. Berikan URL
Erm..idola Cik Nur, de sorang penulis ni. Di sebabkan belog dia dah di tutup, Cik Nur tak dapat nak bagi URL. Mana teman-teman seangkatan dengan Cik Nur 2 tahun lepas, mungkin tahu siapa yang Cik Nur maksudkan. Maaf ye Mak usu, Cik Nur, tak dapet nak bagi URL.

 Kawan paling rapat di blog. Berikan URL
MISS ZUE. Blogger pertama yang TAG Cik Nur. Dan dari Miss Zue lah, Cik Nur Kenal contest, segmen, GA dan seangkatan dengannya. Apalagi, jom terjah belog dia..yeahh..!

 Barang yang paling anda sayang. Kenapa
Jam tangan yang Cik Nur pakai sekarang. Hadiah daripada abah, semperna ulangtahun kelahiran yang ke-16. Pernah hilang 2 tahun tau. Satu hari mesin basuh kat rumah rosak, bila alihkan mesin basuh untuk diperbaiki, tengok-tengok jam tu terselit di belakang mesin basuh tu..happy tak hengat..!

 Hobi anda dimasa lapang. Kenapa
Blogging..! bila blogging, Cik Nur dapat jelajah belog-belog sahabat yang lain. Selain tu, Cik Nur suka juga baca buku, tak kiralah novel ke, buku motivasi ke, surat khabar ke, apa-apalah yang boleh di baca.

 Subjek yang paling anda suka disekolah. Kenapa
Sains. Sebab dulu Cik Nur bercita-cita nak jadi Doktor. Tapi nak buat macam mana, belajar tak pandai, tak dapet jadi doctor. Cuma dapat bersekolah yang namanya doctor je…huhuhu..! #tetiba rindu sekolah..!

Perkara yang anda selalu lakukan sebelum tidur.
Tentulah berangan..! heee…. ^_^

 Dah berpunya ke belum? 
Uiks… Soalan cepu cemas ni. ..! Jujur ye, Cik Nur masih belum berpunya. #maluu…!

 Filem yang berjaya buat anda sedih?
Erm…3 idiot kot..! filem yang berkisarkan tentang kehidupan. Tapi Cik Nur tak tengok dekat pawagam. Tengok kat rumah jew..Heee..!

 Moto hidup anda
Lihat Keaiban Diri Sendiri Sebelum Melihat Keaiban Insan Lain, Kerana Kita Semua Tidak  Sempurna

 Nak berjumpa dengan Mak Usu x? Nyatakan kenapa.... hahaha
Kalau ada rezeki mestilah nak jumpa. Boleh Cik Nur terbang ke Sarawak..nak ajak Mak Usu bawa Cik Nur pusing-pusing Sarawak boleh?

 Bagi komen sikit tentang blog Mak Usu...
Cantik. Siap ada lagu lagi. Setiap kali masuk belog Mak Usu, Cik Nur mesti nyanyi sama. Pastu ada kamus Sarawak lagi tu. Nak bandingkan dengan belog Cik Nur ni, belog Mak usu lagi ok. Cik Nur tak pandai nak desing bagai..huhuh…! apa-apapun, teruskan berblogging ya..!


Kata Hati : Selesai..! 
.

.:: Awan Itu Memang Indah ::.

.



Rasanya, lama dah tak tepek gambar-gambar awan di belog ni. Janganlah ingat hobi ketika memandu tu dah di lupakan. sebenarnya , masih seperti dulu, cuma tak seaktif dulu je. Heee... ^__^

Hobi ketika memandu? apa tu? nak tengok? KLIK SINI 

Cantikkan??

Tapi untu entry kali ni, aku tepek satu je gambar. Nampak tak? gambar kat atas tu. Aku ambil ketika pulang dari melawat cawangan di Parit Buntar. Dalam perjalanan tu, awan tu telah mencuri tumpuan aku ketika itu.

Sebab apa? sebab awan berbentuk bulat itu sangat cantik. Seolah-olah aku sedang menuju kearah sana. Banyak jugalah yang aku ambil, tapi ini salah satunya gambar yang elok.

Inilah hobi pelik aku ketika memandu, walaupun dah tak aktif seperti dulu, tapi masih gila awan sama macam dulu.. Hee...!



Kata Hati : Kurang aktif sejak pakai hp colek-colek...huhuhu..!!

Jumaat, 27 Januari 2012

.:: Alahaii...Kecik Je..! ::.




Selamat hari Jumaat semua…!  Pejam celik, pejam celik kita dah pun berada di hari Jumaat terakhir bagi bulan Januari 2012. Sekejap je rasakan.

