Memaparkan catatan dengan label Siti Rosmizah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siti Rosmizah. Papar semua catatan

Selasa, 18 Jun 2013

Review Novel | 7 Hari Mencintaiku



1048 Halaman




SINOPSIS BELAKANG BUKU:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini meyebabkan Khuzairi tidak pernah walaupun sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdampingan dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh disudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus bersabar…”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


ULASAN AKU :

Jujur, perasaan aku mula-mula menapak dikedai buku sebaik saja terpandang novel ini adalah TAKUT..! takut dengan ketebalan novel ni. 1048 halaman bercetak penuh mampu membuatkan jantung aku berdegup kencang ß perghh ayat novel ni..! Mana tidaknya, sebelum aku memiliki buku dari penulis yang aku admire sangat-sangat ni, novel paling tebal yang pernah aku baca tak sampai 900 halaman pun. Itupun kira dah tebal tahu.

Dan secara jujurnya jugalah, walaupun berkali-kali aku masuk kedai buku, aku Cuma sekadar pegang dan pandang je novel ni. Tak de rasa nak beli pun, sebab perasaan takut tu masih lagi menghantui aku. Sampailah ada sorang kakak ni, tak putus-putus bagi semangat dekat aku. Katanya…

“Walaupun tebal, tapi cerita dia best Nur..percayalah.”

Yup..! Aku akui kata-kata dia, novel ke empat hasil karya dari peguam wanita ini bisa meruntuhkan segala ketakutkan aku. Aku makan masa 3 hari saja, tak lebih  atau kurang, 1048 halaman aku jamah dengan jayanya..! Thanks juga buat Kakak merangkap orang yang bertanggungjawab kenalkan aku dengan karya Siti Rosmizah ni. Sekali gus, Siti Rosmizah sudahpun jadi penulis yang paling aku kagumi.

Okay. Untuk intro, stop sampai sini, panjang sangat dah ni. Hahaha.

Seperti 3 buah novel karya dari SR, novel ini langsung tidak megecewakan. Garapan dan pengolahan cerita yang menarik sekali gus SR berjaya mempermainkan perasaan pembaca-pembaca. Gila kentang bila watak Khuzairi seorang suami yang sangat-sangat sabar dengan sikap Si isteri yang terlalu angkuh lagi sombong. Manakala sikap perasan bagus Mia Adrian yang tak pernah surut.

MIA ADRIANA. Perempuan yang sentiasa dirinya bagus dipaksa untuk menikahi lelaki kampung merangkap anak lelaki kepada kawan baik Dato’ Megat Idrus sendiri iaitu Pak Samad. Pernikahan terpaksa dilangsungkan apabila Khalil tunang Mia memilihi wang berbanding maruah keluarga Mia. Jadi untuk mengelakkan rasa malu, dari pihak media, Papa Mia terpaksa mencadangkan apa yang terbaik baginya pada masa itu. Mia yang terpaksa bersetuju dengan keputusan itu apabila tiba-tiba kesihatan papanya berubah secara mendadak. Risiko  Dato’ Megat Idrus mendapat serangan jantung ketika itu amatlah tinggi. Dengan sekali lafaz, percaya atau tidak, Mia sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Khuzairi.

Dan lebih mengejutkan lagi, dalam masa yang sama Mia kehilangan orang yang paling dia sayang, iaitu papanya sendiri. Sekali gus, syarikat Dato’ Megat Idrus di istihar muflis. Terduduk Mia bila sekelip mata dia telah hilang segalanya. Sudahlah hilang satu-satunya insan yang paling dia sayang, dan kini segala hartanya turut sama hilang. Dan bermulalah kehidupan Mia Adriana gadis sombong apabila terpaksa ikut suaminya pulang ke kampung.

“Jangan cakap macam tu sayang. Mia ada abang. Abang takkan biarkan Mia sendiri. Apa jua yang abang ada sekarang semuanya adalah milik Mia jugak. Abang tak nak dengar Mia cakap macam tu lagi tau”

KHUZAIRI. apa saja cacian dan makian yang Mia lemparkan, ditelannya bulat-bulat. Pada masa yang sama dia berasa betapa bertuahnya dia memiliki Mia, cinta pertamanya sebagai isteri. Walaupun sikap dan layanan Mia terhadap dirinya tak ubah seperti pengemis jalanan. Tapi dia masih mampu bersabar demi cinta dan amanah dari arwah bapa mertuanya.

Sepanjang aku baca novel ni, aku tertanya-tanya wujudkah lelaki persis Khuzairi diluar sana..? Jika benar-benar wujud, percayalah betapa bertuahnya wanita yang bergelar isterinya. Sebab pada aku, Khuzairi ni terlalu baik. Walaupun macam-macam isteri dia buat dekat dia, tapi dia tetap mampu bersabar, bersabar dan bersabar. Walaupun, Mak Leha ibu tiri Khuzairi berkali-kali menghasut lelaki itu supaya menceraikan Mia Adriana.

“Kau ni memang kurang ajar tau tak? Kau ingat anak aku kebulur nak berbinikan kau. Ceraikan ajelah dia Ri. Kalau perempuan macam ni bersepah kat tepi jalan”

Selain Khuzairi, Mak Leha adalah orang kedua yang selalu menerima herdikan Mia. Atas sebab cerita lama yang berkaitan dengan keturunan Mia Adriana, hingga sah Mia menjadi isteri kepada anak tirinya, Mak Leha tak pernah sebulu dengan Mia. Apatah lagi nak mengaku menantu. Lagilah tak hingin orang tua tu.

Bila dah hari-hari mengadap muka sang suami, dengan layanan terbaik bagaikan Tuan Puteri, lama kelamaan Mia boleh menerima Khuzairi sebagai suaminya. Dia yang mula sedar, lelaki itu ikhlas cintakan dia dan sedaya upaya belajar menerima lelaki itu sebagai suaminya, walaupun sukar. Tapi hubungan dia dengan mak mertua, tetap sama. Pantang bersua muka mesti ada je benda digaduhkan. Khuzairi adalah orang paling bahagia bila dia sedar perubahan Mia terhadap dirinya. Dan dalam masa yang sama itu jugalah perhubungan mereka di uji dengan hadirnya Khalil iaitu bekas tunang Mia bagi menagih sisa-sisa cinta dari Mia.

Suami mana yang tak cemburu, bila isteri kesayangan jadi buruan bekas tunangkan. Tak cukup dengan rayuan, Khalil cuba memfitnah Mia Adriana. Iman khuzairi tegar, tidak mudah percaya dengan apa yang diberitahu oleh Khalil. Dan khalil juga tak mudah mengaku kalah, jadi Khalil putuskan mendapatkan Mia dengan cara kotor.

“Hei… Khuzairi, kau jangan  ingat aku bodoh tau. Memang kau bahagia memiliki dia, tapi aku yakin sehingga ke hari ini, Mia tak bahagia hidup dengan kau. Apa, kau ingat bila kau peluk dia depan aku dah tunjuk betapa bahagianya dia? Heiii, aku tengok muka dia pun aku tahulah, hati dia tak ada dekat kau sebenarnya. Aku pun biasa peluk dia macam tu. Lebih daripada tu aku biasa buat. Mesti kau dah lupa siapa isteri kau tu kan? Atau… kau masih belum… emm… tak mustahil jugak sebab Mia ni bukan mudah nak serahkan diri pada lelaki yang dia tak cinta. Hai Khuzairi, Khuzairi… berputih mata ajelah kau…”

Perangkap Khalil tidak menjadi. Mia terselamat dari niat kotor Khalil. Dan disebabkan itu jugalah Mia disahkan mengandung. Pada awalnya, Mia cuba mengugurkan kandungan itu, tapi sebaik saja suaminya dapat tahu, Khuzairi merayu agar Mia tidak membuang kandungan itu. Khuzairilah orang yang paling gembira bila Mia bersetuju untuk terus mengandungkan anak itu atas alasan yang telah khuzairi sandarkan.

Okay, kenapa tajuk novel ni ‘7 Hari Mencintaiku’. Ini adalah punca bila mana Mia sedar akan kesilapannya terhadap Khuzairi, dimana sebaik sahaja melahiran anak Mia buat keputusan untuk pergi dari hidup Khuzairi selama-lamanya tanpa mendengar sedikitpun penjelasan Khuzairi ketika itu. Lebih meremukkan hati lelaki itu, apabila Mia langsung tidak mahu menyusukan ataupun melihat anak mereka.

Terkilan dengan sikap Mia, dan akhirnya Khuzairi terima bulat-bulat cadangan mak Leha untuk nikahkan dia dengan sepupunya sendiri, Syakila. Walaupun tiada sekelumit rasa cinta pada sepupunya, tapi demi anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu, Khuzairi Akur. 7 hari menjelang hari pernikahan antara Khuzairi dan Syakila, Mia muncul menagih cinta daripada sang suami. Tapi hampa, hati Khuzairi telah beku. Nama yang pernah merajai hatinya telah dibuang jauh-jauh sebaik sahaja perempuan itu putuskan meninggalkan dia dan anaknya.

Err..stop sampai sini ehh. Rumusan aku ni, kalau tak panjang tak sah kan..! Haih..inilah akibatnya terlalu leka bercerita. Macam biasa, pengajaran penting dalam cerita ni, MOHON HORMATI ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA. Dan MOHON HORMATI PERASAAN ORANG SEKELILING KITA. Penting ni, jangan jadi macam Mia dengan Mak Leha, masing-masing tak menghormati. Yang tahu nak bertekak jee..!


Barisan pelakon yang aku rasa sesuai.


Dan macam biasa juga, masuk bab berangan pulakkan. Dalam novel ni, ada dijelaskan Khuzairi jejaka tampan dan sedikit gelap. Jadi aku rasa, Adi Putra paling sesuai. Mana kala, ada dua pelakon yang aku rasa sesuai bawa watak Mia Adriana ni. Petamanya Nabila Huda dan kedua Fasha Sanda. Tapi aku lebih kepada Nabila Huda, sebab macam yang kita tahu, lakonan dia terbaikkan. Tambah-tambah bab maki-maki. Hahaha.

Okay. Bagi peminat-peminat hasil karya Siti Rosmizah, yang belum dapatkan novel ni, cepat-cepat dapatkan dikedai buku berhampiran okay. Buku ni penuh dengan segala perasaan ketika baca. Bila baca memang tak boleh berhenti. Sebab perasan ingin tahu tu lagi, lagi, lagi dan lagi. Sekiranya kalian bersedia untuk jatuh cinta dengan Khuzairi, sila-silakanlah. Hahaha.




Kata Hati : Buat masa sekarang ni, aku stop kejap baca karya Siti Rosmizah. Bukan apa, penat nangis beb..! HAHAHA..
.

Isnin, 22 April 2013

Review Novel | Andai Itu Takdir-NYA




Assalamualaikum.


SINOPSIS BELAKANG BUKU :

“Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberikan tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya”

“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling”

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

“Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku keras dari kerikil”

_____________________________________________________________________________________


Ulasan Aku :

Syed Adam Aizril. Seorang jejaka persis seorang model. Namun, keegoan dan keangkuhan yang ada dalam diri Aizril membuatkan dia benar-benar berasa sentiasa bagus je. Dalam diam, Aleya seorang gadis cantik tak pernah jemu memujanya dari jauh. Walaupun Aleya sedar, dia dan Aizril bagai enggang dan pipit.

Namun disebabkan satu kejadian yang telah dirancang oleh seseorang. Aleya dan Aizril terpaksa berkawin. Di sinilah bermulanya titik hitam dalam hidup Aleya, selepas menjadi isteri kepada Syed Adam Aizril. Sudahlah dibuang keluarga kandung, tak cukup dengan tu, suaminya sendiri tak jemu-jemu mengherdik dirinya. Perit..!

Tipulah kalau aku kata, aku tak tumpahkan air mata bila baca novel ni. Perasaan aku bukan setakat sedih je tau, tapi bermacam-macam perasaan. Jangan ingat lelaki seperti Aizril tak wujud dalam dunia realiti. Cuma kita je tak nampak.

Yea..mula-mula baca memang rasa geram gila dengan Aizril. Dia buat sesuka hati je pada isteri dia. Sepak, penampar. Tak hairanlah ketika baca aku duk sumpah seranah je. Memang cara penyampaian penulis sampai pada aku. Bayangkan, Aleya yang sedang sarat mengandung hasil perbuatan yang tidak berperikemanusiaanya suaminya sendiri, dia boleh main humban macam je. Perghh…tang part ni memang  aku emosi gila.

“Dengar sini Nur Aleya binti Idris, bersaksikan kawan-kawan baik you ni, I lafazkan cerai sebaik aje I nikah dengan Lin. Gugurlah talak satu ke atas you”

Aizril, egonya tinggi. Apapun  yang diungkapan dan perbuatan dia, tak selari dengan hati. Dia sedar, sebenarnya dia mencintai isterinya sendiri. Buktinya, dia sendiri yang ingin membatalkan pernikahan dengan sepupunya, Lin. Tapi disebabkan KEEGOAN yang tinggi melangit, Aizril nafikan.!


Pada aku, Tiz sesuai dengan watak Aleya.


Selepas di timpa musibah, Aizril yang telah insaf atas segala perbuatannya terhadap Aleya. Dan dia   benar-benar ingin berubah. Sekali gus ingin memenangi hati isterinya semula. Adatlah, bila tak ada depan mata baru nak menghargai ye dak..! Tang part ni pula, Aizril yang baran menjadi tersangatlah sweet. Memang dia betul-betul mahukan kehidupan yang sempurna bersama isteri dan anaknya.

Tapi langit tak selalunya cerahkan. Kadang-kadang belum sampai petang pun dah mendung. Macam itulah perangai Aizril. Sweetnya  tu terus hilang. Aleya pula yang terasa kecewa bagai nak gila. Yelah, peluang kedua yang dia berikan, sekali lagi hancur berderai.

Bukan mudah ingin menjadi wanita tabah seperti Aleya. Tapi aku tahu, wanita seperti Aleya juga wujud di luar sana. Cuma kita je yang tak nampakkan. Demi anak tercinta, Aleya sekali lagi sanggup korbankan kebahagiaannya. Harapannya tinggi, moga nasib anaknya terbela bila dia sudah tiada nanti.

“Kuatkan hati Ril. Kuatkan hati kau. Mari Ril. Jumpa isteri kau buat kali terakhir.”

“Leya, kau pergi jugak tinggalkan abang. Macam mana dengan abang Leya. Siapa nak temankan abang, Leya. Abang tak sempat nak minta ampun. Abang banyak dosa kat Leya.”

Part dialog kat atas ni, buat aku nak campak buku ke dinding. Gila cengeng..! Sambil baca sambil pujuk mata supaya berhenti keluarkan cairan jernih yang kian meluncur laju. Memang sepanjang aku baca buku ni ayat yang keluar dari mulut ni, semuanya tuju untul Aizril.

Gila jahat  Ril..!

Dayus gila Ril…!

Kejamnya Ril..!!

Perghh..kalau aku dapat  Ril ni, lumat aku kerjakan..!

Ehh..sweetnya Ril..

Banyak lagi ayat-ayat spontan. Tapi aku tak hengat kesemuanya. Tapi aku tak adalah mengkeji je sepanjang baca buku ni. Ada jugaklah aku puji ketabahan Aleya. Kebaikan sahabat baiknya, Umairah dan suaminya Ikram.

Sejujurnya, aku langsung tak skip baca novel ni. Tapi ulasan dalam ni aku banyak skiplah kan. Kalau kalian nak tahu kesudahan cerita ni, apa kata kalian beli je buku ni. Aku mungkin tak akan let go buku ni. Sebab aku sayangkan setiap buku yang aku beli. Tak kiralah buku terpakai sekalipun, aku tetap sayang.

Termasuklah buku yang dicipta untuk dimusnahkan pun aku sayang tahu…!

Macam dalam sinopsis – Lafazkan Kalimah Cintamu – aku ada cakapkan, kalau kita baca sesuatu bahan bacaan tapi tak dapat apa-apa memang tak ada maknalahkan. Dalam novel ni, memang akan jumpa bermacam-macam pengajaran untuk kita. Salah satunya kesetiaan atas nama sahabat. Dalam situasi getir, selain keluarga, sahabat baik penting jugakkan.

Macam biasa, yang mana gila novel, cepat-cepat dapatkan Novel Andai Itu Takdir-Nya. Dan bersiap sedialah bermain dengan emosi. Kehkehkeh.

Kalian boleh juga baca ULASAN dari LYA mengenai buku yang sama - DISINI -

Err...Drama 'Andai Itu TakdirNya' yang baru dimainkan Tv3 tu, BUKAN adaptasi dari novel ini ye. Harap maklong.



P/s: Nampaknya penangan watak Ku Ryan lagi hebat berbanding Aizril. Hahaha.



Kata Hati : Rasanya macam dah termakan dengan Orang Yang Bertanggungjawab memperkenalkan Karya Siti Rosmizah ni tau..!
.

Selasa, 16 April 2013

Review Novel | Lafazkan Kalimah Cintamu



811 Muka surat


SINOPSIS BELAKANG BUKU: 

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


Zain sesuai la pegang watak Ku Ryan.

ULASAN AKU :

Tengku Ryan Ameer.  Atau lebih mesra di panggil Ku Ryan, Jejak kacukan Melayu – Inggeris. Berusia 28 tahun. Sikap egonya yang tinggi, membuatkan Ku Ryan sentiasa mempertahankan perasaan yang bersarang dalam hatinya.

Tetapi Ku Ryan tidak cepat melatah. Egonya tidak membuatkan beliau bertindak bodoh seperti Farish, yang sewenang-wenangnya menceraikan isteri dengan cara menvavi buta – faham kan vavi tu hape..? Hahaha.

Ku Ryan tidak begitu. Walaupun muda daripada Farish ( Watak dalam novel Cinta kau dan Aku), tapi fikirannya matang. Boleh berfikir mana baik dan mana buruk sebelum melafazkan sesuatu. Cuma tak faham kenapa perlu Ku Ryan menghukum seseorang atas kesalahfahaman yang terang lagi bersuluh. Ohhh…lupa..EGO…! Dan di sebabkan keegoaan itulah membuatkan Ku Ryan menyesal dengan tindakannya. 

Seriusly, Watak Ku Ryan memang sangat sweet dalam novel ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’. Walaupun diawal permulaan cerita ini agak sedih, belum sampai muka surat 30, hati mendung disertai hujan, amat memilukan.

Selebihnya banyak tersenyum dan ketawa dengan sikap Aqila, gadis yang tabah dan kuat merapu. Aqila juga selalu sangat bergaduh dengan musuh nombor satunya iaitu merangkap suaminya sendiri.

“Sham, I’m so sorry, I dah kecewakan you untuk kali kedua sham, tapi I dah buat yang terbaik. Percayalah, I dah buat yang terbaik Sham. Jantung Qila tak stabil, dia begitu kritikal sekarang ni, dia tak  kan boleh bertahan lama. Bila-bila masa dia akan pergi. I’m sorry, I’m so sorry Sham…”

Disaat-saat akhir cerita ini, disebabkan terlalu menghayati, tak pasal aku turut sama beremosi. Bermain dengan perasaan dan pengharapan teramatlah perit. Tiba-tiba terasa aku pemegang watak utama. Ecehh…terlebih menghayati ni..!Hahaha.

Pada aku, memang tak rugi beli Novel ‘Lafazkan Kalimah Cintamu’ buah tangan dari Siti Rosmizah ni. Tak hairanlah kenapa Novel ni laris dipasaran. Cerita yang ringan, santai, mudah di hayati dan difahami.

Okay, sesebuah bahan bacaan kalau kita baca tanpa berfikir, memang tak akan ada maknanyalah. Jadi, dalam Novel ni, pengajaran yang aku dapat ialah betapa pentingnya tolenransi dan komunikasi dalam sesebuah rumah tangga.

Kepercayaan dan kejujuran juga penting. Tapi yang paling mustahak sekali adalah komunikasi. Memang tak di nafikan seseorang itu akan berasa curiga sekiranya ada pihak ketiga yang cuba meruntuhkan kebahagiaan yang sedang kita bina.

Tapi sebelum membuat apa-apa tindakan yang menvavi buta, lebih baik berbincang dan berterus terang. Itu yang sepatutnyalah.

Pada kalian yang Kaki Novel, cepat-cepat dapatkan buku ni dipasaran. Tapi setakat ini, ‘Andai Itu Takdirnya’ memang tak boleh kalah. Itu lagi best..! Ada masa aku akan review pasal Aizril pulak yea.





Kata Hati : Sekarang ni, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan karya Siti Rosmizah ni, hasut suruh beli Novel keempat pulak…Tapi tebal gila ‘vavi’ kott. Macam tak sanggup je nak hadap..! Hahaha.
.