Memaparkan catatan dengan label Kaki Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaki Novel. Papar semua catatan

Isnin, 28 April 2014

Review Novel | Sweet Sour





Assalamualaikum...


SINOPSIS BELAKANG BUKU :


A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”

“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘coplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!



B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.

“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10, 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!



ULASAN AKU :

Bila aku mula baca, aku akui la novel ni sedikit voring. Tapi, walaupun voring aku langsung tak skip. Satu bab ke satu bab, aku langsung tak skip. Ulang lagi-lagi adalah, sebab nak bagi faham bebeno. Novel ni, bukan kisah kahwin paksa atau kahwin kontrak tau.

Sampai bab 6, aku dah mula rasa syok. Bila baca, adalah sikit-sikit macam kisah reality aku. dan sampai dekat satu bab yang hero bagi kad jemputan kawin dia, aku terus stop baca. Panas satu muka, cuba tahan walaupun jatung aku ni berdegup macam baru lepas lari marathon.

Aku tengok nama penulis, dalam hati aku duk kata

“Hebat Nasz..! Cerita kau kena tepat kena pada haku.... GILA..!”

Kiranya, satu hari setengah jugaklah aku tak sentuh novel tu. Nak baca, tapi berdebor. Bila aku nampak novel tu, aku rasa nak teriak..! dan akhirnya aku gagahkan diri jugaklah hadap novel tu. Serius situasi yang Alia tempuh tu, sama macam aku. Bezanya aku tak seberani Alia. Kiranya, yang kena tepat dengan kisah aku ni tak banyak pun. Selebihnya tak ada kena mengena dengan aku pun. Cuma tang tu je la yang buat aku merajuk nak sambung baca.

Aku tak tahu nak bagi berapa bintang untuk novel ni. apa yang aku boleh kata, jalan cerita best. Cuma ada beberapa perkara yang aku rasa tak puas hati. Bila mana laki bini ada masalah komunikasi. Sejujurnya eh, pendapat aku yang belum berkahwin ni, rasanya susahkan nak kenal pasangan kita kalau kita kurang berkomunikasi. Setuju tak?

Tapi ye la kan, kalau penulis olah cerita perfecto, maka tak adalah konflik bagai dalam cerita ni, kalau tak ada konflik maknanya tak best la novel ni. kalau tak best, aku tak baca sampai habis. Sebab best la yang aku meroyan dalam WW #105 tu. Hahaha.

Oklah, aku malas dah nak menaip ni. Cuma apa yang aku boleh komen, aku memang nyampah habis dekat Zarul..! Sebab dialah Joe ceraikan Lia. Padahal dia bukan tak tahu yang Lia dah happy dengan Joe. Kalau aku kan, aku tak sanggup la nak hancurkan rumah tangga orang dengan kisah-kisah silam. Cukuplah kita tengok orang yang kita sayang bahagia.


Sumber Gugel laaa..


Oh ya..! bagi aku la kan, pelakon yang sesuai dengan watak Joe ni ialah Hisyam Hamid . Entah kenapa aku rasa dia sesuai, mungkin sebab dia tinggi kot. Hahaha. Untuk watak Alia Akma dan Azarul Hisyam, aku tak tahu la siapa yang sesuai. Boleh gitu? Hahaha.

Jadi kesimpulan review aku kali ni, aku sangat puas hati dengan novel ni.. BEST pada aku. Bukan sebab suku daripada novel ni kena dengan aku tau. Tapi sebab novel ni betul-betul best. Jangan fikir, semua perempuan cintakan harta. TIDAK…! Dan percayalah, ramai lagi wanita macam Alia Akma dekat luar sana…

Sekian…!




Kata Hati : Aku tak sure, Novel ni ada lagi atau tak kat pasaran. Sebab novel ni lama dah keluar. Aku je yang baru beli dari Group NovelTerpakai di mukabuku. Walaupun terpakai, aku tetap akan simpan dan sayang novel ni. Siyesss.!


.

Isnin, 16 September 2013

Review Novel | Suami Yang Kubenci




544 Halaman


SINOPSIS BELAKANG BUKU.

PERKAHWINAN di antara dia dan Uwais Ukasyah duri yang mencucuk tangkai hatinya. Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya, Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya, pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.

Hannah Maryam, nama secantik wajahnya. Namun sayangnya… cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati! Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati… satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger layak untuk dicintai!

