Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersua kembali di ruangan ini. Syukur kepada ALLAH kerana di berikan kesempatan masih memberi peluang untuk terus menulis di sini. Syukran Ya ALLAH…!!!
Pejam celik, pejam celik kita ni dah masuk hari yang pertama di bulan yang kedua kan? sekejap je masa berlalu. Dan yang pasti pada bulan kedua di tahun 2011 ini, pasti ada di antara kita semua yang akan mencipta satu sejarah yang paling manis hendakNya.
Pada bakal-bakal pengantin, pasti debaran yang kalian rasakan makin kencang di saat tiba waktu yang di nantikan hampir tibakan?? Tak lupa juga pada yang bakal menjadi tunangan orang, aku tahu debarannya juga turut sama kencang kan? Tak ketinggalan pada yang bakal menjadi ibu ataupun ayah, sudah pasti kalian tidak sabar menyambut kedatangan ahli barukan? Dan dalam masa yang sama debaran tetap ada. Walaupun aku masih belum berpengalaman dalam ketiga-tiga situasi di atas, tetapi aku tahu semua perkara itu pasti mendebarkan. Siapa yang tak debar wehh…!!
Bakal menjadi isteri kepada seseorang bukanlah satu tanggungjawab yang boleh di pandang ringan. Begitu juga bila sudah menjadi tunangan orang. Baik lelaki mahupun perempuan, dalam apa-apa perhubungan itulah kita akan di uji pelbagai ujian. Bukan satu ataupun dua, tapi mungkin bertubi-tubi.
Di saat kita di uji dengan pelbagai ujian, di situlah terletaknya kekuatan mental dan fizikal untuk kita mengatasi segala permasalahan. Dan di saat inilah juga, persediaan mental dan fizikal kita yang telah di asah dan di pupuk itu digunakan. Terpulang kepada setiap individu cara bagaimana untuk mereka atasi setiap permasalahan berlaku. Tetapi jangan kuatir, kerana bila kita dan pasangan saling jujur dan saling percaya mempercayai, insyaALLAH, semua perkara akan jadi mudah dengan izinNYA.
Tak kiralah apa jenis sejarah yang kalian mahu lakarkan, yang pasti ia tentu saat yang paling indah dalam hidup anda. InsyaALLAH , Aku sebagai pemilik blog “ AKU CINTA & CITA-CITA” akan sentiasa mendoakan kebahagian kalian semua. Amin..!!
Kata Hati : Di atas kesempatan ini, aku ingin mengucapkan "SELAMAT BERTUNANG" buat Noor Faridah, yang akan melangsungkan pertunangannya pada hari sabtu ini, 5 Februari 2011.
.
4 ulasan:
pada bakal2 pengantin?
termasuk den lah tu
hohohoho
Update Terbaru Senarai Penaja Untuk 'Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda'
gaya penulisan yg sgt bagus..cantek je ayt dia..anyway tq amani..noor bru bc entry ni..hehehe..tqvm..:))
hans hang pun nak kahwin? haha
cik nur bile nak ehem ehem nyeeee. :)
Catat Ulasan