Rabu, 9 Oktober 2013

Wordless Wednesday #78



Kredit : CikNa's Coklat Haven (CCH)




Comeikan...!

Sesiapa nak order bolehlah terus ke Page : 

CikNa's Coklat Haven (CCH)

Macam-macam ada...!

Serius TERBAIK..!!


Kata Hati : Coklat dalam pic tu, Untuk dia..!

.

Isnin, 7 Oktober 2013

FITNAH..!



Kelakarkan Haha...!



“Kaklong, ada orang cakap kat abah nampak kaklong ponteng sekolah.”

Tenang abah bersuara. Aku yang sedikit menyandar akibat kekenyangan seraya tegak kembali posisi kedudukan aku bila dengar setiap butir ayat yang keluar dari mulut abah. Dalam kepala otak siapa pula buat cerita ni. dan yang paling penting siapa ‘ORANG’ tu. Kalau dapat memang lumat..!

“Orang tu nampak kaklong dekat bangunan HSBC dengan kawan-kawan hisap rokok.” 

Sambung abah lagi. Membuntang mata aku. jangan kata mata aku, mata mak pun sama. Tapi mak tak tengok muka aku, sebaliknya mak tengok muka abah. Aku faham, mak mungkin nak kan kepastian. Yelah, memang mak tak akan percaya aku buat semua tu.

Aku macam tu? memang taklah walaupun aku akui, aku ni nakal sikit. Tapi bukan perangai aku nak ponteng sekolah tanpa pengetahuan mak dan abah. Dan bab rokok tu, itu memang tak masuk akal..! sangat tidak masuk akal..! jelas betul semua tu FITNAH…!

Bila disoal siasat macam tu reaksi aku tenang je. Sebab aku tahu aku tak salah. Dan abah pula tak ada pun tunjuk gaya-gaya nak marah. Tapi sejujurnya aku rasa nak menangis jugalah hari tu. Bukan nak nangis kerana takut, tapi geram dan marah apa orang yang buat cerita tak betul tu. #habit aku, kalau marah tak lepas mesti nak nangis..huhuhu.

“Siapa yang buat cerita tu?”

Kali ini aku beranikan diri tanya soalan yang sedang bermain-main dalam kepala aku. aku sedar, mak pun nak tanya soalan yang sama. Tapi aku terlebih dulu mencelah. Benda tak betul, tak akan nak diam je.

“Tadi dekat pasar malam, terjumpa si polan yang duduk jalan sekian. Dialah yang bagitahu. Dia tanya, anak sulung pakcik sekolah SMDB kan? Abah iyekan je. Terus dia bagitahu dia nampak kamu dengan kawan-kawan lepask dekat HSBC sambil hisap rokok. Terkejut jugak abah. Dia siap suruh abah ajar anak bagi tak degil. Dan bila dia tanya anak pakcik nama AZIZI kan? Terus abah rasa dia buat cerita. Bila abah bagitahu yang anak sulung abah perempuan,memang berubah air muka si polan tu dan segera mungkin si polan tu minta diri.”

Mak dah menarik nafas lega. Tapi dengar jugaklah sedikit keluhan bila mana ada yang cuba buat fitnah sewenang-wenangnya. Bayangkanlah kalau yang ditembak oleh si polan tepat , tapi tidak melakukan semua apa yang dia ceritakan, tak ke aku kena hempuk?

Si polan tu, aku kenal gitu-gitu je pun. Bukan sama umur. Tapi yang pasti aku tak pernah cari gaduh dengan dia. Nak bertegur sapa lagilah tak pernah. Entah kenapa dia boleh buat cerita sesuka hati dia je kan. Aku ingatkan orang perempuan je yang suka laga-lagakan orang. Rupanya orang lelaki pun ada. Haishh…dunia-dunia..!

Walaupun cerita dekat atas ni dah bertahun-tahun terjadi, tapi aku still tak dapat lupa. Di fitnah bukan pekara yang menyeronokkan tapi sebaliknya. Dan kena ingat, dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh. Jadi sebelum sebarkan cerita, cubalah tanya untuk kepastian. Tambah-tambah di bulan yang penuh barokah ni.  Jangan main tembak je.!

Kenapa aku cerita semua ni? Tadi aku merayau-rayau dalam mukabuku, lepas tu terjumpa pulak si polan tu punya muka buku, terus teringat FITNAH yang dia pernah buat dulu. Sampai sekarang dia tak pernah minta maaf dekat abah. Apatah lagi aku. Tapi tak apa, aku dah maafkan dah pun, aku anggap dia mamai je waktu buat cerita tu…



Kata Hati : Jangan sebarkan sesuatu pekara yang kita sendiri pun tak pasti, kalau tak tahu TANYA…


.