Mampukah rumah tangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumah tangga mereka yang sedia berantakan. Lakonan demi lakonan dimainkan. Ke mana hala tuju pernikahan mereka? Atau mungkinkah perceraian adalah jalan penyelesaiannya?

“Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malas aku nak cakap pasal dia…”

Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!

“Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korang kan dah jadi suami isteri…”

“Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger…masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?”

“Astagfirullah…Mengapa Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!”

“Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dengan dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?”


ULASAN AKU:

Walaupun jalan cerita novel ni sama seperti kebanyakan novel yang lain iaitu KAHWIN PAKSA, tapi aku tersangatlah seronok baca novel ni tahu..! Sungguh aku tak tipu, novel ni penuh dengan lawak. Gaya bahasa yang bersahaja dan yang paling penting watak Mak hero dalam novel ni tersangatlah sempoii..! Jujur, sampai tersedak aku gelak..!

Tahniah E-Man Sufi berjaya buat aku jatuh cinta dengan hasil karya anda. Dan terima kaseh juga buat Atil, sebab dialah orang yang bertanggungjawab kenalkan novel ni pada aku. Thanks buat mereka berdua..!

UWAIS UKASYAH. Sedapkan nama ni. Uwais, bukan calang-calang penjual burger. Al-maklumlah perempuan yang dikahwininya adalah seorang CEO disebuah syarikat terkemuka. Walaupun rasa rendah diri tu ada, tapi dia tetap bercita-cita untuk mendidik dan cuba pupuk rasa cinta dan sayang terhadap isterinya.

HANNAH MARYAM. Perempuan yang hidupnya Cuma nak high class je. Biasalah CEO katakan. Mana pandang bawahkan..! Rela terpaksa untuk menerima penjual burger yang low calss itu sebagai suaminya apabila di ugut tok ayahnya untuk menarik balik jawatan CEO dari syarikat milik arwah papanya. Gelabah jugaklah Hannah bila diugut macam tu. Itulah penyebab dia terus bersetuju dinikahi dengan penjual burger.

Walaupun Hannah tak sebulu dengan suaminya, dan segala permasalahan dalam rumah tangga dia dan Uwais hanya mereka berdua je yang tahu. Kiranya bila depan Tok ayah mahupun Mak Mertua Hannah iaitu Makcik Sarimah, diorang berdua akan berlakon seperti pasangan paling bahagia. Hannah sanggup berlakon sebab tak mahu kehilangan jawatannya. Kira okaylah sebab Hannah Cuma benci suaminya je, tak benci keluarga suaminya.

Kehadiran Makcik Sarimah untuk bermalam beberapa hari di rumah anak menantunya dan peristiwa bermalam dirumah tok ayah adalah salah satu perkata yang merungsingkan Hannah. Mana taknya, selama ni dia dan Uwais tidur di bilik berasingan. Untuk jayakan lakonan, tak kan diorang nak tidur bilik asing-asing. Kantoilah lakonan dia selama ni. Jadi mahu atau tidak, dia terpaksa duduk sebilik dengan lelaki yang paling dibencinya. Asalkan lakonannya berjaya.

“Tak payah buat-buat tak faham. Awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik dengan saya,kan? Eee…tolonglah! Saya tak de hati tau nak tidur satu katil dengan awak”

Uwais yang mula sukakan Hannah apa lagi, bukan main sukalah. Dan diatas kesempatan itulah dia boleh kenakan si Hannah ni cukup-cukup. Dia tahu, isterinya langsung tidak boleh buat kerja rumah, tapi apa yang diakuinya depan ibunya Hannah seorang yang bijak menguruskan rumah tangga. Mengemas pandai dan masak pun sedap. Melopong si Hannah bila dengar butir-butir palsu yang keluar dari mulut suaminya. Bila ditanya oleh makcik sarimah, sama ada betul ataupun tidak, Hannah seperti lembu dicucukkan hidung, main angguk je. Almaklumlah…diakan CEO, mana mahu mengaku kalah..! HAHAHA.

Lakonan demi lakonan terbaik mereka berikan, dan siapa sangka lama kelamaan ada sesuatu yang mula terbit dalam hati Hannah. Rasa sayang, cinta mula menjalar pelahan dalam diri Hannah. Sedikit sebanyak dia mula boleh terima Uwais sebagai suaminya. Dan mulalah kehidupan yang sempurna pasangan ini untuk saling lengkap melengkapi.