Bersyukur kehadrat Ilahi, kerana di berikan kita peluang untuk terus bernafas di muka bumiNYA ini. Syukran YaALLAH…!!

Okeyh, entry kali ini mengenai duit syiling baru. Mungkin ada di antara kita sudah pun pegang kesemua duit syiling baru tu. Tapi aku yang jakun lagi kuno ni, baru je dapat pegang semalam. Itupun dapat dari adik.

Dapat pun, bukanlah kesemua duit baru, Cuma satu sekeping je duit syiling 50sen. Mula-mula tengok dan pegang tu, ayat pertama yang keluar dari mulut ni “kecik jee..”

Betul..! kecik je duit 50sen tu. Sebesar duit syiling 20sen je. Percaya tak? Jom tengok…


Baru Dan Lama


50sen baru dan 20sen lama


Kan? Kecik je syiling 50sen baru. Entah besar mana pula duit syiling 20sen baru nanti. Aku juga ada dapat syiling 5sen baru. Tapi saiz duit syiling 5sen baru dan lama lebih kurang sama je. Cuma duit yang beru ni, sedikit ringan berbanding syiling lama.

10sen lama dan 5sen baru

Kalian ingat tak duit syiling satu ringgit yang lama tu? Aku ada simpan lagi tau syiling tu. Satu je pun aku simpan. Jom tengok..

Dari Depan


Dari Belakang.

Tiada lama, tiadalah baru ye dak..! Kalau syiling yang lama, di bahagian belakangnya macam-macam ada. tapi duit syiling kali ni, cuma bercorak biasa. Tak ada lagi congkak, keris, tepak sirih , rebana ataupun wau. 



Kata Hati : Tak sabar nak tunggu duit kertas pula...harap-harp tak macam duit 5 ringgit baru..hehehe... :)

Khamis, 26 Januari 2012

.:: Nak Bergossip Pun Berpada-Padalah...! ::.

.




Apa reaksi anda bila lihat gambar di atas?

Boleh je kan, nak gossip dekat lampu isyarat. Tapi agak-agaklah. Bila lampu bertukar hijau pun, depa ni duk leka menyembang lagi..! hadoii..bengangnya aku…!

Aku bukanlah jenis kejam sangat bila berada di atas jalan raya. Bukan sesuka hati nak hon tak tentu hala. Tapi kalau dah cenggini ropenyer..! tak ke rasa mendidih?

Lainlah kalau depa ni duk atas tebing jalan tu. Haa….labunlah sampai esok pagi pun. Tak siapapun marah. Ye dak..?

Ini tidak, lampu dah bertukar hijau, depa tak jalan-jalan lagi. Bila di honkan, baru nak jalan, tapi still borak lagi…! Dasyat…!

Ingat ye kalian semua, nak bergossip ke apa ke, boleh. Tapi kena tempatlah ye..!

Sekian..!




Kata Hati : Aku tak suke main hon, sebab risau kalau-kalau orang tu ada lemah jantung…! Sekali hon, dia tumbang sape nak jawab wehh..? #selalu fikir camni..!


.

.:: I Follow...| Tapi Mana Button Follow Anda..? ::.

.

Pinjam Dari Abang Google


Apa khabar semua? Sihat?

Alhamdulillah, kerana kita semua di berikan kesempatan untuk bersua secara tidak langsung di sini. Syukran YaALLAH..!

Dari pagi, sampai sekarang, aku tak henti lagi blogwalking. Boleh nak di katakan, semua belog yang aku singgah, aku follow dan tinggalkan jejak. Bila dah tinggalkan jejak tu, terpulang pada tuan rumahlah, sama ada nak buat kunjungan balas ataupun tidakkan.

Kalau diorang buat kujungan balas, terima kaseh aku ucapkan. Kalau tak, tak mengapalah. Aku akan tetap ke belog itu lagi. Semua tu terpulang. Aku tak paksa, tak memaksa dan aku sendiri tak suka di paksa. Heeee..!

Tapi ada juga belog yang aku lawat, aku tak follow. Perhatian ye, bukan tak mahu follow. Tapi aku tak jumpa tempat nak follow. Kadang-kadang naik pening mencari kat mana button follow untuk di klik..! 



Mungkin aku sorang je kot yang tak jumpa, yang lain-lain jumpa kot. Ke aku yang rabun? Aku pun tak tahu. Huhuhu..!

Kebanyakkan belog yang aku susah nak jumpa button follow ni, belog diorang cantik dan memang cun habis. Dah tu canggih pula tu. Mungkin di sebabkan kecanggihan itu, aku langsung tak Nampak button follow.

