Selasa, 7 November 2017

Home » Aku Dan Kenangan

Aku Dan Kenangan







Entry terakhir untuk blog ini bertarikh, 5 Mei 2017. Sekarang kita dah penghujung 2017 dah. Hurmmm, nampak tak berapa lamanya blog ini ditinggalkan sepi. Bukan tak rindu tau blog usang ni, rindu sangat. tapi apakan daya beb, aku punya jadual padat sepadat-padatnya. Kononnn..! Hahahaha.

Sebenarnya, aku ada banyak benda nak story kat sini. Tapi itulah, otak aku kering. Idea nak buat ayat tu tak ada. aku sendiri tak faham, kenapa otak aku tak macam dedulu. Kalau dedulu idea tu mencurah-curah kot. Sekarang ni jenuh nak kena perah, tapi tak keluar-keluar. Haihhh..serius stress..!

Kadang tu, aku pujuk jugak diri ni. Tapi apakan daya. Terlalu penat.jadi aku lebih besarkan tidur dari memerah otak.Hehehe. Korang nampak tak betapa malasnya aku sekarang ni. macam yang aku cakaplah, aku rindu kot kat blog aku ni. Rindu sangat beb. Sebab blog usang ni banyak sangat beri aku kenangan. Baik manis mahupun pahit. Segala memori bersama blog ni tak akan aku lupakan.

Macam mana aku raih pendapatan sampingan dengan blog ni. Tambah kenalan dengan blog ni. Wujudnya teman-teman dari alam maya ke realiti dari blog ni. Semua tu kenangan terindah tau. Jadi, mana boleh aku lupakan blog ni begitu saja.

Aku harap, entry ini bukanlah entry terakhir. InsyaAllah aku cuba luangkan masa macam dedulu balik. Aku akan cuba buat apa yang aku nak buat. InsyaAllah.

Rasanya sampai sini sajalah kot. Aku ada kerja nak kena settlekan ni. Almaklumlah, sekarangkan aku tengah SPM. Hahahaha. So kenalah study sesikit. Kalau tak study nanti nganga aku nak menjawab. Hahaha. Okay beb..insyaAllah jumpa dilain entry. Daaaa….!





Kata Hati : Aku kembali seperti dulu….


.

Tiada ulasan: