Rabu, 30 Mac 2011

Home » » .:: Hargailah ::.

.:: Hargailah ::.

.


Assalammualaikum.


 Alhamdulillah dapat juga aku bersiaran secara tidak langsung dari sini. Bukan apa, sebelum ni nak keluarkan satu entry pun bermasalah. Bila dah membabitkan masalah line intenet yang macam baja hitam, emosi yang stabil terus jatuh mendadak kedudukannya.

Naik merah je cuping telinga bila line buat hal. Aku mengakulah, kekadang tu hilang sabar di buatnya. rasa macam nak gigit-gigit je modem tu. Tapi Alhamdulillah la, kemarahan aku masih boleh di bendung. Kalau manusia yang betul-betul panas baran rasanya lama dah kena lempang modem tu.

Ye dak?

Sesekali di sebabkan dah letih dan bosan dengan intenet yang lembam mengalahkan kura-kura tu, aku ringan je nak potong dari terus membazir membayar intenet yang tersangatlah perlahan tu. Tapi bila kedua kali terasa sayang pula. Al-maklumlah kami dah lama bersama.

Hahaha..!

Sekurang-kurangnya aku tahu menghargainya…! Betul tak?

Tapi ada juga manusia yang tidak tahu menghargai barang mahupun persahabatan. Bukan semua yang aku maksudkan segelintir sahaja. Mungkin diri sendiri tidak sedar akan perubahan yang kita lakukan, tapi mungkin orang sekeliling sedar dan tahu setiap perincian perubahan yang berlaku.

Tak caya? Ce tanya orang.

Dan ada juga manusia yang selalu mempergunakan orang lain. Misalnya, ketika bersenang lenang, dia langsung tidak  perduli akan pasangannya. Tapi sewaktu dia di timpa masalah, pasangan yang di lupainya itulah di carinya untuk meminta pertolongan. Betul tak?

Jom kita cuba kaji hubungan kita dengan setiap orang. Masih seperti dulu? Atau kurang? Atau terlebih sudah?

Fikirkanlah…!!

Sendiri Tepuk Dada, Sendiri jawab ye..!





Kata Hati : Orang Berbudi Kita Berbahasalah…baru adil..!



.

Tiada ulasan: