Isnin, 16 Mei 2011

Home » » .:: Keistimewaan Ayat Al-Kursi ::.

.:: Keistimewaan Ayat Al-Kursi ::.

.




Terdapat banyak keistimewaan membaca  ayat al-kursi. Berikut antara yang boleh di pedoman.

·         Di dalam kitab Assarul Mufidah, menerangkan, sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap hari sebanyak 18 kali, Insya-ALLAH, akan  dibukakan dadanya dengan berbagai-bagai hikmah, di murahkan rezeki, di naikkan martabat atau darjat dan di berikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya. Malah seseorang itu akan terpelihara dari segala bencana dengan izin ALLAH.

·         Dari Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah  bersabda, “Apabila seseorang dari umat ku membaca ayat kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan megerjakan solat subuh, nesyaca ALLAH akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan di beri mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

·         Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

·         Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, pagi dan petang, setiap kali keluar dan masuk rumah atau ketika bermusafir, InsyaALLAH akan terpelihara dirinya dari golongan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya.

·         Abdurahman bin Auf menerangkan, apabila dia masuk ke rumah dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumah dan mengharapkan, ia menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

·         Jika berpindah ke rumah baru, disarankan pada malam pertama menduduki rumah tersebut, di bacakan ayat Kursi dengan harapan Allah melindungi diri dan keluarga dari sebarang gangguan lahir dan batin.

·         Mereka yang mebaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan, InsyaALLAH akan mendapat bantuan daripada Allah.

·         Mereka yang membaca ayat Kursi di akhir setiap solat, tidak menegah akannya untuk masuk syurga kecuali maut dan sesiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara diri, rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.

·         Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.

·         Mengamalkan bacaan ayat Kursi, akan memberi keselamatan ketika dalam perjalannya.

      

        Sumber : Majalah Al-Islam.

 d

K

4 ulasan:

NuR si CiKGu RiBeNa berkata...

terima kasih sudi berkongsi...
=)

:: Cik Nur :: berkata...

Nur Si Cikgu Ribena,

sama2 kasih.. :)

are_lin@yu berkata...

tq sharing nur..

QasehnyaRania berkata...

ciknur.. ciksu minta izin kopi pes ni, boleh.. nak buat entry sebagai peringatan.. kalau boleh inform cikau balik k. tenkiu :)