Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah.
Pertama nak ucap, syukran pada yang Esa kerana diberikan
kesempatan buat aku untuk terus berceloteh tanpa suara di sini. SubhanaAllah,
siapa sangka kan, hampir setahun aku hilang dan akhirnya kembali jua. Nasib
baiklah aku tak lupa password. Kalau tidak entahlah…huhuhu.
Entry terakhir aku, tak silap November tahun lepaskan. Sekarang
dah Mei 2018. Hampir separuh tahun, aku kembali dengan entry baru. Untuk pengetahuan
kalian, ketika aku tengah menaip ni, aku sedikit mengeluh jugaklah.
Almaklumlah, aku terfikir, lepas entry ni, bila pula entry baru akan menyusul. Minggu
depankah? Bulan depankah? Tahun depankah? Semuanya jadi tanda tanya. HAHAHA.
Sebenarnya bukan tak rindu tau dengan blog ni. Aku rindu
sangat, tapi apakan daya, kekangan waktu yang membuatkan aku tak sempat nak
berceloteh apa saja dekat sini. Dan sama jugaklah seperti entry sebelum ni. aku
harap dengan masa yang terluang sekarang, tambah pula dengan idea aku yang
memacam ni, harap aku mampu untuk terus berbicara tanpa suara disini seperti
tahun-tahun sebelum ni. InsyaAllah.
Kalau sepi jugak, entahlah nokkk..! memang Raja M tak mau
turun pangkatlah jawabnya. Hahaha. Oklah beb, aku rasa sampai sini sajalah
celoteh kali ni. InsyaAllah ada masa kita jumpa dilain waktu ya..!
Wassalam..!
Kata Hati : Banyak benda yang aku nak ceritakan, tapi entah
dari mana aku patut bermula.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan