Memaparkan catatan dengan label Resepi Bibimbap paling mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Bibimbap paling mudah. Papar semua catatan

Isnin, 23 September 2013

Bibimbap | 비빔밥 | Resepi Bibimbap Paling Mudah





Assalamualaikum.

Merujuk pada gambar di atas, adalah gambar Wordless Wednesday #75 minggu lepas. Dalam entry tu, ramai juga yang tak tahu dan ada juga yang tahu. Jadi, pada yang tidak tahu, nama menu di atas ni ialah BIBIMBAP. Cuba sebut pelan-pelan, BI-BIM-BAP. Serius comellah nama menu ni kan. Pada yang gigih duk sebut nama menu ni pun comel..! Hehehe.

Hokay, Bibimbap ni sebenarnya makanan yang boleh nak dikatakan popular jugaklah di korea. Bibim bermaksud CAMPUR, manakalah Bap pula adalah NASI. Kiranya maksud Bibimbap itu adalah nasi campur. Jadi, siapa pernah makan makanan dekat dalam gambar diatas? 

Sejujurnya, rasa asli bibimbap memang aku tak pernah rasa. Jadi nak gambarkan rasa macam mana pun aku tak boleh nak jelaskan. Bibimbap di atas tu aku buat ikut cara aku. Kira ini Bibimbap ala-ala Melayu laaa....Hehehe. Main taruh sesuka hati aku. Cantik dimata, lepas untuk tekak sendiri sudah..!

Kalau ikut bibimbap yang sebenarnya, sambal itu haruslah dari sos korea yang ada di jual di mana-mana pasaraya. Tapi versi aku tu, aku buat sambal goreng yang Bintang pernah ajarkan aku. Makanya, kesedapan Bibimbap versi melayu ni, bergantung sepenuhnya pada sambal goreng tu. Sedap sambal goreng tu, sedaplah Bibimbap kalian.

Bagi menyediakan bahan-bahan lain tersangatlah senang. Kobis, cendawan, Lobak Merah, Potong memanjang dan gorengkan dengan sedikit minyak. Manakala Bayam cuma celur sekejap je. Apa jenis sayur yang kalian suka boleh je masukkan, semua bergantung pada selera masing-masing. Manakala, Daging pula hiris nipis dan perapkan dengan lada hitam dan sedikit garam. Bila dah agak lama perap tu, goreng juga dengan minyak yang sedikit singgah masak. Dan Telur Dadar yang dipotong halus. Ehh..nak juga telur mata, atau telur rebus pun boleh tau. Terpulang tekak masing-masing. Tak nak letak pun bolehh.

Sambal goreng tu pulak, macam buat sambal tumis. cuma tak perlu campur air. Letak garam, gula dan  masak cili sehingga benar-benar masak. Sambal bergantung sepenuhnya pada citarasa masing-masing. Siap semua bahan, bolehlah mulakan susun didalam mangkuk yang berisi nasi seperti diatas. Susun ikut kreativiti masing-masing. Oh yea..! bijan tu nak letak boleh tak nak letak pun boleh..Hehehe.




Cara makannya pula, kalian perlu gaul semua bahan yang disusun tadi sehingga sebati seperti didalam gambar di atas, dan siap sedia di ngap..! Nampak macam nasi gorengkan..! Bibimbap ini juga enak dihidangkan bersama-sama dengan sup. Terpulang sup apa, hari tu aku buat sup bayam je. Pada mereka yang tak makan daging, kalian boleh gantikan dengan ayam.

Mudahkan..! ^_^



Kata Hati : Tak sangka pula adik aku suka Bibimbap ni...!


.