Sayang…aku berlalu tanpa meninggalkan follow. Kan dah rugi…! Eh..kalau aku sorang je yang tak follow tak ruginye kan..kecoh rr aku ni..!! tapi cuba fikir balik kalau 10 orang yang macam aku ni? Haaaa…tak ke rugi tu..! hehehe…renung-tenungkanlah ye… Heeee.. ^__^



Kata Hati : Aku saorang je kot yang alami mende nih..!



.

Rabu, 25 Januari 2012

.:: "GIVEAWAY BY NOUVEAU CLOSET" ::.

.





Kali ini Cik Nur kena TAG dengan NINA. Terima kaseh ya Nina, sudi TAG Cik Nur. Alhamdulillah, untuk kali ini, Cik Nur dapat join. Ada yang sebelum-sebelum ni, Cik Nur tak sempat nak join. Kesibukkan melampau.

Cik Nur minta maaf ye..! Bukan tak nak sahut bila di TAG, tapi tidak punya waktu yang sesuai. Sekali lagi ye, Cik Nur minta maaf sangat-sangat pada kalian yang pernah TAG Cik Nur, tapi Cik Nur tak sahut..!

Okeyh..! Untuk GA kali ini, di anjurkan oleh pemilik blogger yang comel   iaitu blog Nouveau Closet. Blog comel ini, bukan sebarang belog ya. Belog ini ada menjual pelbagai Beg dan Tudung. Cantik-cantik tau beg dan tudung yang ada di belog Nouveau Closet ni.

Kalau kalian berminat, bolehlah jenguk-jenguk kat belog Nouveau Closet ni. Dah jenguk tu, follow la sekali ye. Kalau nak join GA ni pun boleh. Klik je SINI. Mudahkan..!

Dan untuk GA ni, Cik Nur dengan senang hati nak TAG kawan-kawan Cik Nur yang comel-comel iaitu :


Semoga berjaya ye kawan-kawan... ^__^



Kata Hati : Nak Belogwalkinglah..!



.

.:: KENCING TIKUS ::.

.


Masih mood cuti raya cina kan? Rasa macam malas je nak gerak pergi kerja kan? Yang syok, boleh sedap terlena, sedar-sedar….! Tanjat datin maimon..!

Pening kejap kepala, sebab rasa-rasa terlelap sekejap je. Tak puas hati, tengok jam handphone pula, sama masa yang tercatat di dinding kaku. Huh..! apa lagi….bagaikan halilintar lerrr…!

Okeyh..!

Malas dah nak merepek, dah selamat sampai tempat kerja dah pun. Cuma hari ni, sedikittt je sibuk. Tapi masih berkesempatan nak update belog. Entry panjang gileww..! Heeee.. ^__^

Seperti yang kita tahu, minggu lepas, Malaysia di kejutkan dengan permergian Izwan Pilus, penyanyi yang lahir dari bintang RTM. Hospital mengesahkan Izwan meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah (Sepsis) yang serius. Sebelum itu arwah pernah dimasukkan ke hospital pada November lalu selepas demam berpanjangan dan doktor mengesahkan jangkitan kuman dalam darah.

Tahun lepas penyampai radio HotFM iaitu Fara Fauzana, juga pernah di sahkan doktor virus yang sama. [ BACA SINI ]

Nampaknya  virus kencing tikus ni, makin lama makin berluasa menyerang tanpa kita sedar. Al-maklumlah, demam sikit-sikit yang berpanjangan. Telan panadol sebiji dua, okay kejap. Nanti malam demam lagi, telan panadol lagi. Okay balik, kejap nanti demam balik…macam tulah seterusnya.

Di mana bila kita ingat itu hanyalah demam biasa..! padahal kita tak tahu, virus-virus sedang menari-nari dalam saluran pendarahan kita.

Bila kita sebut KENCING TIKUS, mesti kita ingat, seseorang yang terkena jangkitan kuman itu makan di warung-warung di tepi jalan, kedai makan yang kotor-kotor kan? Sebenarnya, bahaya itu ada di mana-mana. Percaya tak?


KLIK UNTUK LEBIH BESAR

Jelas tak? Banyak lagi barang-barang makan yang kita boleh kaitkan dengan virus ni. Bukan saja makanan ya..! benda-benda bukan makanan pun mungkin boleh terdedah bahayanya virus. Ianya akan merebak sekiranya kita langsung tidak menitik beratkan kebersihan.

Yang penting, ingat…! Basuh tangan setiap kali selesai melakukan sesuatu tugasan. Rajin-rajin cuci dengan sabun yang mengandungi antibacterial. Kita tak Nampak apa yang melekat pada tangan kita. Kerana apa yang ada pada tapak tangan dan hujung jari kita, akan masuk ke dalam mulut dan seterusnya menjelajah tubuh badan kita tanpa rela dan paksa..!

