Memaparkan catatan dengan label Lafazkan Kalimah Cintamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lafazkan Kalimah Cintamu. Papar semua catatan

Selasa, 16 April 2013

Review Novel | Lafazkan Kalimah Cintamu



811 Muka surat


SINOPSIS BELAKANG BUKU: 

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Zain sesuai la pegang watak Ku Ryan.

ULASAN AKU :

Tengku Ryan Ameer.  Atau lebih mesra di panggil Ku Ryan, Jejak kacukan Melayu – Inggeris. Berusia 28 tahun. Sikap egonya yang tinggi, membuatkan Ku Ryan sentiasa mempertahankan perasaan yang bersarang dalam hatinya.

Tetapi Ku Ryan tidak cepat melatah. Egonya tidak membuatkan beliau bertindak bodoh seperti Farish, yang sewenang-wenangnya menceraikan isteri dengan cara menvavi buta – faham kan vavi tu hape..? Hahaha.

Ku Ryan tidak begitu. Walaupun muda daripada Farish ( Watak dalam novel Cinta kau dan Aku), tapi fikirannya matang. Boleh berfikir mana baik dan mana buruk sebelum melafazkan sesuatu. Cuma tak faham kenapa perlu Ku Ryan menghukum seseorang atas kesalahfahaman yang terang lagi bersuluh. Ohhh…lupa..EGO…! Dan di sebabkan keegoaan itulah membuatkan Ku Ryan menyesal dengan tindakannya. 

Seriusly, Watak Ku Ryan memang sangat sweet dalam novel ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’. Walaupun diawal permulaan cerita ini agak sedih, belum sampai muka surat 30, hati mendung disertai hujan, amat memilukan.

Selebihnya banyak tersenyum dan ketawa dengan sikap Aqila, gadis yang tabah dan kuat merapu. Aqila juga selalu sangat bergaduh dengan musuh nombor satunya iaitu merangkap suaminya sendiri.

“Sham, I’m so sorry, I dah kecewakan you untuk kali kedua sham, tapi I dah buat yang terbaik. Percayalah, I dah buat yang terbaik Sham. Jantung Qila tak stabil, dia begitu kritikal sekarang ni, dia tak  kan boleh bertahan lama. Bila-bila masa dia akan pergi. I’m sorry, I’m so sorry Sham…”

Disaat-saat akhir cerita ini, disebabkan terlalu menghayati, tak pasal aku turut sama beremosi. Bermain dengan perasaan dan pengharapan teramatlah perit. Tiba-tiba terasa aku pemegang watak utama. Ecehh…terlebih menghayati ni..!Hahaha.

Pada aku, memang tak rugi beli Novel ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ buah tangan dari Siti Rosmizah ni. Tak hairanlah kenapa Novel ni laris dipasaran. Cerita yang ringan, santai, mudah di hayati dan difahami.

Okay, sesebuah bahan bacaan kalau kita baca tanpa berfikir, memang tak akan ada maknanyalah. Jadi, dalam Novel ni, pengajaran yang aku dapat ialah betapa pentingnya tolenransi dan komunikasi dalam sesebuah rumah tangga.

Kepercayaan dan kejujuran juga penting. Tapi yang paling mustahak sekali adalah komunikasi. Memang tak di nafikan seseorang itu akan berasa curiga sekiranya ada pihak ketiga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan yang sedang kita bina.

Tapi sebelum membuat apa-apa tindakan yang menvavi buta, lebih baik berbincang dan berterus terang. Itu yang sepatutnyalah.

Pada kalian yang Kaki Novel, cepat-cepat dapatkan buku ni dipasaran. Tapi setakat ini, ‘Andai Itu Takdirnya’ memang tak boleh kalah. Itu lagi best..! Ada masa aku akan review pasal Aizril pulak yea.





Kata Hati : Sekarang ni, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan karya Siti Rosmizah ni, hasut suruh beli Novel keempat pulak…Tapi tebal gila ‘vavi’ kott. Macam tak sanggup je nak hadap..! Hahaha.
.