Khamis, 19 Mei 2011

Home » » .:: Kuatkah Aku...? ::.

.:: Kuatkah Aku...? ::.

.


Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih di berikan kesempatan untuk terus menulis di ruangan ini.

Sepanjang dua hari menghabiskan waktu berehat di rumah, cukup banyak memberi kesan terhadap minda dan segala otot-otot minda. InsyaALLAH, dengan izinNYA,esok  akan mula berkerja seperti biasa. Terima kasih juga pada Bos yang sentiasa memahami.

Ketika ini, walaupun jari masih mengeletar untuk terus menaip setiap butiran abjab di kala ini, tapi aku gagahkan juga. Di saat ketahanan tubuh mula mahu membina benteng kekuatan, dan  tiba-tibanya kekuatan itu jatuh merudum. Tubuh yang kuat sebentar tadi  tiba-tiba jadi lemah kembali.

Astaqhfirrullah al’azim….!

Sumpah..! aku hanya  mampu beristifar dalam hati. Mana kekuatan aku? di saat ini juga, seraya mutiara jernih keluar dari tubir mata aku.

Ya ALLAH, Lemahnya hambaMU ini…!

Apa dan megapa aku rebah sebegitu cepat, hanya ALLAH yang maha mengetahui. Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui.

 "Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya" (Al-Baqarah :286).


Kata Hati : Memang salah aku, membiarkan kebodohan itu merebak sendiri...!
.

1 ulasan:

QasehnyaRania berkata...

kebetulan sama pula surah tu dengan yg baca tadi.
nape ciknur?