Tapi, kalaulah kita nampak apa yang ada pada tapak tangan, nak-nak pula bacteria tu sebesar-sebesar lipas..! iiieewww…! Berebut-rebut kot orang nak basuh tangan kan? #emm..ce bayangkan..!


KLIK UNTUK TUMBESARAN

Jadi, lepas ni kena rajin-rajinlah basuh tangan ye. Tak susah pun kan? Sayang nyawa, kena rajin-rajinlah ye..! Dan sekiranya ada di antara kita yang mengidap demam berpanjangan, janganlah malas nak pergi jumpa doktor. ketepikan rasa takut itu jika kalian sayangkan nyawa..! cepat-cepat jumpa doktor ya..!



Kata Hati : Al-Fatehah buat arwah Izwan Pilus tak lupa juga buat mereka-meraka yang telah tiada.


.

Selasa, 24 Januari 2012

.:: Segmen Berani Mati : BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana... ::.

.







Okeyh. Sedia maklum, tajuk entry di atas amatlah menakutkan. Tapi apakan daya, nama pun Segmen Berani Matikan?  Jadi bersedia jelah kan..!

Bila di beri peluang untuk jadi bagus dari blog yang sedia maklum bagusnya, apa lagi, aku hentam sajalah..!

BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana  blog aku yang putih bersih lagi suci ini berbanding dengan blog Ben yang merah menyala. #mungkin mood Tahun baru Cina.

Blog ini juga hanya mengunakan header yang comel gituww, berbanding blog Ben yang headernya serius lagi macho. # Bro…kembang dak? Heeeee..!

Selain daripada itu, sesiapa saja yang datang berkunjung di blog aku akan merasai hujan bunga, bukan saja di Kuala Lumpur, malah di mana saja anda berada walaupun di dalam tandas. #dasyatkan…!!

Nak rasa hujan bunga di mana sahaja? Rajin-rajin singgah di blog ini. Oyeahh…!!


p/s: Akhirnya berpeluang join segmen Bro Ben Ashaari. ^__^



Kata Hati : Gila perasantan aku…! Maluuuuww..!!


.

.:: SELAMAT TAHUN BARU CINA ::.

.






Alhamdulillah, masih di beri nyawa untuk utuh berdiri di muka bumiNYA.

Syukran YaALLAH..!!

SELAMAT TAHUN BARU CINA..!

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan pada semua bangsa Cina yang menyambut Tahun Baru mereka semalam kan?

Ingatkan sempatlah nak post entry semalam, tapi apakan daya, tak terkejar masa di buatnya. Selesai je kerja-kerja di rumah, terus bersiap gegas ke Ipoh. Balik dari Ipoh, singgah kejap di Bandar Di Raja. Bila selesai urusan, barulah pelan-pelan balik ke Bandar Warisan.

Alhamdulillah, semalam jalan tak jem. Tapi kereta banyak, walaupun sentiasa berada di laluan kanan, aku tidak dapat memecut sedikit laju dari biasa. Heee…!

Sampai rumah pun dah lewat petang. Nak post entry malas sangat-sangat. Cuma mengudarakan diri sekejap. Tinggalkan satu dua komen di belog yang sempat aku jenguk.

Sambil-sambil online tu, aku kemas-kemas bilik yang perhatiannya di abaikan semenjak dua menjak ni. Kalau terus di abaikan juga, alamatnya tongkang pecah dengan bilik aku sama rupa. Hahahaha…! #dapat bayangkan tak?

Nampak beno pemalasnya kan..! hahaha… :P

Okeylah, setakat ini je entry kali ini, memang Nampak sedekit kemerapuan untuk entry kali ini… #sekian...!




Kata Hati : Penat dengan selesema….huhuhu….! 


.

Sabtu, 21 Januari 2012

.:: Segmen #2 | Hobi Saya : Blogwalking + Follow ::.

.





Rasanya lama dah tak join segmen yang syaratnya perlu keluarkan entry. Semuanya atas desakan masa yang tak terlalu lapang seperti hujung bulan lepas. Mula je musim persekolahan, masa yang dulu sewenang-wenangnya terbuang, langsung tak tak boleh buang bila masuk saja pada angka 2012.

Dan hari sabtu yang santai ni, bila buka je belog, dekat fibox ada yang hantar pesanan ringkas berbunyi cam kat bawah ni :

KLIK BAGI BESAR


Yup..! segmen kali ini, aku diTAG oleh Cik Siput . #Terima kaseh ye Cik Siput, sebab sudi TAG Cik Nur. 

