Selasa, 7 Mei 2013

Petua Mudah Hilangkan Panau





Assalamualaikum.

Pernah dengar PANAU..? Atau ada sesiapa yang tak pernah kenal PANAU?

Satu penyakit kulit yang meyerang dikala kita mandi selepas main panas. Selain itu banyak lagi faktor penyebab panau ni. Sentiasa dalam keadaan lembab disebabkan peluh. PANAU kelihatan bertompok-tompok putih yang selalu ada di bahagian muka, belakang badan, sekitar leher serta lengan. 

Pelbagai petua sebenarnya untuk hilangkan PANAU ni. Tapi petua yang aku beri ni mudah saja. Hanya menggunakan bahan yang ada di rumah. Salah satu cara dengan menggunakan BAWANG PUTIH.

Caranya mudahnya, hanya menggunakan BAWANG PUTIH. Caranya HIRIS NIPIS BAWANG PUTIH dan SAPUKAN AIR yang ada pada hirisan bawang itu pada PANAU. Atau TUMBUK LUMAT sedikit bawang putih, sapu di PANAU tersebut dan biarkan kering. Lakukan sekerap hari, insyaALLAH PANAU tersebut akan hilang.


Mudahkan..! Selamat mencuba ya...!


P/s: Sekiranya kalian mempunyai masalah PANAU YANG SERIUS, apa kata kalian dapatan rawatan di klinik berdekatan. Atau dapatan ubatan berkaitan dengan PANAU di famasi berdekatan.



**PANAU DENGAN KURAP TAK SAMA...




Kata Hati : Yang penting jaga kebersihankan....!
.

Ahad, 5 Mei 2013

Kami Sudah...!





Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab. Kalian sudah ke? Kalau belum, cepat-cepatlah yea. Jalankan tanggungjawab kalian segera. Kalau yang belum layak atau belum daftar, tunggu 5 tahun lagilah ya..!

Semagat aku gerak dari rumah pukul 10.45 pagi. Tapi Encik H pukul 8.15 pagi dah mengundi..Lagi semangatt..! Hahaha. Pusat pembuangan undi dari rumah aku tak jauh pun. Naik motor 5 minit macam tu dah sampai. Mula-mula ingatkan pergi waktu-waktu macam tu orang tak ramai. Sekali sampai sana, tudiaaaaa...panjangnya Q..!!








Ikutkan nak balik dulu, petang sikit baru datang. tapi memandangkan langit kian mendung, nak tak nak beratur jugalah walaupun panjang. Kalau hujan nanti, lagi susah nak keluar mengundikan. 

Masa aku jimat sikit bila dah tahu nombor siri dan saluran bilik untuk pembuangan undi. Jadi tak perlu terjebak berbaris panjang dekat situ.



 




Macam yang aku cakap dalam ENTRY LEPAS, aku cuma mahu timba pengalaman je. Nak tengok suasana mengundi. Tadi, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tak ada kekacauan dari mana-mana pihak. Semuanya aman dan harmoni. Alhamdulillah.


Jelas tak nama-nama Wali Rakyat yang bertanding. Untuk Adun Changkat Jering, Ada tiga parti yang bertanding, Dato' Seri Nizar wakil dari parti PASDatuk Hj Rosli wakil dari Parti Barisan Nasional dan Zulkefli Ibrahim wakil dari Parti Bebas.

Siapa nak selesa, pilih kerusilahkan. -_-






Yang sebelah kanan ni pulak, Nama calon untuk Parlimen Bukin Gantang. Dato' Ismail wakil dari Barisan Nasional manakala Ustaz Idris wakil dari PAS.

Jadi bila dapat kertas contoh seperti disebelah ni, apa lagi pangkah laaa...! Keputusan di tangan kita. Undi kita adalah rahsia.

Pangkah yang kita mahu, bukan yang kita tak mahu<---Inilah ayat abah sebelum pengundi tadi. Hahaha.





Dan sekarang semuanya sudah selesai. Sekarang dah nak dekat pukul 3 dah. Tinggal lagi beberapa jam je lagi. Jadi pada yang layak, cepat-cepatlah keluar mengundi. Buat pertama kali macam aku ni, sambil jalankan tanggungjawab sambil-sambil timba pengalaman baru.

Jadi, kami sudah, Anda bagaimana...?? Yang belum tu, apa lagi, Mohhh cepat wehh..!!


Kata Hati : Jujur..aku gigil jugak waktu mengundi tadi..pengalaman pertamakannn..! hahaha.
.