“Hannah tak pernah terfikir lelaki yang Hannah jeling tu akan jadi lelaki paling Hannah sayang dalam dunia ni…Walaupun permulaan kita tak begitu indah, tapi hari ni Hannah mengaku depan abang… Hannah menyesal sebab pernah jadikan abang sebagai suami yang Hannah benci. Demi Allah, sekarang Hannah cinta abang dunia akhirat…?

Dan bila rasa dihargai, Uwais mula menunjukkan sikap romantik, manja dan kadang-kadang nakal pada sang isteri yang sudi menerima dirinya. Bila hati dah sayang, cemburu tentu adakan, itulah yang Hannah rasa bila dia sendiri nampak suaminya sedang berborak mesra dengan gadis bertudung litup lagi lemah lembut iaitu Batrisya anak jiran Makcik sarimah. Kerdil Hannah rasa ketika tu. Dulukan dia berkasar dengan suaminya.

Manakala Uwais juga mula cemburu bila Fawaz, sepupu Hannah cuba rapat dengan isterinya. Sedia maklum, Uwais sediri tahu Tok Ayah sendiri pernah menjodohkan Fawaz dan Hannah. Dan sedia tahu, Fawaz sendiri memang mencintai Hannah. Bila kehadiran Fawaz seakan mahu mendekati isterinya, Uwais jadi tidak keruan. Dan lebih menyakitkan hati apabila Fawaz cuba mengambil kesempatan memenangi hati isterinya bila tidak berlaku jujur dengan masakan isterinya. Bagi Uwais, kalau terus-terusan menipu, sampai bilapun isterinya tak pandai masak.

“Adil… madil..! Kau jangan banyak cakap, ini keputusan mak… sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Kalau kau nak datang, boleh… tapi sampai depan rumah aje… kau bercintalah ikut tingkap, jangan kau panggil Hannah guna botol sudah! Kau nak call ke SMS ke, suka hati… Mak tak kisah, Tapi Hannah ada pesanan ni… dia malas nak layan kau”

Dalam novel ni, selain watak Uwais dan Hannah yang tersangatlah manis dan masam, aku juga tersangatlah tercuit hati dengan watak Makcik Sarimah dan Fawaz. Makcik Sarimah dengan sikapnya yang cool, bertuah kot dapat bakal mak mertua macam Makcik Sarimah ni, gila sempoi punya cool beb..! Manakal Fawaz pula seorang yang blur-blur sengal. Belagak pandai tapi sebenarnya bongok jugaklah. Hahaha. Serius memang tak kering gusi bila usaha dia cuba mengorat anak jiran Makcik Sarimah.

Macam biasa, aku kan suka berangan, sebab itulah jerawat pasir dekat dahi tak pernah habis. Hahaha. Okay, watak Uwais Ukasyah ni, aku rasa Izzue Islam Sesuai kot. Sebab watak Uwais ni nakal-nakal selamba badak gitu. Manakala watak Hannah, aku rasalah kan Nora Danish okay kot. Rasanyalah..! 


Izzue Islam Dan Nora Danish


Pengajaran penting dalam novel ni banyak. Antaranya cuba belajar BERSYUKUR dengan apa yang kita miliki. Selain dari itu cuba belajar terima seseorang dalam hidup kita, walaupun seseorang itu mungkin bukan yang kita suka, sebolehnya CUBA. Lagipun tak rugi apa-apakan kalau kita cuba. Malah kita sendiri yang akan rugi kalau kita mengalah sebelum mencuba.

Siapa yang suka membaca, serius novel ni tak rugi kalau dibuat koleksi peribadi. Dah la jalan cerita sempoi, bahasa santai tak berat kepala nak faham, lawak sengal segala memang enjoy je aku baca novel ni. Dan aku tak sure, sama ada novel ini masih lagi dijual dimana-mana kedai buku ataupun tidak. Sebab buku yang aku miliki sekarang ni pun aku beli dari page novel terpakai di Mukabuku.

Pada aku barang baru ataupun terpakai aku tak kisah, janji bahan tu kita boleh baca. Pada peminat-peminat novel diluar sana, kalau ada novel lama-lama yang kalian suka dan ingin jadikan koleksi, boleh terus ke PAGE MENJUAL NOVEL BARU DAN TERPAKAI DIMUKABUKU. Setakat ni, aku dah beli 3 buah buku dari sana. Bukan setakat jual beli je, malah siap boleh tukar pandangan pasal novel-novel ni tau. Heeee… ^_^

Jadi pada yang suka novel romantik sengal, inilah novelnya. Jangan lupa dapatkan yea…!