Untuk pengetahuan kalian, Segmen ni dibuat oleh Mimie Michiko . Dan hari ni memang sedikit kelapangan, aku ambil keputusan untuk join..! 

Kenapa? Sebab memang kena dengan hobi aku yang suka BW dan follow. Heeee… ^_^

Segmen #2 | Hobi Saya : Blogwalking + Follow

Opkos la kan…! Kalau kita blogwalking, pastu tak follow rasa macam tak lengkaplah blogwalking tu. Lagipun, bukan makan masa lama pun bila tekan button follow di blog seseorang. #melainkan line tenet macam gaban.

Jadi kalau blogwalking tanpa follow, rasanya macam tak lengkap kerja blogwalking tu. Kita follow blog seseorang bukannya kena bayar pun. Yang kita dapat ramai kawan di alam maya ni adalah. Tak salahkan kita nak meramaikan lagi sahabat-sahabat dari yang sedia ada.

Tapi kalau sombong, duduk hutan seseorang..! okeyh? Dan untuk segmen kali ni, Cik Nur nak TAG :


Buat kalian yang singgah ke blog ni pun boleh join juga, KLIK SINI UNTUK JOIN




Kata Hati : Senyum Je.. ^_^


.

.:: Tahun Baru Cina | 1 Malaysia ::.

.


 

Alhamdulillah, rezeki tahun ini. Apa-apapun, bersyukur sangat daripada tak dapat langsung kan? Memanglah tahun lepas abah dapat banyak daripada ni. Tak salah hampir sepuluh kotak. Dan untuk tahun ni, rezeki ini je yang ada. Ok daripada tak ada langsung kan? 





Limau yang berbalut dengan plastik jernih ni, memang tak di nafikan manisnya. Memang manis berbanding dengan plastik yang oren tu. Yang dalam plastik oren tu, bukanlah semuanya masam, ada je yang manis. Ikut nasib.. heee.. ^_^

Kalau yang plastik gambar limau tengah senyum tu #aku panggil limau tian tian je , memang sedap. Manis je…! Cuma bila dah kupas tu, banyak sangat sabut, sampai rimas nak makan. #kadang-kadang kunyah sekali dengan sabut tu…punya malas…! Hahahaha..!




Limau lokam pun manis juga. Cuma buahnya sedikit kecil berbanding dengan limau tian tian. Sama macam limau tian tian juga, banyak sabut. Kena rajin kalau tak rajin, sumbat sekali dengan sabut dia, kunyah dan telan. #huh…dasar pemalas…!!

Seronokkan bila raya cina. 1 Malaysia dapat merasa buah limau. Kalau pergi pasaraya, bukan orang cina je yang beli limau, Melayu, India pun ada beli juga. Kira semua orang nak meraikan hari raya yang ada di Malaysia.

Itulah Malaysia..sebuah negara yang aman dan makmur selamanya..InsyaALLAH. Nak angpow tak? kalau nak jom TEKAN SINI #mana tahu rezeki kalian :) 



Kata Hati : SELAMAT TAHUN BARU CINA.....!!!!


.

Jumaat, 20 Januari 2012

.:: Volkswagen . Das Auto ::.




Comelkan Gambar kereta diatas? sebenarnya kereta biru yang comel tu akan berubah bentuk. Nak tengok?

KELIK SINI


Kata Hati :  Volkswagen Das Auto 


.

.:: Panggilan Hangit Akan Di Teruskan ::.

.


KLIK UNTUK TUMBESARAN




Berita baik buat pendengar setia HotFM….!

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi aku lambat postkan entry ni. Sebab tadi sibuk berbelogwalking. #rasanya, lama tak belogwalking banyak belog macam tadi…!

Okeyh, sedia maklum, semalam aku bebel pasal satu segmen yang akan di hentikan di HotFM BACA SINI

Dah baca?

Untuk pengetahuan kalian, bila saja pihat HotFM mengumumkan tentang hasrat mereka itu, maklum balas daripada pendengar tentang berita ini amatlah memberangsangkan..!

Tak percaya? Tengok bawah ni.

KLIK UNTUK TUMBESARAN

KLIK UNTUK TUMBESARAN

Hebatkan penangan segmen panggilan hangit ni. Lepas ni kalau ada sesiapa yang nak kenakan orang silalah isi borang di laman web rasmi HotFM. Tapi ingat, berpada-padalah ya..! 


p/s : Nak sentiasa bermukabuku walaupun di mana saja? TENGOK SINI Ada caranya...!



Kata Hati : Yeaahhh…!!!

.