Kata Hati : Sekarang ni mood membaca aku kelaut...ada lagi 2 buah yang belum sentuh...huhuhu..!

.

Selasa, 30 April 2013

Aku Yang Kau Tinggalkan | Review Novel



759 Halaman

Assalamualaikum.


SINOPSIS BELAKANG BUKU :

Ikatan perkahwinan di antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ihkwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia mengharapkan agar perkahwinannya kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zarikl Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan dari masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Apakah rahsia yang dipendamkan itu…?

Jeng..jeng..jeng...!! <---Ini aku tambah yee...Hahaha

_________________________________________________________________________________________________ 

ULASAN AKU :

Bagi aku buku ni best, walaupun kadangkalanya seperti membaca buku pelancongan dari Itali. Sebab dalam novel ni banyak jugalah bercerita mengenai tempat-tempat menarik di Itali. Aku syak, menulis ni mungkin pernah menetap di Itali.

Apa yang menarik bagi aku selain dapat berimaginasikan negara Itali yang begitu sarat dengan barangan berjenama, adalah kesetiaan Nia Athirah. Akibat Zaril termakan hasutan Puan Halida, mamanya sendiri, Nia terus membawa diri tanpa arah tujuan. Walaupun sudah bertahun dia meninggalkan suaminya, tapi rasa kasih dan sayang pada suaminya masih seperti dulu.

Buktinya, apabila pertemuan dengan Zaril Ikhwan sewaktu menjadi jurubahasa kepada pelawat dari Malaysia. Walaupun ada dendam yang bersarang dihati mereka, tapi masing-masing tidak pernah mengasari antara satu sama lain. Maksud aku bila diorang gaduh kea pa, tak adalah panggil nama yang tak elok. Kira tak adalah hoii-hoii, kau-kau, atau hoii bodoh tak adaaa….

Bila baca novel ni, Cuma satu sebab je yang buat aku rasa macam lempang dua-dua watak. Nak tahu sebab apa..? Sebab Nia dan Zaril ni dua-dua EGO..! Mana tak nya, masing-masing saling memerlukan, tapi masing-masing pendam perasaan. Aku yang baca pulak duk suruh diorang luahkan, terlebih overlahkan..!

Nia pula, senyap je bila suami dia tuduh macam-macam. Aku faham sebab Nia sedang sembunyikan sesuatu daripada Zaril, tapi janganlah diam bila Zaril tuduh Nia bersedudukan dengan lelaki bukan muhrim. Macam-macalah Zaril kata, tapi Nia membatu diri je. Aku pulak yang rasa nak pergi lempang Si Zaril tu. Grrr… <-- Ayat aku, over kemain..!Hahaha

Nia sebolehnya tidak mahu Zaril tahu apa pemyebab dia tak balik Malaysia. Al-maklumlah, sebelum berkahwin Nia dah tandatangan satu surat akaun yang Nia akan hilang segala hak sekiranya penceraian berlaku keatas mereka. Kira Nia memang bersikap EGO habislah tentang perasaan dia semata-mata mempertahankan hak dia.

Macam yang aku cakap, betapa tingginya EGO yang ada pada Zaril dan Nia , sampai boleh buat aku mengeluh sambil membaca. Zaril, lelaki yang kononnya hensem, bergaja dan berkerjaya, lagilah susah nak luahkan isi hati. Nia pula sebab rahsia dia. Haisshh…memang egolah..!

Macam biasa, pengajaran yang aku dapat dalam novel ni, jangan terlalu EGO. Kalau kita sayang pada seseorang tu, mengaku sajalah. Tak payahlah disebabkan EGO nak pendam tanpa luahkan, bila dah melepas baru nak menyesal memang tak ada guna dah la kan.!

Selain EGO, tolonglah jangan bersikap cemburu buta pada isteri atau suami. Bahaya tau bila ada penyakit cemburu buta dalam perhubungan suami isteri. Boleh cemburu, tapi berpada-padalah. Jangan keterlaluan.
Okaylah sampai sini sajalah. Pada yang sukakan novel, boleh dapatkan novel “Aku Yang Kau Tinggalkan” dekat mana-mana kedai buku berhampiran kalian ye.



Kata Hati : Sekarang ni aku sangat-sangat biziiiiiiiii.....
.